27 October 2009

Return of the Mat Rempit

23 Oktober 2009 - Nak keje production dah shutdown. Takkan aku nak melopong kat opis sesorang...giler ke ape !! Kat Sony dulu lain la..boleh tangkap menung dari pagi sampai petang kalau takde keje sebab gaji tetap masyuuuk. Tapi skarang nie takde keje takde gaji woo.

Jadi untuk mengisi masa lapang bak Dataran Merdeka ni aku pun mengulang balik hobi aku dulu...jalan2 carik breakfast. Sasaran aku kali ni restoran La Rizz. Lantak pi la kalau mamak Maulana tu marah sebab tak singgah restoran dia. Sesekali nak gak rasa breakfast kat kedai melayu oppss silap...kedai indon. La Rizz ni nama je kedai melayu tapi pekerja dia sumernye indon belaka. Lagi satu orang kata restoran tu jadi tumpuan orang gomen..tu yang aku nak sound check tu.

Lebih kurang 7.15 pagi..lepas hantar anak pegi sekolah..dengan berbekalkan Kosmo aku pun menyinggah kesitu. Makanan memang meriah..semeriah minah indon yang tak lokek dengan gelek gerudi si Inul. Patutla group2 dangdut suka lepak kat situ. Allaaaa jangan nak kencing laa. Dari riak muka ngan cara dressing aku dah tau yang mana kaki snorkling yang mana kaki dangdut. Macam cara aku mengenalpasti orang gomen gak.

Pepagi ni memang aku tak boleh ambik breakfast yang heavyweight...nanti usus besar aku meragam. Jadi aku ambik yang bantomweight je dulu. Jangan tak pecaya wey...kuih sebijik 6 posen. Nak kata jumbo size takde la pulak. Sama je dengan kuih pasar malam. Nak kata sedap hingga menjilat kuali pun jauh panggang dari rumah api. Kesimpulannya...memang MAHAL.

Kuih dah habis 3 ketul...teh tarik dah tinggal seredak..Kosmo dah 2~3 kali aku baca tajuk tapi mat2 gomen tak gak muncul2. Takkan sumer pakat puasa kot. Ke dorang dah terbau Avon Wild Country (brand ni je yang aku mampu..tu pun beli masa offer) yang aku selet tadi. Hampa la gamaknya.

Sedang aku berkira2 nak gerak..parking sebijik kereta betul2 kat depan aku duduk tu. Rasa2 macam aku kenal je mamat dua orang tu. Cara berpakaian macam biasa tengok. Bau macam biasa hidu (walaupun dorang masih dalam kereta). Takpe...tunggu dorang keluar dulu baru boleh kompom. Baru sebelah kaki jejak tanah..SAH !! orang gomen.

Aku tak jadi nak gerak. Order lagi secangkir kopi. Kata orang staff gomen ni macam ikan kat laut. Dorang ni kalau bergerak esp. makan mesti berjemaah...sunnah tuuu.

Aku tengok jam dah pukul 7.35 pagi.

Selang 5 minit restoran yang tadi aman damai dah jadi macam Maiden masa awal bulan. Tiap cerok meja dah ada penghuni...yang aku pasti dorang ni di dandan oleh make-up artis yang sama. Sebabnya ?? Orang hilang akal je yang tak paham apa yang aku maksudkan.

Malas la aku nak citer panjang lebar..kang ada lak yang kata aku ni anti gomen. Sebelum korang kutuk aku.. baik aku gerak dulu.

Cuma..tolong la pikirkan persoalan kat bawah ni :

7.35 pagi baru sampai kat restoran
Ambik makanan macam semalam skip dinner
Perjalanan ke Putrajaya dari sini mau makan 45 minit pepagi ni
Cuepacs mintak bonus 2 bulan ??

22 October 2009

Production shutdown !!

22 Oktober 2009 - Pening wey !! Problem yg dulu tak settle lagi dah muncul problem baru...lagi kritikal woo...sampai kena tarik balik semua benih yg dah terjual. Kira market defect la ni.

Besar sangat ke problem tu ? Memang besar bro. Boleh jejas periuk nasik punya impak. Bukan setakat aku je yang rugi tapi pengusaha ladang lagi besar punya rugi sebab beg media dorang habis sumer rosak.


Kulat Kapas

Misilium tetap tumbuh dalam beg media tetapi bukan untuk cendawan tiram. Misilium berbentuk seperti kapas. Masih boleh mengeluarkan hasil tapi macam cendawan cacat...takde kelopak. Orang pun takut nak beli. Aku tak sanggup nak tepek gambar cendawan tu..nanti korang kata aku lucah lak.



Kulat Hijau \ Berulat

Ni lagi satu yang buat kelapa eh.. kepala aku pusing. Camana beg media tu boleh berulat ?? Stakat kulat hijau tu kira common cases..tapi tang ulat tu ada sikit musykil. Beg media tu dah kena kukus 7~8 jam dalam steamer yang bersuhu ntah berapa ratus darjah celcius. Benih aku pun camtu gak. Kalau ikut logik akal..kalau dah kena kukus camtu punya lama pastu dalam suhu beratus darjah celcius...kuman babi pun surrender.



Sebagai pemanis mulut..kitorang pun cuba la buat eksperimen sendiri pakai benih dari batch yang sama. Mana tau kot2 ada miracle lak. Tapi malangnya baru 3 hari benih disuntik tanda2 kulat kapas tumbuh dah muncul tanpa ada sedikit pun rasa simpati pada kitorang.



Bukan stakat 1~2 bongkah tapi majoriti nya sumer tumbuh kulat kapas. Cuma kulat hijau dengan ulat je belum muncul lagi. Mungkin dorang tengah tunggu turn kot. Takpun dorang tunggu level pening aku ni sampai takat max baru dorang mengexposekan diri. Nak tukar pening jadi migraine.



Ini la rupa benih yang dah jadi transformer tu. Masa delivery hari tu langsung takde tanda2 benih ni dah rosak...sumer nya nampak suci murni je. TAPI kat dalam...tu dia ehhh...dah beranak pinak makhluk tu kat situ. Pandai betul dia nyorok.


Bayangkan camni punya banyak stok kitorang terpaksa disposekan.


2 minggu punya production lebur camtu je. Kalau kat kilang ni sure Production Manager ngan Supervisor kena suruh carik keje lain. Tapi aku tak boleh la buat cenggitu sebab Manager tu aku...Supervisor tu aku...QC tu aku...Operator tu pun aku gak. Habis camnooo...

Jalan terbaik...stop production dulu. Tunggu sampai Tok Guru turun. Dia ada bagi beberapa kemungkinan tapi kitorang takkan puashati selagi Tok Guru tak tengok sendiri. Mana boleh diagnos dari jauh je. Kang lain penyakit lain ubat di bagi.. tak ke haru ?.

Sebagai pengubat duka..aku ngadap je la beg media yang kitorang suntik pakai benih 1st batch hari tu. Walaupun pergerakan misilium agak slow tapi takde sebarang makhluk asing yang singgah. Syukurrrrr !!



p/s tak lama lagi budak Sony dapat bonus...jangan lupa kawan lama haaaa

13 October 2009

NG la pulak !!!

12 Oktober 2009 - Tengah baek punyer pulun 220kmj tetiba...ne no ne no ne no ambulan lalu. Kena la slowdown skit..respek wey orang tengah sakit tu.

Bukan orang la..benih aku yang sakit. Tu yang tengah pening ni. Takkan kena H1N1 kot ?

Yang memeningkan tu bukannya benih tu kena jangkitan kulat perosak..pertumbuhannya cantik cuma tak boleh 100%. Maksudnya ada area yang misillium tu tak boleh nak hidup. Macam ada something blocking. Dah 2~3 hari kami buat postmortem tapi still buntu. Mana taknya..kitorang bukannya dapat pendidikan formal dalam bidang ni. Main redah je.

Tadi call Tok Guru..dia ada bagi beberapa kemungkinan dan suruh kitorang cuba...kalau ada masa nanti dia nak turun tengok. Dia kata benih tu tak rosak...masih boleh digunakan cuma kalau nak jual susah sikit la sebab sape yang sanggup beli baju koyak ye tak ??

Sekarang ni kitorang tengah monitor closely setiap proses. Susah ooo kalau produk tak boleh jual...

12 October 2009

Pasca Raya

Masuk bulan raya ni rata2 orang akan bercerita pasal open house. Tak kira dibandar maupun dikampung..dah jadi budaya orang kita. Sampaikan ada disesetengah tempat jalanraya boleh jadi sesak.

Memang ada baiknya buat open house ni terutamanya bagi yang berkemampuan. Disamping niatkan untuk bersedekah, open house ni boleh dikira sebagai "jemputan paksa". Mungkin pada awalnya kita takde niat nak beraya kat rumah sahabat tu..tapi atas jemputan open house kita terpaksa pergi. Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira..yang penting jemputan orang mesti kita tunaikan jika tiada sebarang keuzuran syari'e.

Tapi aku lain lak citernya...orang "paksa" aku buat open house. Takde niat nak buat pun asalnya. Mula2 ingat takat 2~3 orang je yang nak datang..boleh la goreng meehun ke cekodok ke...tapi bila dah berbelas orang kompom datang..kena tukar menu set la gamaknya. Lagipun dorang bukan senang nak jenguk pondok buruk aku ni..dah terlanjur datang kena la aku kasi baek punyer soru. Ada tapinya...korang bukan tak kenal aku..kaki buli hehehe



Nak makan sedap ?? Tolong aku masak. Aku bukan macam sotong..ada berbelas kaki tangan. Bila dah mengadap bara api curah sebotol perfume kat badan pun tak guna..bau asap satu badan. Kesian gak aku nengok budak2 tu. Tapi nak buat camner..orang hati kering macam aku ni mana reti berbelas kasihan.

Selebriti cendawan tengah jual minyak. Ntah ape la yang mamat tu goreng.

Makan time !! Sendiri masak sendiri makan. Kalau tak sedap jangan komplen ngan aku.

Minggu ni dengar citer ada segerombolan lagi nak datang..group ex-Sony pulak...kalau jadi laa.

05 October 2009

Amukan Kulat

30 September 2009 - Dah seminggu lebih kita beraya. Yang balik kampung dah pun pulang ke sarang memasing. Yang bercuti dah pun mula keje balik walaupun dengan muka yang kelat sebab gaji lambat lagi (khas untuk orang gomen). Mana yang ada talian hayat tu masa ni la nak guna esp yang ramai anak. Dorang mesti banyak buat collection angpow kan ?

Aku pun camtu gak..dah start keje. No keje No money. Mat batik lain la..takde duit nak raya mintak bonus..takde duit nak beli baju sekolah anak mintak bonus..minyak naik harga mintak naik gaji..sewa rumah naik mintak elaun pulak naik. Perghh ! senang gilos. Mujur kena pakai baju batik dorang tak mintak elaun baju lak (ntah ntah ada kot ?)

Dah seminggu raya bermakna dah seminggu jugak la aku tak jenguk opis. Nak kata aku beraya sakan takde la pulak..setakat 4~5 rumah je aku ziarah...selebihnya aku membuta je.

1st day bukak opis aku terkejut beruk Mat Yeh. Apa dah jadi ?? Selama hari ni kitorang buat benih cendawan ke kitorang tanam cendawan ? Kebanyakan benih 1st batch dah tumbuh cendawan. Ini la bahana kalau benih dah terlebih matang. Plastik yang tebal tu pun boleh di tebuknya. Kuat betul gigi kulat tu..aku sendiri pun nak potong plastik tu terpaksa guna gunting. Kulat ada gigi ke ??

New lesson. Buah cempedak luar pagar la katakan. Dulu kalau aku lambat buat batch posting..paling besar impact pun supplier tak dapat payment. Hujung bulan gaji aku still dapat gak. Kalau boss tanyer pandai2 la bagi alasan. 17 tahun punya pengalaman brade..takkan nak kelentong boss pun tak reti.

Tapi sekarang ni..kalau benih rosak bermakna tak boleh jual. Bila tak boleh jual bermakna tak dapat duit. Bila tak dapat duit bermakna...sendiri mau ingat la.



Hari ni kitorang pegi ladang CendawanPuchong. Ada dua tujuan. Pertama nak hantar benih (1st delivery) kedua nak tengok perkembangan bongkah yang disuntik dengan benih kitorang.

Alhamdulillah..satu perkembangan yang positif. Takde masalah malah pertumbuhannya setanding dengan bongkah yang disuntik menggunakan benih yang dibeli dari pengeluar benih yang mempunyai puluhan tahun pengalaman. Lepas ni kitorang nak tunggu pengeluaran hasil pulak. Mana tau kot2 keluar pokok padi pulak dari bongkah tu. Harap2 janganla jadi camtu. Kang tambah botak sahabat aku yang sorang tu.


Sekarang ni kitorang dah double up production sebab dijangkakan permintaan benih akan bertambah memandangkan semua pengeluar bongkah akan memulakan operasi masing2 selepas bercuti panjang. Kalau dulu kitorang boleh tidur baring masa buat keje tapi sekarang ni 8.30 ~ 6.00 ptg non-stop. Kadang2 pukul 2 lebih baru boleh pegi lunch. Mujur aku takde gastrik.