30 June 2009

Rutin mingguan

28 Jun 2009 - Penat giler. Dah lama aku tak drag badan aku sampai maximum macam semalam. Aku pun bukannya muda lagi...cuma belum tua je hikhikhik

Walau penat macamana sekalipun, jadual untuk hari ni terpaksa aku buat jugak.

Memang dah jadi rutin mingguan, petang aku akan ke USJ melawat anak bujang aku kat asrama. Biasanya kitorang akan gerak dalam pukul 2 ptg tapi kali ni kena keluar awal sikit sebab bini aku nak pegi Gulatis dulu...nak carik kain untuk buat baju raya.

Sebenarnya hari tu dah pegi dah tapi harga kurang memuaskan, lagipun salesman tu kata setiap hari Jumaat ~ Ahad dari pukul 12.00tgh sampai 2.00 ptg ada Happy Hour discount. Maksudnya pada masa tu harga akan jadi lebih murah. Tu yang bini aku nak tengok...betul ke lagi murah.

Big family macam kitorang ni jatuh hukum wajib carik pakaian semurah mungkin tapi berkualiti. Kalau aku jutawan lain cerita la. Boleh shopping kat Dubai ke...Harrod ke...mungkin 10 tahun lagi kot insyaAllah.

Aku gerak dengan bini aku je. Anak2 dara aku taknak ikut. Memasing sibuk. Yang #2 nak buat homework...yang #3 pegi seminar UPSR...yang bongsu macam biasa la, kena layan anak buah dia (anak adik aku). Dorang berdua tu dah jadi macam kembar siam.

Memang betul apa yang salesman tu kata hari tu. Harga masa Happy Hour memang Gulatis bagi extra discount. Pilihan kain pun banyak. Boleh rambang mata dibuatnya.

Aku macam biasa...jadi QC. Bini aku pilih kain...aku tukang approved. Aku bab pilih kain yang corak bunga2 ni agak cerewet sikit. Banyak sudut dan segi yang aku tengok. Biasa la kan...orang seni macam aku ni cara dia menilai tak sama macam orang biasa..ahaks

Selesai bini aku shopping untuk dia dan anak2 pompuan aku...sekarang turn untuk aku dengan anak bujang aku pulak.

Aku rasa Gulatis ni memang dibukak untuk kaum pompuan je kot...sebab pilihan kain untuk lelaki memang mendukacitakan. Dorang ingat orang lelaki tak reti nak bergaya ke ? Tolong sikit bro...lelaki punya taste lagi tinggi dari pompuan. Sebab tu lelaki sanggup beli jeans yang harga 7~8 ratus hengget walaupun rupa dia macam kain lusuh je. Sebab apa ?? Kualiti. Lelaki pentingkan kualiti lebih dari rupa. Tapi kalau lelaki yang tak macam lelaki tu aku tak tau la dorang punya taste.

Aku terminat dengan satu kain tu. 100% cotton...corak menarik...kualiti perfect..cuma harga je yang aku tak berkenan. Atau dengan kata lain "tak mampu". 65.00 hengget semeter...giler apa ?? Untuk aku dengan anak bujang aku tu dah tentu kena ambik sekurang2nya 8 meter. Cuba la korang darab sendiri. Berbaloi ke tak kalau aku beli. Dah la pakai 2 kali setahun je. Sampai bila nak ROI.

Takpe la..tunggu aku jadi jutawan dulu baru aku beli. Nanti pegi Nilai 3 je carik kain yang murah sikit.

Habis shopping aku terus gerak ke USJ. Kena cepat sikit sebab aku kena tiba rumah selewat2nya 4.30 ptg. Nak jemput anak aku yang pegi seminar tu pulak.

Pandangan biasa setiap hari Ahad kat sekolah anak aku tu. Memang ramai mak bapak yang datang. Punca utamanya...kebanyakan dorang memang tinggal kat area Lembah Kelang. Yang rumah sekitar sekolah tu pun ramai...tapi disebabkan sekolah tu Sekolah Berasrama Penuh jadi dorang terpaksa tinggal kat hostel.

Boleh kata setiap sudut kantin, gazebo, wakaf semua penuh dengan mak bapak yang datang.

Sempat gak la aku snap 2~3 keping gambar.


Deretan kereta mak bapak yang datang. Sekali pandang macam kedai used car pun ada gak.


Pondok gazebo. Kawasan ni memang menarik sebab banyak pokok.


Laman anggur. Pokok tu memang real pokok anggur tapi aku belum pernah nampak buah anggur yang sempat masak...hehehe

Dataran Dato' Sharif...sebelah kanan tu dewan besar.

Surau dan hostel pelajar lelaki.


Perkarangan sekolah. Yang menarik kat sekolah ni banyak pokok. Sedap mata memandang.



Wakaf. Tempat kitorang selalu lepak.

Yang ni korang pikir la sendiri.


Tepat 4.30ptg aku tiba kat rumah. Anak aku yang pegi seminar tu belum ada call lagi. Sah tak sampai lagi tu. Biasa la janji melayu...bukan janji jepun. Tak kesah la...yang penting aku dah ada kat rumah masa dia balik. Kalau tak sapa yang nak pegi jemput. Takkan dia nak jalan kaki. Budak2 zaman sekarang mana boleh susah sikit. Kalau boleh dia mintak kita hantar betul2 depan bilik darjah. Jalan kaki jauh sikit dah bersungut.

Masa aku sekolah rendah dulu...pegi sekolah jalan kaki je. Menapak 2km. Tak kira la hujan ke...panas ke...banjir ke. Yang penting pegi sekolah.

Sekolah menengah kat Kajang. Mula2 naik bas sekolah. Masuk tingkatan 3 kayuh basikal sampai UKM...lebih kurang 10km dari rumah. Kena musim hujan habis lencun. Tu tak campur accident lagi tu. Korang jangan pikir naik basikal tak accident. Tu semua gara2 merempit.

Tapi sekarang ? Nak jumpa budak2 pegi sekolah naik basikal kat kampung ni memang dah tak ada. Semua kena hantar \ jemput. Yang bawak motor sendiri pun ada. Yang ni sah takde lesen. Camana mak bapak dorang benarkan pun aku tak paham.

Mujur anak2 aku tak pernah mintak nak bawak motor ke..basikal ke pegi sekolah. Setakat ni dorang naik basikal tak pernah lepas dari kawasan pagar rumah. Untuk keselamatan dorang gak.

Adakah aku terlampau protective ???

No comments: