12 July 2009

Sibuk giler

10 July 2009 - Lepas selesai urusan hantar mengantar anak ke sekolah...aku dengan pasangan duet aku bergerak mencari Taman Puncak Jalil. Menurut kata mamat tu ikut jalan dari Sri Petaling (Bukit Jalil) lagi senang. Ye la !! Senang pada dia sebab memang dia tinggal area tu. Pada aku yang sejak 17 tahun dulu hanya tau jalan dari Desa Putra ke Sony BBB je ape citer ??

Memang ada benarnya...kalau dah keje 8am ~ 5.30pm mana nak datang masanya untuk pegi ronda2 kotaraya. Kalau bujang lagi lain citer la. Golongan ni memang terpaksa banyak meronda. Kalau tak, jawabnya kat rumah pandang muka tu, pegi keje pandang muka tu, kat kantin pandang muka tu, silap haribulan masa morning meeting pun pandang muka tu jugak.

Jenuh jugak la cari tempat tu. Bukan sebab sesat tapi nun jauh kat tengah hutan. Area tu boleh dikatakan area baru. Belum banyak pembangunan di sekeliling. Rumah2 kedai pun under construction lagi.

Kalau di tengok pada condition mesin jahit tu, memang berpada la dengan harga yang ditawarkan. Bukan dah uzur...cuma body penuh dengan habuk sebab dah terlampau lama tak digunakan. Kasi service sikit...lap lebih kurang...aku gerenti aku boleh jual balik mesin tu dengan harga 3 kali ganda.

Timbul satu masalah. Camana nak bawak balik. Nak masuk dalam kereta memang tak muat. Nak kasi barai mamat tu tak reti. Aku lagi la...sejak bila pulak aku belajar bukak2 mesin ni.

Tapi memandangkan peluang cenggitu ibarat sekali seumur hidup...aku terpaksa memberanikan diri menukar watak jadi juruteknik syarikat Singer. Berbekalkan beberapa peralatan yang terhad...yang aku sendiri pun tak tau apa nama alat tu...ntahkan spanar ntahkan screwdriver, habis semua aku try.

Dan hasilnya :





Aku tak berani nak barai habis. Takut ada lak screw berlebih nanti.

Sampai kat rumah ngam2 pukul 10.30 pagi. Fuhhh !! Mujur sempat. Kalau tak gerenti besok jadi headline newspaper " Bapa tidak bertanggungjawab...tinggal anak di sekolah"

Lepas solat Jumaat aku nak ke Puchong pulak dengan partner. Urusan ni lagi penting dari mesin jahit...sebab tu aku biarkan je mesin tu terbarai kat depan rumah dengan harapan aku ingat balik macamana nak pasang benda2 tu semua...hehehe

Sampai kat Puchong hati aku dah lega. Aku tengok kerusi meja dah berlambak kat depan kedai tu. Walaupun warna kerusi2 tu tak seragam tapi tak kesah la. Yang penting semua dah ada. Aku call anak buah sebab dia yang nak angkut barang tu ke opis baru aku dengan lori company dia. Tapi dia lak ada keje lagi. Selalu tu pukul 3.30ptg dia dah terconggok kat depan workshop, dah habis keje. Masa aku nak mintak tolong ni la pulak dia banyak keje. Dia kata paling cepat pun dia boleh balik pukul 6 ptg. Senang citer lepas maghrib la dia datang angkut perabut2 tu. Lantak ko la. Yang penting perabut tu sampai kat opis baru aku. Tengah malam pun tak apa.

Partner aku kata besok tok guru tu landing kat LCCT dalam pukul 10.30 pagi. Kiranya kalau ada apa2 terjadi malam ni eg. lori tak jumpa cari jalan ke...ada tanah runtuh ke, sekurang2nya kami masih ada masa nak buat Plan B.

Apapun...kita tunggu je malam nanti.

No comments: