24 November 2009

Benih Power (18SG)

24 November 2009 - Aku terpaksa kategorikan entry ni 18SG sebab...blog ni aku punye. Suke ati aku la nak letak label apa pun !!!

Sebenarnye aku nak kasik "racun" sikit kat orang2 yang kata benih yang kitorang buat tak cukup power...ada problem..takde satisfaction guaranteed.

Meh sini aku nak show off sikit...tengok betul2 gambar kat bawah ni. Sesape yang dah rabun tu tolong pakai teropong Jack Sparrow.

Ni semua cendawan yang tumbuh dari benih kitorang yang "kononnya" berproblem aka rejected. Korang saksikanlah sendiri. Aku taknak komen lebih2...kang kata aku masuk lift tekan button sendiri plak.

Cuma aku nak kasik warning kat pengusaha2 bongkah cendawan...kalau benih kitorang boleh keluarkan hasil cendawan tanpa beg media...sendiri mau ingat la.







Dah campak dalam plastik sampahpun tumbuh gak ? Ish Ish Ish


Sambungan citer semalam ?? Tungguuuuuuuuuu...
>
>

23 November 2009

Busy..Penat..Hepi

Minggu ni agak sibuk sikit. Macam2 benda kena attend.

#1 Production

Yang ni tetap ON. Mana boleh stop bro !! Periuk nasik tuuu. Walaupun dalam skala yang kecik sementara menunggu autoclave kitorang sampai..production tetap diteruskan. Bak kata orang Somalia "sikit2 lama2 jadi KLCC" Mesin yang kitorang order mungkin sampai dalam minggu depan..tu pun kalau apek tu nak duit cepat la.


#2 UPSR


19 November 2009 - Keputusan UPSR diumumkan. Sejak petang sebelumnya anak aku dah kecut perut. Kejap2 pegi toilet. Ni penyakit mak nye la ni. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai ye dak ?? Patut la aku tengok mak nye relax je..rupa2nya kuah dah tumpah habis kat anak.

Aku keje macam biasa. Cadangnya dalam pukul 10.30 pagi baru nak ke sekolah tapi tah camane padi yang aku rebus lambat lak masak. Pukul 11.00 baru aku gerak.

Sampai kat sekolah aku tengok budak2 yang dapat 5A dah beratur kat atas pentas..sessi fotografi. Alhamdulillah anak aku ada sama kat atas pentas tu.


#3 Dari USJ ke Salak Tinggi

20 November 2009 - Hari ni aku mintak cuti. Ada dua event aku kena attend.

Pepagi lagi aku dengan orang rumah dah gerak pegi sekolah anak kat USJ. Hari menandatangani report card. Sekolah ni rajin betul nyusahkan mak bapak. Kesian orang yang bekerja...terpaksa ambik cuti. Kalau yang keje sendiri macam aku lagi haru..no work no money kata orang banjar.

Aku tak boleh lepak lelama kat sekolah tu. Lepas sign autograph..sumbat barang2 anak aku dalam boot (last day sekolah) terus cabut balik.

Tengahari dalam pukul 12.30tgh aku anak beranak bergegas ke masjid Bandar Baru Salak Tinggi lak. JAIS daerah Sepang ada buat karnival kekeluargaan Islam & barangan halal. Disamping tu dorang buat hari kecemerlangan PSRA peringkat daerah...ada bagi2 hadiah sikit. Sebab tu la aku dijemput untuk sama2 tumpang gembira.


Antara tetamu khas..Dato' Hassan Ali Exco Negeri Selangor.


Sebahagian dari murid dari sekolah agama kampung aku yang diraikan. Yang berdiri tu kompom bukan murid..takkan tak boleh beza kot ??


Antara gerai yang ambik bahagian. Masa ni orang tak ramai lagi. Masa aku balik pun orang masih tak ramai gak. Puncanya..orang belum balik keje, lokasi masjid yang agak jauh dari jalan besar, takde promosi...dan yang paling penting, opis gomen takde kat area tu.


#4 Lagi sign autograph

21 November 2009 - Kali ni turn sekolah rendah kebangsaan plak. Jangan lupe..aku masih ada sorang lagi anak kat sekolah rendah..baru darjah satu. Anak aku paling kecik yang tak berapa nak kecik tu.

Hari ni level of kesabaran aku fully tested. Bukan sebab report card anak tapi geram dengan perangai mak bapak yang datang. Helloooo mak bapak sumer...anak tu baru darjah satu lagipun hari ni sekolah suruh datang untuk sign report card, bukan untuk......

Nanti la aku sambung.

18 November 2009

Selamat Datang Musim Hujan

17 November 2009 - Dia mai dah !! Buek la camno pon..kalau dio nak turun totap turun gak.

Bila sebut pasal hujan macam2 nostalgia muncul dalam batu jemala patik ni. Semua ada..sedih ada, hepi ada, geram ada, lawak pun ada...kira all in one la.

Sedih
Masa tu aku masih keje kat PJ..ulang alik naik motor. Tu je yang mampu lagipun masa tu gaji berapa sen sangat. MLM belum ujud lagi plak tu.. hihihi "bayo ora"

Tiap kali hujan esp. pagi, produktiviti level aku akan menurun. Nak lepak bawah jambatan tunggu hujan berenti memang tak boleh. Kang punchcard merah plak. Ndak tak ndak terpaksa gak redah hujan tu. Walaupun pakai rain coat tapi still ada certain area yang air tu boleh masuk. Bab ni la yang buat aku sedih. Mana tak sedih bro...dia bocor betul2 kat area "anu" tu. Dah banyak kali aku tukar rain coat tapi tang tu jugak la dia nak bocor.

Cuba bayangkan..dressing punya la smart tapi ngam2 tang tu basah. Tak ke haru punya kes. Malu tu lain citer..sejuk tu yang aku tak boleh tahan. Makan "dalam" beb !!

Hepi
Tahun2 akhir di Sony. Aku ni jenis yang tak suka jenguk2 ke luar tingkap. Hujan ke ribut ke memang aku takkan sedar selagi tak dengar bunyik...lagipun rumah aku ni kalau pepagi memang macam pasar borong.

Lepas bersiap lebih kurang (jantan kilang kebanyakannya pegi keje selebet je) bukak je pintu...wallawey !! hujan tuuuu. Tanpa rasa bersalah ditambah dengan tanpa segan silunya aku masuk gear gostan..masuk bilik..tepuk2 bantal..landing time. Fuhhh !! dia punya nikmat takde satu perkataan pun boleh gambarkan. Kalau Sony offer aku LCD TV sebijik suruh aku datang keje pun belum tentu aku accept.

Geram
Pesanan ikhlas dari aku untuk para pemandu..bila memandu semasa atau selepas hujan tolong la bagi sedikit simpati kat orang yang berjalan kaki.

Lepas hujan.. biasa la banyak kawasan yang akan berlopak2. Masa tu aku nak ke supermarket. Tengah baek punyer aku sinsing seluar mengelak dari terpijak lopak air..ada satu kereta ni selamba badak je langgar lopak tu. Laju plak tuu. Habis lencun aku..mujur bukan air lumpur. Kalau tak mau jadi kerbau gamaknya.

Yang tambah sakit hati..drebar mangkuk tu boleh pakat gelak je bila aku maki dia. Mujur dalam kereta tu ada 2~3 orang jantan..kalau stakat sorang je mau aku baling kereta tu ngan batu.

Lawak
Aku rasa benda ni selalu jadi kat mat2 motor. Hujan sekerat2...contohnya kat Sg Besi hujan lebat tapi kat Bangi kering kontang.

Biasanya kalau hujan masa balik keje aku takkan pakai rain coat. Allaaaa nak balik pun..pedulik apa basah lencun. Sampai rumah mandi la..pastu baru syok tido.

Yang tak syoknya bila kena hujan sekerat2 ni. Masa keluar dari PJ langit clear je. Sampai kat Sg Besi hujan lebat..macam aku cakap tadi, kalau balik keje memang aku redah je. Masuk je area Bangi hujan dah berenti..bukan stakat berenti je tapi hujan tak pernah turun pun. Dalam hati aku berdoa..jangan la jumpa traffic light warna merah. Sebab ?? Just imagine..orang lain sumer kering, aku sorang je basah kuyup. Tak ke lawak tuu. Macam baru keluar swimming pool je gayanya.

Yang tak syoknya bila ada orang yang tak paham. Mula la sosek2 dalam kereta sambil tunjuk2 kat aku. Biasanya pompuan la..kalau jantan dorang tak ambik port pasal benda2 remeh ni. Ndak je aku sekeh kepala dorang tu. Bukannya nak simpati..sekurang2nya hulur la tissue ke..towel ke..ini tak, lagi nak gossip yang bukan2.

Tapi untuk tokey cendawan hujan memang satu rahmat. Masa ni la dorang akan tukar calculator yang 10 digit ke 12 digit.. nak kira untung. Sebab masa hujan ni pertumbuhan cendawan akan jadi lebih agresif...cendawan yang tumbuh pun lebih besar dari biasa. Macam manusia gak...2~3 bulan lepas musim hujan jumlah pesakit kat klinik ibu mengandung akan bertambah.

Cuma ada sorang tokey cendawan yang akan bersedih sampai meleleh ayaq liur masa musim hujan ni. Apsal plak ??

Hanya dia dan rakan2 terdekat je yang tau..hehehe

13 November 2009

Alhamdulillah !!!

12 November 2009 - Minggu gembira buat kami.

#1 Permohonan kami untuk mendapatkan mesin autoclave dan laminar flow dari kerajaan negeri Selangor dah lulus. Terimakasih kepada sifu Zul atas usaha dan sokongan beliau...yang penting masyuuuuuk.

Kami memang memerlukan kedua2 alatan tersebut untuk memastikan produk yang kami hasilkan menepati kehendak pelanggan. Nak beli sendiri mahal wey !!

#2 Petang tadi aku dijemput untuk menghadiri majlis pengumuman keputusan PSRA peringkat daerah Sepang. Jangan salah paham lak...bukan aku yang ambik periksa...tu untuk budak darjah 6 je. Aku dijemput atas kapasiti AJK PIBG. Tahun ni sekolah agama kampung aku diisytiharkan sebagai sekolah terbaik untuk daerah Sepang.

Keputusan anak aku ?? Alhamdulillah lulus. Boleh la dikira top 10 dalam Selangor.

#3 Fuhhh!! Aku lega giler bila kerajaan tarik balik cadangan mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun keatas untuk menjalani pemeriksaan Puspakom. Walaupun cadangan tu bagus untuk menjaga keselamatan pengguna jalanraya tapi masih banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. Contohnya harga kereta baru, tempat pelupusan kereta lama, pampasan atas pelupusan, jumlah Puspakom yang terhad, harga spare part etc. Lagipun kalau kita baca dalam suratkhabar kebanyakan eksiden bukannya berpunca dari faulty kenderaan..tapi lebih kepada cara pengendalian kenderaan.

Kalau dah bawak kereta \ motor sambil ber"sms" pakai Ferrari \ Ducati pun boleh eksiden gak. Aku malas nak komen pasal cara pemanduan rakyat Malaysia ni. Kang ada lak yang kata aku ni macam la bagus sangat...walaupun memang bagus hehehe. Haaa mula la berlagak tu.

09 November 2009

MALAS !!!

08 November 2009 - Bukan takde isu bukan takde citer...tapi MALAS. Sebab tu aku jarang2 update blog ni.

Kenapa ek?? Apsal boleh malas ? Dulu kemain rancak lagi berblog..ada je bahan nak diciterkan. Takkan dah boring kot ??

Bukan boring la..ntah la !! Dah malas ..nak buat camane. Walhal macam2 citer menarik yang boleh aku jadikan bahan kutukan. Dari kisah 1001 Bujet 2010 hinggalah penahanan ala tangkap anak ayam terhadap Dr Asri. Tu belum masuk bab orang gomen yang masih tak putus asa nak menuntut bonus 2 bulan gaji...macam la banyak sangat untung yang gomen buat. Bujet pun defisit lagi mau cerite pasal bonus.

Haa paling menarik pasal kereta usia lebih 15 tahun. Ntah badigul mana punya idea..tup2 nak suruh buat mandatory inspection..lawak giler. Puspakom pun boleh bilang ngan jari je dok ada kat M'sia ni lagi mau suruh 1.2 juta kenderaan pi buat inspection..ada capacity ke bang ???

Last2 tarik balik arahan tu walaupun Parlimen belum habis bersidang. Tak ke lawak taraf sukan SEA namanya tu.

Tak kose la aku nak layan benda tu sumer. Baik aku konsentret dengan benih cendawan aku tu.

Nak pegi sambung keje dulu..benih tengah kukus tu. Kang hangit lak.

Oppss..apa citer voucher beras ?? Nak aku komen gak ke ?

02 November 2009

Mini EGM

02 November 2009 - Dah seminggu production kitorang start balik hasil dari mini EGM last week. Apa korang ingat MCA MIC je boleh buat EGM ??

Ada beberapa resolusi yang dapat kitorang kumpulkan :

1 - Tak payah tunggu Tok Guru turun...lambat sangat
2 - Production kena teruskan..kalau tak sampai bilapun masalah tak selesai
3 - Kurangkan production scale..untuk elakkan kerugian yang besar
4 - Pelbagaikan process method..cari mana yang paling ngam
5 - Extend process sampai final product..sampai keluar cendawan

#1 Kalau nak tunggu Tok Guru turun tahun depan pun belum tentu lagi..dia tengah sibuk dengan projek kat Sarawak. Abih tu takkan kitorang nak nganga je kat sini. Gunung dah jadi bukit..manjang kena tarah je. Top-up takde gak..sampai bila boleh tahan.

#2 Kalau lama sangat stop takut lupa lak nanti. Kitorang ni dah la Pentium II 286MB RAM. Potensi nak crash tu memang tinggi.

#3 Kuantiti memang kurang gile..kitorang buat 1/5 dari output biasa. Salah satu punca masalah yang kitorang jangka ialah overloaded masa kukus..jadi padi tu tak sterilized sepenuhnya.

#4 Walaupun mengambil masa tapi kaedah ni terpaksa kitorang buat dengan harapan akan jumpa satu process method yang betul2 ngam untuk dijadikan standard...kira SOP la.

#5 Yang ni process paling lama. Benih matang dalam tempoh 15 hari..beg media matang 60 hari..1st harvest dalam masa 7 hari..lepas tu baru boleh tau yang benih kitorang tu menjadi ke tidak.

Walaupun apa yang kitorang buat ni memakan masa yang agak panjang tapi demi untuk menghasilkan benih yang betul2 power dan demi kepuasan pelanggan (CS)..kami takde option lain. Ini baru permulaan..kalau tak selesai sekarang lambat laun benda ni akan muncul balik.

Ingat !! Pertanian adalah Perniagaan dan Perniagaan ni adalah Periuk Nasi aku


p/s Hi orang Sony..dah dapat bonus takkan senyap je ??
.
.
.