03 July 2009

Hujan pagi

02 July 2009 - Hujan pagi. Satu situasi yang paling mengecewakan bagi golongan pekerja. Bukan menidakkan rahmat Allah tapi kecewa kerana tidak dapat meraikannya.

Cuba korang bayangkan...dah la suasana pagi yang memang sejuk, ditambah lagi dengan hujan yang turun sejak subuh menjadikan suasana pagi ini suatu masa yang paling sesuai untuk menyambung mimpi malam tadi...satu keadaan yang amat jarang untuk ditemui...DAN korang terpaksa pergi kerja...hua hua hua

Jangan la korang dengki kalau aku katakan hari ni aku sambung tido sampai time korang morning break...maksudnya masa korang kat kantin makan yee mee soup...aku kat rumah tengah mengeliat baru bangun tido...maaanyak shiok oooo

Tengahari partner aku call. Nak jumpa pasal projek opis baru. Aku orait je. Lagipun aku memang dah plan nak pegi Puchong...melawat si Zul tokey cendawan. Jadi aku ajak partner (si Juara) aku pegi sekali. Kira macam bisnes trip laa.

HINT. Projek opis baru aku ada pertalian rapat dengan Zul tokey cendawan.

Waaa..makin besar bisnes mamat ni. Bangsal dah bertambah...steamer dah bertambah...chiller dah makin besar...dan perut pun makin bertambah besar..syarat paling penting untuk menjadi usahawan berjaya.. hehehe

Kebetulan masa kitorang tiba...ada sepasang suami isteri dari Sg Buluh baru sampai nak bincang pasal projek mentor mentee dengan Zul...bertambah kaya la sahabat aku sorang ni...masyuuukk

Sambil2 menunggu dorang abis berbincang, aku dengan gaya ala paparazzi menyelinap ke seluruh kawasan ladang mencari bahan untuk entry hari ni.


Korang kalau masuk bangsal tuai ni pasti akan terpegun dengan keindahan bongkah2 matang yang memutih tersusun rapi...

Salah seorang pekerja Zul tengah menyusun bongkah di bangsal peram...nampak je macam budak tapi dah cukup umur tau !! Jangan tuduh sahabat aku hire under-age labour pulak

Bongkah yang sedang menuju alam remaja

Lihatlah betapa cantiknya cendawan tiram kelabu dan bayangkan kalau dicampurkan kedalam sup atau tom yam...pergghhh

Yang ini bukan cendawan tiram..ini namanya Ling-zhi. Tanya dengan kaum china sure dorang mesti kenal punya. Kira sama level dengan ginseng dan tongkat ali.

Si Abu kata dia pun tak tau apasal bentuk ling-zhi tu jadi macam tu. Bentuk yang ori sepatunya macam kat bawah ni.


Secara keseluruhan lawatan aku kali ni boleh dikatakan berjaya...kerana aku dengan Juara berjaya merembat berketul2 ling-zhi...nak test power beb !!!

No comments: