30 June 2009

Rutin mingguan

28 Jun 2009 - Penat giler. Dah lama aku tak drag badan aku sampai maximum macam semalam. Aku pun bukannya muda lagi...cuma belum tua je hikhikhik

Walau penat macamana sekalipun, jadual untuk hari ni terpaksa aku buat jugak.

Memang dah jadi rutin mingguan, petang aku akan ke USJ melawat anak bujang aku kat asrama. Biasanya kitorang akan gerak dalam pukul 2 ptg tapi kali ni kena keluar awal sikit sebab bini aku nak pegi Gulatis dulu...nak carik kain untuk buat baju raya.

Sebenarnya hari tu dah pegi dah tapi harga kurang memuaskan, lagipun salesman tu kata setiap hari Jumaat ~ Ahad dari pukul 12.00tgh sampai 2.00 ptg ada Happy Hour discount. Maksudnya pada masa tu harga akan jadi lebih murah. Tu yang bini aku nak tengok...betul ke lagi murah.

Big family macam kitorang ni jatuh hukum wajib carik pakaian semurah mungkin tapi berkualiti. Kalau aku jutawan lain cerita la. Boleh shopping kat Dubai ke...Harrod ke...mungkin 10 tahun lagi kot insyaAllah.

Aku gerak dengan bini aku je. Anak2 dara aku taknak ikut. Memasing sibuk. Yang #2 nak buat homework...yang #3 pegi seminar UPSR...yang bongsu macam biasa la, kena layan anak buah dia (anak adik aku). Dorang berdua tu dah jadi macam kembar siam.

Memang betul apa yang salesman tu kata hari tu. Harga masa Happy Hour memang Gulatis bagi extra discount. Pilihan kain pun banyak. Boleh rambang mata dibuatnya.

Aku macam biasa...jadi QC. Bini aku pilih kain...aku tukang approved. Aku bab pilih kain yang corak bunga2 ni agak cerewet sikit. Banyak sudut dan segi yang aku tengok. Biasa la kan...orang seni macam aku ni cara dia menilai tak sama macam orang biasa..ahaks

Selesai bini aku shopping untuk dia dan anak2 pompuan aku...sekarang turn untuk aku dengan anak bujang aku pulak.

Aku rasa Gulatis ni memang dibukak untuk kaum pompuan je kot...sebab pilihan kain untuk lelaki memang mendukacitakan. Dorang ingat orang lelaki tak reti nak bergaya ke ? Tolong sikit bro...lelaki punya taste lagi tinggi dari pompuan. Sebab tu lelaki sanggup beli jeans yang harga 7~8 ratus hengget walaupun rupa dia macam kain lusuh je. Sebab apa ?? Kualiti. Lelaki pentingkan kualiti lebih dari rupa. Tapi kalau lelaki yang tak macam lelaki tu aku tak tau la dorang punya taste.

Aku terminat dengan satu kain tu. 100% cotton...corak menarik...kualiti perfect..cuma harga je yang aku tak berkenan. Atau dengan kata lain "tak mampu". 65.00 hengget semeter...giler apa ?? Untuk aku dengan anak bujang aku tu dah tentu kena ambik sekurang2nya 8 meter. Cuba la korang darab sendiri. Berbaloi ke tak kalau aku beli. Dah la pakai 2 kali setahun je. Sampai bila nak ROI.

Takpe la..tunggu aku jadi jutawan dulu baru aku beli. Nanti pegi Nilai 3 je carik kain yang murah sikit.

Habis shopping aku terus gerak ke USJ. Kena cepat sikit sebab aku kena tiba rumah selewat2nya 4.30 ptg. Nak jemput anak aku yang pegi seminar tu pulak.

Pandangan biasa setiap hari Ahad kat sekolah anak aku tu. Memang ramai mak bapak yang datang. Punca utamanya...kebanyakan dorang memang tinggal kat area Lembah Kelang. Yang rumah sekitar sekolah tu pun ramai...tapi disebabkan sekolah tu Sekolah Berasrama Penuh jadi dorang terpaksa tinggal kat hostel.

Boleh kata setiap sudut kantin, gazebo, wakaf semua penuh dengan mak bapak yang datang.

Sempat gak la aku snap 2~3 keping gambar.


Deretan kereta mak bapak yang datang. Sekali pandang macam kedai used car pun ada gak.


Pondok gazebo. Kawasan ni memang menarik sebab banyak pokok.


Laman anggur. Pokok tu memang real pokok anggur tapi aku belum pernah nampak buah anggur yang sempat masak...hehehe

Dataran Dato' Sharif...sebelah kanan tu dewan besar.

Surau dan hostel pelajar lelaki.


Perkarangan sekolah. Yang menarik kat sekolah ni banyak pokok. Sedap mata memandang.



Wakaf. Tempat kitorang selalu lepak.

Yang ni korang pikir la sendiri.


Tepat 4.30ptg aku tiba kat rumah. Anak aku yang pegi seminar tu belum ada call lagi. Sah tak sampai lagi tu. Biasa la janji melayu...bukan janji jepun. Tak kesah la...yang penting aku dah ada kat rumah masa dia balik. Kalau tak sapa yang nak pegi jemput. Takkan dia nak jalan kaki. Budak2 zaman sekarang mana boleh susah sikit. Kalau boleh dia mintak kita hantar betul2 depan bilik darjah. Jalan kaki jauh sikit dah bersungut.

Masa aku sekolah rendah dulu...pegi sekolah jalan kaki je. Menapak 2km. Tak kira la hujan ke...panas ke...banjir ke. Yang penting pegi sekolah.

Sekolah menengah kat Kajang. Mula2 naik bas sekolah. Masuk tingkatan 3 kayuh basikal sampai UKM...lebih kurang 10km dari rumah. Kena musim hujan habis lencun. Tu tak campur accident lagi tu. Korang jangan pikir naik basikal tak accident. Tu semua gara2 merempit.

Tapi sekarang ? Nak jumpa budak2 pegi sekolah naik basikal kat kampung ni memang dah tak ada. Semua kena hantar \ jemput. Yang bawak motor sendiri pun ada. Yang ni sah takde lesen. Camana mak bapak dorang benarkan pun aku tak paham.

Mujur anak2 aku tak pernah mintak nak bawak motor ke..basikal ke pegi sekolah. Setakat ni dorang naik basikal tak pernah lepas dari kawasan pagar rumah. Untuk keselamatan dorang gak.

Adakah aku terlampau protective ???

29 June 2009

Packed giler...

27 Jun 2009 - Majlis Akur Janji Pelajar PMR, SMA, SPM 2009 dan Hari Menandatangani Kad Kemajuan Pelajar.

Begitulah lebih kurang tajuk majlis yang aku hadiri hari ni. Rata2 hari ni kebanyakan sekolah mengadakan hari menandatangani report card hinggakan aku terpaksa berbahagi tugas dengan orang rumah. Dia ke sekolah rendah, aku ke sekolah menengah. Bagi mak bapak yang bekerja hari ni...korang tau2 sendiri je la.

Dalam dewan aku tengok tak ramai mak bapak yang datang. Banyak kerusi dari orang. Macam biasa...memang dah agak.

Dalam aturcara majlis aku tengok ada ceramah motivasi untuk ibubapa. Menarik ni. Akur janji tu aku tak kesah sangat sebab anak aku tak terlibat. Dia baru tingkatan 1...lagipun aku dah pernah attend majlis macam tu kat sekolah anak sulung aku di USJ. Memang best giler...siap ada drama lagi...ramai yang "meleleh" termasuklah bini aku...tapi aku tak expect sekolah ni akan terfikir nak buat macam tu. Tengok pada keadaan sekolah...baik dari segi pengajaran maupun administration aku dah boleh jangka apa yang ada dalam kepala otak jawatankuasa pengelola majlis. Balik2 ceramah motivasi. Senang, yang penting ada aktiviti yang boleh dimasukkan dalam lapuran sekolah pada Jabatan Pendidikan.

Takpe lah. Aku nak tunggu ceramah motivasi tu.

Ucapan Pengetua (Guru Besar) Takde yang menarik. Macam ucapan supervisor kat Sony je.

Turn YDP PIBG pulak. Macam tu jugak. Fokus Fokus Fokus !!! Tah apa yang dia suruh pelajar fokus pun tak jelas. Aku tengok budak2 tu pun tak fokus dengan apa yang dia cakap.

Sampai masa yang aku tunggu. Ceramah motivasi. Tajuk memang gempak "Restu Ibubapa"
Aku setuju dengan tajuk ni. Restu ibubapa tu memang penting. Hatta nak kawen pun kena mintak restu mak bapak dulu.

"Saya kalau ikut usia masih belum layak untuk memberi motivasi kepada para ibubapa tetapi dengan pengalaman membesarkan 5 orang anak saya rasa sudah cukup untuk membolehkan saya berkongsi sedikit pengalaman" intro yang menarik dari penceramah...seorang PHD holder dari Fakulti Pendidikan UPM.

Tapi sayang...kusangka panas hingga ke petang, rupanya banjir di pagi hari.

Bila penceramah tu start bercerita pasal anak2...anak yang sulung kat kolej ni tengah buat persiapan nak pegi New Zealand...anak kedua kat sekolah berasrama penuh (SBP) tu...anak yang ni pulak kat sekolah SBP ni...bla bla bla. Siap seru roh anak2 dia supaya ada bersama dalam majlis tu. Pastu masuk pulak bab laki dia...seorang Professor, dulu Dekan kat UIAM tapi sanggup turun pangkat sebab nak bersama dengan dia di UPM...Aku dah start "PANAS"

Aku memang pantang kalau penceramah bagi self introduction yang melampau. Itu dah kira RIAK. Tambahan pulak takde satu perkataan syukur pun yang disebut atas nikmat yang dia dapat.

Dengan selamba badaknya aku angkat punggung...aku sound member sebelah "pekena roti canai mamak lagi best" dia sengeh je. Aku tau dia tak boleh nak cabut sebab anak dia terlibat dengan akur janji.

Lepak kat rumah lagi best. Boleh gak tengok orang utan kat Animal Planet.

Bini aku terkejut tengok aku balik awal. Dia ingat majlis tu selesai pukul 12 tapi baru 9.30 aku dah terpacul kat pintu. Nak buat camana...dah jenis aku macam ni.

Aku tengok anak aku yang darjah 6 tu dah ada depan tv. Sah bini aku awal2 lagi dah pegi sign report card sebab macam semalam gak..lepas sign report card boleh bawak anak balik.

Macam semalam, satu hari lagi pembaziran sebab hari ni adalah hari sekolah ganti tapi disalahgunakan sebagai hari sign report card. Lantak ko la cikgu. Komplen lebih2 kang stress pulak.

Pukul 11.00 aku pegi balik sekolah menengah sebab kalau ikut jadual acara sign menyain tu start 11.20 pagi. Sampai kat sekolah aku tengok kereta dah berderet. Tak macam pagi tadi. Mujur aku merempit, takde masalah nak parking. Selit je mana aku suka.

Rupanya kebanyakan mak bapak hanya datang masa sign report card je. Lagi teruk dari aku. Yang best nya attendance sheet dorang sign jugak. Kiranya sekolah bolehlah buat lapuran mengatakan kedatangan ibubapa untuk majlis pagi tu adalah 100% hehehe



Antara ibubapa yang datang untuk sign report card...sahaja !!


Scene paling best. Masa nak balik. Ada la sorang lahabau ni dah parking kereta betul2 kat tengah jalan nak masuk sekolah. Jadinya kereta yang nak keluar dari sekolah dah sangkut. Yang best nya salah sorang mangsa adalah penceramah tadi. Dan yang double bestnya owner kereta yang lahabau ni orang UPM gak...kat sticker siap tulis "PEGAWAI" lagi.

Aku tak sempat nak snap gambar full view. Baru nak ambik angle, lahabau tu dah sampai dengan muka badak berselambanya.


Pukul 12.00tgh pegi sekolah rendah pulak. Turn anak aku yang darjah satu. Pun tak sampai setengah jam dah selesai sebab belum ramai yang datang.

Walaupun tak ramai...setakat 4 orang tengah que, pun ada jugak yang tak reti bahasa. Dengan lagak minah rempitnya dia potong que. Yang buat sakit hati tu, dia bukan nak sign report card..tapi nak bayar yuran. Kitorang yang tengah duduk tunggu turn ni pakat nganga ramai2. Entah apa punya mandrem dia pakai aku pun tak tau sampaikan takde sorang pun yang berani tegur...termasuklah samseng kampung kubur ni.

Balik rumah terus bersiap nak pegi kenduri kawen pulak. Selang 5~6 biji rumah je dari rumah aku. Tapi dia tak merewang...pakai catering je, senang dan tak menyusahkan orang kampung. Untuk hari yang mak bapak sibuk macam hari ni, aku setuju dengan kenduri kawen cara catering nie. Walaupun begitu aku tetap berpegang pada semangat gotong royong.

Lepas kenduri kawen, aku pegi Billion pulak. Anak aku yang kat USJ tu mintak belikan baju. Besok nak pegi melawat dia. Routine mingguan.

Punyalah susah nak carik baju tu. Takde size. Dah la aku nak cepat. Petang ni nak main badminton. Last2 pegi Warta baru jumpa.

Pukul 5.00 pegi precint 16...main badminton. Kali ni aku booked 3 jam. 5~8 malam. Nak bagi budak2 tu main puas2. Ngam-ngam 4 lelaki 4 pompuan. Memang puas main. Ada yang sampai lembik aku tengok...termasuklah aku hehehe

Yuran oh Yuran

26 Jun 2009 - Hari membayar yuran sekolah. Patutnya aku yang pegi...orang dah pencen, bukan buat apa pun kat rumah. Tapi atas dasar tanggungjawab sosial, aku mintak bini aku je yang pegi.

Aku tak lah semalas yang korang sangka. Tapi disebabkan ahli mesyuarat pagar bini aku nak tumpang sekaki, baik dia je yang pegi. Kang aku bawak bini orang lain lak jadinya.

Salah satu contoh masalah yang akan timbul bila sekolah buat majlis pada hari bekerja...macam yang aku sebut dalam entry yang lepas. Sekolah tu ingat mak bapak yang bekerja ni senang nak dapat cuti...esp yang kerja kilang. Kalau staff gomen tu lain citer la...boleh ngularrrr. Bab tu memang dah sinonim dengan dorang ni.

Tak sampai setengah jam bini aku dah balik. Tak ramai mak bapak yang datang...katanya.

Aku dah agak dah. Ramai mak bapak takkan peduli dengan arahan sekolah tu. Bukannya takde masa lain dorang boleh bayar yuran. Kirim kat anak pun boleh. Yang penting BAYAR !!!

Aku pun pelik apsal kali ni sekolah mintak mak bapak yang datang...tak boleh bayar melalui anak macam tahun2 sebelum ni. Aku akan bangkitkan perkara ni dalam mesyuarat AJK PIBG akan datang.

"Mana Aliah...kata boleh balik lepas bayar yuran ?" aku tanya pasal anak aku.
"Dia balik macam biasa...kena jaga kelas" jawab bini aku.

Satu lagi bahana. Nak kutip yuran punya hal, pembelajaran di kesampingkan. Walaupun hanya sehari namun ia tetap satu pembaziran waktu...waktu murid dan waktu mak bapak. Kot ye pun cikgu2 nak bermesra alam dengan mak bapak, carik la masa lain. Hari Sabtu ke..buat la hari bertemu guru ke...hari mencari jodohke. Oppss Hari cuti cikgu tak boleh di kacau. Itu hari untuk cikgu2 beristirehat setelah 5 hari bertungkus lumus mengajar. Kalau tak cukup rehat nanti cikgu2 akan stress. Ptui !!! Piii Raah !!! Ada aku kesah.

Ingat orang lain tak pandai stress ke ?? Itu belum masuk besok punya cerita lagi tu. Pun mak bapak disuruh datang ke sekolah nak sign report card.

Entah lah !! Sakit hati kena kencing dengan gomen pasal yuran sekolah tak hilang lagi...ni ditambah pulak dengan kerenah sekolah yang semestinya mendapat arahan dari gomen jugak.

Malaslah nak komen banyak2. Kang "kedalam" pulak. Layan je la gambar2 yang sempat aku snap.

Ni gambar budak2 tengah tunggu mak bapak datang ambik...termasuklah anak aku.


Ada la 2~3 jenis bunga yang menarik minat aku...apa nama bunga ni jangan tanya aku.



Yang ni cikgu tu kata bunga raya version baru.

28 June 2009

Mulut masin...Masin mulut

25 Jun 2009 - Mana satu yang betul aku tak tau..masin mulut ke mulut masin. Tapi itulah yang berlaku hari ni. Lebih tepat lagi "Jari Masin"

Semalam baru je aku membebel pasal power failure. Zasss !! hari ni aku terkena. Bukan aku je tapi sekampung kena.

7.50pm aku sedang berurusniaga dalam bilik air. Tetiba je gelap. Kat luar aku dengar anak2 aku riuh cari lampu suluh. Aku pulak...kensel bisnes.

Jenguk kat luar rumah. Semua gelap. Jiran2 dah start pasang lilin. Aku...stock lilin takde. Pakai lampu suluh je la.

8.00pm Hantar anak pegi kelas tusyen. Walaupun pusat tusyen tu kat hujung kampung ni je, mana la tau kot2 kat kawasan tu tak terlibat.

Sepanjang jalan aku tengok gelap je. Deretan rumah yang ada sepanjang jalan tu semuanya suram je. Yang ada hanyalah cahaya lilin. Waaaa !! Sekampung pakat candle light dinner malam ni...hehehe

Sampai kat pusat tusyen...gelap. Ada 2~3 biji kereta patah balik. Sah kelas kensel malam ni. Dengan gaya Valentino Rossi aku pun u-turn.

Singgah kat kedai beli lilin. Aku tengok pekerja kedai tu tengah start generator. Dasat gak mat indon ni. Ada pelan kecemasan. Aku rasa kedai2 orang kita belum tentu ada spare generator. Apa susah..kalau takde api tutup je la kedai. Buat apa nak keluar duit beli generator. Bukannya selalu takde api. PEMIKIRAN ORANG KITA.

"Mal..telepon TNB" bapak aku mengeluarkan standing order.
"Satu kampung takde api...mesti TNB tau punya" jawapan seorang rebellion.
"Ye la tu..mana TNB nak tau kalau tak bagitau" hujah bapak aku.
"Dalam beribu orang kampung ni takkan takde sorang pun yang call...asyik kita je" aku balas balik. Bapak aku diam. Cari hujah lain kot.

Pada pandangan aku kalau dah takde api satu kampung, ini mesti kes besar. Silap haribulan sampai besok belum tentu boleh settle.

Dah pukul 8.30pm. Masa untuk dinner. Nak dinner amende nyer bro...bahaya tu makan dalam gelap. Kang tak pasal2 ada lak yang masuk spital.

Teringat entry aku semalam. Mana satu option yang aku nak pilih.

Pikir punya pikir aku pilih option no 3. Kebetulan adik aku pun nak keluar gak, jadi aku ajak dia sekali.

Aku buat special announcement kat anak2 aku...MAKAN LUAR !! budak2 tu kalau sebut makan luar ON saje. Tak kesah la kalau stakat makan roti canai je...asalkan makan kat luar.

Sepanjang jalan nak ke BBB semuanya gelap. Ah sudahhh !! buatnyer kat BBB pun takde api, takkan nak pegi Kajang pulak.

Sampai SM Luar keresahan aku berakhir. Kat situ terang benderang seterang harapan kami untuk makan malam.

Balik dari makan dah pukul 10 lebih. Masuk je kawasan kampung dah gelap balik. Perasaan anak2 aku pun start gelap balik. Sebab !! baju sekolah belum gosok. Dorang ni sanggup tak pegi sekolah kalau baju tak bergosok. Bukan macam zaman aku dulu. Baju koyakpun selamba je pakai. Seluar siap ikat dengan tali rapia sebab getah dah lunyai.

Takde apa yang boleh kitorang buat dalam gelap ni. Anak bini aku semua dah masuk bilik...cuba untuk tidur. Maklumla panas...kipas takde. Aku pun cuba membaringkan diri...atas simen je. Sejuk sikit.

Sambil cuba2 melelapkan mata..aku teringat zaman budak2 dulu. Masa tu pukul 9 malam rumah dah gelap. Api takde..tv tak ujud lagi..astro lagi la..aku rasa masa tu Ananda Krishnan masih main dengan taik lembu lagi. Boleh kata lepas isya' dah senyap sunyi. Kalau ada pun bunyi kucing jantan menggoda kucing betina. Patutla orang zaman dulu ramai anak...hihihi

Aku tak sedar bila aku terlelap. Tetiba je mata aku rasa silau...badan aku rasa sejuk. Ooooo dah ada api balik rupanya. Terang benderang satu rumah. Rupanya aku lupa nak tutup suis lampu dengan kipas. Aku tengok jam...pukul 1.00 pagi.

Fuhhh !! dapat anak aku pegi sekolah besok.

25 June 2009

Melalut la pulak...

24 Jun 2009 - Proses reformat masih belum selesai namun tugas harian tetap dilaksanakan.

Pernah tak korang mengalami power failure ? Tak kira la samada di rumah maupun di tempat kerja. Bila situasi ini berlaku, apa reaksi korang ?

Contohnya berlaku ditempat kerja. Adakah korang akan :

1 - buat bodo jer sebab takde pc nak buat kerja
2 - pegi kantin...break awal
3 - pegi ofis orang lain yang ada power
4 - bergosip dalam gelap

Tak payah la korang bagitau aku apa pilihan korang. Simpan je la dalam drawer masing2.

Aku teringat kata2 ex-boss aku dulu masa zaman STM :

"kalau tangan luka...kita makan pakai sudu"

Maknanya, walau dalam keadaan apa sekalipun...tanggungjawab wajib ditunaikan.

Apa kes mamat ni melalut yang bukan2 ni ?? Takkan baru masuk hari ke 24 pencen, kepala otak dah tak betul !!

Hehehe...biasa la kan. Bila kita buat housekeeping mesti terjumpa balik benda2 lama yang mungkin pada masa tu kita pikir benda tu tak penting...kita tak ambik pusing.

Begitulah situasi aku sekarang. Projek opis baru aku dijangka akan bermula awal Julai. Ini tidak bermakna sejak 24 hari yang lalu aku melepak sakan. Segala persiapan material sudahpun dibereskan. Yang tinggal hanyalah persiapan dari segi mental. Dan itulah yang sedang aku lakukan sekarang...reformat.

Menjerumuskan diri kedalam satu dunia yang terlalu asing bukanlah semudah seperti terjun kedalam kolam renang kanak2. Segala2nya baru. Aku terpaksa memutar waktu 30 tahun kebelakang. Kembali semula ke alam persekolahan. Belajar segala teori dan praktikal. Mengumpul sebanyak mungkin pengalaman.

Jika dulu aku terpaksa menghabiskan hampir 15 tahun mengumpul ilmu sebelum layak memasuki pasaran pekerjaan, namun hari ini aku hanya diperuntukkan masa selama 3 bulan sahaja bagi mempersiapkan diri untuk menerokai satu dunia baru yang terlalu asing bagi aku. Yang sudah pasti belum menjanjikan sekuntum senyuman dibalik jendela.

65% completed

24 June 2009

Aku Sakit...

22~23 Jun 2009 - Benar. Aku sakit.

Sejak hari Isnin membawalah ke hari ini seluruh sistem dalam badan aku ni dijangkiti virus. Bukan virus H1N1 !! Bukan sama sekali.

Doktor ?? Tak perlu. Aku rasa aku boleh lawan sendiri virus tu. Tak perlu antibiotik tak perlu pain killer. Walaupun virus ni agak bahaya tapi aku rasa aku tau macamana mengatasinya.

Aku namakan virus ni Sindrom Kemalasan Terlampau atau dalam bahasa saintifiknya MALAS.

Memang semenjak dua menjak ni aku agak malas sikit. Namun begitu rutin harian tetap aku jalankan cuma tiada extra aktiviti.

Lepas hantar anak pegi sekolah...aku sambung tidur.
Lepas jemput anak dari sekolah...aku tidur.
Sebelah petang lepas layan playstation...aku tidur.
Malam...of course la tidur.

Jadinya sejak dua hari ni 3/4 masa aku habiskan dengan tidur. Macam nisbah kepala otak orang tak betul je !!

Kenapa boleh jadi cenggitu ?? Jawapannya mudah, aku tengah reformat the whole body system...sebab lepas ni aku nak install software baru. Aku jangka mungkin awal Julai software tu akan sampai.

Proses reformat ni mungkin ambik masa dalam 4~5 hari. Nak reformat pc pun makan 5~6 jam gak kan ?? Kalau hantar kat Sony punya IT dept lagi haru...2 hari belum tentu siap. Tapi kalau gaji lambat masuk 2~3 jam...macam perang Iraq je kecohnya.

Sebenarnya ada beberapa isu yang nak aku kongsikan tapi MALAS punya hal...lain kali lah aku post.

Biarkan aku dengan Dunia Baru ku.

22 June 2009

Gotong Royong Perdana

21 Jun 2009 - Hari yang dinanti2kan tiba.

Gotong Royong Perdana. Gah bunyinya tapi tidak pada realitinya. Seperti yang dijangka, kehadiran ibubapa dan murid amat mendukacitakan. Ada la dalam 30 orang yang menyahut cabaran. Mungkin sebab takde artis jemputan kot. Kalau tak pun mungkin dorang semua pegi Indon tengok final badminton Indonesia Open. Tapi yang heran nya ada 2~3 orang mat Indon yang join gotong royong kitorang. Takde pulak dorang balik kampung nak sokong Taufik Hidayat. Ntah la Labu !! Lain padang lain rumputnya. Rambut sama blonde, lain hati lain busuknya.

Takpe lah. Yang datang tu pun kira dah syukur sesangat. Lagipun kerja yang nak dibuat takde la banyak sangat.


Pada aku kudrat ibubapa bukanlah perkara utama yang pihak sekolah tagihkan. Penzahiran komitmen serta keprihatinan ibubapa itu yang dicari. Bukan seperti tong kosong...berdegar2 di kedai kopi. Mengata itu mengata ini...kalau aku jadi cikgu aku akan buat itu buat ini...tapi bila dijemput datang join aktiviti sekolah semua pakat meloncat macam lari dalam guni.

Tapi kami dah buktikan...tanpa kehadiran tong2 kosong tu majlis kami tetap berjalan dengan lancar...sorang boleh makan 2~3 bungkus nasi lemak...siap bawak balik lagi...hehehe

Seronok budak2 ni main asap. Kalau JAS nampak ni tak tau la aku...dah la sekarang ni musim jerubu (jerubu ke jerebu ??)


Folks, please don't try this at home. He is pro.


Antara kaum hawa yang hadir.





AJK yang paling penting. Kalau takde dorang ni, aku pun malas nak join.


Antara species pokok yang tak tau malu. Walau ditebang diracun beratus kali, pokok ni tetap akan tumbuh gak...tak kira tempat tak kira cuaca. Kalau ada saintis kata bunga pokok ni boleh buat "ubat kuat" sure pokok ni sesak nafas. Macam kes jarum mas dulu. Sampai lalang pun tak sempat nak hidup. Donia Donia ??

Latihan skuad negara

20 Jun 2009 - Hari sabtu. Hari untuk bermalas-malasan.

Sejak pagi lagi anak2 aku dah mengendeng nak ikut aku pegi precint 16...nak main badminton. Budak2 skuad negara semua aku dah ingatkan sebab hari ni aku booked court pukul 5~7 pm. Aku mintak dorang ajak geng2 jantan sekali sebab hari ni aku sorang je ada. Geng jantan yang biasa turun semua ada hal.

Bini aku kata adik aku nak bawak anak dia pegi swiming pool...kat situ gak. Kalau dia pegi for sure anak kecik aku yang tak berapa nak kecik tu nak join sekali. Masalah problem nya dia takde baju renang sedangkan aku baca kat notis board hari tu, sesiapa yang nak berenang kena pakai swim suit. Kena beli la gamaknya.

Pukul 3.00ptg aku ajak bini aku pegi cari baju tu kat BBB. Aku ingat kat kedai sukan mesti ada jual punya...tapi aku silap. Dah merata kedai kitorang masuk...semua takde jual...termasuklah kedai sukan. Ada ke patut kedai sukan takde jual baju renang. Kalau kedai handphone tu logik la sikit.

Last2 jumpa kat Bintang. Itupun pattern lama...yang macam bikini tu. Sales girl tu kata yang pattern baru tu bentuk dia macam baju biasa...ntah la. Aku tak dapat nak imagine. Darurat punya hal bini aku beli je baju tu. Lain kali kita cari yang pattern baru tu pulak.

Seperti yang aku jangka, hari ni aku sorang je yang jantan. Yang lain tak muncul. Kiranya hari ni aku main sekadar nak keluar peluh je.




Sementara aku main badminton dengan awek2 tu termasuk 2 orang anak dara aku, bini dengan anak kecik aku join adik aku kat kolam renang. Kali ni tak macam minggu lepas. Dorang tak muncul2 kat court. Dah pukul 7.00 baru dorang datang. Seronok sangat la tu main air.



21 June 2009

Sekolah, Ibubapa dan ...

19 Jun 2009 - Hari menandatangani rekod kemajuan murid sekolah rendah agama.

Hari ni ramai la ibubapa yang terpaksa ambik cuti, tak kira la cuti tahun ke..cuti sakit ke..ngular ke, yang penting ibubapa mesti hadir ke sekolah. Malang la nasib korang yang kerja makan gaji terpaksa ambik cuti untuk selesaikan urusan yang tak sampai setengah jam tu.

Sebelum ni aku suruh bini aku je pegi sebab dia tak kerja...opps bukan takde kerja tapi surirumahtangga sepenuh masa. Tapi kali ni aku punya turn pulak.

Aku pegi dalam pukul 8.30 pagi. Sebelah pagi ni sesi untuk murid darjah 1 ~3 je. Dah ramai mak bapak yang datang. Budak budak aku tengok berkeliaran macam anak ayam hilang ibu. Ye la kan, sapa nak jaga. Cikgu semua sibuk melayan mak bapak.

Aku sengaja tak nak mengadap cikgu tu cepat2. Nak tengok ragam mak bapak dulu.

Macam2 jenis yang aku jumpa. Ada yang tak banyak soal...tenyeh je buku kemajuan tu. Ada yang tanya berjela2 sampai ada yang tanya camana cikgu mengajar dalam kelas. Ada yang borak2 kosong dengan cikgu tu...macam kedai kopi je dia buat. Dan seperti yang aku dah jangka...ada yang datang siap dengan uniform kerja. Yang ni korang buat la spekulasi sendiri. Aku tak nak tanggung dosa kering.

Sampai turn aku...tak banyak yang aku tanya kecuali keadaan dia dalam kelas je. Bab pencapaian akademik aku tak sentuh langsung sebab aku tau anak aku jenis yang macamana. Aku nampak apa yang dia buat di rumah. Lagipun dalam buku rekod kemajuan tu dah cerita segala2nya. Bagi mak bapak yang tak pernah ambik kesah dengan pelajaran anak2...tak pernah tanya pasal homework...tak pernah tanya pasal ujian bulanan\penggal...tak pernah tanya masalah anak kat sekolah...tak pernah suruh anak2 buat ulangkaji, korang jangan la buat masin mulut bertanya itu ini dengan cikgu. Dah diri sendiri tak mau ambik pot lagi mau tanya dengan cikgu apsal keputusan anak merudum. Sendiri mau ingat laa.

Tak sampai 5 minit urusan aku dengan cikgu dah selesai. Yang bestnya hari ni budak2 boleh ikut makbapak balik bila dah sign buku rekod tu. Kiranya dorang pegi sekolah hari ni semata2 nak mengotorkan baju je la.

Ni antara situasi yang sempat aku rakamkan.


Yang ni pulak anak kecik aku yang tak berapa nak kecik tu. Baru darjah satu.


Hari ni aku solat jumaat kat masjid hijau BBB. Orang BBB tau la masjid tu kat mana.

Aku seronok pegi solat jumaat kat situ sebab banyak orang berniaga walaupun aku terpaksa melangkau 2 kariah. Macam2 ada...dah jadi macam pasar malam lak. Yang syoknya aku jumpa budak2 Sony yang sama2 ambik vss dengan aku. Dorang bukak meja promote produk masing2. Nampaknya dorang ni takde break langsung...lepas berenti terus start bisnes. Bukan macam aku yang tak habis honeymoon lagi ni...hihihi

Sebelah petang aku pegi sekolah lagi sekali. Kali ni sesi untuk murid darjah 4, 5 & 6. Anak aku darjah 6. Yang ni pun macam tu jugak. Aku tak banyak tanya...tapi cikgu tu pulak yang mesra alam. Walaupun pencapaian anak aku boleh dikira cemerlang tapi cikgu tu tetap bagi nasihat untuk bagi lagi perfect. Kira ok la tu.

Yang sesi petang ni pun sama gak. Lepas makbapak sign buku rekod tu, anak boleh angkut balik.

Selesai satu episod. Minggu depan giliran sekolah kebangsaan pulak. Yang ni lagi satu drama Expose Mistik. Hari Jumaat hari membayar yuran sekolah...mak bapak kena datang. Mana yang makan gaji kena ambik cuti lagi la gamaknya. Hari Sabtu pulak hari menandatangani rekod kemajuan...pun mak bapak kena datang. Mana yang makan gaji dan hari sabtu kerja macam biasa (swasta) aku tak boleh nak bayang camana punya maki hamun dorang kat sekolah tu. Takkan nak cuti lagi kot !! Orang pencen macam aku ni tak kesah la. Aku ingat cikgu tu pikir dalam dunia ni dorang je yang kerja kot. Orang lain semua dok ngangkang je kat rumah.

Takpe..takpe..minggu depan aku nak interview makbapak yang datang.

Tungguuuu...

19 June 2009

Kek Coklat

18 Jun 2009 - Masih cuba mengimbas kembali zaman berdating dengan awek aku dulu (bini aku laa).

Lepas hantar anak ke sekolah aku ajak bini aku pegi jalan2 cari makan. Semestinya naik motor sebab zaman dulu2 aku mana ada kereta. Cuma bezanya dulu motor aku 150cc dan berat aku 65kg...tapi sekarang motor aku 100cc dan berat aku 92kg "je"...kesian aku kat motor tu. Naik bukit sikit dah semput.

Kitorang singgah kat Maulana. Pekena roti canai dengan teh tarik. Lepas ni makin semput la motor aku. Jangan sampai kena pakai inhaler dah ler.

Jam baru 9.30 pagi tapi aku tengok kat restoran tu ramai gak pelanggan. Yang bestnya cuma ada dua tiga kerat je yang segolongan dengan aku...orang pencen. Majoritinya orang muda. Nak kata dorang ni pakat cuti ramai2 tak masuk akal pulak sebab ada yang masih pakai uniform. Pekerja swasta la gamaknya sebab kalau staff gomen dorang tak masuk restoran mamak ni. Jatuh standard wo !!

Aku bersangka baik. Aku andaikan dorang tu flexi hour...masuk pukul 10 pagi...atau...baru balik dari shift malam...atau...dorang ada gastrik, kena makan awal...hihihi

Dulu masa kat Sony, aku pun kaki ngular gak TAPI takde la pukul 9 pagi dah terconggok kat kedai mamak. Agak agak la kalau nak ngular pun. Aku paling kuat pun pekena asap kat guardhouse.

Walaupun aku dah berada dalam dunia makan gaji lebih dari 22 tahun...5 tahun dengan gomen, 17 tahun dengan swasta...rupa2nya banyak lagi aksi2 daring yang aku tak tahu atau tak sempat nak buat. Sesiapa yang label aku "bad boy" masa kat Sony dulu...korang SILAP. Tapi nak buat camane..boss always right.

Lepas breakfast aku tengok jam dah pukul 10.00 pagi. Supermarket Bintang dah bukak ni. Kebetulan bini aku memang nak beli barang sikit, so apalagi...merewang lah kami ke Bintang pulak. Maklumla orang dah pencen...balik rumah pun bukan ada apa nak buat...opis baru belum operate lagi. Masa ni la aku nak jalan2, window shopping, lepak tepi eskalator tengok orang turun naik. Macam dolu dolu. Korang yang masih kerja tu jangan jeles aaaa !! Buat keje elok2. Kalau boleh kipas boss tu lebih sikit. Mana la tau kan !! Jangan ikut perangai aku yang rebellion ni. Sudahnya sampai pencen dok takuk tu je.

Tengahari macam biasa. Jemput anak dari sekolah. Kang pukul 2.00 ptg hantar pulak ke sekolah agama. Routine harian.

Petang bini aku buat kek coklat. Adik ipar aku order. Dia nak bawak ke UPM.

Sebut pasal kek coklat ni aku teringat budak2 kat Sony. Jadi, sebagai mengingati korang aku tepek gambar kek tu kat sini. Korang copy gambar ni buat wallpaper. Kalau dulu tiap2 hari raya aku bawak kek coklat ke opis tapi sekarang ni dah takde lagi dah. Mintak maap la aku nak hantar kecuali atas urusan jualbeli.




18 June 2009

Pasar borong...

17 Jun 2009 - Lepas hantar anak pegi sekolah, bini aku ajak pegi pasar borong Selangor kat Taman Equine. Ikut je la...kang tak berasap lak dapur.

Aku macam biasa la kalau pegi pasar borong...tunggu kat kereta je. Aku malas nak masuk dalam pasar tu. Kang bini aku tanya nak beli ikan apa, aku nak jawab camana ? Aku memang kurang mesra dengan ikan2 ni. Setakat ikan yang biasa aku pancing tu aku kenal la.

Aku ingat nak snap gambar suasana dalam pasar tu...tapi bila pikir balik, tak jadi lah. Tak pernah dibuat dek orang ambik gambar dalam pasar. Wartawan pun kena tunggu pak menteri melawat pasar baru dorang ambik gambar. Itupun masa nak pilihanraya je.

Jadi aku ambik gambar dari luar je. Tu yang gambar ni blur semacam je tu.


Ada satu perkara yang menarik perhatian aku kat pasar borong ni tadi. Pernah tak korang pergi pasar siap pakai kemeja long sleeve dengan seluar slack berkasut kilat ? Atau pernah tak korang nampak orang menjinjing ikan dan ayam siap beruniform lengkap dengan pistol di pinggang ?

Pelik tapi benar.

Balik dari pasar borong, aku meneruskan tugas aku menjemput dan menghantar anak ke sekolah. Dan yang pastinya...naik motor. Anak aku yang no.3 dengan yang bongsu tu siap berlawan sapa paling banyak naik motor. Itu pun boleh jadi bahan gaduh. Apa nak jadilah bebudak ni.

Sebelah petang aku melepak je...dah pencen...menganggur pulak tu. Lagipun petang ni nak main badminton. Mana tau satu hari nanti boleh jadi wakil negara. Minggu lepas Lee Chong Wei dah kalah kat Singapore Open. Satu wakil pun takde kat semi final. Hampeh tul.

Aku rasa baik BAM rombak je skuad kebangssan tu. Kat gambar bawah ni ramai calon2 yang boleh jadi replacement...hehehe


Hari ni aku cuma dapat main 2 set je. Nak balik cepat. Malam ni ada mesyuarat AJK PIBG...pukul 8.00 mlm. Tak pegi tak boleh...orang dah lantik kita jadi wakil kena la buat kerja. Bukan macam sesetengah wakil rakyat tu. Sesia je rakyat undi dia...bila dah menang nak nampak lubang telinga dia kat kampung pun payah. Ada ke jadi wakil rakyat kat Johor tapi tinggal kat Damansara !! Bila rakyat protes tak nak bagi undi kat dia, dikatanya rakyat tak mengenang budi. Budi kepala tengkorak dia !! Yang dia tak mengenang budi rakyat yang mengundi dia tu boleh pulak. Dasar pokok lidah buaya...

Rupanya mesyuarat AJK PIBG tu nak bincang pasal nak buat gotong royong kat sekolah. Nak mintak mak bapak datang tolong buat housekeeping. Cadangan tu bagus. Boleh menghidupkan balik semangat gotong royong yang dah pupus dalam masyarakat sekarang ni.

Kalau ikutkan pengalaman yang lepas2...bila tiba hari gotong royong tu, yang muncul tak lain tak bukan AJK PIBG dengan guru2 je. Mak bapak jangan harap la nak datang. Kena lak mak bapak zaman sekarang ni. Aku dah bayar segala macam tok nenek punya yuran, apa kes nak suruh aku jadi mat bangla bersihkan sekolah pulak.

Bila dah beberapa tahun aku jadi AJK PIBG baru aku tahu rempah garam perangai mak bapak. Pada aku ada 2 kelompok mak bapak yang boleh aku kumpulkan.

Kumpulan pertama - penduduk asal kampung. Kebanyakan mereka ni dah biasa dengan kerja2 kampung tapi bila di ajak gotong royong kat sekolah, kumpulan ini lah yang paling kuat membangkang dan yang pastinya takkan datang masa hari gotong royong tu nanti.

Kumpulan kedua - bukan penduduk asal. Mereka ni kebanyakannya membeli rumah di taman perumahan berhampiran atau membeli tanah orang kampung dan membuat rumah sendiri. Kumpulan ni memang golongan orang kaya. Sekolah tak sampai 100 meter dari rumah pun paksa anak naik van sekolah. Tokey van sekolah pun pening tak tau camana nak kira tambang.

Kalau korang nak tau, kumpulan kedua ni lah yang paling lantang membangkang bila ada cadangan nak naikkan yuran PIBG. Aku rasa mungkin itu salah satu sebab mengapa ramai orang2 kaya sanggup beli tanah dan buat rumah di kawasan kampung \ luar bandar. Kos sara hidup rendah walaupun duit dorang kat bank cukup untuk menyara kehidupan penduduk kampung untuk beberapa tahun.

Itulah dasar kapitalis. Yang kaya bertambah kaya dan yang kaya akan menindas yang miskin untuk jadi bertambah kaya.

Aku ?? aku berazam untuk menjadi lebih kaya dari dorang...pastu aku nak halau dorang dari kampung ni. Amiin.

17 June 2009

Layan bini baru...

16 Jun 2009 - Jangan pikir bukan2 ek !! Dengan keadaan aku yang dah pencen ni, pendapatan pulak takde...boleh jatuh hukum haram kalau aku kawen lagi.

Jadi, amendenye bini baru tu ?

Laaa...motor aku la !!

Lepas hantar anak aku pegi sekolah, dalam pukul 8 lebih aku start motor...pegi workshop Panjang kat Teras Jernang. Aku pun pelik apsal orang panggil apek tu Panjang. Nak kata dia tinggi menggalah takde la pulak. Lebih kurang aku je. Mungkin akal dia panjang kot.

Yang bestnya, pekerja kat workshop dia ni amoi...pompuan. Dulu ada dua orang tapi tadi aku tengok tinggal sorang je. Yang sorang lagi cuti beranak kot. Susah woo nak carik pomen pompuan ni kecuali dalam drama tv je. Mana ada pompuan yang sanggup buat kerja kotor macam tu. Kuku sure hitam punya. Tapak tangan jangan citer la...mau kasar macam kulit durian kot.

Aku suka pegi workshop tu bukan apa...si Panjang ni jujur. Kalau part tu boleh pakai lagi dia takkan tukar. Dia repair mana yang kita suruh je...bukan macam sesetengah workshop tu. Hajat dihati nak tukar spark plug sebab motor susah nak hidup...last2 siap kena tukar rantai dengan sproket. Apa kena mengena sproket dengan enjin susah start ? Kes ni aku penah kena sebab tu aku berani citer. Workshop tu pun masih wujud lagi.

Tujuan aku ke workshop pepagi buta ni sebenarnya nak tukar kunci...kunci handle dengan seat. Memang dah adat beli benda 2nd hand...termasuklah beli\sewa rumah...benda pertama korang kena buat ialah tukar segala kunci yang ada. Ingat pesan pakcik ni betul2. Kalau boleh save dalam handphone.

Sambil pomen tu buat kerja...aku melilau dalam workshop tu. Terpandang kat helmet yang banyak bergayut kat situ. Aku flashback citer semalam (dalam hitam putih tau)...sebelum aku pegi ambik motor semalam aku ada basuh 2 biji helmet aku yang lama. Tokey kedai motor tu pun ada bagi aku sebijik helmet free... tapi yang murah punya la.

Aku gatal mulut pi tanya kat Panjang "saya ada helmet lama tapi dia punya chop SIRIM tak serupa...boleh pakai lagi ka ?" nak tau apa jawab si Panjang ??

"Awak buang itu helmet dalam Sungai Langat, itu buaya pun tak berani nak pakai woo" sambil dia sengeh.

Aku rasa si Panjang ni dah insured kan mulut dia kot. Sebab tu dia berani jawab camtu pepagi ni. Dia tak tau helmet lama aku tu lebih bernilai dari Arkib Negara. Helmet tu la aku pakai masa dating dengan bini aku dulu. Banyak kenangan woo...

"Apsal pulak tak boleh ?" aku tanya balik.
"Itu SIRIM cakap, helmet pun ada expiry date...siapa masih pakai itu helmet yang ada chop SIRIM lama punya JPJ boleh saman...jangan main2 aaa" explain si Panjang.

Nampak gaya aku kena beli satu lagi helmet ni. Kalau tak camana aku nak hantar anak aku pegi sekolah. Takkan aku sorang je yang nak pakai helmet...macam yang selalu aku nak nampak. Bapak pakai helmet tapi anak kepala togel. Anak dia kepala batu kot. Lahabau punya bapak...pikir nyawa dia sendiri je.

Selesai urusan di workshop termasuk beli sebijik helmet demi menghormati research yang dibuat oleh SIRIM, aku terus balik. Aku dah janji dengan anak aku nak jemput dorang dengan motor kalau dah ada helmet. Dah terdidik dengan janji Jepun, bukan janji Melayu maka hari ni aku akan jemput anak aku di sekolah dengan motor.

Punya la happy dorang tengok aku datang jemput dengan motor. Terutamanya si kecik yang tak berapa kecik tu. Macamla bapak dorang ni jemput dengan helikopter.

Haaa !! Gambar ?? Sorry, hari ni tak sempat nak snap gambar. Sibuk dok melayan bini baru ni je.

Bila dah pencen...

15 Jun 2009 - Penggal baru persekolahan dah bermula. Macam biasa aku akan menghantar anak aku yang form 1 dan bini aku pulak akan hantar yang 2 orang lagi ke sekolah rendah.

Kenapa macam tu pulak ?? Jawapannya...kat kampung aku ni takde sekolah menengah. Mohon duduk asrama tak dapat...alasan pihak sekolah ialah rumah tak sampai 5 km dari sekolah. Mangkuk punya alasan. Dia tak pikir yang kampung aku ni kenderaan awam takde...bas sekolah ada tapi lain route. Kalau macam aku takpe la jugak sebab pagi aku hantar sebab satu perjalanan ke tempat kerja. Masa balik bini aku jemput...mujur dia boleh drive. Kalau mak bapak dua-dua kerja macamana ??

Masa persekolahan 7.20 pagi ~ 2.30 ptg...kalau mak bapak kerja swasta yang balik pukul 5.30 ptg...haa korang bayangkan la sendiri. Aku malas nak cerita lebih...kang blog ni kena block pulak. Silap haribulan aku pulak ke "dalam".

Yang paling menariknya ada pelajar yang dapat duduk asrama tu, rumah bukan jauh mana pun...naik basikal 10 minit dah sampai TAPI dek sebab mak bapak dorang bawak CLK, X5, Lex semua syarat tu tolak tepi.

Ahhhh...lantak pi la dorang. Aku pesan kat anak aku...belajar betul2...score 9A dalam PMR pastu kita carik sekolah lain yang lebih mesra alam. Macam makcu dia. Dulu dia pun sekolah kat situ jugak. Lepas SRP cabut sekolah lain. Sekarang ni dah ada Phd pun.

Aku ingat lagi masa hari pendaftaran awal tahun hari tu...ucapan Pengetua dengan guru HEM betul2 buat aku bengang. Patutnya hari tu pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid baru...berilah kata2 semangat. Sekurang2nya mak bapak berbangga anak terpilih masuk kesekolah tu. Tapi lain lak jadinya.

Si Pengetua sibuk dengan isu sekolah tak cukup dana nak buat dewan makan asrama sampai terpaksa korbankan kawasan parking kereta guru untuk dibuat kantin sementara. Pedulik apa aku...ada aku kesah. Anak aku bukannya duduk asrama.

Yang si guru HEM pulak sibuk dengan kes pelajar merokok. Dah la berucap dengan muka yang tak pernah senyum. Asyik nak salahkan mak bapak sebab tak jaga anak bila dirumah. Halloooo bro...ini sekolah agama...70% pelajar duduk asrama. Kalau ada pelajar asrama yang merokok..tu dorang belajar kat mana. Kalau dah sekolah tak boleh nak tarbiyah muridnya janganlah nak salahkan mak bapak. Akai ada kaa??

Hissshhh!! Geram betul aku.

Kita tinggalkan je la malaun tu...biar la dia pencen dengan aman. Tak lama lagi tuu.

Kalau sebelum ni lepas hantar anak ke sekolah aku akan terus ke pejabat, tapi kali ni tidak. Aku pusing2 dulu kat kawasan perumahan tu nak carik kot2 ada orang jual nasik lemak nak buat breakfast. Tapi apa punya suwey.. takde satu pun gerai yang bukak. Mungkin masih awal lagi kot. Nak awal apanya!! dah pukul 7.20 pagi. Takkan jual nasi lemak ikut supermarket punya bisnes hour kot. Patutla selalu tu aku tengok dah pukul 12 tgh dorang masih terconggok kat gerai...nasi lemak tak habis lagi.

Takpe la..aku teringat pulak hari ni hari Isnin...kat Bangi Lama ada pasar pagi. Kira breakfast kat warung je la.

"Jom pegi Bangi Lama..nak rasa jadi orang pencen" aku ajak bini aku. Dia ON saja.

Memang betulpun...aku tengok kat pasar tu majoriti pengunjung adalah warga emas. Terasa tua lak aku ni..hehe. Ye la kan...yang muda2 semua pegi kerja...hari isnin lak tu, jadi tinggal lah orang2 yang dah tak laku ni je...termasuk lah aku.

Lepas 2~3 kali tawaf kat pasar tu aku ajak bini aku pegi minum je. Takde yang menarik. Nak beli ikan pun dalam fridge kat rumah tu ikan pancing aku hari tu masih tak berusik lagi. Memang carik nahas la kalau bini aku nak beli ikan lain.

Kat dalam restoran tu sambil2 aku melantak roti sardin, mata dan telinga aku terfokus kat satu meja tu. Ada 4 orang tengah baek punya balun roti canai. Dari gaya pakaian dan cara dorang berbual, aku dapat agak dorang ni orang gomen. Kena pulak ID yang tergantung kat leher dorang tu ada lambang yang mengesahkan. Biar betul dorang ni...baru 9.30 pagi dah terconggok kat kedai kopi. Setau aku kat kawasan Bangi Lama ni takde pejabat gomen. Ish ish ish..jauh nya dorang ni ngular.

Tapi aku bersangka baik. Aku andaikan dorang ni buat kerja luar. Outstation gitew...ahaks

"Dah bukak kedai motor ni bang...jom pegi tengok" bini aku mengejutkan aku dari umpatan hati. Memang aku dah plan pegi Bangi Lama ni nak jenguk kedai motor. Nak carik motor 2nd hand buat ronda2 kampung...maklumla dah pencen. Sekurang2nya jimat gak minyak...dah la kereta kebal aku tu manjang haus je.

Ada la 2~3 biji motor 2nd hand kat kedai tu yang boleh dikategorikan sebagai "boleh pakai". Yang lain tu buat habis duit merepair je nanti. Tapi aku berkenan kat satu motor ni...HONDA. Model asal aku tak pasti tapi sticker semua pakai Wave100. Tengok pada lampu dan ekzos aku tau ini bukan Wave. Kalu tak silap EX5 Class1. Motor ni memang tahan lasak cuma top speed je kureng kalau nak banding dengan Yamaha. Kira ok la tuu. Aku bukannya nak merempit. Dah pencen buat la cara orang dah pencen...tak gitu !!

Satu lagi perangai aku. Aku lebih ikutkan instinct...naluri. Kalau aku dah berkenan aku dah tak pandang yang lain dah. Camtu la bila aku terpandang bini aku kali pertama dulu. Sampai la sekarang ni perangai tu tetap tak berubah.

Tawar punya tawar..aku setuju dengan harga yang tokey tu letak termasuk dengan aksesori yang dia janji nak bagi. Tokey tu kata kalau everything ok..petang nanti lu boleh datang angkat ini motor...tapi tunggu saya call dulu. Wallawey !! Cepat betul proses beli motor ni. Aku ingatkan urusan dengan JPJ ni leceh. "Haiya kawan...ada itu kepala agung semua hal pun boleh kowtim maa" kata tokey tu. Lantak ko la apek. Janji motor tu legal. Kang tak pasal2 aku lak yang kantoi.

On the way balik, aku singgah kat opis baru. Dah 3~4 hari tingkap tak berbukak. Masuk je rumah tu bini aku dah bersungut. Takde benda lain la tuu...bau mamat security hampeh. Memang power la dorang tu. Kalau cK, YsL tau sure dorang ambik jadi duta produk dorang. "Perfume power...tahan basuh walau dengan clorox. Pakai sekali boleh tahan setahun baunya".
Sekali lagi aku nak pesan...jangan sewakan rumah pada lelaki bujang level bawahan. Bukan nak menghina tapi inilah realitinya.

Hari ni tugas menjemput anak kat sekolah aku take over. Bukan apa...saja nak tunjuk muka kat orang kampung. Nak bagi tau dorang yang aku ni masih ujud lagi. Apsal aku kata camtu...nanti aku citerkan...di lain entry.

Dalam pukul 2.30ptg tokey kedai motor tu telepon "Boss..motor sudah siap...boleh mari angkat" Memang besar cable apek ni.

Petang nanti la aku ambik motor tu...sekali jemput anak aku kat sekolah menengah. Lagipun duit aku belum ambik lagi.

Pukul 3.30 aku gerak dengan bini aku pegi bank. Pakai duit dia dulu. Nanti aku cover la balik. Lepas ambik anak kat sekolah aku terus pegi Bangi Lama. Selesai bayar dan sign beberapa dokumen aku pun start motor...pegi kedai yang aku tempah kotak kaca hari tu. Kereta, bini aku bawak.

Ada masalah la pulak. Kotak tu tak siap lagi. Dorang tak berani nak buat sebab harga yang dorang quote dibawah harga kos. Ada la dia bagi tau reason dia...tapi teknikal term mana aku reti sangat. Dia mintak budi bicara aku...kalau aku nak harga asal boleh, harga baru pun boleh. Tapi kalau harga asal dia rugi la sikit...kalau harga baru dia rugi tidak untung pun tidak...harga kos.

Mengenangkan niat nak tolong melayu...aku setuju je lah dengan harga baru tu. Hari khamis dia janji kotak tu siap. Ape ape ajer laa.

Sampai rumah, bapak aku bebel. Dia kata habiskan duit je beli motor. Aku malas nak bertekak. Sengeh je la. Dia pun ronda kampung pakai motor klasik dia tu jer. Apsal tak nak bawak kereta ? Tau pun nak jimat minyak. Dah la motor dia tu motor "hantu"...takde roadtax. Insuran jangan citer la. Takde company insurance yang sanggup nak cover motor antik dia tu.

Untuk tatapan semua, ni lah dia motor yang aku berkenan tu. Harga dia rm 2,xxx je.



Lupa nak mention...sekarang ni musim durian. Ada la sepokok yang berbuah. Itupun berebut dengan monyet. Monyet pun pandai makan durian weyy !! Tupai korang jangan citer la. Masa ni la tupai tu nak jadi Piccaso.

Ni salah satu hasil seni tupai tu.

Yang ni tupai tu tak sempat nak ukir...dah gugur dulu DAN yang penting durian ni gugur masa monyet belum buat rondaan.


Yang ni pulak bunga yang semakin dipinggirkan. Walaupun bunga ni bertaraf international...jadi bunga kebangsaan tapi tak se"glamour" Bunga Cinta Lestari. Dimanakah silapnya ??


Yang ni pun species bunga raya gak. Aku tak pasti mengapa bunga ni tak tepilih jadi bunga kebangsaan. Mungkin masa tu dia belum lahir lagi kot ??


16 June 2009

Berakhirnya cuti penggal sekolah

14 Jun 2009 - Hari yang paling tidak digemari oleh pelajar2 sekolah termasuklah anak2 aku. Muka masing2 monyok jer...hehe besok kena pegi sekolah balik.

Macam hari2 minggu sewaktu aku masih bekerja, sebelah pagi aku memang tak buat apa2. Belengkar depan tv je layan PS. Bukannya aku pemalas tapi aku malas nak start buat something. Lain makna tu. Aku ni jenis kalau dah mula buat sesuatu kerja tu memang susah nak berenti. Termasuk la bila aku mengadap pc ataupun PS. Bini aku memang dah masak dengan perangai aku yang satu ni.

Lepas makan tengahari aku ronda keliling rumah lagi sekali. Saja nak jenguk pokok2 bunga yang bapak aku tanam. Aku tukang tengok je la. Setakat ni belum ada sebatang pokok pun yang hidup kalau aku yang tanam. Orang kata "tangan panas"

Ni ada beberapa gambar yang "menjadi" aku ambik.

Jangan tanya aku apa nama bunga ni.



Haa yang ni aku tau...bunga orkid. Pokoknya banyak tapi yang berbunga dua pokok ni je.




Yang ni pun jangan tanya aku...


Yang ni pun..


4.30 petang aku, bini aku dengan anak bujang aku bertolak ke USJ 5. Nak hantar dia balik asrama. Anak yang pompuan semua tak nak ikut. Sayang nak tinggalkan final badminton Singapore Open. Aku dikira bertuah gak la dapat anak2 yang sama minat dengan aku...badminton dan bolasepak. Favourite team pun sama...LIVERPOOL. Bulan lepas adik aku balik UK sebab konvo Phd, dia belikan sorang satu set alatulis Liverpool. Happy giler memasing. Yang paling happy anak aku yang no.2 Dia dapat extra...jam tangan Liverpool, hadiah UPSR.

Masuk je LDP hari start hujan...sampai la ke USJ. Ingatkan nak snap barang sekeping dua gambar tapi tak jadi. Aku belum belajar camana nak ambik gambar dalam hujan...hehehe

Kitorang tiba dalam pukul 5.15 ptg...belum berapa ramai mak bapak hantar anak lagi. Tapi kalau tiba lepas 5.30 ptg jawabnya kena parking kat luar sekolah je. Masing2 berebut nak kejar pukul 6.00 Sekolah ni strict sikit. Tepat pukul 6.00 pagar tutup. Dah la kena parking kat luar...nak angkut beg pun lagi satu hal. Tu belum anak kena bersoal jawab dengan cikgu lagi tu.

Aku rasa memang ada logiknya sekolah buat peraturan macam tu sebab kebanyakan murid datangnya dari sekitar Lembah Kelang je. Bukan jauh mana pun. Takda alasan untuk sampai lambat. Sedangkan ada murid dari Banting pukul 12.00 tgh dah terpacul depan gate.

Bila sebut bab cuti sekolah ni baru aku teringat. Aku berenti kerja hari tu bersamaan dengan tarikh mula cuti sekolah. Maksudnya selama dua minggu aku pencen ni aku tak terasa sangat sebab semua anak2 aku ada kat rumah waktu pagi. Besok barulah aku akan merasa situasi pencen yang sebenarnya.

Camanalah agaknya ??

15 June 2009

Dapur gas dua tungku

13 Jun 2009 - Hari ni aku cuba mem'busy'kan diri. Tak nak la badan ni naik lemak sangat. Nanti susah nak start keje balik.

Pagi aku anak beranak pegi Mydin Putrajaya...aku nak beli dapur gas untuk opis baru...anak bujang aku pulak nak cari stok makanan, besok dia dah nak balik hostel...bini aku macam biasa la, ada je barang dapur yang dia nak carik.

Tentang dapur gas tentu korang tertanya2, mamat ni nak buat opis ke nak bukak restoren ? Hari tu siap beli pressure cooker bagai. Takkan nak bukak restoren kat rumah sewa ?

Hehehe sabar bro. Tak lama lagi korang tau la apa projek aku sebenarnya.

Sambil aku pusing keliling kat kawasan rumah aku ni...sempat gak la aku snap satu dua gambar.

Ni limau kasturi. Aku tak tau apa orang lain panggil buah ni. Tapi kalau buah ni dibuat air...campur dengan ais...perghhh memang syok.


Yang ni pulak cili api...ada gak orang panggil cili padi. Pokok ni banyak kat belakang rumah bapak aku cuma buahnya je tak berapa nak menjadi.


Petang aku pegi rumah kakak aku kat BBB...jenguk si Emy dengan anak baru dia...cucu aku. Tapi aku tak boleh lepak lama sebab anak aku ada kelas tusyen 4.00 ~ 5.30ptg. Lagipun kami anak beranak nak bersukan kat precint 16 pukul 6.00 ptg nanti.

Sambung citer pokok...yang ni pokok belimbing. Belimbing apa jangan tanya aku. Yang aku tau buah ni emak aku selalu campur dalam gulai masak lemak. Sesiapa yang berani boleh la makan cenggitu je.



Yang ni pisang nangka kalau tak silap aku.



Pukul 5.00 rumah aku dah riuh dah. Masing2 sibuk bersiap dengan sports gear masing2. Memandangkan tempat tusyen anak aku tu on the way je ke Putrajaya, jadi senang la aku ambik dia kemudian terus ke precint 16.

Sampai kat dewan si Lina dah tiba dulu dengan bf dia. Kat dalam aku tengok ramai budak2 tengah training badminton...bakal ganti Rashid Sidek kononnya. Aku dah tak sedap hati. Sure tak selesa nak main. Crowded sangat. Tapi nak buat camana. Masing2 bayar sewa. Layan je la.

Anak pompuan dengan bini aku masuk gym. Tak sampai 20 minit dorang dah terpacul kat court. Orang ramai sangat, bini aku kata. Last2 dorang lepak kat playground je layan anak bongsu aku dengan anak buah.

Hari tu ada 7 orang yang main badminton...3 pompuan (Es, Ita & Lina) 4 lelaki (aku, anak bujang aku, adik ipar aku & bf si Lina). Kira puas jugak la main walaupun banyak sangat gangguan dari court sebelah.

Minggu depan kitorang plan nak datang lagi...tak serik gak tuu