14 September 2009

Kembar Siam

11 September 2009 - Lain macam je tajuk hari ni. Ada orang baru beranak ke ?

Silap tu bro !! Istilah Kembar Siam ni bukan untuk baby yang lahir bercantum tu je. Sepasang sahabat yang kehulu kehilir berdua pun orang panggil Kembar Siam gak. Maksudnya secara am ialah sesuatu yang sukar untuk dipisahkan. Nak lagi detail click sini.

Dalam posting aku kali ni..Kembar Siam yang aku maksudkan ialah keakraban bulan puasa dengan mercun \ bunga api. Muncul je bulan puasa maka muncul jugakla menatang tu. Memangpun kebanyakannya diseludup dari Siam.

Tahun ni tak terkecuali..cuma agak slow sikit. Setakat ni boleh dibilang dengan jari aku dengar benda tu meletup kat kampung ni. Mungkin takde "pusher" kot. Kalau kat Sony dulu siap email order list lagi. Macam nak order kueh raya. Tahun ni tak tau la pulak..ada lagi ke tukang jual kat sana sebab yang aku dengar "pusher" dulu tu dah "ke dalam".


Dekat bazaar ramadhan sejak 2nd quarter ni dah banyak orang bukak table jual bunga api. Tapi bunga api je la yang ada...mercun tak nampak lagi. Yang peliknya gerai tu lagi meriah dari gerai jual buah kurma. Aku ingat tahun depan aku nak ambik cuti sepanjang bulan ramadhan..nak jual bunga api. Lagi masyuuuk woo.

Mercun \ bunga api dah jadi budaya bagi orang kita. Walaupun asalnya dari budaya kaum Cina tapi aku peratikan bila tiba bulan puasa orang kita lebih Cina dari orang Cina. Kalau kaum tu kita memang paham la apasal dorang bakar mercun..nak halau hantu katanya. Tapi orang kita nak halau apa pulak ? Kan setan sumer dah kena gari. Nak tolong halau hantu Cina kot. Patutla masa Tahun Baru Cina dorang dah tak berapa interested nak bakar mercun...rupa2nya orang kita dah tolong halaukan dulu.

Bila dah jadi budaya maka ia menjadi satu kemestian..kira sama level dengan lemang ketupat rendang la gamaknya. Aku bukan nak mengata sesape sebab anak2 aku pun terjebak sekali. Tukang supply nya sape ? Sape lagi kalau bukan AKU..hehehe Tapi setakat main bunga api bodo je la...yang banyak asap tu. Mercun mercun tarak !

Haaa satu bab lagi. Mercun. Tiap2 tahun mesti ada bebudak yang kena beraya kat spital..tu pun kira ok lagi..ada tu siap kena buat extra Mykad sebab dah jadi OKU. Memang kreatif la orang2 kita ni. Mercun tu kalau kita ikut dia punya safety guideline takde masalah nak main. Yang jadi masalahnya budak2 kita ni dah didedahkan dengan kisah Nordin Mat Top. Tu yang macam2 kes jadi tu. Cuba kita semak balik suratkhabar2 lama esp. masa Tahun Baru Cina. Takde pun berita anak2 kaum tu yang putus jari buta mata disebabkan mercun. Kalau ada pun mesti anak orang kita gak yang jadi mangsa.

Alhamdulillah stakat ni aku belum dengar ada kes yang serius. Tak tau la pulak kalau dorang senyapkan je berita2 pasal tu. Mana la tau kan...semangat 1 Malaysia.

No comments: