01 September 2009

Balik kampung...lagi

29 Ogos 2009 - Nak citer jugak ke perasaan setelah 3 bulan keberjayaan aku mengeluarkan diri dari Sony ?? Tak payah la kot ! Kalau aku citer kang sure terselit 2~3 ratus kutukan, umpatan atau gossipan. Bak kata pujangga "tempat tergolek dog lagi dikenang...inikan pulak tempat mengular"

Fullmoon ke halfmoon ke kita tolak tepi dulu. Yang penting lepas berbuka ni aku nak balik kampung. Ada urusan perniagaan..hehehe sekarang ni citer semua bab bisnes je. Dah tak main dah Oracle, EAS, Sparkle, Dolphin sumer tu. Oracle kata Dolphin dah mampus kena Spark dekat EAS Sony Wings.

Lebih kurang 9 malam aku anak beranak gerak balik kampung. Padat kereta kebal aku tu. Nak buat camane...anak2 sumer dah king size. Nak beli MPV ?? Tunggu eksais duty mansuh dulu...300% tuu. Lagipun MPV tu belom jatuh kategori keperluan...bukannya tiap2 hari aku nak angkut anak bini aku jalan2. Setakat berhimpit 3 jam dalam masa 3~4 bulan sekali takde hal punya lah.

Perjalanan lancar. Kenderaan tak banyak. Cuma sampai kat area Sg Burung ada sesak sikit. Accident kereta dengan lori. Dengar citer ada yang maut. Insap jugakla sekejap bila tengok kereta tu dah penyek kat bawah lori.

Sampai rumah mertua dah pukul 12 lebih. Sunyiii je. Mana tak sunyi...orang semua dah tido. Ntah2 dah mimpi bakar lemang kot. Kitorang je yang suka berjalan tengah2 malam buta ni.

Aku bila dah drive long distance ni memang payah nak tido..esp bila dah pekena milo panas. Segar bugar bijik mata. Tapi memandangkan orang lain semua dah hanyut...terpaksa gak la aku menidurkan diri.

Sahur...macam biasa. Kitorang dengan dunia kitorang sendiri...makan roti je. Keluarga ipar aku macam yang pernah aku citer dulu la...sahur macam makan tengahari.

Sebenarnya tujuan aku balik kampung nak cari pembekal padi untuk projek benih cendawan aku tu. Tapi biras aku kata pesawah memang tak berminat nak jual padi kat orang perseorangan. Bukan sebab harga tapi dorang malas nak uruskan padi tu. Sekarang dah senang...dari mesin tuai tu terus masuk lori je. Bila masa pulak dorang nak kaut balik padi tu masuk guni. Tak ke menyusahkan je namanya tu. Lagipun sekarang ni musim padi dah habis... dorang baru je menuai. Sawah tengah togel.



Walau macamanapun biras aku ada bagi cadangan...beli benih padi. Harga mahal sikit la tapi padi tu gerenti baek punye...pure padi...takde bercampur dengan hampas maupun beras hancur. Lagipun padi tu dah siap dijemur...boleh guna terus.

Bagus gak idea tu...senang sikit keje aku.

Urusan aku dah selesai. Petang aku ajak bini aku pegi pekan Sg Besar. Nak cari barang sikit...pastu nak beli juadah untuk berbuka pulak.

Pekan Sg Besar ni memang sentiasa sibuk esp. kat beberapa kedai tumpuan. Mungkin sebab harga barang tu murah kalau compare kat KL kot. Tapi pada aku harga tu biasa je..tengok kualiti la.

Pernah sekali aku ronda kat pekan tu masa hari raya ke-dua. Tu dia eh !! Punya la ramai orang beraya kat kedai apek tu. Ada yang siap pakai baju melayu bersongkok bersampin bagai. Aku rasa apek tu pun heran. "Ini melayu lain kilije tade ke? Mau laya shopping..sulah laya pun shopping" Zasss...layaaaann

Singgah kat bazaar ramadhan. Meriah wey !! Teratur dan terancang. Trafik langsung tak terjejas. Siap ada penguasa PBT jaga lalulintas. Gerai back to back..bukan kiri kanan macam kat BBB. Berjalan pun boleh lenggang kangkung...kira Pak Aji tak batal wudhu la kalau meronda kat situ.

Yang paling best harga kueh masih lagi 3 seringgit...tanpa menjejaskan size. Nasi ayam sama macam kat BBB tapi size ayam nya...walla wey !! Dorang ni jual nasi ayam pakai ayam belanda ke ??

Secara am nya harga makanan masih lagi murah. Jauh lebih murah dari Lembah Kelang. Kenapa dorang boleh jual dengan harga yang lebih murah ? Harga ayam sama..harga beras sama..tapak niaga kena sewa gak...pelanggan lebih kurang sama ramainya. Jadi apa bezanya ? Bezanya kat Lembah Kelang ada peniaga import. Kat Sg Besar pure local citizen...walaupun keturunan Jawa tapi Jawa Malaysia...bukan Jawa Indon.


No comments: