18 November 2009

Selamat Datang Musim Hujan

17 November 2009 - Dia mai dah !! Buek la camno pon..kalau dio nak turun totap turun gak.

Bila sebut pasal hujan macam2 nostalgia muncul dalam batu jemala patik ni. Semua ada..sedih ada, hepi ada, geram ada, lawak pun ada...kira all in one la.

Sedih
Masa tu aku masih keje kat PJ..ulang alik naik motor. Tu je yang mampu lagipun masa tu gaji berapa sen sangat. MLM belum ujud lagi plak tu.. hihihi "bayo ora"

Tiap kali hujan esp. pagi, produktiviti level aku akan menurun. Nak lepak bawah jambatan tunggu hujan berenti memang tak boleh. Kang punchcard merah plak. Ndak tak ndak terpaksa gak redah hujan tu. Walaupun pakai rain coat tapi still ada certain area yang air tu boleh masuk. Bab ni la yang buat aku sedih. Mana tak sedih bro...dia bocor betul2 kat area "anu" tu. Dah banyak kali aku tukar rain coat tapi tang tu jugak la dia nak bocor.

Cuba bayangkan..dressing punya la smart tapi ngam2 tang tu basah. Tak ke haru punya kes. Malu tu lain citer..sejuk tu yang aku tak boleh tahan. Makan "dalam" beb !!

Hepi
Tahun2 akhir di Sony. Aku ni jenis yang tak suka jenguk2 ke luar tingkap. Hujan ke ribut ke memang aku takkan sedar selagi tak dengar bunyik...lagipun rumah aku ni kalau pepagi memang macam pasar borong.

Lepas bersiap lebih kurang (jantan kilang kebanyakannya pegi keje selebet je) bukak je pintu...wallawey !! hujan tuuuu. Tanpa rasa bersalah ditambah dengan tanpa segan silunya aku masuk gear gostan..masuk bilik..tepuk2 bantal..landing time. Fuhhh !! dia punya nikmat takde satu perkataan pun boleh gambarkan. Kalau Sony offer aku LCD TV sebijik suruh aku datang keje pun belum tentu aku accept.

Geram
Pesanan ikhlas dari aku untuk para pemandu..bila memandu semasa atau selepas hujan tolong la bagi sedikit simpati kat orang yang berjalan kaki.

Lepas hujan.. biasa la banyak kawasan yang akan berlopak2. Masa tu aku nak ke supermarket. Tengah baek punyer aku sinsing seluar mengelak dari terpijak lopak air..ada satu kereta ni selamba badak je langgar lopak tu. Laju plak tuu. Habis lencun aku..mujur bukan air lumpur. Kalau tak mau jadi kerbau gamaknya.

Yang tambah sakit hati..drebar mangkuk tu boleh pakat gelak je bila aku maki dia. Mujur dalam kereta tu ada 2~3 orang jantan..kalau stakat sorang je mau aku baling kereta tu ngan batu.

Lawak
Aku rasa benda ni selalu jadi kat mat2 motor. Hujan sekerat2...contohnya kat Sg Besi hujan lebat tapi kat Bangi kering kontang.

Biasanya kalau hujan masa balik keje aku takkan pakai rain coat. Allaaaa nak balik pun..pedulik apa basah lencun. Sampai rumah mandi la..pastu baru syok tido.

Yang tak syoknya bila kena hujan sekerat2 ni. Masa keluar dari PJ langit clear je. Sampai kat Sg Besi hujan lebat..macam aku cakap tadi, kalau balik keje memang aku redah je. Masuk je area Bangi hujan dah berenti..bukan stakat berenti je tapi hujan tak pernah turun pun. Dalam hati aku berdoa..jangan la jumpa traffic light warna merah. Sebab ?? Just imagine..orang lain sumer kering, aku sorang je basah kuyup. Tak ke lawak tuu. Macam baru keluar swimming pool je gayanya.

Yang tak syoknya bila ada orang yang tak paham. Mula la sosek2 dalam kereta sambil tunjuk2 kat aku. Biasanya pompuan la..kalau jantan dorang tak ambik port pasal benda2 remeh ni. Ndak je aku sekeh kepala dorang tu. Bukannya nak simpati..sekurang2nya hulur la tissue ke..towel ke..ini tak, lagi nak gossip yang bukan2.

Tapi untuk tokey cendawan hujan memang satu rahmat. Masa ni la dorang akan tukar calculator yang 10 digit ke 12 digit.. nak kira untung. Sebab masa hujan ni pertumbuhan cendawan akan jadi lebih agresif...cendawan yang tumbuh pun lebih besar dari biasa. Macam manusia gak...2~3 bulan lepas musim hujan jumlah pesakit kat klinik ibu mengandung akan bertambah.

Cuma ada sorang tokey cendawan yang akan bersedih sampai meleleh ayaq liur masa musim hujan ni. Apsal plak ??

Hanya dia dan rakan2 terdekat je yang tau..hehehe

No comments: