29 September 2009

Raya Day #3

Nak tak nak hari ni aku tetap kena pegi beraya. Dapat pegi rumah yang bertaraf "wajib" pun jadi la. Yang penting aku boleh jawab kalau orang tanye "beraya kemana hari ni ?". Orang kita ni kan ringan mulut...dah nampak makcik tu terkedek2 jinjing sayur ngan ikan lagi nak tanye "balik dari pasar ke ?". Cuba ubah sikit soalan tu...contohnya "ramai ke orang kat pasar hari ni ?"...takpun "nak buat kenduri ke ?...jangan lupa jemput saya !!".

Dalam malas2 pun sempat gak la aku beraya kat 4 buah rumah. Kalau tak cukup kuota lagi..besok je la aku sambung. Lagipun perut aku ni dah tak larat nak tampung air gas. Nak mintak air lain segan lak kat tuan rumah. Nampak sangat ngada2nya. Aku pun heran..apsal masa hari raya ni orang suka sangat hidangkan air ber gas. Takkan dah jadi budaya kot ?

Masa tengah beraya kat rumah abang ipar aku..tetiba je kecoh dorang story pasal anak buah aku accident motor..terok gak sampai kena jahit kat pipi. Bila pulak budak tu accident...masa aku keluar tadi elok je aku tengok dia terbaring depan tv. Siasat punya siasat..rupanya dia jatuh sendiri masa on the way nak join kitorang beraya kat rumah abang ipar aku tu. Mujur takde langgar sesapa..kalau tak sure jadi kes polis.

Tiba kat rumah aku tengok dia dah terbaring kat depan tv..sama macam masa kitorang keluar tadi. Takde la parah sangat..setakat calar balar je..cuma kat pipi tu terpaksa dijahit sebab luka dia dalam. Kalau ikut teknologi perubatan sekarang..luka2 camtu dorang tak jahit dah...main gam je..takut berparut.



No hal la tu..dah jadi adat bawak motor..selagi tak jatuh kira belum terer lagi. Macam orang lelaki..selagi belum "potong" selagi itu la takkan upgrade jadi remaja.

Tengah baek punyer membuta..tetiba bapak aku call. Ada sad news. Termenung aku kejap. Janji dengan anak2 nak balik besok tapi kalau aku tak balik hari ni takut tak sempat pulak. Apa lak orang kata nanti. Tanyer kat orang rumah..dia kata mana2 pun boleh..nak balik hari ni boleh besok pun boleh. Tengok jam dah pukul 6.30 ptg. Aku buat keputusan "saya yakin betul..kita balik lepas maghrib".

Kenderaan dijalanraya memang banyak tapi takde la sampai jem..cuma kena lebih alert. Travel malam2 ni bahaya sikit..takut tertipu dengan cahaya. Tapi yang paling aku geram dengan pemandu yang tak reti nak pakai lampu rendah. Silau wey !! Lain kali kalau beli kereta tu belajar la dulu camana nak guna sumer suis kat stereng ngan dashboard tu. Yang korang pi suluh langit tu buat ape !!

Satu lagi kereta yang pakai halogen bulb..betulkan aku kalau salah tulis nama bulb tu..tapi cahaya dia memang terang giler. Kalau setakat duit 5 sen jatuh senang2 je nak cari. Memang la bagus untuk pemandu kereta tu..sumer nampak clear TAPI pikir la sikit orang kat opposite lane. Kalau ikutkan hati nak je aku pecahkan lampu kereta tu...pastu ganti dengan torchlight cap kucing. Aku rasa orang2 macam tu baru lepas buat operation buang hati dengan perut kot. Sebab tu dia tak berhati perut.

Ngam2 3 jam kitorang punya journey. Tiba kat rumah dah pukul 11 mlm lebih. Bapak aku cakap "yang tu" belum settle. Alhamdulillah...maksudnya aku masih sempat lagi. Besok je la aku pegi.

27 September 2009

Raya Day#2

Aku di landa Sindrom Kemalasan Terlampau. Segala2nya malas termasuklah nak beraya rumah sedara mara. Badan rasa lemau semacam. Mungkin kesan dari travel semalam tak habis lagi kot (tak nak gak ngaku dah tua tuu).

Puas aku fikir apa cara nak "cover line". Takkan nak tebongkang kat rumah je. Nanti apa lak kata ipar duai aku. Lagipun satu rumah sedara pun aku tak pegi lagi. Pusing punya pusing..tetiba lampu Aladdin berasap. Itu jin kepala toncit sudah bagi satu idea paling bernas...Cuti-cuti Malaysia. Destinasi pelancongan paling dekat iaah Teluk Intan.

Menarik gak idea tu lagipun sejak kawen aku tak pernah lepas sampai ke Teluk Intan. Paling jauhpun setakat Sabak Bernam je. Aku bagitau bini aku tentang cadangan jin toncit tu..dia ON aje.

Lebih kurang pukul 11 pg aku anak beranak gerak ke Teluk Intan. Jalan takde la sibuk sangat. Ikut jangkaan aku dalam masa sejam sampai la kitorang ke Teluk Intan.

Lepas je kawasan Sabak Bernam (sempadan Selangor / Perak) pemandangan dah mula berubah. Jalanraya memang cantik..double lane dan lurus. Kiri kanan takde pokok lain yang nampak selain sawit dan pisang.

Yang menariknya kat sesetengah area ada lorong khas untuk motosikal. Kiranya takkan ada la aksi mat motor cilok mencilok macam yang selalu kita nampak kat KL.

Masa menghampiri simpang Lumut / Pangkor suasana dah mula berubah. Kenderaan dah mula banyak dan perlahan. Lorong motor dah kena hijacked dek kereta. Kesian mat motor...lorong yang ciput tu pun kena rembat. Patutla Tun M kata pemandu kat Malaysia ni muka tak tau malu.

Camana nak malu brade..dah cikgunya kencing berdiri, anak murid apalagi..sambil berlari2 la gamaknya. Tak caya tengok gambar kat bawah ni. Takkan korang tak kenal Pajero putih tu. Tapi hari raya punya pasal aku bersangka baik..aku andaikan peronda tu nak cepat..nak hantar lemang balik kampung.


Tetiba aku ternampak signboard "Komplek Sejarah Pasir Salak". Ini sudah cukup bagus...tembak satu peluru kena dua musuh. Dengan confident level pada tahap tertinggi aku membelok kereta menghala ke destinasi baru.

Aku ingatkan dekat je..rupa2nya lebih kurang sama je jaraknya kalau aku patah balik ke Sungai Besar. Ni aku nak bagi cadangan kat PBT...kalau buat signboard tu letak la sekali jaraknya. Takde la orang2 naive macam aku ni terkena kencing berasap. Lagipun masa SPM dulu Geografi aku P7 je.

Walaucamanapun kami tetap tiba ke destinasi. Muka anak2 aku dah mula berseri balik bila nampak pintu gerbang komplek tu.


Tapi aku pelik..apsal lengang je kat dalam komplek tu. Kereta banyak parking kat kiri kanan jalan tapi orangnya takde. Semakin aku menghampiri pintu utama komplek hati aku makin berdebar terutamanya bila dari kejauhan aku nampak ada sekeping kertas tertampal dekat gate. Huarrggghhh...tensionnya akuuuuuuu.


Patutla lengang je..tutup rupanya. Habis nak buat camana..nasi dah jadi bubur..terpaksa la aku modified bubur tu jadi bubur lambuk. Yang kenyang anak2 aku sebab kat tepi tu ada gerai jual air dengan hotdog. Aku...makan asap.


Kami teruskan perjalanan ke Teluk Intan. Kali ni jalan dah mula sesak. Mujur ada brade polis jaga trafik kat setiap simpang utama..terkawal la sikit perangai pemandu2 setan yang suka potong que..thanks bro.


Ini la kali pertama aku dapat tengok Menara Condong Teluk Intan secara live. Aku cuba gak cari kat keliling menara tu kot2 jumpa punca dia boleh condong..mana la tau kan..salah design ke. Tapi tak jumpa dan takkan jumpa...aku bukan arkitek la.


Lepas snap 5~6 keping gambar..kitorang melilau cari tempat makan. Tangki aku ni memang sejak pagi belum ada benda heavy yang masuk. Dah macam2 genre lagu aku dengar keluar dari perut aku yang bercapacity 2.4 liter turbo ni. Cari punya cari mujur ada kedai makan orang kita yang bukak..tapi lambat sikit la service dia. Mungkin pelayan kedai tu cuti raya kot sebab aku tengok orang yang memasak dan ambik order tu adalah orang yang sama. Tapi aku tabik spring la sebab raya #2 dah start niaga. Dia sanggup korbankan kegembiraan hari raya semata2 nak memasak untuk orang2 macam aku...yang tak berapa reti untuk menikmati keindahan aidil fitri.

Raya Day#1

Aku rasa suasana pagi raya kat rumah aku sama je dengan rumah orang2 lain kot..kecuali rumah orang bujang laa.

Riuh rendah..hingar bingar dah jadi lumrah. Yang lelaki sibuk bersiap nak ke masjid solat sunat aidilfitri..yang pompuan sibuk mengemas, siapkan sarapan, berdandan dsb. Mana tak riuh...sumer nak cepat.

Macam tahun2 sebelumnya aku akan beraya dulu kat rumah sendiri...tengahari baru aku gerak balik kampung bini...lagipun rumah bapak aku kat sebelah je..kiranya aku ni orang yang tak berkampung la sebab aku sememangnya orang kampung.

Selesai solat sunat aidilfitri aku adik beradik yang tak berapa ramai ni dan keluarga masing2 berkumpul kat rumah sebelah (rumah orang tua aku la ni) Kira family gathering la tapi tahun ni abang aku tak join sebab turn rumah mertua...mungkin sebelah petang baru dia datang.

Salah satu acara wajib dalam gathering ni ialah bermaaf-maafan. Aku rasa orang lain pun macam tu jugak. Masa hari raya ni je la orang akan jadi begitu pemurah dalam bab ampun mengampun ni...hari lain kira liat sikit la. Kalau ada pun selalunya mesti bersyarat. Contohnya "aku boleh maafkan nko tapi dengan syarat nko basuh baju aku selama sebulan" Ni biasanya syarat orang bujang laa.


Habis sesi ampun mengampun kitorang masuk ke agenda #2...sesi fotografi. Bukannya apa..saja nak meriahkan suasana je..disamping nak compare baju sape paling lawa hehehe. Masa ni memang riuh esp. yang ada anak kecik. Bukan senang nak kumpulkan dorang ni. Sorang ada sorang lesap..bila sumer dah ada timbul lak masalah nak posing. Bebudak...mana dorang reti duduk diam..pandang ceiling la..cuit orang sebelah la..korek idung la..memacam la yang dorang buat. Sabo je la mak bapak...mujur pagi raya...kalau pagi isnin mau ada yang lebam kena pelangkong.

Dalam aku anak beranak tengah packing nak balik kampung...bapak aku muncul ajak pegi spital Serdang..melawat pakcik. Dah big boss ajak aka order..ikut je la. Takkan nak melawan...baru je kejap tadi mintak ampun takkan dah nak bukak account baru kot.

Akhirnya aku bertolak balik kampung dalam pukul 3.00 ptg. Mujur jalan clear...tapi aku takde la speeding gila babas lagipun sejak pakai minyak baru ni kereta kebal aku agak semput sikit. Ramai gak orang komplen pasal minyak baru ni tapi nak buat camane...gomen dah tetapkan low quality petrol for low income people macam aku.

Sepanjang perjalanan takde yang menarik minat aku kecuali tentang pemakaian talipinggang belakang. Masih ramai lagi mak bapak yang kurang prihatin akan aspek keselamatan anak2 mereka. Kalau tak percaya korang peratikanlah sendiri. Memangla budak2 agak sukar dikawal...kadang2 tu dorang bukak sendiri bukle belt tu tapi kalau setiap kali naik kereta kita ingatkan dorang...lama2 dorang mesti ikut punya. Kan orang2 tua dah kata "belakang parang kalau di asah...lama2 tajam jugak".."sikit2 lama2 jadi bukit".."melentur buluh biarlah dari rebungnya".."bapak borek anak rintik".."cikgu kencing berdiri murid kencing berlari"

Kami tiba lebih kurang pukul 6.00 ptg. Takde beza dengan suasana raya tahun2 sebelum ni. Satu pemandangan yang sama...budak2 main meriam buluh.



Seumur hidup aku memang tak pernah main meriam buluh ni...kurang berani. Lagipun bapak aku tak bagi..mercun pun dia tak bagi. Mungkin pengalaman masa jadi army dulu memberi kesedaran pada bapak aku tentang peri bahayanya main menatang tu. Dan itu jugak la yang aku praktikkan pada anak2 aku. Biar la apa orang lain nak kata...nasi kalau dah jadi bubur masih boleh di modified jadi bubur lambuk tapi kalau jari anak dah hilang satu nak modified lagu mana ? Sendiri mau ingat la brade !!

Sebelah malam aku tak payah citer la sebab memang takde benda yang boleh aku story kan. Baru pukul 9.30 dah sunyi..ada la sekali dua dengar bunyi mercun dengan meriam buluh. Lagipun badan aku letih sikit...tak tau apsal. Selalu tu ok je kalau drive long distance. Mungkin sebab banyak makan lemang kot (tak nak ngaku tua la tuu) hehehe

zzzzzzzzzz

26 September 2009

Raya Eve

Giliran aku pulak nak shopping. Anak bini aku sumer dah settle. Aku kalau shopping barang sendiri memang suka pegi sorang2..takde gangguan. Kalau pegi dengan anak bini paham2 je la. Kejap2 dorang tanyer "ok tak baju ni ?".."sesuai tak track shoe ni kalau pakai dengan baju kurung ?".."blouse ni kalau pakai dengan tudung Eking ngam tak?"

Fening woo..camane aku nak concentrate..shopping ni bukan boleh main redah je..dia kena ada feel..baru nikmat shopping tu terasa. Bukan senang wey nak perabih duit ni...masyuk takde manjang keluar je. Bukit Antarabangsa tu kalau tiap2 tahun runtuh..lama2 jadi Dataran Merdeka gak.

Menjelang 11.00 pagi aku dah keluar..bukan jauh pun destinasinya..setakat Warta je pun. Sebelum ni aku memang dah jeling2 beberapa item kat situ..kira sesuai la dengan taste orang muda macam aku ni...ahaks. Jadinya takde la susah sangat aku nak buat pilihan..sumernya dah ada dalam kepala otak.

Dari rumah lagi aku memang dah agak..orang mesti ramai punya..last minute shopping..budaya orang kita termasuklah aku. Cuma aku tak menyangka akan berdepan dengan suasana yang serba mengerikan. Boleh dikatakan separuh dari 2nd floor tu dipenuhi oleh kaum yang berlainan bahasa dan bau badan dengan aku..INDON, BANGLA & NEPAL.

Bukan bangsa tu yang aku ngerikan tapi cara dorang shopping esp Bangla. Habis sumer sample seluar baju dorang try..tak puas hati dorang try yang lain pulak. Bayangkan lepas tu korang lak yang try seluar baju tu..eiiiii geli wey !! Mujur salesman yang layan aku tu baik..dia bagi aku try baju baru bukak plastik punya. Kalau tak mau seminggu melekat bau Bangla tu kat badan aku.

Yang Indon lagi la ngeri. Aku bagai nak rak carik seluar yang ada offer..kalau boleh yang ada diskaun 70% tapi mat2 Indon ni pandang pun tidak kat tempat seluar lambak tu. Dorang lebih minat kat New Arrival item. Paham2 je la barang baru ni..dah la mahal takde diskaun lak tu tapi aku tengok mat2 Indon tu selamba badak je sambar 2~3 helai. Perrghh !! Tangkap nganga aku dibuatnya.

Petang..macam tahun2 sebelumnya..aku ditugaskan beli lemang. Bukan tak reti nak masak sendiri tapi tak berbaloi. Setakat nak bergurau senda 4~5 jam depan bara api.. lemang yang nak dibakar tu ada la 6~7 batang..pastu belum tentu boleh masak sempurna lak tu..buat nya hangus..tak ke haru. Daripada aku nyanyi lagu MJ Black or White baik la aku pegi beli je kat Indon Sungai Tangkas tu.. dah tentu sedap. Indon lagi..takde ke orang kita yang jual ? Ada tu memang ada tapi kebanyakannya kencing berasap. Cuba korang pikir..camane lemang tu boleh masak sedangkan buluh dia masih cantik menghijau..ada la sikit2 kesan terbakar itupun sebab dia dok perangat kat atas meja tu. Dorang bakar lemang dalam oven kot.

On the way balik dari beli lemang..aku lalu kat bazaar ramadhan BBB Fasa 1..saje2 ronda..mana tau kot2 masih ada lagi orang yang berniaga. Wallawey !! Terkejut badak sumbu aku dibuatnya. Macam baru masuk 15 ramadhan je hari ni. Ramai lagi yang meniaga rupanya..pengunjung jangan citer la..macam semut menghurung gula. Betul2 bisnes minded la dorang ni. Raye2 belakang kire..yang penting masyuuuk. Macam cina tokey kedai runcit kat rumah bujang aku dulu cakap "meniaga punya olang mana ala cuti..nanti lugi..itu kubot punya halega manyak mahat woo" (meniaga punya orang mana ada cuti..nanti rugi..itu kubur punya harga banyak mahal woo) Aku harap peniaga bazaar ramadhan takde la berfikiran macam tu..sesat wey !!

Lepas berbuka dengan 3~4 potong lemang bercicahkan rendang daging..mentol kat atas kepala aku menyala. Idea sudah mari..jeng jeng jeng. Aku panggil bini aku "jom ronda Alamanda !" satu tawaran bertaraf 5 bintang. "Jom" jawapan yang ringkas, padat, bernas lagi penuh makna. Pompuan wey!! Takkan korang tak paham.

Kali ni situasinya agak berbeza. Dari keadaan parking lot yang agak lengang aku dah boleh agak camana keadaan kat dalam. Memang betul pun..orang tak berapa ramai. Mungkin dorang tengah sibuk bakar lemang kot. Boleh ke orang Putrajaya bakar lemang ?? Sedangkan nak sidai baju kat depan rumah pun dorang tak bagi..inikan pulak aktiviti bakar membakar. Bakar pakai oven la tuu.

Tak kesah la..yang penting kat Alamanda ni takde kelibat INDON BANGLA NEPAL. Yang ada Pak Arab dengan Pak Negro je. Puak ni aku tak berani nak usha sangat..lengan dorang sama besar je dengan peha aku. Sekali dorang jentik hidung aku..mau berpusing 360 darjah kepala aku. Sedangkan pak polisi tak berani nak tegur dorang..inikan pulak aku yang bertaraf samseng kampung kubur ni. Sebab tu dorang naik tocang..macam2 kes dorang ni dah buat tapi takde satupun yang selesai..black money la..pukau la..kacau anak dara orang la (tapi pompuan kita pun jenis gedik gak) Kalau aku jadi PM..aku halau je dorang tu sumer balik kampung..termasukla INDON BANGLA NEPAL. Bukan mati pun kalau dorang ni takde. 10~15 tahun dulu sape yang buat bangunan kat Malaysia ni..sape yang jadi maid..sape yang keje kilang..sape yang meniaga pasar malam..sape yang jadi student U.

Baru ni aku ada tengok kat berita TV9..sorang mat Indon mampu buat shopping mall kat Indon hasil bekerja di Malaysia. Newscaster tu cakap mamat tu bawak duit balik Indon juta2 RM woo. Sah duit tu tak pernah kena tax. Sah duit tu dia bawak keluar secara haram. Kebanyakan maid Indon tak nak duit gaji masuk bank..buruh kontrak pun cenggitu gak. Sebab apa ?? Pegi tanya Bank Negara. Cuba tanya apa kesannya pada ekonomi negara. Itupun kalau Bank Negara nak jawab la pertanyaan ikan bilis macam kita ni.

Melalut ke situ lak aku ni. Citer shopping tak habis lagi.

Sape kata belum habis ?? Dah lama habis laa..takde apa benda yang aku beli pun. Sekadar mengembungkan perut "makan angin".



17 September 2009

Dia dah mai !!

13 September 2009 - Sambung balik shopping. Tapi takde la banyak sangat barang nak cari lagipun hari ni stok padi aku sampai..dijangka dalam pukul 1 tgh. Kalau padi tu sampai aku takde kat rumah tak ke haru..sape yang nak pikul padi tu turun dari lori. Banyak tuuu..1 ton woo. Ada 50 kampit. Buat nya abang ipar aku lambak je kat depan pintu..tak ke naya aku nak pikul sorang2.

Kat Kompleks PKNS orang agak ramai jugak. Memasing sibuk shopping baju raya. Mujur kitorang dah banyak beli semalam jadi hari ni takde la kitorang kena berebut2 beli baju.

Macam yang aku citer hari tu..berhati2 dengan promo diskaun..memang itu yang jadi. Kebanyakan harga pakaian dorang dah up giler2 punya...pastu bagi diskaun giler2 gak. Kalau kita tak biasa dengan harga2 pakaian ni memang sah kena tipu hidup2. Bayangkan baju yang agak berjenama..3 bulan lepas aku beli 39.90 sehelai boleh naik sampai 89.90 pastu dorang bagi diskaun 50% Korang kira la sendiri...sape untung sape rugi.

Tapi dalam ramai2 orang yang berebut beli baju raya tu..aku terjumpa sorang awek ni..dia pun shopping gak tapi bukan untuk diri dia..untuk kucing dia. Bertuah betul kucing tu dapat tuan yang prihatin. Orang lain pagi raya pakai baju baru seluar baru..tapi kucing ni pagi raya dapat rumah baru. Kelas gitew !!

Tepat pukul 1 tgh abang ipar aku sampai. Mujur dia bawak anak dia skali dan mujur jugak anak bujang aku pun ada gak..jadi takde la teruk sangat nak pikul kampit padi tu. Tak sampai 20 minit sumer dah settle..siap susun baek punyer.



Kalau ikut perkiraan kitorang dan kalau ikut production forecast..1 ton padi tu boleh tahan untuk 10 ~ 12 bulan. Itupun kalau order maintain antara 200 ~ 300 packs seminggu. Kalau lebih dari tu memang tak cukup. Tapi aku tak kesah sebab aku dah ada tempat nak beli padi. Bukan setakat padi biasa TAPI benih padi. Ni kalau pesawah tau aku beli benih padi nak buat benih cendawan mau dibenamnya aku dalam sawah. 1 ton benih padi tu boleh tabur kat berpuluh petak sawah woo. Bulan depan kalau ada kes shortage benih padi kat Sungai Besar..sah ! tu memang kitorang puncanya.

Dalam masa yang sama kitorang dah start build-up stock benih. Maklumla nak cuti raya. Kalau kilang cuti 9 hari..kitorang sekurang2nya cuti 14 hari...hehehe Apa ada hal..company ni aku yang punya. Suka ati aku la nak cuti berapa lama. Tapi stock kena ada beb !! Kalau tak susah nanti kitorang nak mula balik.

Benih ni bukan macam masak nasi...masak je terus boleh makan. Dia kena peram dulu at least 15 hari baru dia matang. Selagi tak matang tak boleh guna. Kalau guna jugak aku takut nanti keluar "cendawan" lain. Makin banyakla gugur rambut si cendawanpuchong.

15 September 2009

Berbuka ala musafir

12 September 2009 - Acara yang ditunggu2 oleh anak2 aku. Maklumla aku ni bukannya jutawan maupun ribuan yang boleh pegi shopping tiap2 bulan. Shopping raya ni je lah satu2 nya cara untuk aku memberi pendedahan kepada anak2 tentang dunia membeli belah. Kalau tak nanti mau terkebil2 dorang bila kawan2 bercerita tentang shopping.

Tiap2 tahun kami akan shopping ala ala orang musafir. Camane tu ??

Biasanya kami akan keluar rumah dari pagi sampai ke malam..ronda 3~4 shopping mall sekali gus. Tapi kali ni kurang sikit memandangkan wabak H1N1 belum reda..anak aku nak periksa PSRA..ditambah pulak dengan status aku sebagai penganggur maka kitorang tetapkan nak pegi 2 shopping mall je. Jumpa ke tak jumpa benda yang kami berkenan belakang kira. Yang penting hari ni semua mesti settle. Sambar je mana yang patut.

Kitorang keluar rumah dalam pukul 3 ptg. Destinasi pertama Jusco Taman Equine. Orang takde la ramai sangat. Mungkin masih awal lagi kot..takpun dorang dah shopping sejak awal tahun lagi.

Tapi elok gak tu..takde la migraine kepala otak aku tengok orang berebut2 shopping macam semut menghurung gula. Boleh la aku survey setiap inci mall tu dengan aman.

Dalam sibuk2 anak bini aku pilih baju..anak bongsu aku yang tak berapa nak kecik tu sibuk ajak pegi arcade games. Memang tiap2 kali pegi Jusco dia mesti singgah kat arcade tu. Bukan dia nak main sangat pun...saje seronok tengok games yang besar2 tu. Kat rumah stakat PS je yang ada..tu pun main kat tv kecik...mana ada shiook.

Sedang aku layan dia main basketball...anak bini aku datang. Dorang dah habis shopping. Dah pukul 6 lebih rupanya. Bergegas ke hypermarket pulak nak cari bahan untuk berbuka. Rembat je la apa yang patut...buat alas perut.

Aku tengok kat KFC depan hypermarket tu orang dah penuh. Baru 6.30ptg dorang dah duduk ngadap ayam goreng. Tinggi betul level kesabaran dorang tu. Kalau aku tak sanggup nak menuggu macam tu. Aku rasa menjelang waktu berbuka sure ayam tu dah sejuk.

Azan berkumandang masa kami melewati kawasan Sg Ramal...maksudnya kitorang berbuka dalam kereta je. Memang macam tu pun tiap2 tahun...berbuka ala musafir. Sampai kat Metro Point Kajang majlis berbuka ala musafir kami masih belum selesai. Aku ingatkan kitorang je yang musafir tapi rupanya ramai lagi yang seangkatan dengan kami. Seronok oo berbuka dalam kereta ni..kadang2 tu rasa macam orang takde rumah pun ada gak.

Habis berbuka dan tunaikan apa yang wajib kitorang sambung shopping balik. Aku ingatkan masa ni orang takde la ramai sebab memasing sibuk melantak kat rumah..tapi aku silap. Rupanya dorang tau hari ni aku nak shopping..tu pasal dorang pakat ramai2 sesakkan Metro Point tu. Dengki betul la. Bagi chance la orang pencen ni nak bersantai anak beranak.

Ingatkan acara shopping ni tamat kat situ...rupanya ada satu tempat lagi bini aku nak pegi...Komplek PKNS BBB. Tengok jam dah pukul 9 lebih..sure tak sempat punya. Besok je lah sambung.

On the way balik singgah kat restoran beli nasi bungkus. Mana cukup berbuka ala musafir...tangki memasing 2.4 liter Vitec.

14 September 2009

Kembar Siam

11 September 2009 - Lain macam je tajuk hari ni. Ada orang baru beranak ke ?

Silap tu bro !! Istilah Kembar Siam ni bukan untuk baby yang lahir bercantum tu je. Sepasang sahabat yang kehulu kehilir berdua pun orang panggil Kembar Siam gak. Maksudnya secara am ialah sesuatu yang sukar untuk dipisahkan. Nak lagi detail click sini.

Dalam posting aku kali ni..Kembar Siam yang aku maksudkan ialah keakraban bulan puasa dengan mercun \ bunga api. Muncul je bulan puasa maka muncul jugakla menatang tu. Memangpun kebanyakannya diseludup dari Siam.

Tahun ni tak terkecuali..cuma agak slow sikit. Setakat ni boleh dibilang dengan jari aku dengar benda tu meletup kat kampung ni. Mungkin takde "pusher" kot. Kalau kat Sony dulu siap email order list lagi. Macam nak order kueh raya. Tahun ni tak tau la pulak..ada lagi ke tukang jual kat sana sebab yang aku dengar "pusher" dulu tu dah "ke dalam".


Dekat bazaar ramadhan sejak 2nd quarter ni dah banyak orang bukak table jual bunga api. Tapi bunga api je la yang ada...mercun tak nampak lagi. Yang peliknya gerai tu lagi meriah dari gerai jual buah kurma. Aku ingat tahun depan aku nak ambik cuti sepanjang bulan ramadhan..nak jual bunga api. Lagi masyuuuk woo.

Mercun \ bunga api dah jadi budaya bagi orang kita. Walaupun asalnya dari budaya kaum Cina tapi aku peratikan bila tiba bulan puasa orang kita lebih Cina dari orang Cina. Kalau kaum tu kita memang paham la apasal dorang bakar mercun..nak halau hantu katanya. Tapi orang kita nak halau apa pulak ? Kan setan sumer dah kena gari. Nak tolong halau hantu Cina kot. Patutla masa Tahun Baru Cina dorang dah tak berapa interested nak bakar mercun...rupa2nya orang kita dah tolong halaukan dulu.

Bila dah jadi budaya maka ia menjadi satu kemestian..kira sama level dengan lemang ketupat rendang la gamaknya. Aku bukan nak mengata sesape sebab anak2 aku pun terjebak sekali. Tukang supply nya sape ? Sape lagi kalau bukan AKU..hehehe Tapi setakat main bunga api bodo je la...yang banyak asap tu. Mercun mercun tarak !

Haaa satu bab lagi. Mercun. Tiap2 tahun mesti ada bebudak yang kena beraya kat spital..tu pun kira ok lagi..ada tu siap kena buat extra Mykad sebab dah jadi OKU. Memang kreatif la orang2 kita ni. Mercun tu kalau kita ikut dia punya safety guideline takde masalah nak main. Yang jadi masalahnya budak2 kita ni dah didedahkan dengan kisah Nordin Mat Top. Tu yang macam2 kes jadi tu. Cuba kita semak balik suratkhabar2 lama esp. masa Tahun Baru Cina. Takde pun berita anak2 kaum tu yang putus jari buta mata disebabkan mercun. Kalau ada pun mesti anak orang kita gak yang jadi mangsa.

Alhamdulillah stakat ni aku belum dengar ada kes yang serius. Tak tau la pulak kalau dorang senyapkan je berita2 pasal tu. Mana la tau kan...semangat 1 Malaysia.

13 September 2009

UPSR, PSRA, 2nd Quarter

10 September 2009 - Dah berapa hari kita puasa ek ?? 20 hari kot ?

Mamai betul la..sejak pencen ni hari ngan haribulan pun aku dah tak ingat. Main redah je...yang penting tiap2 hari ada benda yang aku buat. Stok benih dah makin banyak walaupun pakai enjin tua. Bak kata pepatah...sikit2 lama2 jadi bukit.

Diam tak diam gak UPSR hari ni dah last day. Camane la anak aku yang nombor 3 tu. Boleh ke dia jawab..bukan setakat jawab..yang penting jawapannya kena betul. Aku memang tak tanya pasal periksa dia tu...takut kang tension lak. Biar dia habis dulu..lepas tu baru interview. Bebudak zaman sekarang ni sensitip skit. Silap tanyer mau kita disuruhnya ambik peperiksaan tu...tak ke haru rambut dah beruban baru nak ambik UPSR. Doa kan je lah yang terbaik buat dorang.

Habis UPSR ni terus sambung PSRA pulak. Takde break langsung. Tu la masalah kalau ada dua otoriti yang kendalikan sekolah dan peperiksaan. Macam gajah ngan gajah bergaduh...yang tersepit sape ?

Dah lama aku tak citer pasal jalan2 cari juadah di bazaar ramadhan. Bukan takde citer menarik tapi tahap kepeningan aku nak pilih makanan mengatasi kemenarikan citer tu. Mau tak pening wey...tiap2 hari mengharung deretan gerai..menghidu ratusan bau..skodeng ribuan "kueh" tapi last2 kat gerai tu jugak aku singgah.

Ada skali tu..lepas aku tawaf seround baru aku perasan gerai biasa tu tak niaga. Menggelabah beruk Mat Yeh aku kejap. Bukan tak boleh beli dari gerai lain tapi bab rasa yang aku tak boleh nak kompromi. Orang puasa ni tekak dorang lain macam sikit. Lauk tak letak bawang putih pun dia boleh tau. Akhirnya hari tu aku terpaksa tukar menu set...kalau tak mau sampai ke sahur aku kena bebel.

Bila dah masuk 2nd quarter of ramadhan ni orang dah mula berjinak2 dengan shopping complex. Rata2 tokey kedai dah mula gantung discount rate. Ada yang sampai 70% discount. Yang ni kena hati2 sikit. Kadang2 tu kencing je lebih. Harga asal dorang naikkan 70% pastu bagi discount 70%...jadinya wal hasil balik asal. Balik opis citer ngan kengkawan "Fuyooo !! Semalam aku beli kebaya kat butik tu dia bagi diskaun sampai 70%...aku sambar 30 pasang untuk sebulan raya..cepat pegi wey..nanti habis" Dialog yang biasa aku dengar sejak 17 tahun dulu.

Aku shopping camane pulak ?? Lain kali aku citer...Uniknya Ramadhan bersama Aku.

Masa zaman aku keje dulu..hujung2 ramadhan merupakan masa yang paling menyiksakan di opis. Bukan sebab beban kerja tapi beban memikirkan persiapan raya. Baju anak2 tak beli lagi..kueh tak decide lagi nak buat kueh apa..sempat ke orang rumah siapkan baju untuk pagi raya..rumah tak kemaskan lagi..duit angpow tak tukar lagi...kereta tak servis lagi...dan yang paling tension "gaji tak dapat lagi"...huwaaaaa !!

Pengalaman paling manis sampai jadi pahit bagi aku ialah terpaksa keje masa raya eve. Tahun bila aku dah tak ingat. Bayangkanlah orang lain tengah sibuk bakar lemang walaupun aku beli je kat Sg Tangkas..orang lain tengah sibuk kacau rendang walaupun aku tak pernah tolong pun..orang lain dah halfway nak sampai kampung walaupun aku takde kampung..tapi aku masih ngadap pc kat opis buat month end closing...semata2 sebab Jepun tak celebrate Hari Raya. Dan bagi menambah lagi kepedihan hati aku..masa tu takde sekor pun Jepun kat kilang sebab hari tu kilang dah cuti. Jepun2 lahanat tu tengah syok menebas kat golf course...termasuklah big boss aku sendiri.

Itulah kenangan yang akan aku jadikan sebagai sempadan..bukan teladan.

09 September 2009

Sendi berkarat

06 September 2009 - Nak gelak pun ada..kesian pun ada. Sejak start keje balik ni badan dah mula sakit2. Almaklumlah 3 bulan honeymoon. Sendi semua dah ketat. Kalau sesape ada basikal buruk cuba korang tengok rantai dia. Cuba korang gerak2kan rantai tu...mesti susahkan ? Sebab apa susah ? Sebab dah berkarat...lama tak guna. Macam tu jugak la badan aku ni.

Bila duduk lama2 packing benih...masa nak bangun\berdiri punyalah seksa..badan tak boleh nak tegak lurus. Dah macam apek jual sayur kat pasar Kajang je rupanya..jalan membongkok. Sedey wo..muka hensem lagi tapi tulang belulang semua dah berkarat...hehehe.

Aku ingat aku sorang je yang merana..rupa2nya partner aku pun camtu jugak. Memang elok la kitorang berdua jadi bisnes partner..dua2 body dah out !!

Nak katakan keje yang kami buat tu teruk sangat takde la pulak. Cuma barangkali badan ni dah terlampau dimanjakan sangat..tu pasal dia meragam bila tiba2 je kena henjut sampai 12000 rpm. Sama macam kereta gak...kalau selama ni kita bawak tak lebih 40km sejam tiba2 kita nak drag sampai 200km sejam kat highway..mana boleh bro ! Tersedak enjin tu nanti.

Diam tak diam stok padi 30kg yang aku beli ari tu dah nak habis. Cukup la untuk 3~4 kali tanak je lagi. Stok baru aku dah order - 1 ton (1000kg) tapi bila ipar aku nak hantar tak tau lagi. Buat nya lambat..harus shutdown production. Ape citer, baru start dah nak shutdown. Tu la pasal...orang buat kira2 pakai calculator tapi kitorang pakai henpon je. Mana nak cukup digit...hehehe alasan !!

First lesson yang kitorang dapat...forecast mesti tepat. Tapi takpe..andaikata stok padi lambat sampai kitorang boleh buat tissue culture pulak. Benda tu kalau lama sangat tak buat takut nanti lupa pulak. Walaupun tissue matang dah ada untuk 10~12 bulan mendatang..kalau nak buat lagi apa salahnya. Biar berlebih asalkan jangan kurang.

Aku dengar citer budak2 Sony kena keje tiap2 Sabtu sampai hari raya..even cuti raya pun kejap je...ada yang raya ke-3 dah kena keje balik. Ish ish ish kesian korang..tapi nak buat camane...kan production tengah up giler2. Tu tandanya company korang tu masih ada bisnes. Kalau asik bagi cuti panjang2..haaa masa tu korang kena risau. Takut nanti company bagi cuti terussssss.

06 September 2009

Legal compliance

03 September 2009 - Dengar sini orang2 kampung ! Dengan ini diumumkan bahawa segala operasi yang kami jalankan di premis bla bla bla adalah sah disisi undang2.

Merepek apa lak ni ? Sebelum ni korang buat kerja haram ke ? Biar betul bro ?

Woitt !! Mulut kasi jaga sikit aaa...gigi kasi berus sama itu flouride punya ubat. Tara bikin kalu...busuk juga ada keluarrrr.

Nak kena citer la gamaknya ni. Kalau tak mau keluar macam2 gossip liar pasal operasi kitorang kat rumah tu. Dah la rumah semedang berkunci je..sampai tingkap pun tak bukak tapi ada lak kereta ngan motor buruk parking kat garaj. Apa dorang buat kat dalam tu ek ? Haaaa dah nak start la tu ! Sebelum gossip menjadi fitnah...baik aku citer perkara yang sebenar.

Hari ni aku ngan partner ambik keputusan untuk menyantaikan diri ke KL. Tempat tujuan ialah...lupa lak nama tempat tu sekarang sebab dah tukar nama. Dulu nama dia Yaohan.

Dalam pukul 9.30am kitorang gerak ke stesen Komuter UKM. Bukannya taknak bawak kereta tapi memandangkan aku baru pernah sekali merasa naik komuter jadi aku nak test power lagi skali. Sambil2 tu boleh gak aku peratikan gelagat2 manusia kat dalam train tu.

Penumpang takde la ramai sangat...mungkin dorang dah ambik train awal kot. Tapi ramai tak ramaipun kitorang terpaksa gak berdiri..sampai la kat KL Central. Dah rasa macam monyet je bergayut dalam train tu.

Kitorang turun kat stesen Putra...kena menapak la pulak. Bab ni yang aku tak suka..bukan takde stamina tapi mengah bawak perut yang berat ni. Agaknya camni la rasa orang yang sedang ngandung 5 bulan kot..baru naik tangga sikit dah semput. Ntah la ! Bila la perut aku nak kempis agaknya.

Destinasi kami adalah pejabat SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami nak daftarkan company kami supaya segala urusan selepas ini akan tertakluk dibawah undang2. Lepas ni kami nak berdaftar pulak di MOF - Kementerian Kewangan. Tujuannya untuk merebut peluang tender perbekalan di mana2 agensi kerajaan.

Mujur hari ni orang tak ramai. Tak sampai sejam semua urusan selesai dan secara rasminya tertubuh lah JUARA AGROTECH RESOURCES.

Apasal letak nama Juara bukan Kamal atau gabungan nama macam Jumal ke..Juka ke..Kaju ke..Kara ke..takpun JuaraKamal ? Bagi aku letak nama sape pun aku tak kisah. Yang penting nama tu mesti ada kekuatan yang bakal menjadi cermin kepada company kami.

Juara..apa maksud juara ? Apa kekuatan yang ada pada perkataan "juara". Mana lebih gempak antara "juara" dan "johan". Renungkanlah sendiri.

Memandangkan tengah puasa jadi aku tak berminat nak ronda2 kat mall tu...buat penat je. Habis je segala urusan kami pun balik. Yang pastinya naik komuter lagi. Kali ni kitorang tak jadi monyet...tempat banyak kosong. Yang bestnya kitorang sempat lagi berbincang macamana nak upgrade pekhidmatan komuter tu. Macam la RapidKL tu bapak kitorang yang punya. Tapi mana nak tau ek ! Tup Tup satu hari nanti kitorang take-over company tu...Amiin

Sepanjang perjalanan pergi balik..banyak ragam manusia yang menarik minat aku...macam macam adaaa !! Aku taknak fokus terlalu detail...kasi yang general je.

Aku cuma nak bandingkan dari segi etnik tanpa ada niat hendak memburukkan mana2 kaum.

Apa yang dilakukan semasa menunggu \ dalam train :

Melayu
1 - Tidur
2 - Dengar lagu..maklum la henpon canggih
3 - SMS...sampai sekarang aku masih tak paham pasal kepentingan menatang ni
4 - Buat bodo

Cina
1 - Tidur
2 - Berborak dengan kawan
3 - Membaca...novel, newspaper
4 - Betul2kan skirt...beli salah size

Bangla
1 - Tengok amoi betulkan skirt

Kesimpulannya...takde apa2 kesimpulan. Saje nak panjangkan entry.

03 September 2009

Gugu Gaga Kerja

01 September 2009 - Hari baru..bulan baru..keje baru. Secara rasminya hari ni aku start keje balik...tapi bukan 8.00am ~ 5.30pm macam Sony atau 12.30pm ~ 4.50pm macam sessi petang sekolah rendah anak aku...tapi ISA - Ikut Suka Aku. Tengok pada customer order la.

Yupp!! Production dah start. Masa untuk aku merempit dah over...(sekali sekala boleh kot). Cadangan untuk start production lepas raya terpaksa dibatalkan. Tak bley tunggu woo...tokey cendawan dah bising mintak benih. Cukup2 la tu honeymoon...dah 3 bulan wey !! Orang baru kawen pun tak tentu pegi honeymoon lagi.

Buat masa ni kami buat je ikut capacity yang ada. InsyaAllah akan cuba di upgrade dari masa ke semasa...ikut keperluan. Lagipun dengan kederat kuda tua macam kami ni paham2 je la...skru dah banyak longgar.

Target output untuk sehari dalam 100 pack..tapi kalau dapat buat 60 ~ 80 pack dah kira cukup bagus. Kami akan cuba buat beberapa method...lepas tu boleh la pilih mana yang paling sesuai untuk dijadikan standard. Mujur partner aku orang lama dalam bab production ni...nak harapkan aku ?? hehe buat stock take pun kekadang menipu...ssshhhh !! jangan citer ngan bebudak costing...naya punya kes tuu.

Dengan dua enjin tua ni lah yang akan menanak padi, packing, merebus, menyuntik benih dan storing...enjin tu jugakla yang akan jadi cleaner, housekeeper dan gardener. Tu belum masuk bab hantar / jemput anak ke sekolah lagi tu.

Fuhh!! Macam tak caya je aku akan mampu buat sumer tu. Dah la bulan puasa...godaan banyak walaupun setan dah kena gari.

Mampu tak mampu kena tolak tepi brade !! Kena ingat kat rumah ada 5 perut nak di isi. Puasa bukan alasan untuk menurunkan produktiviti.

Sebut pasal puasa ni..aku pelik sikit dengan sekolah rendah anak aku tu...mungkin sekolah lain pun sama gak kot. Aku rasa adalah kurang wajar untuk mengurangkan waktu persekolahan beralasankan bulan puasa...kononnya waktu rehat ditiadakan. Normal day waktu persekolahan sesi petang dari 1.10pm ke 6.30pm = 5 jam 20 minit. Untuk bulan puasa dari 12.30pm ke 4.50pm = 4 jam 20 minit. Beza 1 jam tuuuu. Takkan dorang rehat 1 jam kot. Setau aku masa rehat murid cuma 20 minit. Jadi maksudnya bakal ada 1 period yang akan dikorbankan. Melampau betul.

Ada masaalah ke kalau balik pukul 6.10pm ?

Kalau alasannya nanti cikgu tak sempat nak masak kat rumah...piiiirah. Pagi korang buat apa ?? Jangan buat lawak la kalau korang kata pagi nak semak buku kerja murid la...nak prepare topik mengajar la...halloooo jangan nak kencing la !! Korang kat sekolah tu bukan memanjang ada kelas. Ada masa korang free. Patutnya masa free tu la korang guna untuk buat segala macam jadah yang korang kena buat. Bukannya masa free tu untuk jual tudung, kain, kueh raya, insurans atau buat Meeting Larut Malam.

Kalau alasannya tak nak bagi makbapak terkejar2 jemput anak...takut tak sempat sampai rumah nak berbuka. Satu lagi alasan bertaraf loji IWK. Orang kilang balik 5.30pm untuk normal shift. Yang shift 12jam balik 6.15pm. Sepanjang 17 tahun aku keje kilang tak pernah dengar lagi dorang bersungut pasal tak sempat nak masak la..nak beli juadah berbuka la..etc. Tu belum sebut pasal OT paksa lagi tu.

Aduyai !! Letih la layan ragam puak2 ni. Walaupun mungkin bukan dorang yang empunya keputusan \ arahan...sekurang2nya pikirkanlah tentang kerugian pihak murid. Sekolah kaum lain berlumba2 menambah waktu pembelajaran tapi sekolah kita berbangga plak balik awal. Kalau tak percaya cuba pegi ronda kat sekolah kaum tu masa hari sabtu...tak kira la sekolah rendah ke menengah. Lepas tu pegi lak ke sekolah kita. Bandingkan.

Dalam hal ni aku tabik spring dengan ustaz ustazah SRA. Dorang tetap balik 5.30pm walaupun gaji mereka sama banyak dengan elaun kerani sekolah kebangsaan.

01 September 2009

Balik kampung...lagi

29 Ogos 2009 - Nak citer jugak ke perasaan setelah 3 bulan keberjayaan aku mengeluarkan diri dari Sony ?? Tak payah la kot ! Kalau aku citer kang sure terselit 2~3 ratus kutukan, umpatan atau gossipan. Bak kata pujangga "tempat tergolek dog lagi dikenang...inikan pulak tempat mengular"

Fullmoon ke halfmoon ke kita tolak tepi dulu. Yang penting lepas berbuka ni aku nak balik kampung. Ada urusan perniagaan..hehehe sekarang ni citer semua bab bisnes je. Dah tak main dah Oracle, EAS, Sparkle, Dolphin sumer tu. Oracle kata Dolphin dah mampus kena Spark dekat EAS Sony Wings.

Lebih kurang 9 malam aku anak beranak gerak balik kampung. Padat kereta kebal aku tu. Nak buat camane...anak2 sumer dah king size. Nak beli MPV ?? Tunggu eksais duty mansuh dulu...300% tuu. Lagipun MPV tu belom jatuh kategori keperluan...bukannya tiap2 hari aku nak angkut anak bini aku jalan2. Setakat berhimpit 3 jam dalam masa 3~4 bulan sekali takde hal punya lah.

Perjalanan lancar. Kenderaan tak banyak. Cuma sampai kat area Sg Burung ada sesak sikit. Accident kereta dengan lori. Dengar citer ada yang maut. Insap jugakla sekejap bila tengok kereta tu dah penyek kat bawah lori.

Sampai rumah mertua dah pukul 12 lebih. Sunyiii je. Mana tak sunyi...orang semua dah tido. Ntah2 dah mimpi bakar lemang kot. Kitorang je yang suka berjalan tengah2 malam buta ni.

Aku bila dah drive long distance ni memang payah nak tido..esp bila dah pekena milo panas. Segar bugar bijik mata. Tapi memandangkan orang lain semua dah hanyut...terpaksa gak la aku menidurkan diri.

Sahur...macam biasa. Kitorang dengan dunia kitorang sendiri...makan roti je. Keluarga ipar aku macam yang pernah aku citer dulu la...sahur macam makan tengahari.

Sebenarnya tujuan aku balik kampung nak cari pembekal padi untuk projek benih cendawan aku tu. Tapi biras aku kata pesawah memang tak berminat nak jual padi kat orang perseorangan. Bukan sebab harga tapi dorang malas nak uruskan padi tu. Sekarang dah senang...dari mesin tuai tu terus masuk lori je. Bila masa pulak dorang nak kaut balik padi tu masuk guni. Tak ke menyusahkan je namanya tu. Lagipun sekarang ni musim padi dah habis... dorang baru je menuai. Sawah tengah togel.



Walau macamanapun biras aku ada bagi cadangan...beli benih padi. Harga mahal sikit la tapi padi tu gerenti baek punye...pure padi...takde bercampur dengan hampas maupun beras hancur. Lagipun padi tu dah siap dijemur...boleh guna terus.

Bagus gak idea tu...senang sikit keje aku.

Urusan aku dah selesai. Petang aku ajak bini aku pegi pekan Sg Besar. Nak cari barang sikit...pastu nak beli juadah untuk berbuka pulak.

Pekan Sg Besar ni memang sentiasa sibuk esp. kat beberapa kedai tumpuan. Mungkin sebab harga barang tu murah kalau compare kat KL kot. Tapi pada aku harga tu biasa je..tengok kualiti la.

Pernah sekali aku ronda kat pekan tu masa hari raya ke-dua. Tu dia eh !! Punya la ramai orang beraya kat kedai apek tu. Ada yang siap pakai baju melayu bersongkok bersampin bagai. Aku rasa apek tu pun heran. "Ini melayu lain kilije tade ke? Mau laya shopping..sulah laya pun shopping" Zasss...layaaaann

Singgah kat bazaar ramadhan. Meriah wey !! Teratur dan terancang. Trafik langsung tak terjejas. Siap ada penguasa PBT jaga lalulintas. Gerai back to back..bukan kiri kanan macam kat BBB. Berjalan pun boleh lenggang kangkung...kira Pak Aji tak batal wudhu la kalau meronda kat situ.

Yang paling best harga kueh masih lagi 3 seringgit...tanpa menjejaskan size. Nasi ayam sama macam kat BBB tapi size ayam nya...walla wey !! Dorang ni jual nasi ayam pakai ayam belanda ke ??

Secara am nya harga makanan masih lagi murah. Jauh lebih murah dari Lembah Kelang. Kenapa dorang boleh jual dengan harga yang lebih murah ? Harga ayam sama..harga beras sama..tapak niaga kena sewa gak...pelanggan lebih kurang sama ramainya. Jadi apa bezanya ? Bezanya kat Lembah Kelang ada peniaga import. Kat Sg Besar pure local citizen...walaupun keturunan Jawa tapi Jawa Malaysia...bukan Jawa Indon.


Trip ke JPN

28 Ogos 2009 - Hari ni aku memaksakan diri untuk ke JPN...nak buat mykad anak dengan aku punya sekali. Tempoh sebulan untuk anak aku dah nak over. Kalau lewat kena denda. Yang mykad aku pulak chip dah rosak...scanner tak boleh read. Yang ni sah kena 10 hengget. Hamlau betul la...dorang yang bagi produk takde kualiti kita lak yang kena denda.

Tiba kat area parcel2 tu dalam pukul 2.50pm. Dari jauh aku tengok kenderaan punya la banyak. Ada accident ke ?? Selalu tu aku ronda kat area tu takde la sesak camtu skali.

Lepas bergerak ala kura-kura...lepas himpit menghimpit dengan bus baru la aku lepas area parcel A...dan baru la aku tau apa punca sebenarnya. Patutla muka2 yang ada kat dalam kereta sekeliling tu macam aku kenal je dari puak mana. Rupa2nya dorang berebut nak masuk opis balik. Kalau lelaki tu mungkin tok khatib tadi baca khutbah panjang sangat...tu pasal lambat. Yang pompuan ni sebab apa pulak ek ?? Takkan nak salahkan cashier kot..hehehe

Yo bro...dah dekat pukul 3 ptg..tak reti2 nak balik opis ke !! Kalau kat Sony tu dah kena potong gaji dah tu. Pegi parking lot lebih 10 minit pun kena potong gaji...inikan pulak lambat balik dari Friday break. Tapi bila bab mintak bonus...puak2 ni la kedepan dulu.

Kat JPN orang tak la ramai sangat. Semua urusan berjalan lancar. Lebih kurang setengah jam semua dah settle.

Aku perasan satu notis kat kounter tu...Urusan di kaunter sampai pukul 5 ptg. Pastu start September hari sabtu dan ahad kaunter akan dibuka setengah hari. Jadi maksudnya office hour gomen takde la berubah sangat bulan puasa ni. Habis tu camana plak aku boleh jumpa Mamat Batik and the gang kat Mydin pukul 2.30 ptg semalam ? Kena panggil Uncle Seekers ni.

Yang bestnya mykad aku anak beranak siap dalam 24 jam. Tapi disebabkan besok besok dan besoknya hari cuti...maka hari Selasa baru boleh ambik. Kira ok la tu...takde macam dulu kena tunggu sampai sebulan baru siap. Itu pun kalau siap.

Tapi aku puji la staff yang jaga kaunter kat JPN tu...tak lekang dengan senyuman. Tak kira la staff lelaki ke pompuan. Macam ni la baru betul...bukan macam cashier kat Pejabat Pos BBB esp yang lagi 4~5 tahun nak pencen tu. Senyum jangan harap la...laki dia je yang layak dapat senyuman menawan dia tu. Dah tu volume suara macam radio pakai battery cell kering...satu building boleh tau apa urusan kita kat situ. Tu belum masuk citer berborak lagi tu. Management memang hampeh giler..dah nampak customer punya ramai sampai melimpah keluar...kaunter yang bukak ada 3~4 je...takkan tak cukup staff sebab kat situ ada 7~8 kaunter. Pada aku biar ramai staff dari kaunter. Ni tidak...banyak kaunter dari staff.

Aku dengan pejabat pos BBB tu memang ada sejarah tersendiri...dorang dah goreng salah orang pada masa yang salah. Lain kali aku citer...lepas raya ke..ahaks