10 June 2009

Balik Kampung

07 ~ 09 Jun 2009 - Hujung minggu yang agak padat. Itulah kesimpulannya.

Tepat jam 12.30 tgh aku sekeluarga bertolak ke Bangi Lama bagi memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak makcik aku (anak adik bapak aku). Jaraknya takde la jauh sangat dari rumah aku ni..lebih kurang 20 minit perjalanan je.

Majlisnya agak meriah. Ramai jugak la kaum kerabat yang aku jumpa...tak termasuk yang aku tak kenal. Aku ni jenis yang tak berapa dilatih dalam bab menjejak sedara mara ni, jadi yang mana diperkenalkan kat aku..itu je lah yang aku kenal.

Ada la sorang makcik tu sudah "smash" sama aku. Dia kata mentang2 la dia miskin..orang macam aku ni mana nak kenal dia. Walhal dia kata..nenek dia dengan atuk aku adik beradik...kira dua pupu la. Aku tangkap lopong. Mujur ada Mak Lang aku (adik bapak aku) tolong backup. Kalau tak mau aku sorok kepala dalam baju. Malu weyyy !!

Aku takde ambik gambar kat majlis tu. Giler ape ??? Tak kuasa aku nak menyibuk ambik gambar kat majlis orang.

Lepas makan lebih kurang dan lepas "salam cangkuk" kitorang bergegas pulak ke Dewan Orang ramai Sungai Merab Luar. Ada majlis Meraikan Kecemerlangan Pelajar UPSR, PMR, SPM 2008 bagi DUN Dengkil.



Ada 2 orang anak aku terlibat..sorang UPSR dan sorang PMR.

Ramai gak mak bapak yang datang..penuh dewan. Tapi perjalanan majlis agak kucar kacir sedikit. Maklumla kerajaan baru...belum ada pengalaman. Tapi aku tak kesah tu semua...yang penting orang dah nak bagi, kita ambik je. Majlis baik macam tu tak usah lah dipolitikkan.

Sempat gak aku jumpa sorang kawan lama zaman sekolah menengah dulu...sama2 kayuh basikal pergi UKM tunggu bas sekolah. Dah jadi lecturer dia sekarang. Aku ?? Baru nak bukak buku baru.

Majlis selesai dalam pukul 4.30 ptg. Balik rumah lepas rehat lebih kurang aku terus tidur. Sebab !!! Lepas maghrib ada satu lagi misi...yang ni besarrrr punya misi. Balik kampung !!

Tepat jam 7.00 mlm bini aku kejutkan. Aku arahkan semua anak2 aku mandi cepat sebab lepas maghrib aku nak bertolak. Huru hara kejap rumah aku dibuatnya. Mana taknya...masa tu lah baru nak pack baju masing2. Berebut bilik air pun satu hal lagi.

Last2 pukul 8.15 mlm gak baru boleh gerak.

Kalau balik kampung, aku lebih suka memandu sebelah malam. Kenderaan tak banyak...cuaca tak panas dan yang paling penting takde nak singgah sana singgah sini. Kalau singgah pun untuk isi perut jer.

Kali ni aku singgah kat Kapar. Dulu tempat tu terkenal dengan nasik lemak tapi sekarang dah takde dah. Tempat tu dah jadi macam bistro pulak. Banyak gak la pilihan makanan yang ada.

Lepas tembelok masing2 dah penuh...akupun teruskan perjalanan. Rasa macam berat lak kereta aku ni...hehehe

Perjalanan memang lancar. Kereta tak banyak. Tapi kenderaan menghala ke Kelang agak sibuk. Sampai dekat pekan Tanjung Karang aku tengok kereta menghala ke Kelang dah mula berderet hinggalah ke Sungai Burung. Ada la 3~4 kilometer punya jem. Punca nya satu je...lampu isyarat dekat pekan Tanjung Karang. Hijau untuk main road kejap sangat tapi untuk yang keluar simpang bukan main lama lagi walaupun kenderaan yang melintas setakat apek dengan basikal roda tiga je.

Dalam hati aku berkata : mujur aku menyonsang arus. Kalau tak mau berasap radiator kereta kebal aku ni.

Aku tiba di Peket 60 Sungai Nipah, Sungai Besar tepat pukul 12.20 pagi. Biasa la tu. Selalu tu aku tiba paling awal 1.30 pagi. Saja suka2 kacau orang tidur. Dorang tak boleh marah aku...kang aku tak balik langsung baru padan muka bini aku...hihi

Aku tiba kat rumah mertua aku, benda ni dah gantung. Ni bukan khemah pelarian weyy...ni la namanya KELAMBU !!! Korang orang bandar mana kenal benda ni semua. Aku pun sejak kawen ni je baru jumpa kelambu ni. Sebelum tu stakat baca dalam novel je.


Haaa...ni menu breakfast kitorang...CEKODOK. Kat tempat lain aku tak tau apa korang panggil kuih ni. Sekarang ni yang segera pun dah ada.



Inilah pemandangan sekitar rumah mertua aku. Dorang ni pesawah. Kiranya Sg Besar ni salah satu jelapang padi kat Selangor ni.



Korang tau tak camana rupa padi ??? Jangan tau makan nasik jer tapi rupa padi tak tau camana...haaa ni lah dia.




Yang ni pulak pokok2 lain yang ada kat keliling rumah.




Korang tau ni buah apa ?? SUKUN...sebut lagi sekali...SUU KUN


Pemandangan waktu senja...cantik tak ??





Yang ni gambar tak menjadi...aku nak ambik gambar bulan tapi lain lak yang muncul.


Kat kampung tak banyak aktiviti yang boleh aku buat. Takkan nak masuk sawah lak kan? Kang
habis semua padi orang tumbang...saper nak bayar ??

Jadi, apalagi...TURUUUU (tido la tu)

Tapi sempat gak la aku ronda2 pekan Sungai Besar yang famous dengan kain2 murah tu. Bukan kain yang aku cari tapi Pressure Cooker. Walaupun aku tengah bercuti di kampung tapi projek opis baru aku tu tetap berjalan.

Rupanya tak ramai yang tau pasal pressure cooker ni. Sebanyak banyak kedai kat pekan Sg Besar tu cuma ada 2 kedai je yang jual benda alah tu. Itupun takde size yang aku nak. Tokey tu kata kat bandar Kelang banyak kedai jual periuk tu. Takpa lah...nantilah aku carik kat Kelang.

Aku bertolak balik ke Desa Putra hari Selasa pukul 11.00 pagi. Tak boleh balik lewat sangat sebab malam nanti anak aku yang no.3 tu ada kelas tuition untuk UPSR. Dah lah kelas tambahan sekolah agama untuk hari tu dia dah ponteng. Aku memang tak benarkan anak2 aku skip@ponteng kelas...nanti terbiase sampai ke tua.

On the way balik aku takde singgah mana2. Sampai kat Desa Putra aku singgah kat gerai kueh tak jauh dari rumah aku tu. Beli nasik lemak ngan cendol buat makan tengahari. Makan malam lain punya story.

Bila dah on the road 2~3 jam non-stop...korang paham2 je lah dia punya penat. Kena pulak badan manja macam aku ni...apa lagi, macam boxer kena tumbukan ceduk...TKO

zzzzzzzzzzzzz

No comments: