13 July 2009

Dunia Baru dah Bermula

11 July 2009 - Semalam perabut yang aku order sampai dan malam tu jugak aku dengan partner bertungkus lumus memasang serta menyusun perabut sebab pagi ni latihan intensif akan bermula.

Dalam sibuk kitorang memasang perabut tu tetiba partner aku tanyer :
"Ko dah book hotel untuk tok guru ?"
Soalan taraf Kelab Pop. Lagi berapa jam tok guru tu nak sampai baru nak tanyer pasal hotel.
"Eh! Bukan ke ko dah booked ?"
Partner aku dah start garu kepala.
"Aku ingat ko yang pegi book...hari tu ko kata nak call hotel tu"
Ah sudah !! Ni mesti kes ayam borak ngan itik ni. Malas nak citer panjang " Lepas susun perabut ni kita pegi hotel tu. Kalau ada kosong kita book terus" Partner aku angguk je. Aku risau sebenarnya. Bukak lagi ke opis hotel tu malam2 buta ni. Maklumla...nama je hotel tapi lebih bertaraf rumah tumpangan...kat area kampung lak tu.

Kami susun lebih kurang je perabut tu sebab nak cepat.


Ni lah tempat kitorang nak beroperasi nanti. Disinilah akan bermula satu dinasti yang bakal menggemparkan dunia microbiology.

Meeting corner. Korang ingat kat opis korang je ada meeting corner yang pada aku lebih berfungsi sebagai gossip corner.

Pejabat CEO, CFO, COO,UFO. Bukan tak mampu nak beli kabinet tapi kitorang impliment '0' hardcopy operation. Tak perlu filing2 tu semua. Cukup la 17 tahun aku bergelumang dengan file. Itupun dah banyak aku campak dalam crushing machine. Bila boss tanyer mana file..aku jawab tak jumpa je. Takkan file punya hal dia nak sack aku.


Ni takde kena mengena dengan projek opis baru aku. Saja aku tempek gambar ni nak bagi bukti kat korang bahawasanya aku dah berjaya mencantum semula mesin jahit yang aku baraikan semalam. Dan yang paling penting takde screw yang berlebih.

Selesai kerja pasang memasang...kitorang bergegas ke "hotel" di Teras Jernang.
Alamak !!! Opis hotel tu dah berkunci. Dah tengah malam pun. Secara logiknya takkan ada orang nak check-in malam2 buta ni. Kalau kat Chow Kit tu lain citer laa.

Sedang aku tercangak2 kat depan opis hotel tu, tetiba "Cari siapa Pak ?" terdengar suara ala-ala Rhoma Irama menegur aku.
"Opis dah tutup ye ?" soalan tipikal orang Malaysia. Terang2 pintu opis tu berkunci...siap padlock bagai...lagi mau tanya.
"Udah tutup Pak..tapi kalau mau bilik boleh daftar sama saya" Waaa!! sejak bila pulak Indon boleh jaga frontdesk ni ?? Kalau ada pelancung luar yang datang sure dorang ingat dorang dah tersalah landing kat negara lain.

Rupa2nya mat indon tu jadi security guard cum clerk. Kira macam kopi 2 in 1 laa.

Semak punya semak...mujur ada bilik yang kosong. Aku terus book untuk 2 malam sebab tok guru tu balik hari Isnin tengahari.

Selesai citer malam semalam.

Hari ni aku ngan partner kena jemput tok guru kat LCCT. Pukul 11.00 pagi kitorang gerak. Baru sampai Jenderam dia dah call bagitau dia dah landing. Bila kami bagitau kami baru je bertolak..dia kata takpe sebab dia nak pegi breakfast dulu.

Kali ni kat LCCT penuh dengan orang tabligh. Ada perhimpunan jemaah tabligh sedunia. Dijangkakan 2 juta jemaah akan turun. Setakat tu je yang aku tau. Bukan aku tak nak ambik pot pasal group dorang ni tapi..wrong timing.

Bagi aku hari ni lebih penting dari berhimpun kat Nilai tu. Hari ini merupakan langkahan pertama aku kedalam Dunia Baru. Hari ini opis baru aku dibuka secara rasmi walaupun tanpa acara potong reben..tanpa paluan kompang..tanpa tepung tawar. Dan hari ini juga Projek Dunia Baru aku mula beroperasi.

Sampai kat opis dah dekat pukul 12 tghari. Tok guru kata hari ni takde praktikal. Dia cuma nak tengok keadaan rumah dan peralatan yang kitorang dah beli. Kalau tak cukup kitorang terpaksa carik hari ni jugak.

Secara keseluruhan dia berpuas hati dengan keadaan rumah serta peralatan yang telah kami beli malah ada yang diluar dari jangkaan. Satu petanda yang baik kerana ini menunjukkan bahawa kami sememangnya serius. Tapi masih ada beberapa peralatan yang terpaksa kami sediakan seperti periuk, senduk, cerek, pisau, penunu bunsen dll. Itu tak jadi masalah sebab semua benda tu senang nak dapat. Kalau tak dapat beli pun aku boleh rembat kat dapur bini aku je.

Hari ni kami diberi briefing tentang aturcara kursus serta market prospect. Dan yang paling penting pengalaman tok guru selama lebih 10 tahun dalam bidang ni. Dia pun macam kami gak...bermula dengan makan gaji di kilang. Tapi bila timbul kesedaran serta peluang pun tiba pada masa yang sama..there's no turning back. Itu yang menjadikan kami lebih bersemangat.

Lebih kurang pukul 2 ptg kami hantar tok guru ke hotel untuk check-in. Dia kata nak rehat kat bilik je. Takpe lah. Biar aku ngan partner pegi carik barang2 tu. Bukan susahpun...kat Bintang ada benda tu semua.

End of day 1.

No comments: