25 March 2010

Cuti tak macam cuti

Kojap yo dah abih..tak sompek den nak poei jalan2 ngan anak bini.

Ya hadhirin hadhirat sekalian..cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik ..dah pun selesai cuti skolah. Walaupun cuti seminggu je...kira cukupla tu. Sempat gak la cikgu cikgi pegi ambik stok tudung baru..kurang2 pun dapat gak 2~3 orang downline baru.

Bagi aku cuti skolah kali ni lain macam sikit. Aku ngan partner kena attend tuition class.

Ape bende tu ?? Dah bangkes pun kena tuition gak ke ?

Hehe...tuition bukan sebarang tuition bro...ini tuition penentu masa depan. Tok Guru dari Johor dah diseru..banyak benda kena adjust. Korang ingat account kat Sony je boleh main adjust2 ni ??

Ada dua motif utama mengapa kitorang mintak Tok Guru turun :
1 - ajar resepi baru
2 - kasi brainwash customer yang komplen benih kitorang banyak buat hal

Tok Guru turun Selasa ~ Khamis...hasilnye ??? P&C...kitorang pun ada ISM gak.

Untuk tak menghampakan anak2...at least ada gak citer yang dorang boleh temberang kat skolah nanti, maka hari Sabtu kitorang pun meredah bapak segala jem kat Putrajaya...nak tengok belon.

Bukan anak2 aku ni tak pernah main belon..masalahnya belon kat Putrajaya ni tak boleh nak tiup ngan mulut. Tiup sampai kempis perut boncit aku ni pun tak jadi mende belon tu.







Dah tau belon apa ?? Agak2 korang Hercules boleh tak tiup belon tu ngan mulut ?
.
.
.

11 March 2010

Panassss..

Malaysia dilanda cuaca panas yang agak melampau...lebih dari kebiasaan. Ada sesetengah tempat suhu boleh mencecah sehingga 40 C. Tadi dengar berita ada kawasan dah mula dilanda jerebu. Tak tau la kot2 ada kebakaran hutan kat mana2 esp Indon. Dorang ni jenis malas nak tebas hutan..dorang main bakar je.

Cuaca panas bukanlah teman tapi mesra bagi pengusaha cendawan di kawasan tanah rendah. Segala2nya terencat..dari proses peram hinggalah pengeluaran hasil.

Dalam keadaan ni bongkah yang diperam amat mudah kena penyakit hijau dan oren. Pengeluaran hasil terbantut..cendawan tak nak tumbuh. Kalau tumbuh pun dah rupa cendawan OKU je.

Bukan cendawan je terencat nak tumbuh..aku nak tidur pun terencat gak. Nak pasang aircond tak mampu...maklum la orang pencen. Pulak tu baru ni dengar2 TNB mohon kat kerajaan untuk naikkan tarif. Makin banyak la staff TNB dapat bonus.

Tapi alhamdulillah..kat rumah aku ni sejak 3~4 hari lepas hujan dah mula turun. Lena sikit aku tidur.

Bila dah mula hujan ni bukan aku je yang seronok...cendawan aku pun tompang sekaki. Meriah giler dorang tumbuh. Macam ada pesta lak.



Aku rasa macam malas je nak cabut cendawan tu..nak tengok takat mana dia boleh membesar. Tapi masalahnya kalau dia dah tua sangat.. liat pulak nanti. Macam ayam..makin tua makin liat daging dia. Bukan macam manusia..makin tua makin lembik (aku belum tua haaa..cuma dah lama jer).

Semalam aku ada timbang cendawan2 tu.. purata setiap bongkah hasilkan cendawan antara 150 ke 200 gram. Kira berat gak la. Satu bongkah 150 gram..10 bongkah 1.5 kg..100 bongkah 15 kg... 1 kg = RM 10.00 Fuyooo !! Kayo pakcik.. (betul ke aku kire tuu)

Tapi cendawan tu bukan untuk dijual..tu semua bongkah ujikaji kitorang. Kalau ada lebih nanti boleh la aku sedekahkan kat jiran2..tu pun kalau dorang berani nak makan la..maklum la bahan eksperimen.

.
.
.

04 March 2010

Kipas

March datang lagi.

Apa kena mengena bulan March dengan kipas2 kat bawah ni ??
Haaaaa..meh sini aku nak borak sikit.

Kat kilang tempat aku keje dulu (Sony la tuu) bulan March ni dah jadi macam bulan pencalonan untuk Oscar Award..nak cari aktor dan aktres terhebat. Tak kisah la filem apa pon..citer melayu ke, citer tamil ke, citer cina ke, citer jepun ke... yang penting lakonan mesti mantops.

Tak paham gak lagi ??? slow betul la korang nie...lantak korang la nak paham ke idak.

Untuk bekas teman2 seperjuangan aku dulu..sedikit nasihat dari aku.

Kalau nak mengipas tu pastikan guna kipas yang betul2 "power". Kalau stakat pakai kipas tradisional baek tak payah la..buat lenguh tangan je.



Sekurang2nya kena pakai kipas industri..baru terasa angin dia.


Nak lagi umph pakai je blower...satu kilang boleh rasa. Tapi awas..jangan halakan kat amoi2 yang pakai skirt..kang ada yang rakam 3gp pastu upload kat youtube.


Slamat mengipas...zaman aku dah over.

.
.