26 September 2009

Raya Eve

Giliran aku pulak nak shopping. Anak bini aku sumer dah settle. Aku kalau shopping barang sendiri memang suka pegi sorang2..takde gangguan. Kalau pegi dengan anak bini paham2 je la. Kejap2 dorang tanyer "ok tak baju ni ?".."sesuai tak track shoe ni kalau pakai dengan baju kurung ?".."blouse ni kalau pakai dengan tudung Eking ngam tak?"

Fening woo..camane aku nak concentrate..shopping ni bukan boleh main redah je..dia kena ada feel..baru nikmat shopping tu terasa. Bukan senang wey nak perabih duit ni...masyuk takde manjang keluar je. Bukit Antarabangsa tu kalau tiap2 tahun runtuh..lama2 jadi Dataran Merdeka gak.

Menjelang 11.00 pagi aku dah keluar..bukan jauh pun destinasinya..setakat Warta je pun. Sebelum ni aku memang dah jeling2 beberapa item kat situ..kira sesuai la dengan taste orang muda macam aku ni...ahaks. Jadinya takde la susah sangat aku nak buat pilihan..sumernya dah ada dalam kepala otak.

Dari rumah lagi aku memang dah agak..orang mesti ramai punya..last minute shopping..budaya orang kita termasuklah aku. Cuma aku tak menyangka akan berdepan dengan suasana yang serba mengerikan. Boleh dikatakan separuh dari 2nd floor tu dipenuhi oleh kaum yang berlainan bahasa dan bau badan dengan aku..INDON, BANGLA & NEPAL.

Bukan bangsa tu yang aku ngerikan tapi cara dorang shopping esp Bangla. Habis sumer sample seluar baju dorang try..tak puas hati dorang try yang lain pulak. Bayangkan lepas tu korang lak yang try seluar baju tu..eiiiii geli wey !! Mujur salesman yang layan aku tu baik..dia bagi aku try baju baru bukak plastik punya. Kalau tak mau seminggu melekat bau Bangla tu kat badan aku.

Yang Indon lagi la ngeri. Aku bagai nak rak carik seluar yang ada offer..kalau boleh yang ada diskaun 70% tapi mat2 Indon ni pandang pun tidak kat tempat seluar lambak tu. Dorang lebih minat kat New Arrival item. Paham2 je la barang baru ni..dah la mahal takde diskaun lak tu tapi aku tengok mat2 Indon tu selamba badak je sambar 2~3 helai. Perrghh !! Tangkap nganga aku dibuatnya.

Petang..macam tahun2 sebelumnya..aku ditugaskan beli lemang. Bukan tak reti nak masak sendiri tapi tak berbaloi. Setakat nak bergurau senda 4~5 jam depan bara api.. lemang yang nak dibakar tu ada la 6~7 batang..pastu belum tentu boleh masak sempurna lak tu..buat nya hangus..tak ke haru. Daripada aku nyanyi lagu MJ Black or White baik la aku pegi beli je kat Indon Sungai Tangkas tu.. dah tentu sedap. Indon lagi..takde ke orang kita yang jual ? Ada tu memang ada tapi kebanyakannya kencing berasap. Cuba korang pikir..camane lemang tu boleh masak sedangkan buluh dia masih cantik menghijau..ada la sikit2 kesan terbakar itupun sebab dia dok perangat kat atas meja tu. Dorang bakar lemang dalam oven kot.

On the way balik dari beli lemang..aku lalu kat bazaar ramadhan BBB Fasa 1..saje2 ronda..mana tau kot2 masih ada lagi orang yang berniaga. Wallawey !! Terkejut badak sumbu aku dibuatnya. Macam baru masuk 15 ramadhan je hari ni. Ramai lagi yang meniaga rupanya..pengunjung jangan citer la..macam semut menghurung gula. Betul2 bisnes minded la dorang ni. Raye2 belakang kire..yang penting masyuuuk. Macam cina tokey kedai runcit kat rumah bujang aku dulu cakap "meniaga punya olang mana ala cuti..nanti lugi..itu kubot punya halega manyak mahat woo" (meniaga punya orang mana ada cuti..nanti rugi..itu kubur punya harga banyak mahal woo) Aku harap peniaga bazaar ramadhan takde la berfikiran macam tu..sesat wey !!

Lepas berbuka dengan 3~4 potong lemang bercicahkan rendang daging..mentol kat atas kepala aku menyala. Idea sudah mari..jeng jeng jeng. Aku panggil bini aku "jom ronda Alamanda !" satu tawaran bertaraf 5 bintang. "Jom" jawapan yang ringkas, padat, bernas lagi penuh makna. Pompuan wey!! Takkan korang tak paham.

Kali ni situasinya agak berbeza. Dari keadaan parking lot yang agak lengang aku dah boleh agak camana keadaan kat dalam. Memang betul pun..orang tak berapa ramai. Mungkin dorang tengah sibuk bakar lemang kot. Boleh ke orang Putrajaya bakar lemang ?? Sedangkan nak sidai baju kat depan rumah pun dorang tak bagi..inikan pulak aktiviti bakar membakar. Bakar pakai oven la tuu.

Tak kesah la..yang penting kat Alamanda ni takde kelibat INDON BANGLA NEPAL. Yang ada Pak Arab dengan Pak Negro je. Puak ni aku tak berani nak usha sangat..lengan dorang sama besar je dengan peha aku. Sekali dorang jentik hidung aku..mau berpusing 360 darjah kepala aku. Sedangkan pak polisi tak berani nak tegur dorang..inikan pulak aku yang bertaraf samseng kampung kubur ni. Sebab tu dorang naik tocang..macam2 kes dorang ni dah buat tapi takde satupun yang selesai..black money la..pukau la..kacau anak dara orang la (tapi pompuan kita pun jenis gedik gak) Kalau aku jadi PM..aku halau je dorang tu sumer balik kampung..termasukla INDON BANGLA NEPAL. Bukan mati pun kalau dorang ni takde. 10~15 tahun dulu sape yang buat bangunan kat Malaysia ni..sape yang jadi maid..sape yang keje kilang..sape yang meniaga pasar malam..sape yang jadi student U.

Baru ni aku ada tengok kat berita TV9..sorang mat Indon mampu buat shopping mall kat Indon hasil bekerja di Malaysia. Newscaster tu cakap mamat tu bawak duit balik Indon juta2 RM woo. Sah duit tu tak pernah kena tax. Sah duit tu dia bawak keluar secara haram. Kebanyakan maid Indon tak nak duit gaji masuk bank..buruh kontrak pun cenggitu gak. Sebab apa ?? Pegi tanya Bank Negara. Cuba tanya apa kesannya pada ekonomi negara. Itupun kalau Bank Negara nak jawab la pertanyaan ikan bilis macam kita ni.

Melalut ke situ lak aku ni. Citer shopping tak habis lagi.

Sape kata belum habis ?? Dah lama habis laa..takde apa benda yang aku beli pun. Sekadar mengembungkan perut "makan angin".



No comments: