01 June 2009

Hari pertama sebagai Penganggur

01 Jun 2009 - hari ni merupakan hari pertama aku bergelar penganggur. Sakit badan semalam tak hilang lagi tapi badan ni bukan boleh dimanjakan sangat..nanti naik lemak.

Pepagi lagi aku dah bersiap...macam biasa. Anak aku tanya "abah nak gi mana ?".."nak pegi opis" aku jawab. Bini aku ternganga...ada la dalam 10 saat baru dia bersuara "pegi opis ??" Aku tak menyahut...sengeh jer !! "oooo opis baru ! " kata bini aku...baru dia teringat rumah yang kitorang basuh semalam adalah bakal opis aku yang baru.

Lepas pekena milo seteguk dua aku pun capai kunci kereta dengan kunci "opis baru"..nak gerak dah. Bukak je pintu, bapak aku dah ada kat luar tengah layan cucu2nya main pistol air.."nak kemana pepagi ni ??"tanya nya...aahh sudah !! nak kena bersoal jawab lagi ke ni ?? "nak pegi opis" aku jawab sambil menyeringai..."kata dah berenti kerja..pegi opis buat apa ??" soalan kedua pulak muncul. Aku..masih menyeringai "opis baru...tu kat rumah hijau tu" (rumah sewa bapak aku tu kaler hijau) Baru dia paham.

Rupa2nya bukan aku sorang je yang mental disorder hari pertama ni..dari anak sampai la ke bapak aku, semuanya pakat konpius sama2...memang sah lah dorang nie satu genetik.

Aku pegi awal ke rumah tu bukannya apa...nak bukak semua tingkap2 nak kasi masuk udara segar...biar hilang semua bau2an mat security yang hampeh tu. Itupun kat bilik tidur bau tu masih setia disitu. Aku ingat nak sembur dengan ARAMIS je nanti.

Sedang aku buat inventori lampu2 yang dah kong, sms lak masuk..."bro, aku nak turun Bangi..dlm kul 10 aku sampai" sms dari si Zul - usahawan cendawan puchong
Ok jugak si Zul ni turun..tak payah aku pegi puchong jumpa dia..jimat duit minyak dengan toll..sambil tu boleh gak dia tengok2 rumah aku tu..ok ke condition dia kalau nak buat opis.

Habis buat inventori aku balik rumah..sambung pekena milo dengan cekodok pisang.

Pukul 10 berlalu...si Zul ni tak sampai2 lagi..tak habis2 dengan perangai dia yang kencing berasap. Zul ni pun ex-Sony gak..dia berenti awal sebulan je dari aku..tapi dia tak ambik VSS..dia ambik SICCAR..jangan tanya aku apa makna benda tu..tapi kira dapat pampasan jugak la.

Sambil aku layan PS1(ni je yang aku mampu) dengan anak aku..Pak Din lak call...ajak pegi minum kat La Rizz..layan je laaa. Aku call Zul suruh dia terus pegi La Rizz.

Pak Din ni pun ex-Sony..macam aku jugak ambik VSS tapi dia berenti awal dua bulan dari aku.
Tokey rempeyek dari Jengka. Rempeyek dia memang power. Setakat satu packet 25pcs tu sekali duduk jer..sedap giler.

Sedang baek punya pekena roti telur dengan nescafe tarik, si Mus pulak muncul. Dia ni masih lagi kat Sony. Boleh la kitorang lantik dia jadi spy..hehehe

Dah habis roti telur kena bedal baru la si Zul muncul dengan sengeh dia yang Famous Amos tuu.

Panjang jugak la borak kitorang. Pak Din sambil2 promote bisnes emas dia tu sempat gak dia hulur kad jemputan kawen anak dia. Tahniah Pak Din. Dapat lagi sorang menantu.

Lepas minum aku bawak Zul pegi tengok opis baru aku. Menarik..sesuai..luas..full package. Itu komen Zul. Rumah 3 bilik..2 ruang tamu..1 ruang lepak..1 ruang dapur memang lebih dari cukup untuk aku setup opis baru aku yang perlukan 1 bilik untuk dijadikan makmal..1 bilik store..1 ruang pejabat..1 ruang untuk meeting..1 ruang untuk tetamu dan dapur untuk memasak.

Apa aku nak buat dengan makmal tu..makmal apa ? Biar betul mamat ni..nak buat makmal segala !! Apa kena mengena accounting dengan makmal. Takkan nak prepare balance sheet dalam makmal kot ??

Ape ape aje la mamat ni.....bersambung

No comments: