16 June 2009

Berakhirnya cuti penggal sekolah

14 Jun 2009 - Hari yang paling tidak digemari oleh pelajar2 sekolah termasuklah anak2 aku. Muka masing2 monyok jer...hehe besok kena pegi sekolah balik.

Macam hari2 minggu sewaktu aku masih bekerja, sebelah pagi aku memang tak buat apa2. Belengkar depan tv je layan PS. Bukannya aku pemalas tapi aku malas nak start buat something. Lain makna tu. Aku ni jenis kalau dah mula buat sesuatu kerja tu memang susah nak berenti. Termasuk la bila aku mengadap pc ataupun PS. Bini aku memang dah masak dengan perangai aku yang satu ni.

Lepas makan tengahari aku ronda keliling rumah lagi sekali. Saja nak jenguk pokok2 bunga yang bapak aku tanam. Aku tukang tengok je la. Setakat ni belum ada sebatang pokok pun yang hidup kalau aku yang tanam. Orang kata "tangan panas"

Ni ada beberapa gambar yang "menjadi" aku ambik.

Jangan tanya aku apa nama bunga ni.



Haa yang ni aku tau...bunga orkid. Pokoknya banyak tapi yang berbunga dua pokok ni je.




Yang ni pun jangan tanya aku...


Yang ni pun..


4.30 petang aku, bini aku dengan anak bujang aku bertolak ke USJ 5. Nak hantar dia balik asrama. Anak yang pompuan semua tak nak ikut. Sayang nak tinggalkan final badminton Singapore Open. Aku dikira bertuah gak la dapat anak2 yang sama minat dengan aku...badminton dan bolasepak. Favourite team pun sama...LIVERPOOL. Bulan lepas adik aku balik UK sebab konvo Phd, dia belikan sorang satu set alatulis Liverpool. Happy giler memasing. Yang paling happy anak aku yang no.2 Dia dapat extra...jam tangan Liverpool, hadiah UPSR.

Masuk je LDP hari start hujan...sampai la ke USJ. Ingatkan nak snap barang sekeping dua gambar tapi tak jadi. Aku belum belajar camana nak ambik gambar dalam hujan...hehehe

Kitorang tiba dalam pukul 5.15 ptg...belum berapa ramai mak bapak hantar anak lagi. Tapi kalau tiba lepas 5.30 ptg jawabnya kena parking kat luar sekolah je. Masing2 berebut nak kejar pukul 6.00 Sekolah ni strict sikit. Tepat pukul 6.00 pagar tutup. Dah la kena parking kat luar...nak angkut beg pun lagi satu hal. Tu belum anak kena bersoal jawab dengan cikgu lagi tu.

Aku rasa memang ada logiknya sekolah buat peraturan macam tu sebab kebanyakan murid datangnya dari sekitar Lembah Kelang je. Bukan jauh mana pun. Takda alasan untuk sampai lambat. Sedangkan ada murid dari Banting pukul 12.00 tgh dah terpacul depan gate.

Bila sebut bab cuti sekolah ni baru aku teringat. Aku berenti kerja hari tu bersamaan dengan tarikh mula cuti sekolah. Maksudnya selama dua minggu aku pencen ni aku tak terasa sangat sebab semua anak2 aku ada kat rumah waktu pagi. Besok barulah aku akan merasa situasi pencen yang sebenarnya.

Camanalah agaknya ??

No comments: