18 June 2009

Pasar borong...

17 Jun 2009 - Lepas hantar anak pegi sekolah, bini aku ajak pegi pasar borong Selangor kat Taman Equine. Ikut je la...kang tak berasap lak dapur.

Aku macam biasa la kalau pegi pasar borong...tunggu kat kereta je. Aku malas nak masuk dalam pasar tu. Kang bini aku tanya nak beli ikan apa, aku nak jawab camana ? Aku memang kurang mesra dengan ikan2 ni. Setakat ikan yang biasa aku pancing tu aku kenal la.

Aku ingat nak snap gambar suasana dalam pasar tu...tapi bila pikir balik, tak jadi lah. Tak pernah dibuat dek orang ambik gambar dalam pasar. Wartawan pun kena tunggu pak menteri melawat pasar baru dorang ambik gambar. Itupun masa nak pilihanraya je.

Jadi aku ambik gambar dari luar je. Tu yang gambar ni blur semacam je tu.


Ada satu perkara yang menarik perhatian aku kat pasar borong ni tadi. Pernah tak korang pergi pasar siap pakai kemeja long sleeve dengan seluar slack berkasut kilat ? Atau pernah tak korang nampak orang menjinjing ikan dan ayam siap beruniform lengkap dengan pistol di pinggang ?

Pelik tapi benar.

Balik dari pasar borong, aku meneruskan tugas aku menjemput dan menghantar anak ke sekolah. Dan yang pastinya...naik motor. Anak aku yang no.3 dengan yang bongsu tu siap berlawan sapa paling banyak naik motor. Itu pun boleh jadi bahan gaduh. Apa nak jadilah bebudak ni.

Sebelah petang aku melepak je...dah pencen...menganggur pulak tu. Lagipun petang ni nak main badminton. Mana tau satu hari nanti boleh jadi wakil negara. Minggu lepas Lee Chong Wei dah kalah kat Singapore Open. Satu wakil pun takde kat semi final. Hampeh tul.

Aku rasa baik BAM rombak je skuad kebangssan tu. Kat gambar bawah ni ramai calon2 yang boleh jadi replacement...hehehe


Hari ni aku cuma dapat main 2 set je. Nak balik cepat. Malam ni ada mesyuarat AJK PIBG...pukul 8.00 mlm. Tak pegi tak boleh...orang dah lantik kita jadi wakil kena la buat kerja. Bukan macam sesetengah wakil rakyat tu. Sesia je rakyat undi dia...bila dah menang nak nampak lubang telinga dia kat kampung pun payah. Ada ke jadi wakil rakyat kat Johor tapi tinggal kat Damansara !! Bila rakyat protes tak nak bagi undi kat dia, dikatanya rakyat tak mengenang budi. Budi kepala tengkorak dia !! Yang dia tak mengenang budi rakyat yang mengundi dia tu boleh pulak. Dasar pokok lidah buaya...

Rupanya mesyuarat AJK PIBG tu nak bincang pasal nak buat gotong royong kat sekolah. Nak mintak mak bapak datang tolong buat housekeeping. Cadangan tu bagus. Boleh menghidupkan balik semangat gotong royong yang dah pupus dalam masyarakat sekarang ni.

Kalau ikutkan pengalaman yang lepas2...bila tiba hari gotong royong tu, yang muncul tak lain tak bukan AJK PIBG dengan guru2 je. Mak bapak jangan harap la nak datang. Kena lak mak bapak zaman sekarang ni. Aku dah bayar segala macam tok nenek punya yuran, apa kes nak suruh aku jadi mat bangla bersihkan sekolah pulak.

Bila dah beberapa tahun aku jadi AJK PIBG baru aku tahu rempah garam perangai mak bapak. Pada aku ada 2 kelompok mak bapak yang boleh aku kumpulkan.

Kumpulan pertama - penduduk asal kampung. Kebanyakan mereka ni dah biasa dengan kerja2 kampung tapi bila di ajak gotong royong kat sekolah, kumpulan ini lah yang paling kuat membangkang dan yang pastinya takkan datang masa hari gotong royong tu nanti.

Kumpulan kedua - bukan penduduk asal. Mereka ni kebanyakannya membeli rumah di taman perumahan berhampiran atau membeli tanah orang kampung dan membuat rumah sendiri. Kumpulan ni memang golongan orang kaya. Sekolah tak sampai 100 meter dari rumah pun paksa anak naik van sekolah. Tokey van sekolah pun pening tak tau camana nak kira tambang.

Kalau korang nak tau, kumpulan kedua ni lah yang paling lantang membangkang bila ada cadangan nak naikkan yuran PIBG. Aku rasa mungkin itu salah satu sebab mengapa ramai orang2 kaya sanggup beli tanah dan buat rumah di kawasan kampung \ luar bandar. Kos sara hidup rendah walaupun duit dorang kat bank cukup untuk menyara kehidupan penduduk kampung untuk beberapa tahun.

Itulah dasar kapitalis. Yang kaya bertambah kaya dan yang kaya akan menindas yang miskin untuk jadi bertambah kaya.

Aku ?? aku berazam untuk menjadi lebih kaya dari dorang...pastu aku nak halau dorang dari kampung ni. Amiin.

No comments: