01 June 2009

Salam Pengenalan

29 May 2009
Mengapa tarikh itu amat bermakna dalam hidup aku
Tarikh aku nikah "lagi" ke ?
Tarikh aku dapat anak ?
Tarikh aku start kerja ? atau
Tarikh aku naik pangkat ?

Jawapannya...TIADA SATU PUN DI ATAS

Tarikh itu sebenarnya adalah tarikh akhir aku bekerja di SONY EMCS (M) SDN BHD..
Setelah 17 tahun aku menabur bakti kepada satu syarikat multi-national yang begitu gah dengan produk audio visual yang hebat, yang canggih, yang mendahului masa NAMUN ia tidaklah sehebat mana didalam konteks menjaga kebajikan pekerja.

Bukannya aku sakit hati atau kecewa dengan majikan yang telah membayar gaji, elaun serta bonus kepada aku sejak 17 tahun dahulu tetapi segala kemewahan yang dikecapi pada peringkat 10 tahun yang pertama dahulu telah semakin menguncup tahun demi tahun.

aaaahhhhhhh...persetankan itu semua..yang penting sekarang aku wajib meneruskan kehidupan aku untuk menyara isteri dan anak-anak.

Dengan berbekal sedikit pampasan VSS aku akan merancang perjalanan hidupku dengan satu visi dan misi yang baru, dengan semangat yang baru serta didalam bidang yang baru.

Itulah DUNIA BARU '09


No comments: