17 June 2009

Bila dah pencen...

15 Jun 2009 - Penggal baru persekolahan dah bermula. Macam biasa aku akan menghantar anak aku yang form 1 dan bini aku pulak akan hantar yang 2 orang lagi ke sekolah rendah.

Kenapa macam tu pulak ?? Jawapannya...kat kampung aku ni takde sekolah menengah. Mohon duduk asrama tak dapat...alasan pihak sekolah ialah rumah tak sampai 5 km dari sekolah. Mangkuk punya alasan. Dia tak pikir yang kampung aku ni kenderaan awam takde...bas sekolah ada tapi lain route. Kalau macam aku takpe la jugak sebab pagi aku hantar sebab satu perjalanan ke tempat kerja. Masa balik bini aku jemput...mujur dia boleh drive. Kalau mak bapak dua-dua kerja macamana ??

Masa persekolahan 7.20 pagi ~ 2.30 ptg...kalau mak bapak kerja swasta yang balik pukul 5.30 ptg...haa korang bayangkan la sendiri. Aku malas nak cerita lebih...kang blog ni kena block pulak. Silap haribulan aku pulak ke "dalam".

Yang paling menariknya ada pelajar yang dapat duduk asrama tu, rumah bukan jauh mana pun...naik basikal 10 minit dah sampai TAPI dek sebab mak bapak dorang bawak CLK, X5, Lex semua syarat tu tolak tepi.

Ahhhh...lantak pi la dorang. Aku pesan kat anak aku...belajar betul2...score 9A dalam PMR pastu kita carik sekolah lain yang lebih mesra alam. Macam makcu dia. Dulu dia pun sekolah kat situ jugak. Lepas SRP cabut sekolah lain. Sekarang ni dah ada Phd pun.

Aku ingat lagi masa hari pendaftaran awal tahun hari tu...ucapan Pengetua dengan guru HEM betul2 buat aku bengang. Patutnya hari tu pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid baru...berilah kata2 semangat. Sekurang2nya mak bapak berbangga anak terpilih masuk kesekolah tu. Tapi lain lak jadinya.

Si Pengetua sibuk dengan isu sekolah tak cukup dana nak buat dewan makan asrama sampai terpaksa korbankan kawasan parking kereta guru untuk dibuat kantin sementara. Pedulik apa aku...ada aku kesah. Anak aku bukannya duduk asrama.

Yang si guru HEM pulak sibuk dengan kes pelajar merokok. Dah la berucap dengan muka yang tak pernah senyum. Asyik nak salahkan mak bapak sebab tak jaga anak bila dirumah. Halloooo bro...ini sekolah agama...70% pelajar duduk asrama. Kalau ada pelajar asrama yang merokok..tu dorang belajar kat mana. Kalau dah sekolah tak boleh nak tarbiyah muridnya janganlah nak salahkan mak bapak. Akai ada kaa??

Hissshhh!! Geram betul aku.

Kita tinggalkan je la malaun tu...biar la dia pencen dengan aman. Tak lama lagi tuu.

Kalau sebelum ni lepas hantar anak ke sekolah aku akan terus ke pejabat, tapi kali ni tidak. Aku pusing2 dulu kat kawasan perumahan tu nak carik kot2 ada orang jual nasik lemak nak buat breakfast. Tapi apa punya suwey.. takde satu pun gerai yang bukak. Mungkin masih awal lagi kot. Nak awal apanya!! dah pukul 7.20 pagi. Takkan jual nasi lemak ikut supermarket punya bisnes hour kot. Patutla selalu tu aku tengok dah pukul 12 tgh dorang masih terconggok kat gerai...nasi lemak tak habis lagi.

Takpe la..aku teringat pulak hari ni hari Isnin...kat Bangi Lama ada pasar pagi. Kira breakfast kat warung je la.

"Jom pegi Bangi Lama..nak rasa jadi orang pencen" aku ajak bini aku. Dia ON saja.

Memang betulpun...aku tengok kat pasar tu majoriti pengunjung adalah warga emas. Terasa tua lak aku ni..hehe. Ye la kan...yang muda2 semua pegi kerja...hari isnin lak tu, jadi tinggal lah orang2 yang dah tak laku ni je...termasuk lah aku.

Lepas 2~3 kali tawaf kat pasar tu aku ajak bini aku pegi minum je. Takde yang menarik. Nak beli ikan pun dalam fridge kat rumah tu ikan pancing aku hari tu masih tak berusik lagi. Memang carik nahas la kalau bini aku nak beli ikan lain.

Kat dalam restoran tu sambil2 aku melantak roti sardin, mata dan telinga aku terfokus kat satu meja tu. Ada 4 orang tengah baek punya balun roti canai. Dari gaya pakaian dan cara dorang berbual, aku dapat agak dorang ni orang gomen. Kena pulak ID yang tergantung kat leher dorang tu ada lambang yang mengesahkan. Biar betul dorang ni...baru 9.30 pagi dah terconggok kat kedai kopi. Setau aku kat kawasan Bangi Lama ni takde pejabat gomen. Ish ish ish..jauh nya dorang ni ngular.

Tapi aku bersangka baik. Aku andaikan dorang ni buat kerja luar. Outstation gitew...ahaks

"Dah bukak kedai motor ni bang...jom pegi tengok" bini aku mengejutkan aku dari umpatan hati. Memang aku dah plan pegi Bangi Lama ni nak jenguk kedai motor. Nak carik motor 2nd hand buat ronda2 kampung...maklumla dah pencen. Sekurang2nya jimat gak minyak...dah la kereta kebal aku tu manjang haus je.

Ada la 2~3 biji motor 2nd hand kat kedai tu yang boleh dikategorikan sebagai "boleh pakai". Yang lain tu buat habis duit merepair je nanti. Tapi aku berkenan kat satu motor ni...HONDA. Model asal aku tak pasti tapi sticker semua pakai Wave100. Tengok pada lampu dan ekzos aku tau ini bukan Wave. Kalu tak silap EX5 Class1. Motor ni memang tahan lasak cuma top speed je kureng kalau nak banding dengan Yamaha. Kira ok la tuu. Aku bukannya nak merempit. Dah pencen buat la cara orang dah pencen...tak gitu !!

Satu lagi perangai aku. Aku lebih ikutkan instinct...naluri. Kalau aku dah berkenan aku dah tak pandang yang lain dah. Camtu la bila aku terpandang bini aku kali pertama dulu. Sampai la sekarang ni perangai tu tetap tak berubah.

Tawar punya tawar..aku setuju dengan harga yang tokey tu letak termasuk dengan aksesori yang dia janji nak bagi. Tokey tu kata kalau everything ok..petang nanti lu boleh datang angkat ini motor...tapi tunggu saya call dulu. Wallawey !! Cepat betul proses beli motor ni. Aku ingatkan urusan dengan JPJ ni leceh. "Haiya kawan...ada itu kepala agung semua hal pun boleh kowtim maa" kata tokey tu. Lantak ko la apek. Janji motor tu legal. Kang tak pasal2 aku lak yang kantoi.

On the way balik, aku singgah kat opis baru. Dah 3~4 hari tingkap tak berbukak. Masuk je rumah tu bini aku dah bersungut. Takde benda lain la tuu...bau mamat security hampeh. Memang power la dorang tu. Kalau cK, YsL tau sure dorang ambik jadi duta produk dorang. "Perfume power...tahan basuh walau dengan clorox. Pakai sekali boleh tahan setahun baunya".
Sekali lagi aku nak pesan...jangan sewakan rumah pada lelaki bujang level bawahan. Bukan nak menghina tapi inilah realitinya.

Hari ni tugas menjemput anak kat sekolah aku take over. Bukan apa...saja nak tunjuk muka kat orang kampung. Nak bagi tau dorang yang aku ni masih ujud lagi. Apsal aku kata camtu...nanti aku citerkan...di lain entry.

Dalam pukul 2.30ptg tokey kedai motor tu telepon "Boss..motor sudah siap...boleh mari angkat" Memang besar cable apek ni.

Petang nanti la aku ambik motor tu...sekali jemput anak aku kat sekolah menengah. Lagipun duit aku belum ambik lagi.

Pukul 3.30 aku gerak dengan bini aku pegi bank. Pakai duit dia dulu. Nanti aku cover la balik. Lepas ambik anak kat sekolah aku terus pegi Bangi Lama. Selesai bayar dan sign beberapa dokumen aku pun start motor...pegi kedai yang aku tempah kotak kaca hari tu. Kereta, bini aku bawak.

Ada masalah la pulak. Kotak tu tak siap lagi. Dorang tak berani nak buat sebab harga yang dorang quote dibawah harga kos. Ada la dia bagi tau reason dia...tapi teknikal term mana aku reti sangat. Dia mintak budi bicara aku...kalau aku nak harga asal boleh, harga baru pun boleh. Tapi kalau harga asal dia rugi la sikit...kalau harga baru dia rugi tidak untung pun tidak...harga kos.

Mengenangkan niat nak tolong melayu...aku setuju je lah dengan harga baru tu. Hari khamis dia janji kotak tu siap. Ape ape ajer laa.

Sampai rumah, bapak aku bebel. Dia kata habiskan duit je beli motor. Aku malas nak bertekak. Sengeh je la. Dia pun ronda kampung pakai motor klasik dia tu jer. Apsal tak nak bawak kereta ? Tau pun nak jimat minyak. Dah la motor dia tu motor "hantu"...takde roadtax. Insuran jangan citer la. Takde company insurance yang sanggup nak cover motor antik dia tu.

Untuk tatapan semua, ni lah dia motor yang aku berkenan tu. Harga dia rm 2,xxx je.



Lupa nak mention...sekarang ni musim durian. Ada la sepokok yang berbuah. Itupun berebut dengan monyet. Monyet pun pandai makan durian weyy !! Tupai korang jangan citer la. Masa ni la tupai tu nak jadi Piccaso.

Ni salah satu hasil seni tupai tu.

Yang ni tupai tu tak sempat nak ukir...dah gugur dulu DAN yang penting durian ni gugur masa monyet belum buat rondaan.


Yang ni pulak bunga yang semakin dipinggirkan. Walaupun bunga ni bertaraf international...jadi bunga kebangsaan tapi tak se"glamour" Bunga Cinta Lestari. Dimanakah silapnya ??


Yang ni pun species bunga raya gak. Aku tak pasti mengapa bunga ni tak tepilih jadi bunga kebangsaan. Mungkin masa tu dia belum lahir lagi kot ??


No comments: