01 July 2009

Projek Opis Baru

30 Jun 2009 - Closing day. Mesti hangin budak2 Sony dengan aku...hehehe

Lepas jemput anak aku kat sekolah menengah kitorang pegi Mydin kejap. Bini aku nak beli barang dapur sikit. Takde mana nya sikit...satu troley gak dia angkut.

Kat Mydin takde la ramai sangat pelanggan. Baru pukul 3.00 ptg. Tapi yang menariknya ada 7~8 orang pelanggan tu macam biasa je aku tengok dressing dorang. Yang pompuan pakai baju kurung lip lap lip lap macam nak pegi kenduri kawen...yang jantan baju long sleeve, seluar slack kasut berkilat. Kat leher masing2 tergantung ID card...aku tak berani nak tengok lebih2...kang dia tuduh aku nak skodeng lak.

Sekarang ni orang gomen balik kerja pukul 3.00 ptg ke ??

Aku bersangka baik...dorang semua tu cikgu. Habis mengajar terus pegi shopping. Nak hilangkan stress..hikhikhik

Petang aku melawat opis baru. Kemas apa yang patut esp. daun kering. Kat keliling rumah tu penuh dengan pokok jadi banyaklah daun yang gugur.

Teringat aku zaman budak2 dulu. Biasanya sebelah petang mak aku akan menyapu sampah (atau lebih tepat lagi daun kering yang gugur) keliling rumah. Lepas tu dia akan bakar buat halau nyamuk. Masa tu mana nak kenal Ridsect Baygon tu semua.

Korang yang tinggal kat bandar mana boleh bakar sampah depan rumah. Kalau nak merasa masuk court buat la. Yang tinggal kat apartment \ kondo lagi haru. Penyapu lidi pun mungkin korang tak pernah tengok.



Ni la bangunan opis baru aku. Memang mesra alam. Keliling penuh dengan pokok.




2nd hall..kat sudut ni aku plan nak buat opis


Hall utama...plan nak letak meeting table dengan sofa tetamu.


3rd hall...plan nak buat packing area


Ada 3 bilik...1 jadi makmal, 1 jadi store, 1 jadi bilik tidur hehehe

Kotak kaca...akan jadi luminar

Dapur dan pressure cooker.

Perabut masih belum beli lagi. Mungkin dalam minggu ni jugak. Tempat jual perabut terpakai dah jumpa cuma masa je belum sesuai nak pegi jengok.

Malam lepas hantar anak pegi kelas tuisyen, aku ronda2 kat kolam pancing yang baru bukak hari Jumaat lepas. Menarik gak kolam tu. Kereta boleh parking betul2 tepi kolam. Brader tu kata ikan banyak...cuma sebelah malam tak berapa rancak dia makan umpan. Tu biasa la bro...ikan pun nak tido gak, korang ingat ikan tu 24 jam makan ke...macam korang, celik bijik mata je ingat mancing...balik kerja terus pegi mancing. Kalau boleh masa lunch break pun korang nak pegi mancing.

Tangan aku dah gigil...telinga aku macam terdengar2 bunyi spool kena tarik...huhu

No comments: