15 June 2009

Dapat cucu lagi sorang

12 Jun 2009 - Hari Jumaat. Tak banyak aktiviti yang aku buat sebelah pagi. Aku ingat lepas solat jumaat nanti baru nak pegi opis baru...nak sapu sampah yang dah kensel semalam.

Lepas balik dari masjid, sedang aku lepak2 depan tv...kakak aku call. "Kejap lagi Bob datang bawak uri...tolong cuci dan tanam sekali. Emy dah bersalin" Haaa !! Dah bersalin dah. Ingat lambat lagi due dia. Si Emy ni anak buah aku...anak kakak aku yang sulung. Kiranya aku dapat sorang lagi cucu gamaknya. Dua hari berturut-turut. Aku termenung kejap...bukan apa, dok pikir ada tak anak buah lain yang mengandung. Mana tau kot2 boleh buat hatrick.

Tak lama lepas tu Bob pun sampai. Bini aku macam tau2 je tugas dia cari kain putih dengan asam keping. Aku suruh anak bujang aku pegi cari tempurung kelapa. Nak buat bekas uri.

Macam biasa aku basuh uri tu sebersih yang boleh. Nak bagi darah dia hilang semua memang mustahil la. Dah memang kejadian dia "segumpal darah". Aku bungkus uri tu dengan kain putih, lepas tu masukkan dalam tempurung kelapa. Aku suruh Bob gali lubang kat sebelah garden orang tua aku. Kat situ je tempat yang bertanah. Kawasan lain semua dah kena simen.

Selesai aku mengerjakan uri tu aku suruh anak bini aku bersiap. Nak pegi melawat Emy kat hospital Az-Zahrah. Anak sulung dia dulu pun beranak kat situ gak dan urinya aku gak yang uruskan.

Macam semalam jugak, aku tak nak lama kat hospital tu. Bagi la peluang si ibu tu nak berehat. Nanti2 boleh melawat lagi. Bukan jauh pun rumah dia. Kat Seremban je. Lagipun aku rasa buat sementara ni mesti Emy lepak sehari dua dulu kat rumah emak dia kat BBB.

Dalam perjalanan balik masa lalu depan opis baru aku baru aku teringat pasal sapu sampah. Tak jadi lagi la gamaknya. Kensel untuk kali kedua.

Aku malas dah nak plan lagi. Tunggu dan lihat je.

Ni aku tempek gambar cucu aku tu. Nama belum rasmi dia Ilham.



No comments: