31 July 2009

Full moon lagi

29 July 2009 - Pejam celik makan tido merempit sana sini, sedar tak sedar hari ni ngam2 dua bulan aku pencen. Memahami akan ujudnya manusia2 typical kat Malaysia, hari ni aku nak senaraikan soalan2 lazim yang pernah atau bakal aku terima setiap kali berjumpa dengan rakan2 lama esp. mereka yang masih menabur bakti pada Sony.

Wartawan Sengal (WS) : Apa perasaan saudara setelah bergelar penganggur sekarang ni ?
Aku : Semua perasaan yang takde kat orang yang bekerja makan gaji.

WS : Maksud saudara?
Aku : Geram, marah, tension, stress, rasa nak sekeh kepala boss...semua perasaan tu dah hilang.

WS : Apa perkara yang saudara rindu sangat nak buat sejak berhenti kerja ?
Aku : Beli MC.

WS : ????
Aku : Apsal ? Ko tak penah buat ke ?

WS : Hehehe jangan cakap kuat2 bang !!!
WS : Ehemm ! Apa aktiviti saudara sejak dua bulan ni ?
Aku : Takde apa2 Lepak je kat rumah. Hantar anak pegi sekolah, jalan2 cari breakfast, tengok orang terkejar2 pegi kerja, merempit, tido, tengok tv. Boleh kata semua perkara yang orang bekerja teringin sangat nak buat tapi tak dapat.

WS : Takde plan nak kerja balik ke ?
Aku : Sengal jenis apa ko ni...orang baru je keluar penjara yang ko suruh dia masuk balik ape hal ?

WS : Bukan macam tu saudara. Saya cuma terfikir bagaimana saudara nak teruskan kehidupan kalau tak bekerja.
Aku : Wey samdol !! Ko ingat dengan makan gaji je boleh dapat duit ?
WS : Relax la bang...jangan la marah. Itu saya tau la.
Aku : Tau pun ! Aku dua bulan dah tak maki orang...ko jangan buat aku start balik.

WS : Sori bang..kita tutup citer tu. Abis tu, apa perkembangan saudara sekarang ?
Aku : Ni perut aku ni ! Dah 2 inci berkembang.
WS : Selain dari tu ?
Aku : Ujikaji benih aku pun dah start bagi perkembangan positif.
WS : Oooo ! maksudnya saudara dah ada projek la ni ? Apsal tak cakap awal2 ?
Aku : Apa hal aku nak citer ngan ko. Bukan ada kena mengena pun. Ko lain la...baru dengar rumour ko dah citer satu dunia.
WS : Perli nampak ?
Aku : Ko makan cili ke ?

WS : Adakah saudara rasa keputusan saudara berhenti kerja ni satu keputusan yang tepat ?
Aku : Tepat tak tepat belakang kira. Yang penting aku happy sekarang ni.

WS : Bagaimana kalau projek saudara tu tak menjadi ?
Aku : Ko penah tengok orang makan bubur pakai straw tak ?
WS : Belum pernah lagi ?
Aku : Kalau kau nak rasa cuba ulang balik soalan tu.
WS : Tak payah susah2 la bang...kita tukar soalan lain la.

WS : Apa nasihat saudara pada rakan2 yang masih bekerja.
Aku : Takde apa2. Aku dulupun takde sapa yang nasihatkan suruh berenti. Cuma kalau korang rasa malas nak pegi kerja..ambik cuti. Tak dapat cuti..ambik MC. Kalau nak tau kat mana senang nak dapat MC...call aku.
WS : Kat mana bang ? Cakapla..yang ni saya off record.
Aku : Berminat nampak !!
WS : Hehehe

30 July 2009

Demam

28 July 2009 - Sejak malam tadi anak bongsu aku yang tak berapa nak kecik tu dah menunjukkan tanda2 ketidaksihatannya. Badan panas sikit...bila batuk je muntah. Mujur kat rumah memang ada stok paracetamol. Tapi itu untuk short term countermeasure je. Itupun kalau badan dia tak terlampau panas.

Lepas hantar kakak2nya ke sekolah, aku suruh bini aku bersiap. Nak bawak budak tu pegi klinik. Walaupun demamnya sikit je tapi sebagai langkah pencegahan rujukan pihak yang lebih arif amat diperlukan. Maksudnya walau kita general manager kilang sekalipun, jangan ngada2 berlagak nak jadi doktor.

Sampai kat klinik aku tengok orang dah ramai. Baru pukul 9 nombor giliran dah cecah 30 lebih. Andaikata nombor giliran dibuka start pukul 7 pagi (klinik tu buka 24jam) bermakna purata satu jam akan ada 15 orang pesakit yang datang. Diandaikan juga aliran kedatangan pesakit akan berakhir sekitar 12 malam...bermakna 15 pesakit x 17 jam = 255 org pesakit. Diandaikan lagi setiap pesakit dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bermakna klinik tu punya gross income sehari ialah sebanyak RM5,100.00 Sebulan RM153,000.00

Fuyoooo !! Banyak tuuu. Ada sesapa nak share dengan aku bukak klinik ??

Hehe..melalut sampai kesitu lak. Soriiiiiiii...

Memandangkan ramai sangat orang kat dalam klinik, aku lepak kat luar je. Biar bini aku je yang temankan anak aku kat dalam. Nanti bila dah lengang sikit aku masuk lah. Aku yang sihat ni menyibuk kat situ buat apa. Kadang2 aku pelik gak dengan tabiat sesetengah manusia ni. Yang sakitnya sorang...demam selsema je pulak tu...tapi yang mengantar sampai 4~5 orang. Kalau boleh nak bawak rombongan Che Kiah sekali. Bila dah ramai yang sihat dari yang sakit...macam2 hal la jadinya. Terutamanya budak2 bawah 5 tahun. Budak umur ni kalau dia sihat mana boleh duduk diam. Yang makbapak punya tahap kesabaran ngalahkan malaikat. Anak sampai jadi tarzan pun dorang pakat tengok je.

Cuba korang bayangkan masa tu korang yang demam. Dengan sakit2 badannya...dengan kepala berdenyutnya...dengan perasaan kejap sejuk kejap panasnya...tup tup ada pulak bebudak melalak meraung...lompat sana lompat sini kat depan korang. Apa perasaan korang. Kalau diberi pilihan sapa yang korang nak belasah. Budak tu ke...bapak budak tu ?

Masa aku lepak kat luar sambil menyedut rokok homemade perisa blackberry (rokok ni takde gambar2 yang ngeri tu) perhatian aku tertumpu pada satu gerai nasi lemak kat seberang jalan...nasi lemak berlauk. Bukan lauknya yang aku kesahkan tapi jumlah pembeli yang menarik minat aku. Sepanjang 20 minit aku skodeng gerai tu, lebih kurang 20 orang pembeli yang singgah. Bermakna dalam tempoh sejam akan ada 60 orang pembeli. Biasanya business hour gerai nasi lemak ni dari pukul 7 sampai 11 pagi...4 jam. Kalau purata sejam ada 50 orang pembeli...bermakna dalam 4 jam akan ada 200 orang pembeli. Kita andaikan tiap sorang akan beli sebungkus nasi lemak berlauk yang berharga RM2.50 (lauk kerang..hehe) maka peniaga tu punya gross income sehari ialah RM500.00 Kalau sebulan jadi RM15,000.00

Itu baru dikira sorang beli sebungkus. Kalau sorang beli 5~6 bungkus ?? Tak kira lagi masa hari cuti...hari malas sedunia dimana manusia akan berebut2 beratur kat gerai. Terutamanya bagi isteri yang bekerja. Kononnya hari cuti ni lah masa untuk berehat. Walaupun kekadang tu kat rumah dah ada maid tapi bila hari cuti, breakfast tetap kena beli jugak. Tapi tak semua la. Kalau semua pakat masak kat rumah, sapa lak nak beli nasi lemak kat gerai tu.

Ni aku nak offer...kalau ada sesapa yang pandai masak nasi lemak se standard nasi lemak kat Kg Baru tu, meh jumpa aku. Kita boleh bukak gerai Nasi Lemak International. Siap ada sijil ISO 9002 lagi. Amacam...ada berani ??

Balik pada citer anak aku tadi. Lepas doktor check dia kata anak aku tu demam sikit je. Cuma tonsil dia bengkak. Alhamdulillah...lega aku. Bab2 demam ni memang aku risau. Dah banyak contoh yang aku tengok...semuanya berpunca dari demam.

Demam ni macam api. Masa kecik jadi kawan...bila besar jadi kawan bomba pulak. Pernah tak dengar orang kata "demam nak tumbuh gigi" atau "demam nak pandai berjalan" ? Penyebab demam tu mungkin betul sebab budak tu nak tumbuh gigi tapi demam tu sendiri jangan dibuat main. Ada makbapak tu kemain hepi bila anak dia demam sebab nak tumbuh gigi. Kalau boleh siap nak buat announcement masa morning briefing. Apa punya jenis manusia la ni.

Nasihat aku pada korang yang ada anak kecik. Pastikan rumah korang ada stok ni :
1 - paracetamol (syrup panadol)
2 - cool fever (yang tempek kat dahi tu)
3 - 1st Aid kit (kena belajar dulu camana nak guna)

Kalau boleh pastikan salah sorang ahli keluarga korang ada knowledge pasal 1st Aider. Penting tu.

28 July 2009

Pulut vs Santan

27 July 2009 - Kerana pulut santan binasa..Kerana mulut telinga merana. Peribahasa, bidalan atau pepatah. Korang buat la pilihan sendiri. Ada aku kesah !!!

Apa kena mengena dengan aku ? Memang ada. Untuk lebih specific...telinga aku.

Gara2 berlagak ramah..telinga aku jadi mangsa. Tak pasal2 aku kena tazkirah...tengah panas terik lak tu. Menanah beb !!

Citernya gini...

Boring ngadap pc..takde berita menarik. Nak tido mata lak tak ngantuk. Pusing punya pusing aku singgah kat dapur. Aku tengok bini aku tengah prepare nasi kerabu untuk lunch.

"Budu ada ?" aku bagi soalan Pop Kuiz kat bini aku.
"Takde" satu jawapan yang simple, padat, bernas dan tepat.
"Mana syok makan nasi kerabu takde budu" aku berhujah.
"Pegi la beli, kat kedai Sabri ada jual" satu pukulan dropshot dari bini aku.
Aku terkesima. (Perghhh !! baek punya ayat)

Malas nak citer banyak, aku ambik kunci..capai helmet..start motor terus pegi kedai. Aku gak yang nak makan sedap. Dorang bukannya kesah budu tu...ada ke tidak dorang tetap makan gak.

Mujur ada..itupun tinggal dua botol je lagi kat kedai tu. Mungkin ramai yang minat dengan budu ni kot..sebab tu stock cepat habis kat kedai. Ataupun takde sapa yang minat..sebab tu tokey tu tak simpan banyak stock. Aku rasa kemungkinan yang kedua tu lebih logik sebab kat kampung aku ni kebanyakan penduduknya dari keturunan jawa dan minang. Reti ke dorang tu makan budu ?

Sedang aku start motor nak balik..tiba pulak sorang kenalan lama. Kira dah lama jugak la aku tak borak2 dengan mamat ni...sejak dia mengalami transformasi. Korang ingat AF je ada transformasi...mamat ni lagi advanced. Sebelum Transformer bertukar dari kartun ke objek besi, mamat ni dah transform diri dia dulu.

Dah terlanjur bertembung ni, aku pun buat ramah mulut. Nanti orang kata aku sombong pulak.

Aku : Lama tak nampak ?
Mamat : Ada bang...sibuk skit.
Aku : Hari tu turun Nilai ?
Mamat : Turuuunn. Seminggu berkampung kat situ.
(Mamat ni budak tabligh...baru setahun dua ni je..pegi India pun belum lagi)

Aku : Ramai ek yang datang.
Mamat : Ramai bang...satu dunia turun.
(Tak sempat aku nak bukak mulut dia dah sambung lagi)

Mamat : Itulah cantiknya jemaah bang...bla bla bla...tak kira bangsa...bla bla bla...sunnah Nabi...bla bla bla...tak campur politik...bla bla bla
(Aku tangkap nganga...peluh dah start merecik kat dahi. Borak kat tengah panas tuu)

Mamat : PM turun...bla bla bla...menteri turun...bla bla bla...Sultan NS turun...bla bla bla
(Sejak bila NS ada Sultan ??)

Mamat : Itulah orang kita ni bang...bla bla bla...malu simpan janggut...bla bla bla...ajak keluar 3 hari...bla bla bla...semua duniawi...bla bla bla
(Aduyai mamat ni...aku nak cepat ni. Dah la tengah panas terik.)

Dekat 20 minit gak la dia tazkirah aku. Apa aku buat ?? Angguk angguk geleng geleng la...apalagi.

Last2 dia kata "Kalau abang nak tau lebih lagi datang la masjid. Boleh kita sama2 bincang. Tak rugi bang."

Fuhh !! Lega aku dengar ayat tu. Ayat penutup.

Bukannya aku anti dengan puak2 tu macam kebanyakan orang lain. Memang aku banyak dengar perkara2 negative pasal dorang. Ada kalangan ulama' muktabar pun dah keluarkan fatwa pasal ajaran yang dorang bawak. Kalau tak ikut kata ulama' nak ikut kata sapa lagi. Simon ?? Rathakrishnan ?? Palu Karuppan ??

Bagi diri aku sendiri masih banyak urusan dan tanggungjawab duniawi yang perlu aku langsaikan yang mana kalau aku tak buat bermakna aku akan sangkut kat titian sirat nanti.

Korang camana lak ??

26 July 2009

Who Am I

24 ~ 26 July 2009 - "Abah, kat column pekerjaan ni nak isi apa ?" Anak aku bertanya sambil menghulurkan sekeping kertas. Belek punya belek aku tengok kertas tu adalah borang biodata murid. "Letak je kerja sendiri" "Pendapatan ?" Dia bertanya lagi. Aku terdiam. Yang ni memang susah nak jawab. Kalau ikut situasi sebenar sekarang ni aku takde pendapatan tapi takkan nak letak "RM 0.00" Pelik sangat bunyinya. Silap haribulan mau datang krew TV3 Bersamamu nak cover story. Takpun rombongan dari Malaysian Books of Record sebab rasanya belum ada lagi keluarga kat Malaysia ni yang takde pendapatan langsung. Kalau pendapatan tak cukup tu memang ramai.

Apa jumlah pendapatan yang aku letak ? Untuk jalan selamat aku letak je normal monthly expenses macam masa aku kerja dulu. Baca betul2...expenses BUKAN income.

Kali ni aku pergi solat Jumaat kat Teras Jernang. Dah lama tak pekena nasi kandaq mamak kat sebelah masjid tu. Sambil2 tu dapat la aku jumpa dengan budak2 Sony...nak tau perkembangan semasa. Aku peratikan ramai lagi rupanya orang2 lama yang masih setia dengan Sony. Bagusla tu. Kalau habis semua ambik VSS siapa lak yang nak buat LCD DVD ye tak??

Aku jumpa dengan geng2 yang selalu pegi solat Jumaat sama2 dulu. Macam2 citer aku dapat. Dalam hati aku kata "syukur aku ambik VSS" hehehe

Petang aku ada program motivasi anjuran JAIS kat sekolah anak aku. Matlamat program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa dan anak2 tentang peri pentingnya pelajaran terutama kepada murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan tak lama lagi.

Tapi macam biasalah. Walaupun kehadiran murid2 tahun 4, 5 & 6 diwajibkan namun majoriti makbapak hanyalah sekadar menghantar anak2 kat pagar sekolah. Itupun dah kira cukup bagus. Ada tu yang turunkan anak jauh dari kawasan sekolah. Langsung tak berani nak tunjuk muka. Kesian budak2 tu kena jalan kaki.

Aku malas nak komen lebih2. Aku pun bukannya pandai sangat bab parenting ni. Tak macam makbapak lain tu. Kalau memasing dah bawak Merc BM Audi for sure educated punya orang. Tapi bak kata orang tua2...pandai tak boleh di ikut, bodoh tak boleh di ajar. Masalahnya golongan ni la yang ramai dalam masyarakat kita sekarang. Dorang ingat bila dah berjaya panjat pokok manggis tu sampai ke puncak dorang dah tak perlu pandang kebawah lagi. Dia ingat orang lain yang tak berjaya sampai ke puncak macam dia tu orang yang kurang cerdik...tak layak digauli. Lu orang silap brade ! Kalau aku tebang pokok tu amacam ?? Takkan korang nak panggil aku "tuan tanah kedaung" macam dalam citer DoReMi.


Antara impak ketidakhadiran makbapak ialah murid2 naik tocang. Walaupun guru2 ada mengawal tapi manakan terdaya. 6 orang guru nak jaga hampir 300 orang murid. Dah la program diadakan di kawasan lapang...kalau dalam bilik darjah boleh gak di control. Akhirnya tak sampai 100 murid yang dengar ceramah. Yang lain dah macam anak ayam hilang ibu.

Barangkali jika semua makbapak datang mungkin tahap kehyperaktifan budak2 tu dapat diminimumkan.

Akhirnya lagi setengah jam program nak habis baru lah budak2 tu dapat dikumpul setempat. Itupun selepas guru besar campurtangan. Tapi tak lama mana pun sebab makbapak dah mula datang nak jemput anak memasing. Bedak tebal 3 inci punya makbapak.





Ahad. Pepagi lagi aku dengan partner dah gerak ke Puchong nak cari cendawan kat ladang si Zul. Satu lagi hajat kami...nak makan roti canai kuah kari kaki ayam. Kali ni kalau habis jugak aku tak tau la. Takkan kena beratur sejak tokey tu uli tepung kot !

Hari ni Zul mengajar kursus tanaman cendawan. Jadi kami tak boleh la nak lepak lama2 kat situ. Nanti mengganggu pulak. Lagipun tadi aku tengok ada 2 orang awek join kursus. Ada chance la brade kita tu jual minyak.

Lepas kitorang buat bangsal cendawan tu macam makbapak kitorang punya baru kitorang balik. Nak sambung 2nd ujikaji. Isnin minggu depan tok guru nak datang. Sekurang2nya dia nampak yang kami ni ada dayausaha nak buat sendiri ujikaji tu. Barulah semangat dia nak ngajar.

p/s Sekarang aku dah visible. Bukan invisible macam kat Sony dulu.

23 July 2009

Nasi Beras Padi

21 ~ 23 July 2009 - Semenjak dua menjak ni hubungan aku dengan si bantal amat akrab sekali. Sejam tidak berjumpa..sehari menanggung rindu. Berat rasa hati untuk meninggalkannya walau seketika.

Fuyooo !! Tiap2 hari hujan tuuu. Maaanyak shiok. Nak mandi pagi punya la seksa...sejuk wa cakap luu. Kenderaan kat jalanraya pun aku tengok tak banyak sangat. Ramai yang EL gamaknya...takpun beli MC. Bagus bagus bagus...amalkan selalu. Annual leave simpan banyak2 pun buat apa.

Hari ni pepagi lagi aku dengan partner dah gerak ke Shah Alam. Ada dua misi..nak ambik padi dengan nak jumpa si Zul CendawanPuchong.

Semalam aku dah pesan kat abang ipar aku mintak bawak padi dalam 30kg. Kebetulan hari ni turn dia berniaga di Shah Alam, jadi senang la aku nak jumpa dia. Selamat duit minyak aku. Kalau tak aku terpaksa balik kampung...jauh tuuu.

Padi ni adalah sebahagian dari ujikaji yang bakal aku jalankan selain dari gandum, jagung dan sekoi. Camana rupa sekoi pun aku tak tau. Ni la kali pertama aku dengar nama tu. Ikut kata tok guru, kalau nak jaga Quality pakai padi..kalau nak jaga Cost pakai jagung...kalau nak jaga Delivery pakai Poslaju...hehehe

Ni la rupa padi...jangan korang tak kenal pulak. Dan jangan lak korang memandai pegi tanak padi ni...kononnya padi dengan beras satu mak satu bapak. Tak penah dibuat dek orang.

Lepas ambik padi kitorang singgah lak kat CendawanPuchong. Saja nak jumpa usahawan glamer. Dah nak jadi celebrity kawan aku sorang ni. Hari ni dia akan on-air kat radio IKIM. Hujung bulan ni nak shooting untuk program TV3 pulak. Betul la kata orang tua2...tuah ayam nampak dikaki, tuah si Zul nampak di perut...ahaks

Sebelum sahabat aku ni jadi celebrity baik aku "ketuk" dia dulu. Dah glamer nanti mana ada masa nak lepak dengan kenkawan lagi. Kedai mamak pun ntah ntah segan nak masuk.

Mula2 ingat nak pekena roti canai kuah kari kaki ayam kat warung pakcik Zul...habis la pulak. Appaaraaa..baru pukul 9 lebih stok dah habis. Lain kali buat la lebih sikit. Mujur aku tak mengandung. Kalau tak meleleh je la air liur anak aku.

Akhirnya kitorang breakfast kat warung mamak je. Satu kelebihan warung mamak yang orang lain tak boleh nak challenge...stok roti canai sentiasa ada. Kuah dia korang jangan citer la. Sejak dulu lagi dorang dah implement 2R1P - Reuse, Recycle, Preheat. Tu yang buat orang ketagih tu. Termasuklah aku.

Dan seperti yang dirancang..breakfast kitorang hari ni ditaja oleh celebrity cendawan kita si Zul.

Petang kitorang ingat nak sambung ujikaji yang dibuat semalam. Mujur partner tanyer tok guru dulu. Dia kata kena peram benda tu dalam 2~3 hari baru boleh suntik benih. Takut base tak berapa kuat. Nanti membazir je. Lagi satu dia advice supaya padi tu dijemur dulu bagi betul2 kering.

Ah sudah !! nak kena jemur padi la pulak. Aku bukannya reti nak buat semua tu. Walaupun mertua aku ada sawah tapi aku tak pernah ambik port pasal keje2 jemur padi ni. Kena jemur kat padang masa sekolah dulu ada la.

Pikir punya pikir...belasah je la. Partner aku ambik separuh..aku ambik separuh. Pandai2la nak buat lagu mana. Yang penting padi mesti kering. Jangan spin dalam washing machine sudah !.

Ooooo baru aku ingat. Mertua aku ada sawah. Aku kawen dengan anak dia. Maksudnya bini aku mesti tau camana nak buat. Takkan dah lupa ye tak ?

Dengan tunjuk ajar serta nasihat dari bini aku...aku pun memulakan tugas menjemur padi. Dan hasilnya....


Betul ke tidak cara tu jangan salahkan aku. Nak salahkan bini aku pun tak boleh gak. Jadi, siapa yang salah ?? Padi...sebab ngada2 mintak dijemur.

21 July 2009

Ceplos sudah mari

20 July 2009 - SAH !! Ceplos dah mula mengganas. Apa yang kitorang jangkakan dah jadi kenyataan. Lain dijemput lain lak yang datang. Muka tak tau malu betul si Ceplos ni. Nak buat camana...dah dunia tanpa sempadan. Lagipun tok guru dah mention hari tu...dalam 20 botol yang kitorang buat belum tentu akan dapat satu botol yang betul2 menjadi.

Masalahnya sekarang nak kenalpasti samada benih yang Ceplos tu kacau dari spora jantan ke spora betina. Sedangkan nak beza manusia lelaki dengan perempuan sekarang ni dah susah...ni kan pulak spora. Kalau lembu tu lain citer la sebab dia tak pakai baju..hehe


Yang dalam circle tu lah tetamu yang tak di undang. Tak dilayan kang merajuk lak. Makanya kitorang biarkan je dia kat dalam tu. Kita tengok apa dia nak buat lepas ni. Kalau dia kuat..tuan rumah akan mati. Kalau tuan rumah kuat..dia pulak yang akan mati. Yang pasti kitorang takkan guna benih yang dah tercemar. Cuma benih yang suci murni je akan meneruskan perjalanan hidupnya. Yang dah rosak tu biarlah dia terus rosak asalkan tak mengganggu keharmonian rumahbotol benih lain.

Misi seterusnya nak cari padi. Bukan band mat Indon PADI tu..tapi padi yang belum diproses jadi beras. Nak tau camana rupa pokok padi..tengok kat entry aku yang lepas.

Setau aku kat kampung sekarang ni dah lepas musim menuai. Maknanya peluang untuk aku beli padi direct dari sawah dah terlepas. Pesawah sekarang ni dah tak simpan padi. Nak buat apa ?? Beras kat supermarket berlambak. Beli je la !! Akhirnya penat2 tanam padi...bila nak makan nasi beli beras Siam...dasar pertanian negara masa tok Sanusi jadi menteri. Aku masih ingat sampai sekarang kenyataan mamat ni.."buat apa membazir tanah tanam padi, tanam sayur...kita import je. Tanah yang ada kita buat kilang elektronic...lebih menguntungkan negara"

Mujur biras aku kat kampung sanggup carikan. Nak harap kat Lembah Kelang ni ?? Ada..memang ada..kat Bukit Cerakah. Tapi yang tu untuk pameran je. Setakat rombongan budak sekolah rendah nak ambik gambar kenang2an boleh la.

Cuba kita renungkan...nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia tapi sawah2nya hanya mampu membekalkan tak sampai 60% keperluan tempatan. Selebihnya kita terpaksa import..terutamanya dari Thailand. Dibuatnya Thailand tak nak jual kat kita amacam ?? Sekarang ni pun aku dengar Thailand dah tak cukup beras untuk domestic supply sebab tanaman padi beras dengan padi pulut tak seimbang. Tu yang beras kita pun dorang seludup tu...tukar dengan beras pulut. Biar rakyat Malaysia ni makan pulut kuning hari2...pastu boleh la pakat ramai2 duduk tepi tembok cari kutu kat kepala..sebab badan memasing dah LEMAU.

Sekarang pun dah lemau bro !! Pagi breakfast nasi lemak kukus...tengahari makan nasi dagang..malam nasi lagi..tengah malam lepak kedai mamak pekena roti canai..minum segala macam air bersusu..hari cuti belengkau depan tv..tengok sukan kat tv bukan main fanatik tapi diri sendiri bersukan malas giler. Semalas2 mat bangla tu..petang2 dorang bersukan wey !! Tak pun dorang pegi balik kerja jalan kaki je.

20 July 2009

Macam budak-budak !!

17 ~ 19 July 2009 - Pagi2 lagi aku dengan pasangan duet aku tepaksa bergegas ke USJ. Hari ni adalah hari menandatangani buku kemajuan murid kat sekolah tu pulak.

Aku janji dengan anak aku nak sampai 8.30 pagi tapi terlewat setengah jam. Kira ok la tuu. Sejak dah keluar dari kilang Jepun ni aku dah mula terikut2 dengan budaya orang kita termasuklah "janji melayu".

Anak aku ni dia nak cepat bukannya apa...cepat sampai, cepat sign report card, cepat la dia boleh balik rumah dan cepat la dia boleh ngadap citer kartun dia tu.

Suasana di sekolah tu memang jauh berbeza dengan sekolah anak2 aku yang lain. Masa aku tiba kat dewan dah penuh dengan mak bapak. Walaupun sesak tapi prosesnya amat teratur...bermula dari parking kereta hinggalah ke giliran menunggu. Memang pro.

Tak banyak yang aku bincangkan dengan guru kelas anak aku tu. Bila anak dah masuk SBP, mak bapak dah tak boleh buat apa selain dari nasihat dan peransang. Terpulang pada pihak sekolahlah nak buat lagu mana pun.

Cuma aku tabik spring dengan PIBG. Dalam mak bapak tersengih tengok result anak...masa tu la dia hulur surat mintak bayar yuran tambahan. Siap bukak counter lagi. Hampeh tul !! Tapi nak buat camana...dah terjebak dalam komuniti Merc BM Audi. Layan jer laaa.

Balik dari USJ singgah kejap kat bengkel anak buah aku. Dia kata kereta dah siap...dah boleh ambik. Memang ya pun. Masa aku sampai tu aku tengok pomen tengah pasang air filter. Dia kata kejap lagi siap la. Sementara menunggu tu aku ajak anak bini aku breakfast dulu kat gerai sebelah. Memang sejak tadi konsert Search DiAwan Biru dah start dalam perut aku ni.

Lepas breakfast aku suruh bini aku balik dulu. Biar aku je tunggu kereta tu. Lagipun kalau lambat dia balik bermaksud lambat la dia start masak.

Siap pasang air filter..pomen tu start enjin. Aku tengok muka pomen tu dah berkerut. Ahh sudah !! Apa hal lak ni ? Aku buat bodo je. Aku perati je pomen tu buat keje. Lepas satu part...satu part lain dia bukak. Tapi enjin tetap gak tak idup. Peluh jangan citer la...dah macam orang baru lepas lari maraton je aku tengok.

Hari dah pukul 12 lebih. Dari sorang pomen dah jadi berdua yang mengerjakan kereta aku tu. Aku tanya kat diorang apa masalah kereta tu. Dia kata takde api...tak boleh start. Yang paling aku tak tahan tu dia kata pomen yang incharged kereta aku tu takde...pegi spital..bini beranak. Dia cuma tolong2 je. Lagipun dia tak berapa expert pasal enjin.

Terduduk aku dengar pomen tu punya explanation. Awat tak habaq awai2. Kalau aku tau kereta tu masih problem takde la aku nak tunggu...baik aku balik je tadi. Sekarang aku dah stuck kat situ. Dah la hari Jumaat. Nak tumpang pomen tu pegi masjid..ntah pegi ntahkan tidak. Kedai lain semua dah tutup pintu tapi workshop tu selamba badak air je aku tengok.

Last2 aku suruh bini aku jemput. Bayangkan berapa panjang punya cerita dia nak jemput aku. Tapi nak buat camana...dah terpaksa. Yang penting aku sempat nak pegi masjid.

Itulah masalah kalau berurusan dengan orang pemalu macam pomen tu. Bila ada problem dia diamkan je. Yang jadi mangsa...AKU.

Tutup dulu bab pomen dengan labu2 nya. Bila dah siap nanti pandai2 la dia hantar kereta tu ke rumah.

Hari Sabtu...takde apa yang aku buat kecuali pegi supermarket beli barang2 keperluan anak. Dan aku beli lagi sebijik rubic cube.


Sebenarnya aku nak Back to The Future. Zaman budak2 dulu aku ada main benda ni tapi tak la se-terer anak bujang aku tu. Kejap je dia habiskan semua color. Tu yang aku nak belajar tu.

Malam minggu tu aku habiskan dengan belajar main menatang tu. Susah gak. Yang susah bukan step nak main...tapi otak aku yang susah nak terima. Baru aku sedar yang otak aku ni dah penuh dengan karat. Nak spray dengan WD40 tak boleh. Nak tukar otak baru...tak pernah dibuat dek orang. Jadinya...terpaksa la anak aku tu menahan sabar mengajar bapak dia yang dah slow ni.

Sepanjang malam tu aku cuma dapat belajar sampai 2nd step je. Ada lagi 4 step. Jauh lagi tuu.

Lebih kurang 12.30 malam anak buah aku sampai hantar kereta. At last !! Dia pun bebel pasal pomen dia yang pemalu tu. Aku malas nak komen. Kang kecik hati lak.

Projek opis baru aku dah ada perkembangan positif. Tapi aku tak pasti yang tumbuh tu benih yang kitorang semai ataupun kawan Ceplos punya hal.


Kalau ikut teori..sekarang adalah masanya benih tu nak bercambah dan secara teori nya jugak menunjukkan yang proses yang kitorang buat sebelum ni adalah betul. Tapi walau macamanapun aku tak boleh nak declare projek tu berjaya. Kena tunggu penilaian tok guru dulu.

Aku kan cempedak di luar pagarrrrr !!

17 July 2009

Ulau belengkau dalam belukau

16 July 2009 - Berderau darah aku. Mujur jantung aku ok. Kalau tak mau pengsan aku dibuatnya. Dah la aku fobia dengan menatang tu...tup tup masa balik dari hantar budak2 ke sekolah dia dah melengkar kat depan pintu. Macam nak sambut aku balik lak.

Masa tu aku tengok kucing aku tengah mencuit2 ekor ular tu. Kebetulan bapak aku ada kat depan rumah dia...aku tunjuk kat dia ular tu. Dia kata ular tu ada bisa. Patut la kucing aku tu cuma berani usik ekor je. Aku yang memang pengecut ni apalagi...tekan butang kecemasan la.

Aku teringat kata orang2 tua...ular ni kalah dengan buluh. Kebetulan kat garage memang ada buluh bapak aku simpan. Aku ambik buluh tu...haaa kau !! buluh kait kelapa. Punya la panjang. Lantak la...yang penting buluh. Dengan perasaan takut2 berani aku hentak ular tu. Memang betul la cakap orang2 tua...dengan sekali pukul je ular tu dah lembik.

Bila dah lembik baru la kucing aku tu tunjuk dia punya macho. Ingatkan terror sangat...rupanya penakut macam tuan dia jugak. Dia siap marah kat aku bila aku buang ular tu. Dia kata dia nak buat talipinggang kulit ular tu...hehehe


Pagi ni cuaca kembali normal...cuma berjerebu sikit. Kat radio pun memang ada mention pasal jerebu ni. Tapi aku tak ingat lak apa puncanya.

Jerebu ke, tak jerebu ke..perut mesti kena isi dulu. Semalam dah la kensel. Takkan hari ni pun kensel gak. Tak bley wooo !! Nanti mamak restoren tu marah...hehe

Hari ni aku dengan pasangan duet aku pegi jalan jalan cari breakfast kat BBB. Nak cari makanan melayu lak. Mana tahan makan masakan mamak selalu. Sampai sendawapun dah bau mamak.

Kali ni aku breakfast kat restoren melayu sebelah pejabat Pos tu. Pekena nasik dagang. Perghhh !! Memang kenyang. Bila dah kenyang ni korang tau2 je la. Lambaian Panggilan Pulau sudah mari. Tapi kira ok la tu...bukan macam mamat Jepun sekor tu. Kat opis selamba badak je dia tidur. Dia ingat dia Jepun dia boleh buat kilang tu macam BAPAK dia punya kilang ke. Sampai sekarang hajat aku nak sekeh kepala dia tak kesampaian.

Sebut pasal breakfast ni...rindu pulak aku kat yee mee, wantan mee, loh mee. Kalau la ada bebudak Sony yang sanggup tapaukan untuk aku kan bagus...hehe

Bagai dah diprogramkan...sampai rumah aku terus baring kat depan tv. Kononnya nak tengok MHI...rupa2nya MHI yang tengok aku. Mujur bini aku kejutkan. Kalau tak sure lambat nak jemput anak kat sekolah.

Opis tak jenguk lagi hari ni. Ingat nak sambung bakar daun2 yang belambak kat situ. Kena bakar sikit2..takut datang lak bomba bagi salam. Petang nanti la aku pegi. Itu pun kalau sahabat aku dari Panggilan Pulau tu tak datang.

16 July 2009

Fantasi jadi realiti

15 July 2009 - Baru semalam aku berfantasi pasal hujan pagi..tup tup pagi ni dah jadi realiti.

Sukar untuk aku gambarkan betapa nikmatnya suasana pagi ini. Kesejukan pagi ditambah dengan hujan yang turun menjadikan ia amat berbeza dari pagi2 sebelumnya. Dan suasana ini sepatutnya kita raikan beramai2. Tapi sayang...hanya segelintir saja yang berkesempatan.

Masa aku hantar anak pegi sekolah...dapat aku peratikan muka2 pemandu \ penunggang kenderaan yang kelat, tension, stress dan dalam keterpaksaan. Aku rasa kalau PM umumkan hari ni cuti umum, sah PRU13 nanti PR takkan dapat walau satu undi pun.

Perancangan aku nak jalan jalan cari breakfast dengan pasangan duet terpaksa dikenselkan. Lambaian bantal ala pelakon Panggilan Pulau begitu menggoda sekali. Aku tewas !!!

Tapi memang sejak dua menjak ni badan aku ada sikit kelemauan. Adakah itu simptom biasa bagi orang yang dalam proses penuaan ? Tak jugak kot...sebab ada otai yang double kurang muda dari aku masih steady lagi. Ada tu siap dapat baby lagi. Takkan aku yang fuel injection boleh kalah dengan carburator. Tak mungkin !! Mesti ada benda yang tak kena ni.

Petang...macam biasa aku turun Komplek Sukan Sect. 15 main badminton. Aku merempit je. Petang2 ni kat area tu memang jam. Kalau bawak kereta belum tentu sejam boleh lepas. Maklumla masa warga kilang balik. Aku faham sangat situasi tu. Tak pandang kiri kanan lagi dah...yang penting nak sampai rumah secepat mungkin. Tak tau la aku kalau ada umat yang lebih suka duduk kat opis dari bergurau senda dengan anak bini di rumah. Hehehe aku rasa aku ada kenal sorang makhluk yang macam tu.

Perkembangan projek ?? Tadi aku ada pegi jenguk kat opis. Macam tu jugakla keadaannya. Tapi walaumacamanapun benda tu kena tengok selalu. Takut ada benda lain yang hinggap...itu kata tok guru aku. Kira macam benda tu ada aura la. Ada daya penarik ataupun pemikat. Bukan macam dalam iklan Meeting Larut Malam tu "ape tu.. bayo ora"

Nyesal aku sebut ayat tu. Hilang mood aku nak nulis.

Walhasil Balik Asal

14 July 2009 - 1st stage punye kursus dah selesai. Tok guru pun dah balik. Sekarang cuma nak monitor perkembangan benda yang kitorang masak tu je. Sekurang2nya 10 hari lagi baru boleh tau samada tangan kitorang ni sesuai ke tidak buat keje2 dapur ni. Selain dari itu takde apa yang boleh kitorang buat kecuali mengembangkan perut.

Sebelum tok guru meniggalkan kami semalam beliau ada mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap bilik operasi kami. Kami akur kerana hal2 berkaitan dengan kualiti memang tidak boleh dipandang remeh. QDC adalah motto kami, bukannya CDQ.

Apsal tetiba je aku jadi macam mat belia ni. Eeeiiii !! geli geleman ketiak aku !!!

Tetapi penambahbaikan tersebut tidak dapat kami lakukan sekarang memandangkan....hishhh !! apsal ni ?? Weyy !! back to normal la...Uncle Rockers mana pakai bahasa lirik lagu ni semua.

Wokey !! sambung balik. Memang kitorang dah tau extra requirement tu...cuma kitorang tak berani nak memandai2. Lagipun memang dah stail aku bila ada orang mengajar aku akan winzip semua database file...seolah2 hard disc tu blank macam baru lepas reformat. Aku tak reti nak buat partition...lagipun hard disc aku ni kecik je...processor Intel P1...RAM 286mb...Windows 97 lak tuu. Mau meletup hard disc tu kalau aku sumbat semua skali kat situ.

Oleh kerana ujikaji sedang berjalan makanya terpaksalah kami tangguh dulu saranan tok guru tu. Bukan niat nak derhaka pada guru cuma tak nak tunjukkan sangat akan kekurangan kepandaian kami ni. Manakan tidak...sorang engineering background...sorang lagi rebellion...tup tup terjun dalam dunia biotech. Kalau la aku tau cenggini pengakhirannya...tak payah aku pening kepala belajar buat balance sheet, profit & loss, trade a/c, mfg a/c, inventory, market analysis. Baik lepas SPM aku terus pegi Johor je menuntut dengan tok guru tu. Tapi semua tu dah tersurat sejak azali. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka dua dunia yang berbeza.


Apsal ada gambar kucing lak ni ? Kalau persian ke..siamese ke lain citer la. Stakat kucing kampung apa barang nak menyemak kat sini.

Korang jangan speku yg bukan2. Kucing ni memberi seribu gambaran. Cuba korang bayangkan, lepas hantar anak2 pegi sekolah dalam pukul 7.00 pagi...kebetulan pagi tu hujan pulak...dengan tanpa rasa bersalahnya korang masuk kebilik...terus menuju ke birai katil...menepuk2 bantal kemudian dengan fikiran yang tenang korang melabuhkan badan diatas katil lalu meletakkan kepala di position yang betul sambil memeluk erat bantal busuk.

Ohhhh...alangkah bahagianya !!

15 July 2009

Ijtimak cendawan

13 July 2009 - Hari ni kitorang tak main dengan dapur lagi tapi main dengan pisau dan api pulak. Nampak senang tapi hakikatnya banyak gak la bulu roma aku hangus. Partner aku tak kesah sangat sebab tangan dia "gebu's".

Kenapa kitorang main api ? Jangan tanya...ISA OSA AXN

Proses kali ni takde la rumit sangat cuma agak bahaya sikit. Lebih kurang satu jam semua dah selesai. Jangka masa nak tunggu result lebih kurang 2 minggu lagi.


Baru pukul 11 pagi. Takkan nak melopong je kat opis tu. Jadi kitorang decide nak bawak tok guru melawat ladang abang seguru di Puchong. Sambil melawat tu boleh la "ketuk" si Zul belanja makan tengahari. Biasa la tu...kat Sony dulu pun memang dah jadi perkara biasa belanja guest makan. Tapi cuma boss je la yang merasa. Kita yang kuli batak ni kalau involved boleh didakwa bawah ISM.

Masa dalam perjalanan ke Puchong kami rasa agak pelik sebab tetiba je jerebu tebal giler. Masa awal pagi elok je clear. Nak kata ada hutan terbakar...kat area ni mana ada hutan lagi. Semua dah habis kena sodok. Sampaikan si pembawa selsema tu pun dah takde tempat nak menyondol.



Bila aku tengok tok guru berdiskusi dengan si Zul...terasa diri aku ni kerdil sangat. Memang tak layak aku nak masuk campur. Yang boleh aku buat hanyalah ambik gambar.



Selesai farm tour kitorang sambung pulak diskusi kat restoren. Macam biasa lah...takkan tetamu lak kena belanja tuan rumah. Tu dah kira beranak songsang tu.

Sebelah petang aku dah takde xtvt. Kursus untuk first stage ni dah selesai. Kena tunggu lagi 2~3 minggu itu pun tengok pada hasil masakan kitorang semalam.

Baru teringat...aku kena cari rubic cube...allaaa benda 4 segi sama yang kena pusing2 nak bagi warna kat setiap permukaan tu sama. Benda ni top masa aku zaman budak2 dulu. Tak tau pulak aku game ni tengah meletop balik sekarang ni.

Bukan aku yang ndak tapi anak aku yang kat USJ tu. Semalam aku dah bagi seketul tapi bukan yang macam dia ndak. Aku belikan yang 4x4...yang dia ndak 3x3 jadi hari ni terpaksalah aku pegi carik satu lagi dan hantar kat dia malam ni jugak sebab benda tu dia nak pakai besok.

Aku pegi kat tempat bini aku beli semalam. 3x3 dah takde stock tapi tokey tu kata dia boleh carikan. Dia mintak aku datang balik malam nanti. Tu tandanya confirm dia boleh dapatkan untuk aku. Selesai satu masalah.

Lepas maghrib aku ajak pasangan duet aku pegi USJ. Akupun bukannya berani sangat drive memalam ni. Mata dah kurang alert. Bukan sebab dah tua cuma kurang muda je.

Macam tu lah kita bila dengan anak. Sanggup buat apa saja asalkan anak2 happy. Mudah2an anak2 aku nanti pun akan layan kitorang macam ni jugak. Aamiiin.

14 July 2009

Belajar memasak

12 July 2009 - Pernah main masak2 masa kecik2 dulu ? Gitulah gamaknya yang kitorang buat hari ni.

Cuba korang bayangkan 3 orang jantan yang dah nak masuk kategori veteran main masak2. Cuma bezanya kali ni main masak2 pakai real punya barang. Dapur gas, periuk, senduk, tepung, air...bukannya tanah, pasir, daun atau buah hutan.

Aku sempat gak snap beberapa keping gambar tapi atas sebab keselamatan maka gambar tersebut tak dapat aku tepek kat sini kecuali gambar produk yang dah siap.

Sekali pandang macam urine je...maklumlah dah tua2 baru nak belajar memasak.

Partner aku tengah tekun buat keje.


Tengah kitorang sibuk memasak tetiba muncul sahabat aku ni...usahawan CendawanPuchong yang semakin glamour sejak muka dia yang "hensem" tu selalu keluar paper.

Kiranya si Zul dengan aku sekarang dah jadi abang seguru. Walaupun dia lebih muda dari aku tapi disebabkan dia menuntut dulu dari aku...makanya aku terpaksa panggil dia abang. Jangan marah bro...aku bukannya dah tua cuma kurang muda je.

Korang perhatikanlah betapa seriusnya para usahawan kita berbincang. Tu mesti citer juta juta punya bisnes.

Macam aku sebut tadi...aku tak boleh nak citer lebih2 tentang pembelajaran aku hari ni. Kang tak pasal2 aku kena charged bawah ISA OSA AXN.


13 July 2009

Dunia Baru dah Bermula

11 July 2009 - Semalam perabut yang aku order sampai dan malam tu jugak aku dengan partner bertungkus lumus memasang serta menyusun perabut sebab pagi ni latihan intensif akan bermula.

Dalam sibuk kitorang memasang perabut tu tetiba partner aku tanyer :
"Ko dah book hotel untuk tok guru ?"
Soalan taraf Kelab Pop. Lagi berapa jam tok guru tu nak sampai baru nak tanyer pasal hotel.
"Eh! Bukan ke ko dah booked ?"
Partner aku dah start garu kepala.
"Aku ingat ko yang pegi book...hari tu ko kata nak call hotel tu"
Ah sudah !! Ni mesti kes ayam borak ngan itik ni. Malas nak citer panjang " Lepas susun perabut ni kita pegi hotel tu. Kalau ada kosong kita book terus" Partner aku angguk je. Aku risau sebenarnya. Bukak lagi ke opis hotel tu malam2 buta ni. Maklumla...nama je hotel tapi lebih bertaraf rumah tumpangan...kat area kampung lak tu.

Kami susun lebih kurang je perabut tu sebab nak cepat.


Ni lah tempat kitorang nak beroperasi nanti. Disinilah akan bermula satu dinasti yang bakal menggemparkan dunia microbiology.

Meeting corner. Korang ingat kat opis korang je ada meeting corner yang pada aku lebih berfungsi sebagai gossip corner.

Pejabat CEO, CFO, COO,UFO. Bukan tak mampu nak beli kabinet tapi kitorang impliment '0' hardcopy operation. Tak perlu filing2 tu semua. Cukup la 17 tahun aku bergelumang dengan file. Itupun dah banyak aku campak dalam crushing machine. Bila boss tanyer mana file..aku jawab tak jumpa je. Takkan file punya hal dia nak sack aku.


Ni takde kena mengena dengan projek opis baru aku. Saja aku tempek gambar ni nak bagi bukti kat korang bahawasanya aku dah berjaya mencantum semula mesin jahit yang aku baraikan semalam. Dan yang paling penting takde screw yang berlebih.

Selesai kerja pasang memasang...kitorang bergegas ke "hotel" di Teras Jernang.
Alamak !!! Opis hotel tu dah berkunci. Dah tengah malam pun. Secara logiknya takkan ada orang nak check-in malam2 buta ni. Kalau kat Chow Kit tu lain citer laa.

Sedang aku tercangak2 kat depan opis hotel tu, tetiba "Cari siapa Pak ?" terdengar suara ala-ala Rhoma Irama menegur aku.
"Opis dah tutup ye ?" soalan tipikal orang Malaysia. Terang2 pintu opis tu berkunci...siap padlock bagai...lagi mau tanya.
"Udah tutup Pak..tapi kalau mau bilik boleh daftar sama saya" Waaa!! sejak bila pulak Indon boleh jaga frontdesk ni ?? Kalau ada pelancung luar yang datang sure dorang ingat dorang dah tersalah landing kat negara lain.

Rupa2nya mat indon tu jadi security guard cum clerk. Kira macam kopi 2 in 1 laa.

Semak punya semak...mujur ada bilik yang kosong. Aku terus book untuk 2 malam sebab tok guru tu balik hari Isnin tengahari.

Selesai citer malam semalam.

Hari ni aku ngan partner kena jemput tok guru kat LCCT. Pukul 11.00 pagi kitorang gerak. Baru sampai Jenderam dia dah call bagitau dia dah landing. Bila kami bagitau kami baru je bertolak..dia kata takpe sebab dia nak pegi breakfast dulu.

Kali ni kat LCCT penuh dengan orang tabligh. Ada perhimpunan jemaah tabligh sedunia. Dijangkakan 2 juta jemaah akan turun. Setakat tu je yang aku tau. Bukan aku tak nak ambik pot pasal group dorang ni tapi..wrong timing.

Bagi aku hari ni lebih penting dari berhimpun kat Nilai tu. Hari ini merupakan langkahan pertama aku kedalam Dunia Baru. Hari ini opis baru aku dibuka secara rasmi walaupun tanpa acara potong reben..tanpa paluan kompang..tanpa tepung tawar. Dan hari ini juga Projek Dunia Baru aku mula beroperasi.

Sampai kat opis dah dekat pukul 12 tghari. Tok guru kata hari ni takde praktikal. Dia cuma nak tengok keadaan rumah dan peralatan yang kitorang dah beli. Kalau tak cukup kitorang terpaksa carik hari ni jugak.

Secara keseluruhan dia berpuas hati dengan keadaan rumah serta peralatan yang telah kami beli malah ada yang diluar dari jangkaan. Satu petanda yang baik kerana ini menunjukkan bahawa kami sememangnya serius. Tapi masih ada beberapa peralatan yang terpaksa kami sediakan seperti periuk, senduk, cerek, pisau, penunu bunsen dll. Itu tak jadi masalah sebab semua benda tu senang nak dapat. Kalau tak dapat beli pun aku boleh rembat kat dapur bini aku je.

Hari ni kami diberi briefing tentang aturcara kursus serta market prospect. Dan yang paling penting pengalaman tok guru selama lebih 10 tahun dalam bidang ni. Dia pun macam kami gak...bermula dengan makan gaji di kilang. Tapi bila timbul kesedaran serta peluang pun tiba pada masa yang sama..there's no turning back. Itu yang menjadikan kami lebih bersemangat.

Lebih kurang pukul 2 ptg kami hantar tok guru ke hotel untuk check-in. Dia kata nak rehat kat bilik je. Takpe lah. Biar aku ngan partner pegi carik barang2 tu. Bukan susahpun...kat Bintang ada benda tu semua.

End of day 1.

12 July 2009

Sibuk giler

10 July 2009 - Lepas selesai urusan hantar mengantar anak ke sekolah...aku dengan pasangan duet aku bergerak mencari Taman Puncak Jalil. Menurut kata mamat tu ikut jalan dari Sri Petaling (Bukit Jalil) lagi senang. Ye la !! Senang pada dia sebab memang dia tinggal area tu. Pada aku yang sejak 17 tahun dulu hanya tau jalan dari Desa Putra ke Sony BBB je ape citer ??

Memang ada benarnya...kalau dah keje 8am ~ 5.30pm mana nak datang masanya untuk pegi ronda2 kotaraya. Kalau bujang lagi lain citer la. Golongan ni memang terpaksa banyak meronda. Kalau tak, jawabnya kat rumah pandang muka tu, pegi keje pandang muka tu, kat kantin pandang muka tu, silap haribulan masa morning meeting pun pandang muka tu jugak.

Jenuh jugak la cari tempat tu. Bukan sebab sesat tapi nun jauh kat tengah hutan. Area tu boleh dikatakan area baru. Belum banyak pembangunan di sekeliling. Rumah2 kedai pun under construction lagi.

Kalau di tengok pada condition mesin jahit tu, memang berpada la dengan harga yang ditawarkan. Bukan dah uzur...cuma body penuh dengan habuk sebab dah terlampau lama tak digunakan. Kasi service sikit...lap lebih kurang...aku gerenti aku boleh jual balik mesin tu dengan harga 3 kali ganda.

Timbul satu masalah. Camana nak bawak balik. Nak masuk dalam kereta memang tak muat. Nak kasi barai mamat tu tak reti. Aku lagi la...sejak bila pulak aku belajar bukak2 mesin ni.

Tapi memandangkan peluang cenggitu ibarat sekali seumur hidup...aku terpaksa memberanikan diri menukar watak jadi juruteknik syarikat Singer. Berbekalkan beberapa peralatan yang terhad...yang aku sendiri pun tak tau apa nama alat tu...ntahkan spanar ntahkan screwdriver, habis semua aku try.

Dan hasilnya :





Aku tak berani nak barai habis. Takut ada lak screw berlebih nanti.

Sampai kat rumah ngam2 pukul 10.30 pagi. Fuhhh !! Mujur sempat. Kalau tak gerenti besok jadi headline newspaper " Bapa tidak bertanggungjawab...tinggal anak di sekolah"

Lepas solat Jumaat aku nak ke Puchong pulak dengan partner. Urusan ni lagi penting dari mesin jahit...sebab tu aku biarkan je mesin tu terbarai kat depan rumah dengan harapan aku ingat balik macamana nak pasang benda2 tu semua...hehehe

Sampai kat Puchong hati aku dah lega. Aku tengok kerusi meja dah berlambak kat depan kedai tu. Walaupun warna kerusi2 tu tak seragam tapi tak kesah la. Yang penting semua dah ada. Aku call anak buah sebab dia yang nak angkut barang tu ke opis baru aku dengan lori company dia. Tapi dia lak ada keje lagi. Selalu tu pukul 3.30ptg dia dah terconggok kat depan workshop, dah habis keje. Masa aku nak mintak tolong ni la pulak dia banyak keje. Dia kata paling cepat pun dia boleh balik pukul 6 ptg. Senang citer lepas maghrib la dia datang angkut perabut2 tu. Lantak ko la. Yang penting perabut tu sampai kat opis baru aku. Tengah malam pun tak apa.

Partner aku kata besok tok guru tu landing kat LCCT dalam pukul 10.30 pagi. Kiranya kalau ada apa2 terjadi malam ni eg. lori tak jumpa cari jalan ke...ada tanah runtuh ke, sekurang2nya kami masih ada masa nak buat Plan B.

Apapun...kita tunggu je malam nanti.

Red Alarm !!

09 July 2009 - NeeNoNeeNoNeeNo !!! Bukan siren ambulan tapi siren dalam kepala otak kitorang dah berbunyik. Sebab ?? Perabut 2nd hand yang kitorang order masih belum dapat. Tokey tu kata ada yang dia tak dapat cari lagi.

Partner aku dah menunjukkan simptom2 ke"panik"kan. Petang ni dia ajak aku pegi jenguk kedai tu. Angkut mana yang ada dulu. Yang paling penting meja. Takkan nak belajar sambil meniarap kot ?

Lebih kurang pukul 3.00ptg kitorang gerak pegi Puchong. Keadaan tenang macam takde tanda2 urusniaga sedang berlaku.

Sah ! Memang barang yang kitorang order tokey tu belum dapat carik lagi. Tapi tokey tu bagi jaminan besok mesti dapat punyer. Konfiden je tokey tu. Mana dia nak rembat pun aku tak tau.

Ada 4 kerusi lagi yang tak cukup. Kira ok la tu. Sekurang2nya 3 dah ada. Kalau menjelang petang besok masih tak dapat gak lagi kitorang angkut je la mana yang ada dulu. At least hari sabtu nanti ada jugak kerusi untuk tok guru kitorang duduk.

Dalam pada aku sibuk dengan perabut untuk opis baru...bini aku pulak sibuk dengan mesin jahit tepi. Dia nak beli yang 2nd hand je. Aku ada jumpa kat Mudah.com Memang murah giler. Cadang besok pagi nak pegi tengok dulu mesin tu. Kalau ok kitorang ambik.

Masalahnya besok hari Jumaat. Aku cuma ada masa dari 8.00 pagi sampai 10.30 pagi je nak uruskan pasal mesin tu. Pukul 11.00 pagi nak ambik anak sekolah. Tengahari solat Jumaat. Petang dah janji dengan partner nak pegi Puchong...ambik perabut.

Sempat ke ?? Rumah mamat tu kat Taman Puncak Jalil. 1st time dengar nama tempat tu. Kalau Puncak Niaga, Bukit Jalil, Jalil Hamid biasa la aku dengar. Buatnya aku sesat ke, traffic jam ke, bini aku tawar menawar sampai kering air liur ke, Siapa nak ambik anak aku kat sekolah ?? Mau melolong budak kecik yang tak berapa nak kecik tu sehari semalam.

Kes naya beb !!

09 July 2009

Jalan jalan cari rambutan

08 July 2009 - Sejak dua hari lepas aku jalan jalan cari breakfast secara solo. Pasangan duet aku puase..takkan aku suruh dia masak pulak kan. Agak2 la kalau nak tunjuk power pun.

Aku malas nak komen siapa yang aku jumpa kat warung tu...balik2 kaki ngular yang pakai baju long sleeve, seluar slack, kasut kilat & ID gantung kat leher. Aku rasa dorang ni lepas clock-in terus pegi breakfast kot.

Cuma ada satu perkara yang menarik perhatian aku hari ni. Kalau dulu ramai yang suka makan sambil baca newspaper tapi sekarang ni dah UP sikit. Makan sambil ngadap laptop. Apa yang dorang baca pun aku tak tau. Macam dah jadi satu kebanggaan pulak bukak laptop masa makan. Allaaa.. macam zaman handphone mula2 keluar dulu. Masing2 letak hp atas meja...nak tayang la konon.

Mungkin kegilaan ini disebabkan adanya free wifi kat kebanyakan restoran sekarang ni. Kiranya warung tu dah jadi opis dorang. Minum segelas teh tarik...duduk berjam2...siap bawak Abba file bagai.

Sebenarnya aku kesian dengan dorang tu. Duit dah habis beli laptop sampai nak subscribe broadband pun tak mampu. Yang paling menyedihkan aku ada antara dorang tu yang menaip pun pakai 2 jari je...macam patuk ayam orang kata.

Prinsip aku..masa makan kita kena menikmati makanan tu betul2. Kita kena hormat makanan tu. Kena rasa setiap kandungan yang ada dalam makanan tu. Kalau makan nasi lemak, kena rasa lemak santannya...santan kelapa ke santan kotak...kelembutan butir2 nasinya...masin pedas sambalnya...rangup lemau ikan bilisnya...manis pahit timunnya. Barulah boleh dikatakan kita "menikmati" makanan. Barulah boleh kita merasa kenyang dan puas. Sesiapa yang biasa makan semeja dengan aku mungkin perasan tabiat aku ni.

Stop cerita makan. Hari ni aku ada special xtvt. Ambik buah rambutan.

Kat sebelah opis baru aku tu buah rambutan memang tengah masak ranum. Tupai pun aku tengok dah ambik bahagian dia. Cuma monyet je malu2 nak datang. Mungkin dorang segan dengan tupai kot sebab tupai tak sepelahap monyet. Kalau tupai makan buah dia tak makan habis. Contoh buah rambutan. Separuh kulit rambutan tu dia tinggalkan untuk tuan pokok. Lagipun tupai makan buah yang dah masak je. Tak macam monyet. Buah yang muda pun dia baham semacam je. So sekarang tuan pokok punya turn pulak.

Family aku punya stail ambik rambutan agak brutal sikit. Kitorang tak main kait2 ni. Kitorang main tutoh je (kerat dahan) Bukan maksudnya nak ambik jalan mudah tapi sengaja buat camtu supaya pokok rambutan tu tak la meninggi macam pokok kelapa. Kalau dah tinggi sangat tupai pun tak larat nak panjat.

Oleh kerana aku dilahirkan tanpa bakat memanjat pokok, sudah tentulah mission aku kali ni perlukan bantuan profesional. Dengan berat badan 90kg tentu tak tergamak korang nak suruh aku panjat pokok tu. Aku rasa kalau pokok tu ada power, sure dia lebih rela menggugurkan sendiri buahnya daripada terseksa menanggung body aku yang heavy metal ni.

Aku import tenaga profesional dari Johor. Dia kata kalau bab panjat memanjat ni tupai pun tabik spring. Tapi masa zaman budak2 dulu la. Tak kesah la tu. Orang mintak keje pun resume\CV copy paste member punya.

Tepat pukul 3.15 ptg operasi bermula. Si Juara tebang dahan...aku tukang cantas...bini aku tukang collect buah...hasil bagi sama rata. Satu team work yang patut korang contohi...esp opis lama aku kat sony. Sorry to say, team work spirit dah lama berkubur kat situ. Dah jadi sejarah.

Tak sampai sejam kitorang berjaya menukar fesyen pokok tu dari "afro look" ke "mohican cut"


Pokok rambutan sebelum brutally demolished.


Profesional punya keje.

Aku punya portfolio.

Sebahagian hasil yang kitorang dapat.

Walaupun penat tapi kami dah membuktikan bahawasanya kami telah berjaya membuat monyet dan tupai menggigit jari...hehehe

07 July 2009

Insurans

06 July 2009 - Hari ni aku nak bebel sikit pasal insurans.

Artikel ni dipetik dari online newspaper.


Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.

Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans.


Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas.

Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawah RM10,000.

"Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu enggan menerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawah RM10,000," katanya.

Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkin menanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalam kemalangan.

"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakan bahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atau berusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungi adalah rendah berbanding kereta baru," katanya.

PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu.

Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungi menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalam mengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat dari semasa ke semasa.

Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjana keuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenal pasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.

Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terus dilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jika ia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang.



Insurans kelompok legakan pemilik kenderaan lama

TINDAKAN segera kerajaan menangani kesukaran pemilik kenderaan lama yang berusia 10 tahun ke atas untuk mendapat perlindungan insurans dengan mewujudkan skim insurans berkelompok dialu-alukan kerana dapat mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang memiliki kenderaan itu. Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, kelmarin melegakan pemilik kenderaan berkenaan yang sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah berikutan keengganan syarikat insurans memperbaharui insurans bagi kenderaan yang berharga bawah RM10,000, biasanya membabitkan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Syarikat insurans memberi alasan kenderaan berkenaan berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans, terutama bagi pihak ketiga yang biasanya dikenakan bayaran premium rendah berbanding pemilik kenderaan baru. Tanpa sebarang perlindungan insurans, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan. Langkah segera kerajaan itu wajar kerana ia boleh menangani masalah kenderaan di jalan raya tanpa cukai jalan. Ia bukan saja menyalahi undang-undang tetapi akan menyusahkan. Jika berlaku kemalangan, kenderaan itu tidak dilindungi insurans. Jika sesuatu perkara buruk atau kematian berlaku kepada pemandu atau penumpangnya, keluarga mereka tidak boleh membuat sebarang tuntutan.


Dengan memperkenalkan skim insurans berkelompok yang diuruskan pejabat pos di seluruh negara dan berkuat kuasa serta-merta bulan ini, kesulitan yang dihadapi pemilik kenderaan tua dapat diselesaikan. Langkah itu juga dapat mengelak kemungkinan cubaan syarikat insurans untuk membuat desakan kepada kerajaan bagi meningkatkan premium untuk pihak ketiga dengan enggan memperbaharui perlindungan insurans.


Sehingga kini dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun ke atas bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya, termasuk lebih 900,000 kenderaan Proton dan 300,000 keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara didaftar antara 1994 hingga 1999. Dengan memperkenalkan skim insurans berkelompok, pemilik kenderaan, terutama di luar bandar tidak lagi menghadapi kerenah ejen insurans atau bayaran premium yang membebankan. Mereka kini boleh mendapatkannya di pejabat pos pada masa yang sama boleh terus memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing tanpa sebarang masalah. Kita juga menyokong langkah kerajaan mengkaji serta merombak sistem pembayaran insurans yang kini tidak seimbang sehingga membebankan syarikat insurans. Kajian semula membabitkan Kementerian Pengangkutan, Bank Negara dan syarikat insurans itu penting bagi memastikan semua pihak yang terbabit mendapat keadilan dalam pembayaran atau penerimaan pampasan jika berlaku kemalangan jalan raya. Kita tidak mahu, ada pihak yang mendapat pampasan di luar jangkaan, manakala pihak lain terutama syarikat insurans mengalami kerugian sehingga terpaksa meningkatkan kadar premium untuk menampung operasi syarikat dan pembayaran pampasan yang akhirnya membebankan pengguna lain untuk jangka masa panjang.


Komen aku :

Isu #1 - syarikat insurans tak nak cover kenderaan yang dah tua termasuklah syarikat yang dengan bongkaknya mengumumkan keseluruh dunia bahawa produk mereka adalah islamik dan halal...takaful sini takaful sana.

Islamik taek kucin...pada aku semua skim insurans di Malaysia ni adalah HARAM kerana :
a - ia susah lagi menyusahkan sedangkan Islam itu mudah lagi memudahkan.
b - bermotifkan keuntungan...kalau rugi syarikat tak nak jual produk
c - produk dijual bersyarat...untuk kenderaan berusia tertentu sahaja
d - tiada aqad jual beli

Isu #2 - insurans berkelompok hanya dikendalikan oleh Pos Malaysia. Isu nya :
a - Pos Malaysia bukan syarikat insurans...siapa sebenarnya assurance provider
b - setau aku orang kuat di sebalik Pos Malaysia ni si KJ...I smell something busuk here
c - stakat hari ini belum ada penjelasan terperinci dari pihak berwajib berkenaan insurans berkelompok ni

Isu yang sama juga terjadi kepada insurans2 yang lain seperti insurans kesihatan, nyawa, pelaburan, pendidikan etc.

Setakat pengetahuan aku syarikat insurans hanya sanggup melindungi kesihatan kita hingga
kita berusia 60 tahun sahaja. Lepas tu pandai2 la korang nak idup. Kalau ada pun yang sanggup, wang sumbangan (premium) yang terpaksa dibayar memang tak masuk akal. Makin tua makin tinggi premiumnya.

Satu lagi...syarikat hanya melindungi orang yang sihat sahaja. Segala penyakit yang pernah kita hidapi tidak akan dilindungi termasuklah penyakit yang berpunca atau berkaitan dengan sakit sebelumnya.

Contoh...jika semasa korang membeli insurans korang memang dah ada sakit darah tinggi...ditakdirkan korang kena stroke atau sakit jantung...syarikat takkan tanggung atau biaya kos rawatan sebab stroke atau sakit jantung berhubungkait dengan darah tinggi.

Walaupun ada tempoh matang dimana peserta tidak perlu lagi membayar premium namun jumlah perlindungan akan menurun mengikut usia.

Begitu juga dengan medical card. Premium yang kita bayar setiap tahun adalah bayaran hangus. Walau kita telah melanggan berpuluh tahun tanpa sebarang tuntutan dan kita terlupa untuk membayar untuk tahun ini maka kita tetap tidak akan dilindungi.

Nasihat aku - sebelum membeli sebarang polisi insurans (kecuali kenderaan) baca dulu polisinya..jangan percaya 100% kata2 ajen walaupun islamik dan selalunya mereka akan memberi seribu satu alasan untuk tidak membenarkan kita membaca polisi sebelum membeli. Kalau tak percaya korang cuba cari member2 yang jadi ajen... korang kelentong la kata nak beli ratus ribu punya polisi...pastu cuba mintak polisi dulu nak baca kat rumah. Kalau ada yang bagi...orang tu adalah calon paling sesuai dibuat menantu/suami/isteri/madu.

Mengapa polisi insurans ditulis menggunakan font yang amat kecil dan sukar dibaca ??

Lu pikir la sendiri !!


note : bab ni aku ngaku kalah dengan orang gomen...sampai dah kedalam kubur pun gomen masih tanggung lagi

05 July 2009

Belalang kunyit

05 July 2009 - Satu lagi kenduri kawen aku kena attend. Kali ni orang kampung sendiri. Tak pegi tak boleh. Aku selalu terserempak dengan dia kat kedai ke..kat sekolah ke..kat masjid ke.

Kenduri kawen kali ni agak berbeza sikit sebab dia tak buat kat rumah. Dia buat kat dewan orang ramai. Menarik gak idea ni. Rumah tak sesak. Orang nak datang pun senang sebab bukan susah sangat nak cari dewan tu. Kawasan parking pun luas.

Ramai kenkawan yang aku jumpa semua bertanya bila projek nak start sebab dorang tengok opis baru aku tu semedang tutup je. Sabar bro...tak lama lagi tuu.

Habis makan kenduri aku bergegas pulak ke ILIM. Nak jemput anak aku yang #3. Kalau ikut jadual seminar dia habis dalam pukul 1.30 tgh. Camana la dia tidur selama dua malam ni. Boleh ke dia tidur. Lena ke ??

Masa aku sampai ILIM dah ramai mak bapak yang menunggu. Aku tanya kat sorang otai tu dia kata budak2 tengah makan tengahari. Maksudnya lambat lagi la dorang ni boleh balik.

Kebetulan aku bawak kemera hari ni. Cadangnya nak cari shot yang menarik tapi tak jumpa. Kalau setakat gambar mak bapak tunggu anak tu tak payah la aku ambik. Aku bukannya wartawan.

Dalam aku melilau mencari shot tu tetiba aku ternampak satu benda yang dah lama aku tak jumpa. Kalau tak silap aku last aku jumpa benda tu masa sekolah menengah.

Apa benda tu ?? Ni kat bawah ni.


Orang kampung aku panggil binatang ni belalang kunyit. Kat tempat lain tak tau pulak aku. Lagipun kat Wikipedia pun panggil binatang ni belalang kunyit.

Petikan dari Wikipedia :

Belalang Kunyit atau nama saintifiknya Valanga nigricornis ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumber protein yang bagus.

Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak. Serangga dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukkan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.

Masa zaman aku kecik2 dulu kitorang selalu tangkap belalang ni. Kitorang kumpul banyak2...pastu nyalakan api...pastu kitorang panggang belalang tu. Kitorang bukan nak menyeksa ek !! Lepas panggang kitorang makan belalang tu. Rasa dia macam rasa daging ayam. Kalau korang tak percaya, cuba try test uji. Jangan takut..takde racun punye. Cuba korang baca artikel Wikipedia tu betul2.

Ada la dalam setengah jam aku menunggu anak aku tu. Muncul je dia...soalan pop kuiz pun keluar.

"Camana tidur ?" - nak tau dia tidur nyenyak ke tidak.
"Berapa orang satu bilik ?" - kalau ramai sangat sure tak selesa
"Bilik air kat mana ?" - kalau kat luar sah dia tak ke toilet waktu malam
"Siapa room mate ?" - dorang ni ada click memasing

Dari jawapan anak aku tu..dapat aku simpulkan dia selesa kat sana. Bila selesa maksudnya apa yang diajar masa seminar tu dia boleh paham...kalau tak banyak sikit pun jadilah.

Sampai kat rumah dah mula riuh balik. Maklumla dah cukup korum nak bertekak. Rumah aku ni memang tak boleh senyap. Kalau senyap tandanya kitorang keluar la tu.

Pukul 5.00 ptg aku anak beranak pegi precint 16. Macam biasa la...aku main badminton...anak aku pegi swimming pool.

Ntah apa punya giler...hari ni ramai pulak yang datang. Kalau tak silap aku dalam 14 orang...court satu je. Berjanggut tunggu turn nak main.

Tak puas hati punya pasal...geng2 hardcore buat keputusan nak extend masa. Tambah lagi 2 jam. Mujur dapat. Jadinya untuk 2 jam tu kitorang berlima je main. Yang lain semua dah cabut.

Ambik ko...ndak sangat main. Ada yang nak smash pun dah tak larat...hehehe Apehal brader...baru 2 jam dah mengah...kata pro !!

Giler punye keje...dari 5 ptg sampai 10 mlm kat court badminton.

Sakit kepala...kepala sakit

04 July 2009 - Mana satu yang betul ??

Hari ni penyakit tu datang balik. Aku tak boleh buat apa selain dari baring dan tidur. Panadol...badan aku dah immune dengan panadol. Aku dah pernah makan pain killer lebih kuat dari panadol...sebab tu panadol dah tak bagi kesan apa2 kat aku.

Sedang lepak2 dalam bilik...bapak aku datang. Ajak pegi kenduri kawen kat Teras Jernang. Ndak tak ndak aku terpaksa pegi gak. Boleh kata sedara rapat gak la. Takde yang menarik kat situ. Macam kenduri kawen orang lain gak. Cuma aku perasan ada satu sikap yang agak normal bagi sesetengah orang kita bila berjumpa sedara mara \ kawan lama kat kenduri kawen.

"Eeee...comelnya anak ko !!"
"Ko dah kurus la sekarang !!"
"Makin tua makin cantik la Cik Kiah ni"

Hipokrit. Penyakit masyarakat yang vaksin nya tak dijual di pharmasi. Aku takkan komen bab ni. Korang pikir la sendiri.

Petang ni aku ada 2 tugas yang terpaksa dilakukan serentak.

1 - hantar kereta ke workshop
2 - melawat anak kat USJ

Serentak kerana tempat yang nak dituju adalah sehala. Workshop anak buah bini aku tu kat Puchong..kira on the way ke USJ je.

Kancil turbo aku tu memang dah lama problem. Macam2 hal. Steering rack dah goyang...aircond dah lama kong...temperature naik giler baba's. Terlanjur anak buah bukak workshop...apa salahnya aku bagi bisnes kat dia.

Dalam perjalanan ke Puchong aku terpaksa berenti 3 kali kat tepi jalan. Off kan enjin dulu...siram radiator dengan air bagi sejuk. Bila enjin dah sejuk sikit, sambung balik perjalanan.

Korang bayangkan...masa aku berenti kat Shell berhampiran susur Pasar Borong Selangor, anak aku call tanyer pasal barang2 yang nak dibawak ke USJ. Maksudnya dorang belum bertolak lagi. Tapi masa aku bayar toll kat Jalan Jurutera, Puchong dorang dah ada kat belakang aku.

Samada aku yang lambat atau bini aku yang bawak kereta laju...aku tak tau.

Kitorang sangkut kat Puchong. Anak buah lambat sampai ambik kereta. Aku tak tau workshop dia kat mana. Puchong korang jangan buat main. Jalan dia macam lubang cacing. Silap jalan korang boleh tembus sampai ke Dengkil. Aku yang dah berpuluh kali pegi rumah Zul pun kadang2 sesat gak. Cuma pegi klinik Salim je tak pernah sesat lagi...hehehe

Rupa2nya workshop budak tu tak sampai 300 meter je dari tempat kitorang menunggu. Hampeh betul !! Kat situ je dah waste 1 jam. Sure anak aku kat USJ dah lama menanti. Kebulur la budak tu. Selalunya bila dia tau kitorang datang, dia skip lunch. Maklumla nak merasa masakan mak dia.

Tiba USJ dah pukul 4 lebih. Sah anak aku dah kebulur. Kira licin la makanan yang kitorang bawak.

Aku tak boleh lama kat situ. Kepala dah start berdenyut balik. Kang tak larat nak drive pulak. Nak suruh bini yang drive takut dia tak selesa pulak. Biase la orang pompuan. Mana suka drive kalau ada laki kat sebelah. Dia anggap kita ni macam JPJ tester je.

Lepas maghrib aku pakat tidur. Kepala dah berat sangat. Dinner pun aku skip. Celik biji mata aku tengok keliling dah gelap. Tetiba lak perut start buat concert. Concert arwah\mendiang MJ lak tu.

Dengan hati seberat badan aku ni...aku jenguk ke dapur. Dah pukul 12.30 pagi. Nak makan nasik tengah2 malam buta ni mana shiok. Lagipun orang kata tak baik makan nasi tengah malam...nanti perut moncit. Allaaaa...aku yang jaga makan ni pun moncit gak.

Last2 aku ambik mamee je...jadi la buat alas perut. Pagi besok boleh qada' dengan heavy metal punya breakfast.

Perabut terpakai

03 July 2009 - Lepas solat jumaat aku hantar anak #3 ke ILIM. Dia ada seminar UPSR sampai Ahad. Kena overnight kat situ la. Memang dah jadi acara tahunan sekolah kampung aku buat seminar UPSR kat sana sebab ILIM dah ambik sekolah tu jadi sekolah angkat dorang.

Masa aku tiba tu dah ramai mak bapak yang sampai hantar anak masing2. Aku berdasarkan pengalaman yang lepas2 takde la nak tunggu proses pendaftaran tu sampai habis. Pada aku semua urusan tu cikgu boleh handle. Kalau tak boleh jangan jadi cikgu la. Baik jadi operator kat Sony. Sekarang ni pun memang tengah nak pakai orang. Merata2 aku tengok iklan walk-in interview.

Camana la keadaan anak aku nanti. Dia ni dah la tak pernah berpisah dengan mak bapak (semua anak aku pun camtu) manja lak tu...yang paling aku risau dia ni extra penakut. Mudah2an dengan pengalaman kat ILIM tu boleh mengubah serba sedikit sifat penakut dia tu.

Aku tak boleh lama kat situ. Bila aku tengok dia dah jumpa dengan click dia...aku pun cabut. Ada satu lagi urusan aku kena settlekan dengan partner aku si Juara. Nak cari perabut terpakai untuk projek opis baru kitorang.

Tok guru nak datang next week Sabtu. Peralatan asas semua dah ada. Cuma perabut je yang belum beli. Takkan nak buat kerja atas lantai kot. Agak2 la kot ye pun nak berjimat.

Kitorang nak cari perabut terpakai je. Buat permulaan. Bila bisnes dah masuk juta2 nanti lain cerita la pulak.

Mula2 kitorang pegi Tmn Equine. Ada satu kedai perabut terpakai kat situ. Tapi tak banyak choice. Harga pun boleh tahan gak..cekik darah. Mungkin sebab warna kulit kot. Macam kat opis aku dulu gak.

Lepas kelentong apek tu lebih kurang...kitorang buat keputusan nak ajak si Zul pegi kedai yang dia cerita hari tu. Kedai tu orang kita punya. Dia ambik tender collect barang2 terpakai dari hotel.

Memang betul. Bukan setakat perabut je...barang2 letrik, pinggan mangkuk berlambak kat situ. Tokey tu kata dia ada satu lagi store kat Batu 12. Waaa..besar punya bisnes. Patutla boleh buat bungalow tokey tu.

Boleh kata semua barang yang kami cari ada kat situ. Kalau takde pun tokey tu akan cari sampai dapat. Harga korang jangan cerita la. Meja makan yang siap ada kaca kat tengah2 tu baru rm140.00 Kerusi opis macam yang aku pakai dulu baru rm30.00 Pinggan mangkuk porcelain baru rm1.00

Aku tengok si Zul dah mula hilang akal. Habis semua pinggan dia borong. Walaupun rumah dia dengan kedai tu lebih kurang dari Sony ke Warta je..tapi sejak dia hidup lebih 30 tahun ni..tu la kali pertama dia tiba kat situ. Punya la baik sahabat aku sorang ni. Ngalahkan anak dara terperap kat rumah.

Selesai mission kitorang hari ni. Semua barang dah dapat. Cuma tunggu tokey tu confirmkan bila boleh ambik.

Singgah kat bangsal Zul kejap. Semalam bini aku dah tanyer "Takde cendawan ke ?" Ye laa...kata melawat ladang cendawan...tapi balik kosong. Cendawan pelik yang dibawak balik.

Langkah kanan. Masa kami sampai salah sorang kerabat Zul baru lepas petik cendawan. Juara beli separuh..aku beli separuh. Tokey happy...aku pun happy.

Aku jenguk kat bangsal tuai Zul. Tak banyak cendawan yang tumbuh lagi. Zul kata petik je mana yang ada. Hehehe dengan semangat juang yang tinggi aku pun mempraktikkan segala ilmu yang pernah Zul ajar dulu...petik cendawan. Bangsal tu dah macam bapak aku punya je aku buat. Ada cendawan yang baru masuk alam remaja aku dah rembat.

Nasib ko la Zul...dapat sahabat kaki rembat macam kitorang nie.