19 February 2010

Asap Berasap

19 Februari 2010 - Sekor nyamuk punya hal habis sekampung terpaksa telan asap disel. Rasa macam kat battlefield jer.

Sejak tengahari lagi aku dah dapat agak mesti ada "sesuatu" kat area rumah aku ni bila aku nampak kelibat 2~3 orang pakai vest Kementerian Kesihatan ronda2 kampung.

Memang sah !! Start 6.00 ptg dorang mula sembur.

Aku cuba buat manis tebu ditepi bibir kat brader yang jadi mandor tu..dia kata dah ada kes denggi kat kampung aku ni..sebab tu dorang sembur asap tu. Apsal aku tak tau ek?? Nampak sangat aku ni anti-social..tak bercampur dengan orang kampung. Apa boleh buat.. Aku Dan Dunia Baru Ku

Waaa !!! Nyamuk aides dah berhijrah laa. Selama ni apa yang aku tau kat BBB je nyamuk ni buat empayar...nyamuk urban la katakan. Aper kelas nyamuk tu nak lepak kat kampung...nak cari tempat "beranak" pun payah.

Aku rasa nyamuk2 tu dah tak boleh cari makan kat BBB laa..manjang kena sembur je..sebab tu dorang berhijrah. Lagipun BBB kan dah jadi "ZON BERSIH"...uwekkk !! bersih konon.


Skali pandang nampak macam pokok kat Fraser Hill jer..siap ada kabus bagai.





Macam tu punya asap kalau tak mampos gak nyamuk tu.. tak tau la aku. Letak aku kat tengah asap tu dalam seminit dua gerenti tombang punyer.

.
.

11 February 2010

Wey !! hari ni 11 Feb 2010

11 Februari 2010 - Fuhh!!! Lama giler tak jenguk kesini. Malas campur panazzzz.

Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Nak update sikit pasal projek benih aku tu.
Alhamdulillah semua ujikaji yang kitorang jalankan dah pun berakhir dengan suksesnya. Benih yang kitorang hasilkan telah terbukti adalah benih cendawan. Tak caya..tengok bawah ni.



Inilah hasil titik peluh dengkur kitorang sejak beberapa bulan ni...cendawan tiram kelabu yang segar bugar.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Sekarang masuk next level pulak...marketing. Walaupun kitorang memang dah ada customer tetap melalui konsortium CendawanPuchong tapi itu baru 20% dari kapasiti yang mampu kitorang hasilkan.




Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Untuk level seterusnya nanti.. kitorang akan hasilkan end product pulak iaitu cendawan segar. Maksudnya kami akan hasilkan cendawan secara 1 man show..kami yang buat benih..kami yang buat beg media..kami yang peram dan kami yang akan menuai hasil.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.


Perutusan Khas

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada salah seorang anggota skuad badminton wanita Kompleks Sukan Seksyen 15 BBB yang telah selamat disatukan dengan pasangannya pada 07 Februari 2010. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

>
>