31 August 2009

Mat Batik

27 Ogos 2009 - 2.30pm Mydin Precint 15 Putrajaya. Aku dengan orang rumah je merewang hari ni. Anak2 semua tinggal...musim H1N1.

Masuk je supermarket tu mata aku dah terfokus kat satu objek...walla wey !! Mat Batik dah sampai dulu rupanya. Alaaa takkan tak kenal Mat Batik ? Hari ni hari Khamis la...sape lagi yang pegi keje pakai baju batik tiap hari Khamis.

Aku konpius kejap...camane baru pukul 2.30 ptg mamat tu dah ada kat supermarket. Memandangkan sekarang dalam bulan puasa jadi aku kenalah bersangka baik. Aku anggap je mamat tu sedang beli barang keperluan pejabat...tak pun memang boss dia yang suruh. Al-maklumlah "Saya yang menurut perintah"

Bukan dia sorang je yang aku nampak...ada lagi 4~5 orang awek yang seangkatan dengan Mat Batik tu. Bukan susah pun nak cam group dorang ni..dari dressing memasing pun dah tau..tu belum cium bau lagi tuu.

Cukup la stakat ni dulu aku ngumpat..ngabiskan pahala pose aku je.

Petang macam biasa..ronda bazaar ramadhan. Pegi fasa 1 dulu beli keperluan untuk anak2..pastu baru ingat nak jenguk bazaar ramadhan kat tempat lain pulak.

Tengah sesi beli membeli aku terdengar brade jual karipap tu sound "dia dah mai dah !!" Aku toleh kiri kanan kot2 ada "pemandangan" yang special...rugi tak tumpang semangkuk...tapi takde la pulak. Kencing berasap punya brade. "Makin ramai tuu " brade sebelah tu pulak bersuara. Aku malas nak layan...ni mesti geng sekencing dorang gak ni.

Sedang aku belek2 kocek nak bayar..baru aku perasan..aku lupa nak toleh keatas. Hujan dah turun daaa. Mujur hari ni aku bawak keta...kalau merempit mau makan bubur nasi lemak anak2 aku buka puasa nanti. Nasi lemak ?? Ahh sudah !! Yang tu aku tak beli lagi. Hujan makin lebat. Baju aku dah lencun. Orang lain aku tengok semua dah pakat tompang berteduh kat payung peniaga. Ada sorang mak dara jual nasi campur tu aku tengok dah tarik muka 14. Mungkin dia tak suka orang kerumun gerai dia tompang teduh...kalu membeli lain la citer.

Hujan pun hujan laa...aku redah je. Nak tunggu reda sampai bila...lagipun memang aku dah kuyup. Kalau aku demam pun besok bukannya aku keje.

Mujur nasi lemak brade tu belom jadi bubur lagi...boleh la anak2 aku berbuka secara normal hari ni. Yang paling syok nya ada sorang mak dara tu..dia pun macam aku gak dah lencun habis..tapi tak berani nak berdiri dalam hujan. Last2 dia pegi berteduh kat gerai sebelah...dengan suara ala ala Siti Nurhipokrit..dari jauh je dia order lauk apa dia nak. Macam tu punya manusia pun ada kat BBB ni.

Tok Guru aku pesan..kalau kena hujan biar basah lencun. Yang jenis kena hujan sikit2 tu yang boleh bawak demam selesema.

Kalau hujan renyai2 je camana pulak ? Takkan nak tunggu sampai lencun...sampai bila wey ??

Apa susah bro...sampai rumah korang mandi laa. Jangan bagi air hujan tu kering sendiri kat badan. Tapi kalau korang berani cuba la mintak air barang sebaldi dua dari brade jual jambu 123 tu...pastu jirus satu badan sampai lencun. Tapi jangan salahkan aku kalau ada yang beraya kat Tanjung........

27 August 2009

Ngular vs Bonus Raya

25 Ogos 2009 - Dalam keadaan badan aku yang tak berapa nak sihat ni sempat gak aku merayau ke 2 pasar ramadhan. Mula2 ke fasa 1...beli makanan biasa dari peniaga yang biasa. Lepas tu ke Komplek PKNS.

Aku ni jenis yang takut nak mencuba bab makanan esp. dalam bulan puasa ni. Buatnya kurang sedap tak ke haru masa berbuka nanti. Sebab tu aku membeli dari peniaga yang tertentu je. Yang lain tu sekadar aku service mata je la.

Kat Komplek PKNS lagi meriah wey !! Dari Tasik Cempaka aku dah nampak kereta berderet parking kat tepi jalan...boleh dikata sesak gak la. Mujur aku merempit. Cilok sana cilok sini ngam2 parking depan pintu.

Majoriti peniaga kat situ newcomer ataupun peniaga bermusim. Ada la 2~3 yang biasa aku tengok meniaga kat pasar malam...yang lainnya sumer muka baru. Tu yang buat aku tak berani nak berurusniaga tu.

Pengunjung jangan citer la...rambang mata dibuatnya. Maklumla kebanyakannya baru balik dari opis. Name tag pun tak sempat nak tanggal lagi. Student IPT pun ramai gak...lagi ganaz dorang ni. Naik pening kepala aku tak tau mana satu "kueh" aku nak tengok.

Sebut pasal pekerja opis ni...teringat aku kat group ngular yang aku selalu jumpa masa breakfast hari tu. Apa aktiviti dorang masa bulan posa ni ek ?? Ngular gak ke ?? Setau aku kalau dah jenis kaki ngular dorang bukan kira bulan ni bulan apa. Ngular tetap ngular cuma port je berubah. Tapi kat mana ek ?

Sepanjang rondaan aku 3~4 hari ni apa yang aku perasan kereta makin banyak parking kat bawah pokok depan Tasik Cempaka esp. tengahari. Ada yang nampak kaki je kat atas dashboard..sah tengah baek punya lentok. Yang lagi best nya kereta yang parking tu siap ada lambang bagai. Mujur kereta Sony takde lekat lambang...senang la korang nak parking mana2 pun..takde orang perasan.

Seingatan aku..sepanjang aku keje kat Sony tak pernah lak aku buat keje camtu. Kalau dah tak tahan sangat ngantuknya, aku tawaf satu kilang. Tak pun aku lepak kat guardhouse...borak2 ngan pak guard. Paling best kalau bukak citer Misteri Nusantara..mata layu boleh jadi terbeliak. Tapi yang tak syoknya bila masuk je opis..start ngantuk balik hikhikhik

Kat surau lagi ngeri. Dah rupa macam kem mangsa perang je rupanya. Baru pukul 12 tgh surau dah penuh. Masuk waktu zohor cuma dapat buat 3~4 saf je. Yang lain pakat solat sambil baring..siap goreng pisang lagi tu !! Itu surau lelaki la..surau pompuan takde la aku gatal2 nak pegi jengok. Kalau nak merasa kena baling ngan kasut cuba la buat.

Aku dengar citer orang gomen mintak bonus untuk raya ni. Dapat tak dapat tak tau lagi. Kalau ikut firasat aku lebih berat kepada tak dapat. Sebabnya... yang pertama sebab kalah PRK..yang kedua sebab amanah saham yang gomen jual baru ni kurang laku. Korang cuba la tafsir sendiri. Aku tak berani nak citer lebih2...aku tak nak beraya kat "dalam".

Aku belek2 kalendar kuda kat gobok aku tadi...baru aku perasan. Tahun ni orang swasta raya sebelum dapat gaji. Fuhh !! Keluar peluh jantan dibuatnya. Aku dah merasa aku tau la. Masa ni baru la terpikir apsal aku tak simpan sikit2 dari awal tahun. Tapi nak buat camana..nasi dah jadi bubur lambuk Kg Baru...padi dah jadi benih cendawan. Mujur bini ada tabung ayam...dan mujur juga ayam tu ayam betina...boleh gak di jual telurnya. Buatnya ayam jantan ??

Semalam aku ada tertengok berita kat tv...pasal harga makanan kat pasar ramadhan mahal. Tu memang betul...rata2 harga makanan lebih mahal dari hari biasa tapi bukan itu yang menarik minat aku. Aku tertarik dengan alasan yang peniaga tu bagi. Ada 2~3 peniaga bagi alasan susah dapat bekalan gula menyebabkan dorang naikkan harga. Apa punya turrrr !! Susah dapat bekalan je..bukannya harga gula naik. Takkan dorang kira dengan duit minyak sekali kot. Maklumla dapat beli gula kat Kajang 2kg pastu pegi lak Shah Alam dapat lagi 2kg pastu pegi Banting dapat lagi 2kg. Logik ke ?? Kot ye pun nak naikkan harga..bagi la alasan yang munasabah sikit...H1N1 ke, kena pakai topeng masa niaga. Takpun sebab harga tudung Myzang ngan Arianning mahal...sebab tu kena naikkan harga kueh...baru untung banyak...baru boleh bergaya dengan tudung baru di pagi raya.

Kalau macam tu aku pun nak naikkan harga benih cendawan aku..banyak dapat untung baru boleh buat open house..baru korang nak datang umah aku..kalau nak datang la hehehe.

25 August 2009

Sahur

23 Ogos 2009 - Hari ni malas nak citer pasal pengembaraan aku ke pasar ramadhan. Sebabnya aku pegi tempat yang sama gak...anak aku nak makan benda yang sama dari peniaga yang sama. Jadi, apa yang aku jumpa pun akan jadi benda yang sama jugak. Cuma bezanya hari ni aku kena selesema. Ntah dari mana la aku dapat virus tu agaknya. Jangan H1N1 dah le. Ni tengah pantau keadaan.


Gambar ni bukan promo ek !! Tapi ada kena mengena dengan apa yang nak aku citer ni.

Sahur. Nak buat boleh tak nak buat pun boleh. Yang penting Nabi buat. Jadi, korang pikir la sendiri. Tepuk perut..tanya tekak.

Bagi aku sekeluarga sahur dah macam wajib. No excuses. Walaupun "full moon". Cuma bezanya meja tak la meriah dengan makanan. Setakat yang ada kat gambar di atas tu je. Bukan tak mampu nak sediakan makanan tapi memang aku dah latih anak bini aku macam tu.

Ramai gak yang tanya "boleh tahan ke sampai ke petang ?" Apsal tak boleh pulak ?? Kalau tak caya korang cuba la. Makan 2~3 biji kurma dengan 2 keping roti...pastu minum air banyak2. Benda ni aku dah buat sejak berpuluh tahun dulu. Takde masalah pun.

Masa 1st time bersahur kat rumah mertua memang aku terkejut beruk. Dorang sahur macam makan tengahari. Pukul 4 pagi dah bangun masak. Yang dorang pulak pelik tengok aku. Makan roti sekeping je. Tapi ada logik nya jugak sebab dorang buat keje sawah. Banyak tenaga nak pakai. Bukan macam aku...setakat goyang kaki dengan topang dagu kat opis 100 kalori pun tak habis.

Bini aku pun camtu gak masa 1st time sahur dengan aku. Mula2 tu dia masak gak tapi lepas dia try 2~3 kali...sekarang dia dah ikut style aku. Bangun sahur masak air je. Tak sampai setengah jam dah settle semua.

Sekarang ni kalau aku makan heavy masa sahur..sah pukul 10 pagi perut aku dah pedih.

Korang try la. Nak testimoni gak ke ?? Takkan nak jadi Meeting Larut Malam kot ?

23 August 2009

Fiesta bermula

22 Ogos 2009 - Puasa dah start. Bukan pengisian puasa yang hendak aku bebelkan tapi tentang nafsu makan orang kita hingga sanggup menggadai nyawa. Kalau nyawa dorang sendiri lantak pi la...ni tidak..dengan nyawa anak bini dorang sekali digadainya. Macam nak kena tanam dalam satu kubur je azam memasing.

Hai !! Keras je bunyiknya tu. Meroyan apa lak kali ni ??

Memang aku meroyan. Bukan takat tu aja..geram, marah, kesal semuanya ada.

Untuk hari pertama ni aku pegi merewang kat pasar ramadhan di fasa 1 BBB. Bukan juadah yang aku peratikan sebab dari rumah lagi aku dah set dalam kepala otak apa makanan yang nak aku beli...siap kat gerai mana nak beli pun aku dah set sekali.

Yang aku peratikan sesangat ialah gelagat pengunjung. Aku rasa dorang2 tu semua tak baca suratkhabar ataupun tengok berita kat tv. Dah terang2 Kementerian Kesihatan keluarkan amaran supaya kurangkan aktiviti dikawasan yang sesak dengan orang ramai terutamanya kanak2...namun apa yang aku dapati adalah sebaliknya.

Kalau korang tak percaya korang jengok la sendiri. Jangankan pakai face mask...baby yang baru 2~3 bulan menyedut udara dunia ni pun dengan selamba badak je makbapak tu gendong. Kot ye pun nak beli juadah berbuka puasa..bapak nya saja yang pegi cukupla. Tak payahla dirisikokan kesihatan anak tu.

Ada jugak yang prihatin...tapi tak cukup. Bayangkan la bapaknya saja yang pakai topeng. Anak2 semua togel. Ada ke patut ?? Dimana tahap kesedaran dorang ni pun aku tak paham.

Walaupun ada artikel menyebut pemakaian face mask tidak banyak membantu penularan wabak H1N1 kerana particle virus tu tersangat halus dan tidak mampu di tapis oleh face mask tersebut namun sebagai salah satu usaha mencegah ia tidak salah untuk dicuba.

Kalau aku kata dorang ni makbapak yang tak bertanggungjawab..keras sangat bunyinya. Tapi apa lagi yang boleh dilabelkan pada orang macam tu. Takkan nak panggil dorang tu manusia kebal...ataupun manusia kaya raya yang dah minum immune booster yang dijual dek ejen Meeting Larut Malam.

Tu baru citer pasal kesedaran H1N1. Belum masuk bab anak dara mak dara nenek dara yang kat rumah takde cermin lagi tu. Yang tu pun kira wabak gak tu...wabak tak sedar diri. Korang paham kot apa maksud aku !! Perlu ke aku elaborate lebih lagi ? Tak payah la. Kang kurang lak pahala puasa korang. Aku yang tukang tulis ni lagi la double kurang.

Mulanya ada gak niat nak snap 2~3 keping gambar...tapi aku batalkan aje. Tiap kali aku halakan lense...ada je muka2 ala samseng PS yang enteprem. Cuak gak aku. Kang tak pasal2 aku berbuka kat spital lak.

Besok aku nak merayap lagi. Kalau boleh nak tengok pasar ramadhan yang lain pulak. Mana la tau kan..kot2 lain padang lain belalang. Tak pun boleh jumpa budak2 Meeting Larut Malam bukak meja...jual ubat H1N1...hihihi Berani ke dorang tu ??

News Update

21 Ogos 2009 - Saja aku nak bagi full update tentang projek opis baru. Selalu tu aku cuma bagi sikit2 je...sebab tu ramai yang tak paham apa sebenarnya yang aku buat.

Secara specificnya benda yang aku buat atau lebih tepat lagi yang kitorang buat ialah pembiakan benih cendawan menggunakan kaedah tissue culture (betul ke ayat aku ni ?) Ini baru peringkat permulaan...untuk jangka panjangnya banyak lagi benih baru yang ingin kami biakkan.

Pada ujikaji peringkat pertama ini kami menggunakan padi sebagai perumah. Ada dua ujikaji dijalankan menggunakan dua medium packaging yang berbeza iaitu botol dan plastik. Kedua2 ujikaji tersebut berkembang dengan jayanya tanpa sebarang masalah kritikal. Alhamdulillah.




Cuma ada sedikit masalah dalam proses pemindahan tissue ke tissue. Banyak faktor penyumbang yang menggagalkan proses tersebut seperti persekitaran yang tercemar, peralatan yang digunakan tidak bersih malah kecuaian kami sendiri yang kurang cermat sewaktu proses pemindahan dilakukan.

Antara masalah yang timbul ialah tumbuhnya kulat hitam seperti gambar dibawah.




Yang ni pulak benih tu tumbuh merata2. Kat sinilah yang aku kata adanya campurtangan si Ceplos.
Sepatutnya benih tu tumbuh macam kat bawah ni. Pergerakannya serata dan berbentuk seolah2 bulu kucing.


Bukannya macam ni...menggerutu tak tentu pasal. Yang ni kira jatuh hukum buang je.


Secara statistiknya ujikaji kitorang adalah berjaya. Walaupun hanya beberapa botol tissue sahaja yang betul2 hidup subur namun itu sudah memadai untuk disuntik kepada puluhan ribu media dan itulah yang akan kami lakukan lepas raya nanti.

21 August 2009

Cuti, Puase & Raye

20 Ogos 2009 - Orang pencen pun ada cuti ke ?? Jangan jeles bro.. aku boss aku la kuli...company tu aku yang punya...suka ati aku la nak cuti ke nak keje ke...ada aku kesah !!

Sementara menunggu benih pertama matang, kami buat keputusan untuk ambik cuti dalam seminggu. Kebetulan sekolah nak cuti dan puasa pun dah nak start jadi partner aku kata dia nak balik kampung. Lagi pun ada beberapa benda yang dia nak cari kat sana. Aku takde hal punya. Aku pun nak balik kampung gak. Pembekal padi tak cari lagi. Tapi aku kalau balik kampung pun takde la sampai seminggu...dalam sehari dua je. Benih tu nak kena monitor gak. Mana la tau kot2 si Ceplos datang balik.

Sebut pasal puasa teringat aku masa kat Sony dulu. Nak kata mencabar takde la jugak. Setakat amoi2 tu makan minum kat opis aku tak kesah lagi. Tak tergoda pun. Aku lagi suka dorang buat camtu...sekurang2nya aku boleh berlatih mengawal nafsu makan.

Yang aku sakit hati tu..boleh dikatakan tiap2 bulan puasa hari sabtu mesti ada yang kena keje. Pernah gak jadi tiap2 sabtu kena keje. Sebagai nasi tambah...dalam bulan puasa ni jugak la dorang berebut2 nak buat stock take...buat hari ahad lak tu. Tension wooo !!! Tapi nak buat camana...dah boss makan bak kut teh.

Puasa kali ni aku tak tau dorang keje ke tak hari sabtu...aku dah buang Sony calendar kat dalam sungai sebelah parking lot masa aku balik 29 May hari tu...hahaha

Satu lagi kenangan pahit bulan puasa di Sony ialah month end closing. Dah la berbuka kat kantin je...kena stay back sampai midnight lak tu. Betul2 mencabar kesabaran aku. Pernah gak aku buat perangai...5.30pm aku pegi pasar ramadhan beli juadah...bukan untuk aku tapi untuk anak bini aku...hantar balik rumah...bukan setakat hantar tapi siap berbuka sekali kat rumah..pukul 8.00pm baru aku masuk opis balik. Masa aku sampai dorang dah kecoh sebab dorang ingat aku dah balik jadi keje aku tak siap. Bila keje aku tak siap keje dorang pun tak boleh siap gak. Ada sorang amoi tu dah membebel wrong timing at a wrong person. Tak pasal2 kena maki ngan aku. Sejak hari tu dia tak pernah mendesak kalau nak apa2 data dari aku. Kenkadang tu siap pakai IPMSG je..hehehe

Yang seronoknya masa cuti raya. Setakat cuti raya 7 ~ 10 hari tu dah jadi perkara biasa. Kakak aku sampai tanya "kilang ko dah tutup ke ?". Mana tak nyer...orang lain dah seminggu keje tapi aku masih sibuk makan lemang. Itu dulu la...setahun dua ni trend tu berubah. Cuti dah lebih kurang sama je dengan orang gomen. Betul la tu...dulu gaji swasta lebih dari gomen...tapi sekarang dah terbalik. Dulu swasta keje 5 hari seminggu...sekarang gomen pun sama. Dulu swasta je dapat bonus...sekarang gomen pun dapat. Cuma working hour dengan break time je gomen tak nak ikut swasta. Apsal ek ?? Aku tau kenapa tapi tak boleh citer kat sini. Sekarang ni SKMM tengah pantau aktiviti bloggers. Kang tak pasal2 blog aku kena block. Setakat kena block takpe lagi...buat nyer aku yang kena lock behind bars ???

Puasa dah sinonim dengan pasar \ bazaar ramadhan. InsyaAllah aku akan cuba buat lapuran tentang pasar ramadhan yang ada kat sekitar BBB ni. Itupun kalau immune system aku kuat la. Nak beli ubat yang "kononnya" boleh boost immune system sampai 400% tu aku tak mampu. Dah la takde jual kat pharmacy...mahal giler lak tu. Dasar Meeting Larut Malam...yang penting masyuuuk. Insuran pun sama gak. Tau nak ambik duit orang je...penyakit yang masuk kategori wabak tak nak cover...termasuk la H1N1. Pak Muhydin dah bersuara dalam berita tadi. Aku nak tengok apa action dorang lepas ni. Siapa lebih power...gomen ke insurans company ?? Kes gula pun tak boleh nak settled..ahaks !!!

18 August 2009

Sukses !! Sukses !!

17 Ogos 2009 - Dah macam Pak Ajis dalam filem Bujang Lapok pulak dah !! Awat kalut sangat ni brade ? Nombor naik ke ??

Bukan kalut bro..tapi GUMBIRA !! Mana ada manusia yang tak happy bila 1st experiment menjadi. Kira macam Do It Right First Time la (betul ke ayat aku ni ?)

Tok Guru kata pencapaian kitorang beyond expectation memandangkan ini adalah ujikaji pertama dan background kitorang yang beratus kilometer menyimpang dari bidang microbiology ni. Alhamdulillah !!

Ni bukti pencapaian kitorang. Kalau boleh aku nak frame gambar ni. Nak buktikan pada generasi akan datang bahawa bertukar bidang bukanlah sesuatu yang mustahil. Seorang pemegang Ijazah Kejuruteraan tidak semestinya hanya boleh bergelumang dengan mesin. Partner aku dah buktikan. Aku yang sekolah setakat darjah tiga ni jangan citer la. Anytime aku boleh masuk any bidang yang aku ndak. Lebih flexible dari badan gymnast.



Yang ni kalau research officer Mardi tengok boleh tangkap nangis ni. Dorang makan tahun punya research...siap dengan ribu riban punya peralatan baru boleh dapat hasil cam ni. Tapi kitorang buat macam main masak2 je. Lab equipment pun buat sendiri je. Tapi tu semua tak penting. Yang penting hasil mesti ada kualiti.



Tok Guru kata kami dah boleh start production dalam skala yang lebih besar. Jangan tunggu lama2. Dalam bisnes ni kita tak boleh lambat. Keretapi makin laju. Usain Bolt pun dah pecah rekod dunia. 9.58 saat tu !! Giler punya laju. Aku dulu buat 11 saat je..itu pun dah pecah rekod daerah. Siap dapat wakil negeri lagi.

Tapi aku dengan partner tak nak terburu2. Kitorang nak buat ujikaji sampai end cycle. Nak bagi sample kat beberapa pengusaha dulu. Bila dorang puashati dengan produk kami baru boleh start mass production. Sekurang2nya dah ada testimonial. Kira macam Meeting Larut Malam selalu buat tu laa !! Testimoni pelanggan ibarat nyawa pada dorang. Habis di jaja nya se antero Malaya...kononnya produk dorang tu je la yang paling hebat. Kalau prospek tak caya maka dihulurkanlah testimoni tu...walaupun itu 10 tahun dulu punya citer.

Korang mesti heran kan ? Apsal aku anti sangat dengan MLM ni ? Ntah la...malas aku nak jawab. Nanti la bila aku ada mood aku akan jelaskan.

Yang ni apa pulak ? Siap pakai songkok bagai. Dah raya ke ?

Ni sebenarnya 2nd ujikaji kitorang. Saje je kitorang buat. Macam belajar kat sekolah gak. Mana cukup belajar satu subjek je. Contohnya biologi, kimia & fizik. Mana boleh ambik satu subjek je. Tiga2 kena belajar. Kalau kantoi fizik..masih ada biologi dengan kimia..kalau kantoi semua kita tukar bidang...ambik accounting pulak (macam perli aku je ni !!)

Tadi kitorang keluar makan malam dengan Tok Guru. Dia belanja. Banyak nasihat, tips tentang sepak terajang dunia perniagaan yang dia bagi. Itulah gunanya berguru dengan OTAI. Banyak pengalaman. Walau berderet ijazah tergantung kat dinding rumah tapi takde pengalaman tak guna gak. Harap teori je world class...praktikal hampeh !! Tapi kat Sony terbalik la pulak. Pengalaman langsung takde nilai pada dorang. Yang penting mesti "sebulu" dengan boss. Kalau boss makan kari..anak buah mesti makan kari gak. Kalau boss makan bak kut teh...anak buah pun mesti yang jenis makan tu jugak...walaupun si anak buah tu kantoi kat U.

Aku menulis berdasarkan pengalaman.

17 August 2009

Hujan H1N1

16 Ogos 2009 - Semenjak dua menjak ni tiap2 hari hujan turun. Dah la lebat...siap dengan kilat petir bagai. Seriau pun ada rasanya. Walaupun aku peminat setia hujan..(bukan band Hujan tu ek !!) timbul gak rasa risau bila dah tiap2 hari dia turun. Road accident, landslide, banjir, wabak penyakit...semua tu ada kena mengena dengan hujan.

Tidak terkecuali wabak H1N1. Aku pernah terbaca satu artikel pasal H1N1 ni dimana virus tu akan jadi lebih agresif dalam musim hujan. Logiknya..virus tu suka pada udara yang sejuk dan mampat. Betul gak tu. Selalunya masa musim hujan ni la orang akan senang dapat selsema, batuk maupun demam. Yang jadi masalahnya kita sukar nak mengenal yang mana satu H1N1 dan yang mana satu demam selsema biasa sebab simptomnya sama je.

Setakat hari ni dah 62 orang jadi mangsa. Kementerian pun dah pening kepala nak lawan H1N1 ni. Dorang masih mengharap pada vaksin yang belum tentu hujung pangkalnya lagi. Apa yang pasti sekarang ni adalah masa untuk beberapa kerat peniaga buat duit. Permintaan face mask melambung tinggi...setinggi harganya jugak. Kalau dulu kita boleh beli 30 sen sekeping tapi sekarang ni dah jadi 1.20 Aku dengar sekolah2 pun dah mula order face mask untuk dijual pada murid. Kalau aku tau sekolah anak aku ambik untung gila2...siap la gurubesar.

Masa ni jugakla kaum2 Meeting Larut Malam promote produk memasing. Semua kata produk dorang boleh jadi penawar H1N1. Macam2 testimoni yang dorang bagi. Siap ada yang ngaku dah terlantar kat ICU..pagi bagi minum produk tu..petang dah keluar spital. Hebat giler punya ubat. Ada pulak yang kata produk dorang boleh tingkatkan immune badan sampai 400%...ramai doktor pakar yang rekomen. Tapi bila tanye kat mana nak beli ? Cuma boleh beli dari ejen. Kat klinik, pharmacy, spital takde jual. Pulak dah !! Kata produk tu bagus sangat..apsal jual main sorok2 pulak ?


Ada gak yang kata virus tu ciptaan negara barat. Dorang sebarkan virus..pastu dorang jual vaksin. Semuanya sebab duit. Yang ni aku kurang setuju sebab saintis memang dah lama tau pasal swine flu ni..cuma sebelum ni dia tak menyerang manusia. Dia dok diam2 dalam badan babi je. Mungkin dia dah boring dalam tu..takpun dia dah tak tahan kena hina ngan manusia..tu yang dia take revenged tu. Memang teliti perancangan virus babi ni. Dia tak serang manusia secara direct. Dia goda virus selsema yang manusia ada. Dia ajak kawen. Yang virus manusia ni pun satu hal gak...sama macam tuan dia jugak...pantang kena goda. Tak kira la yang goda dia tu Indon ke, Bangla ke, negro ke...semua dia sapu. Bangga la kononnya dapat balak hensem macam SRK. Piiiiraaaaa !!

Bila virus tu dah kawen..siap la tuan punya badan. Habis semua organ penting dia attack esp. jantung dengan paru2. Sebab tu kebanyakan yang maut adalah orang yang memang dah ada sakit kronik ataupun bebudak yang antibody belum cukup kuat. Memang bijak betul virus babi tu.

Kalau ikut kata WHO wabak ni akan berlarutan lagi setahun. Korang bayangkan la kalau sehari purata 5 orang maut. Kalau setahun ?? Ngeri wey !! Sekarang dah 62 orang maut...itupun kerajaan kata masih terkawal. Aku tak tau apa yang dorang nak tunggu lagi.

Tak lama lagi puasa. Aku jangka kes baru akan bertambah dalam bulan ni. Bukan sebab puasa tapi sebab budaya bulan puasa. Dalam bulan ni lah orang akan berpusu2 di pasar2 ramadhan. Dalam bulan ni lah orang akan makan secara berlebihan tanpa mengira kualiti makanan. Dalam bulan ni lah orang akan berduyun2 ke shopping complex. Lepas tu budaya bulan raya pulak. Dalam bulan ni lah orang akan berebut2 buat open house. Dalam bulan ni lah orang akan jadi rajin ya amat menziarah sedara mara. Dalam bulan ni lah orang akan makan makanan yang bukan2.

Habis tu nak salahkan siapa ?? Diri sendiri iman tak kuat. Baru kena goda dengan Raya Sale kat Jusco dah tewas. Dah la malu nak pakai face mask...kononnya tak dapat nak tayang bibir dia yang kaler oren tu. Jari pulak tak boleh diam..cuit sana cuit sini. Semua benda nak pegang..semua benda nak rasa. Belek barang macam cari kutu kat badan kambing. Pastu malas lak nak basuh tangan...takut luntur warna kuku.

Ntah la Labuu...gasak korang la. Yang penting besok Tok Guru nak turun. Hari penentuan samada kitorang punya ujikaji berjaya ke tidak. Mudah2an sukses. Lepas raya production nak full swing. Dah takde masa nak lepak2 lagi. Kalau nak lepak pegi mintak keje ngan gomen laa.

14 August 2009

Take 5

13 Ogos 2009 - Banyak benda nak citer tapi aku kena tarik handbrake dulu...nak kuatkan system immune badan...hikhikhik

Sementara tu korang layan dulu ostad MAZA ni...satu isu yang kebanyakan dari kita terlepas pandang tapi tidak bagi aku.






10 August 2009

5 - 0

05 ~ 09 Ogos 2009 - EPL dah start ke ? Belum lagi kan ? Liga Malaysia dah habis...Piala Malaysia belum start lagi...World Cup jangan citer la...stadium pun tak siap lagi. Habis tu... yang 5 - 0 tu amende ??

Hehe...jangan gabra kawan !! 5 - 0 tu sebenarnya 5 hari aku "tumbang"...DEMAM. Hari tu anak aku demam...sekarang turn aku plak. Dah lama gak aku tak demam teruk ni. Selalu tu dia main acah2 je nak demam...last2 tak jadi. Tapi kali ni dia redah semacam je. Memang tumbang macam lembu lepas kena sembelih. Tak bangun punya. Kejap panas kejap sejuk. Bila panas datang rasa macam nak terbakar kulit ni. Bila sejuk lak datang...macam kereta tua start enjin...menggigil satu badan.

Pagi Khamis pegi klinik. Dah tak boleh tahan. Doktor kata takde apa2...demam biasa je. Banyakkan minum air. Jangan selimut badan nanti panas tak keluar. Ek eleh !! cakap senang la doc. Kalau dah rasa sejuk macam duduk dalam freezer takkan nak togel je kot !! Agak2 la pun bagi advice tu.

Hari Jumaat camtu gak. Takde tanda2 demam tu nak kebah. Ubat dah habis. Aku pun pelik gak...aspal doktor bagi ubat tu sikit sangat...ke nurse tu yang salah bagi.

Petang aku repeat balik klinik tu. Tanye kat counter betul ke jumlah ubat yang dia bagi semalam. Nurse tu kata jumlah tu betul. Klinik tu memang tak bagi ubat banyak sebab ramai patient komplen charge mahal. Jadi nak kurangkan charge kena kurangkan ubat la. Kalau nak ubat lebih kena cakap dengan doktor. Bole giteww !!!

Aku dah beratus kali berurusan dengan banyak klinik. Ni la kali pertama aku jumpa klinik yang buat kaizen. Tapi masalahnya kaizen dorang tu tak kena tempat...bermain dengan nyawa pesakit. Kot ye pun nak kurangkan charges janganla sampai kurangkan kuantiti ubat. Pada pendapat aku orang yang nak sihat dia takkan kisah berapa duit yang dorang terpaksa keluarkan. Kalau kurang mampu dorang takkan pegi klinik swasta. Pegi spital gomen je...bayar singgit dapat ubat sebeban.

Masa jumpa doktor untuk 2nd time (kali ni doktor lain plak) aku tanya lagi skali untuk kepastian. Sah ! Memang sah apa yang nurse tu cakap. Kali ni aku tanye apa ubat yang dia nak bagi. Aku siap mintak antibiotik lagi. Doktor tu kata antibiotik yang dia ada mahal sikit. Aku kata aku tak kesah. Yang penting aku nak sihat...duit no hal. Kalau tak cukup duit aku sanggup pinjam. Mana ada manusia dalam dunia ni nak sakit lama2. Giler ape ???

Hari Sabtu baru ada lega sikit. Tu pun badan weak lagi cuma bab panas sejuk tu dah kurang la. Mana badan tak lemah...dah berapa hari aku tak berapa makan sangat. Harap telan air milo jer. Ingatkan boleh jadi macam dalam iklan tu...minum milo jer energy level boleh re-charged 100% Tipah tertipu bro...

Bila dah boleh gerak sikit ni, aku teringat ujikaji yang aku buat hari tu. Menjadi ke ? Mana la tau kot2 dia pun demam gak kena kacau dek ceplos.



Alhamdulillah...perkembangan yang positif. Aku rasa proses kali ni ceplos tak kacau. Mungkin dia masih letih berperang dengan ujikaji aku yang pertama hari tu kot.

Bila dah nampak positive result ni boleh la proceed 3rd stage pulak. Tok guru kata tak payah tunggu dia lagi. Kalau dah ok jalan je !! Apa 3rd stage tu ?? Apa lagi...masuk market laa. Production dah boleh start. Poket pun dah kempis ni...sekarang masa untuk kembungkan balik.

Patutnya minggu ni aku balik kampung...nak buat deal dengan pesawah kat sana. Kiranya nak buat MOU la. Pada perkiraan aku untuk permulaan ni kami perlukan minimum 700kg padi untuk satu musim menuai (satu musim = 4 bulan) Nak cari transport lagi. Takkan nak angkut dengan kereta kebal aku tu...mau barai tengah jalan. Sekurang2nya kena ada lori. Tu belum masuk bab nak tentukan harga sebab setau aku pesawah kurang minat nak jual padi kat orang persendirian. Kalau adapun yang sanggup sure harga lebih tinggi dari LPN. Kalau rawmat dah mahal camana aku nak jual produk aku dengan harga yang rendah. Takkan nak buat style MLM kot. Melampau tuuu !!! "ape tu...bayo ora ?" eiiii !! geli ketiak aku.

Demam punya hal bisnes trip terpaksa kensel. Minggu depan je la kot. Yang penting sebelum bulan puasa benda tu mesti settled. Tak larat wooo nak travel bulan2 posa ni...iman aku pun bukannya kuat sangat. Takut terbabasssssss.

p/s Congrat buat sorang sahabat aku tu yang baru bertunang...kaki sebelah dah kena ikat..hikhikhik

07 August 2009

Tanak Padi

03 ~ 04 Ogos 2009 - Chef Otai (Tok Guru) dari Johor turun lagi. Maksudnya kursus masak memasak kitorang akan disambung balik. Kali ni masakan apa yang dia nak ajar aku pun tak pasti. Tunggu je la.

Sebelum kelas bermula Tok Guru nak tengok dulu hasil kerja tangan kitorang yang lepas. Kira Moment of Truth la. Check punya check...seperti yang dijangka hanya 3 botol je yang menjadi daripada 23 botol yang kitorang buat hari tu. Untuk first timer macam kitorang keputusan tu dah kira membanggakan sebab kata Tok Guru, dia yang dah expert tu pun kekadang buat tak menjadi gak.

Ni antara benih yang menjadi.


Oleh kerana first step dah menjadi...kami teruskan ke 2nd step. Tapi sebelum tu ada beberapa peralatan lagi yang perlu disediakan. Ada yang boleh dibeli dan ada yang terpaksa dibuat sendiri. Jadinya kursus terpaksa ditangguhkan dulu sementara aku dengan partner nak pegi cari barang2 tu. Tok Guru ni pun satu hal jugak...dah nak terberak baru nak gali lobang. Tapi sebab status dia sebagai Tok Guru maka kami tak boleh nak komplen lebih2 sangat. Nanti derhaka pulak.

Hari Kedua. Barang2 dah dapat. Termasuklah yang Zul bawak khas dari ladang dia.

Kali ni Tok Guru nak ajar macamana nak tanak padi. Korang yang dah terror memasak pun mesti tak pernah dengar orang tanak padi. Tanak nasi biasalah. Itupun salah dari segi istilah. Nasi ialah finish good atau end product. Yang ditanak ialah beras. Pernah korang dengar orang tanak beras atau masak beras ? Kesalahan turun temurun.

Nak tau resepi tanak padi ? Sori bro...resepi ni dah dipatternkan...copyright control. Kalau nak jugak ada pengerasnya. Bukan sikit woo. Stakat bonus korang kat Sony tu baru boleh beli mukadimah dia je.

Ada orang kata...ala kawan2 pun nak berkira ke ? Bukan masalah kawan2 bro...tapi masalah kawan makan kawan. Lagipun dalam bab menuntut ilmu ni terutamanya ilmu masak memasak..ada ilmu yang kita boleh share dan ada ilmu untuk diri kita sendiri je. Macam citer rumahtangga gak. Bukan semua kita boleh citer kat kengkawan. Jangan buat main wey...ada hukum tu !!

Tapi dah jadi budaya orang kita bila nampak masakan tu macam best je sure mintak resepi. Dia tak pikir camana orang tu pecah kepala nak cipta resepi tu. Semua nak jalan mudah. Yang best nya bila dia try buat sure tak menjadi. Mulalah ngumpat kat belakang...si polan kedekut, bagi resepi tipu. Halloooo...cuba korang pegi restoran Village View. Lepas makan pegi jumpa tukang masak dia. Pastu cakap kat dia "Tomyam tu sedap sangat la...boleh mintak resepi ?" Agak2 korang tukang masak tu bagi tak ? Bagi...memang bagi. Bagi penampar jepun.





Yang ni alat yang kitorang buat sendiri tapi belum dipatternkan lagi. Kalau korang nak tiru..silakan. Manalah tau kot2 ada yang berkenan nak buat korek telinga ke...congkel gigi ke...penggaru kurap ke. Tapi aku bagi AMARAN. Sebarang kecederaan adalah tanggungjawab korang sendiri.


Ada sesapa yang mengandung atau mengidam buah mangga ? Kalau nak, dipersilakan datang ke opis aku. Kat belakang tu berlambak buah mangga ni. Yang peliknya takde pulak si monyet nak makan buah tu. Kalau buah rambutan bukan main lagi dia...tak sempat nak masak dah di"kenduri"kannya. Tupai pun sama gak. Aku rasa takde monyet atau tupai yang mengandung sekarang ni kot. Kalau adapun mungkin dorang ngidam buah import je...apple ke, anggur ke, laici ke, takpun strawbery celup coklat..hehehe


.

04 August 2009

Kenduri Makan Free

02 Ogos 2009 - Musim kenduri dah tiba. Bukan kenduri kawen...tapi tahlil arwah. Kat kampung2 biasanya kenduri arwah ni banyak diadakan sebelum tibanya bulan puasa. Apa fadhilatnya aku kurang pasti.

Dua tiga hari ni boleh dikatakan tiap2 malam ada jer orang buat kenduri. Bagi orang bujang memang seronok la...makan free beb !! Kira lepas la makan malam...save budget.

Tapi perangai aku sejak dulu memang tak berapa gemar attend kenduri arwah ni. Tak tau apasal. Kekadang tu aku rasa macam terpaksa je pegi...dah arahan big boss. Kalau kenduri kesyukuran ke, cukur jambul ke, even kenduri "lenggang perut" pun aku sanggup pegi.

Citer bab cukur jambul ni...hari ni turn kakak aku pulak buat kenduri...kenduri cukur jambul cucu dia yang kedua. Kira cucu aku jugak la ni. Dari petang semalam lagi aku anak beranak dah berkampung kat rumah Along. Aku bukan ada buat apa pun. Sekadar jadi mandor je.

Camana perjalanan majlis, apa aturcara, apa menu makanan...semua tu tak payah la aku citer. Lebih kurang sama je dengan kenduri orang2 lain.

Untuk korang yang tak tau apa tu cukur jambul...ni aku ceduk dari Wikipidea.



Cukur jambul

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

[sunting] Acara

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak-kanak.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Tepung tawar.

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

  • Sedulang bunga rampai;
  • Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
  • Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
  • Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
  • Beras putih;
  • Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
  • Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan.

[sunting] Catatan

  1. Sesetengah tetamu memberi wang kepada bapa atau ibu kepada bayi; contohnya RM1, RM5 atau RM10.
  2. Jika bayi banyak rambut di bahagian depan, akan dipanggil "jempolan".




Yang bestnya kenduri kali ni...aku langsung tak control makan. Lauk kambing aku ratah macam makan roti canai je. Blood pressure nak naik ke..turun ke aku pedulik apa. Besok bukan aku pegi kerja pun. Walaupun tok guru nak turun besok tak bermakna aku wajib ada masa dia mengajar. Partner aku kan ada. Kalau setakat aku missed setengah hari punya kelas...tara hal punya lah.

Kalau masa kerja kat Sony dulu jangan buat hal nak monteng 1st working day. Silap hari bulan boleh "beku" wooo...macam aku. Dorang bukan tanya semalam kita balik pukul berapa... ada problem ke masa closing. Yang dorang tau besok masa dorang datang, semua entry mesti posted.

Tapi itu semua dah jadi sejarah...oppss bukan sejarah...KENANGAN. Kalau sejarah mesti ada nota untuk rujukan generasi akan datang. Kenangan hanya untuk diri kita sendiri je. Itu pun kadang ingat kadang lupa. Untuk kes aku...memang lupa semedang. Aku dah tak ingat langsung apa kerja yang aku buat dulu...ke aku memang takde kerja hehehe.