29 December 2009

Stok Botol

28 Disember 2009 - Nak update sikit pasal kitorang punya projek.

Last week b4 cuti krismas kitorang merayau ke Bandar Kinrara..cari supplier botol. Macam yang aku cakap dulu kitorang akan tukar packaging benih dari plastik ke botol bagi menjamin kualiti..memang dah terbukti. Tidak syak lagi !!

Hari Khamis stok sampai... 100 kotak. Berpeluh beb !! Dah lama tak buat kerja berat. Teringat masa buat stock count kat Sony dulu...xtvt paling aku benci.


Opis kitorang dah mula sesak. Tak tau nak susun camane lagi. Lagipun kitorang bukannya ada pengalaman jaga warehouse. Yang sedihnya tempat aku bentang tilam pun kena rembat skali.


Yang ni laminar box..tempat menyuntik benih. Kitorang beli yang 2nd hand je..nak jimat kos. Kalau ada modal nanti baru beli yang canggih punye. Dah survey kat beberapa suplier...mahal giler menatang tu. Mau 10 tahun baru dapat ROI.


Sekarang production dah masuk gear 2...memasing dah start sakit pinggang. Dah la kitorang ni ada masalah tulang belakang..dah tua lak tu. Tak tau la sampai bila boleh bertahan. Nak employ indon belum mampu lagi.

22 December 2009

Kenduri kawen ala orang kampung

20 Disember 2009 - Meriah Gilerr!!! Lagi meriah dari garden wedding Ning Baizura. Betul2 "real" dalam taman punya wedding. Aku rasa kalau artis2 tengok majlis ni sure dorang nangis guling2 dalam sawah..sebabnya "orang kampung" boleh buat lagi grand dari dorang.

Artis@VVIP punya kenduri kawen makanan ciput je. Satu "dulang" share 10 orang. Nak mintak tambah nasik pun segan. Dah la jemputan untuk suami isteri je...budak2 jangan harap boleh datang.

Tengok ni orang kampung buat kenduri. Nasik minyak, rendang, ayam golek dah pasti...ditambah lagi dengan gerai2 makanan lain. Melantak la banyak mana pun..nak tapau pun boleh..takde sape nak marah takde sape nak jeling2.

Gerai roti canai.

Gerai rojak, kuih muih.

Gerai cakoi.

Gerai bubur.

Gerai soto, pecal jawa.

Ni gerai apa ntah..tak sempat nak rasa.

Aiskrim.

Gerai cendol.

Antara ribuan tetamu yang hadir.



Hehe..yang ni takde kena mengena ngan kenduri kawen. Saja menggatal nak snap. Lokasi.. dalam parit tepi sawah sebelah rumah mertua aku.


Dalam perjalanan balik kepala aku ligat berfikir. Berapa la agaknya tuan rumah perabis buat kenduri tu.

Perghh...dasat giler !!!

>
>

Parlimen Sepang

19 Disember 2009 - Ni yang aku suka dengan YB Md Zin (MP Sepang)...tiap2 tahun tak pernah missed bagi sumbangan pada pelajar2 cemerlang untuk kawasan Parlimen Sepang. Tak kesah la sumbangan tu dari peruntukan kerajaan ataupun dari poket dia sendiri. Yang penting budak2 hepi..mak bapak hepi..cikgu2 pun tumpang sekaki hepi.



Yang best nya kali ni siap ada sessi fotografi. Biasa la...bila sorang dah mula yang lain tu apa lagi..bukan senang nak jumpa direct dengan MP ni.


Petang ni aku anak beranak nak balik kampung. Besok ada jemputan kawen. Tak boleh tak balik wey!!..dah la sedara, rumah dia betul2 depan rumah mertua aku lak tu.
>
>

11 December 2009

Dah Sampai

Menatang apo lak ni ??


Haaaa..ini la autoclave yang kitorang order tu. Macam "kapal selam" pun ada gak rupanya..hehehe.

Kalau skarang ni kitorang boleh hasilkan max 25 packet benih sehari...pakai "kapal selam" ni senang2 je kitorang boleh hasilkan 2000 packet sehari. Tapi takde la kitorang berniat nak buat output sebanyak tu...tangan kitorang ada 4 je brade..kalau sotong tu lain laa.

Sebenarnya ada satu lagi barang yang dah sampai...luminar set. Tapi belum siap install lagi. Nanti bila dah complete aku tempek gambo kat sini.

>
>

Hepi belated raye

Giler meroyan ape lak bapak budak ni?? Mana ada orang wish belated raya. Kalau besday tu ada laa.

Jangan cepat "melompat ke konklusi". Sebenarnya minggu ni baru aku berpeluang nak balik kampung. Masa raya haji hari tu anak aku belum sehat 100%...takkan aku nak angkut gak. Lagipun raya haji ni bukannya ada acara ziarah menziarah...sesetengah orang kata raya haji ni untuk orang yang dah pegi haji je (alasan !!!)

Kira untung jugak la aku nak balik kampung...ada orang tu lansung tak balik..ape kes?? Bak kata cendekiawan Indon "Better Late Than Never"

Walaupun kitorang dah kira terlewat nak celebrate raya namun acara korban tetap dijalankan...bukan korban lembu atau unta TAPI korban siakap. Siakap bukan sebarang siakap..yang kena korban ni BAPAK SIAKAP...4.8kg. Hasil pancingan biras aku.



Sambil dorang sibuk dengan acara bakar membakar..aku terpandang kat satu buah ni. Aku lupa nama dia tapi zaman budak2 dulu aku suka makan buah ni. Rasa dia masam2 manis.



Kitorang balik hari Isnin. Sebabnya...aku nak bawak anak2 aku singgah kat Bukit Melawati. Anak aku selalu tanya apa yang ada kat atas bukit tu tiap kali lalu kat pekan Kuala Selangor...naik berbuih mulut menjawab. Kali ni biar dorang tengok sendiri.




Sebenarnya takde apa yang menarik kat atas bukit tu...balik2 meriam...balik2 kubur..balik2 monyet. Cuma kali ni agak menarik sikit sebab aku berpeluang tengok anak monyet yang baru berusia 2 hari. Rupa2nya monyet ni masa kecik bulu dia warna oren ke emasan...cute je aku tengok.


Cuma yang tak bertukar...sifat kemanjaan monyet2 tu. Jaga2...manja ada makna tuuu.


Perhatikan betul2 objek dalam bulatan kat bawah ni. Apa yang korang nampak........

Jangan biarkan diri anda diselubungi....MISTERIIII.

03 December 2009

Menjangkit la pulak....

Aku ingatkan sakit mata anak2 aku cuma berjangkit kat rumah sebelah je..rupa2nya jauh terbangnya virus tu. Unsangkarable betul !!

Selasa pagi..rasa badan lain macam. Seram sejuk je...macam nak demam. Lepas telan ubat demam aku hantar sms kat partner...bagitau aku tak dapat keje. Pastu aku sambung zzzzz.

Tengahari partner plak hantar sms...bad news. Benih kitorang 3 batch kena kulat hijau. Tekejut beruk mat yeh aku dibuatnye. Terus kebah demam aku.

Memang sah !! 2 batch 100% hangus...yang satu lagi tu cuma satu pack je yang kena.

Kulat hijau ni ibarat sakit mata je..tidak berbahaya tapi boleh berjangkit. Kalau tak dikawal boleh habis semua benih kitorang .




Mana datangnya kulat hijau tu ??

Macam2 versi jawapan yang aku dapat. Ada yang kata berpunca dari benih. Ada yang kata bangsal peram tak bersih. Ada yang kata proses menyuntik tak betul. Ada yang kata faktor cuaca. Kesimpulannya...beribu jawapan boleh aku bagi..mana satu yang betul hanya Dia Maha mengetahui.
>
>

02 December 2009

Sakit Mata

Sepanjang minggu ni kitorang anak beranak kena serang sakit mata.

First kena anak bujang aku..sure dia ambik virus tu dari hostel. Start pada tu mula la berjangkit kat anak2 aku yang lain. Lepas sorang sorang lagi kena..macam sukan Olympic lak..4x100m relay.

Yang bebudak takde masalah sangat. Dalam sehari setengah penyakit tu dah clear..yang jadik masalahnya kat orang2 dewasa (nak sebut TUA macam tak manis lak..ahaks) Yang kesian bini aku..seminggu dia merana. Dah macam vampire je aku tengok...mata merah menyala. Sampai kenduri kawen kat sebelah rumah pun dia tak pegi.

Aku ?? Alhamdulillah aku terselamat. Bukan la nak kata aku ni kebal penyakit...yang tak pernah sakit FIRAUN je..tapi itulah keadilan yang Maha Esa. Kalau semua dah kena kuarentin sape lak yang nak uruskan hal2 kat luar.

Dalam masa yang sama anak aku yang #2 tu pulak demam. Kejap sejuk kejap panas.

Raya korban kali ni tak meriah langsung. Cuma kakak ngan ipar aku je balik kejap. Yang lain sumer pakat taknak balik. Sebabnya...mak dengan bapak aku dah kena sakit mata gak. Gasak korang la labuuuu. Sakit pening ni bukan kita yang tentukan. Sebab tu ada setengah orang selamba je makan kaca makan binatang berbisa makan tanah liat..sihat wal afiat pulak tu.

Pendapat aku jer laaaaaa.
>
>