06 September 2009

Legal compliance

03 September 2009 - Dengar sini orang2 kampung ! Dengan ini diumumkan bahawa segala operasi yang kami jalankan di premis bla bla bla adalah sah disisi undang2.

Merepek apa lak ni ? Sebelum ni korang buat kerja haram ke ? Biar betul bro ?

Woitt !! Mulut kasi jaga sikit aaa...gigi kasi berus sama itu flouride punya ubat. Tara bikin kalu...busuk juga ada keluarrrr.

Nak kena citer la gamaknya ni. Kalau tak mau keluar macam2 gossip liar pasal operasi kitorang kat rumah tu. Dah la rumah semedang berkunci je..sampai tingkap pun tak bukak tapi ada lak kereta ngan motor buruk parking kat garaj. Apa dorang buat kat dalam tu ek ? Haaaa dah nak start la tu ! Sebelum gossip menjadi fitnah...baik aku citer perkara yang sebenar.

Hari ni aku ngan partner ambik keputusan untuk menyantaikan diri ke KL. Tempat tujuan ialah...lupa lak nama tempat tu sekarang sebab dah tukar nama. Dulu nama dia Yaohan.

Dalam pukul 9.30am kitorang gerak ke stesen Komuter UKM. Bukannya taknak bawak kereta tapi memandangkan aku baru pernah sekali merasa naik komuter jadi aku nak test power lagi skali. Sambil2 tu boleh gak aku peratikan gelagat2 manusia kat dalam train tu.

Penumpang takde la ramai sangat...mungkin dorang dah ambik train awal kot. Tapi ramai tak ramaipun kitorang terpaksa gak berdiri..sampai la kat KL Central. Dah rasa macam monyet je bergayut dalam train tu.

Kitorang turun kat stesen Putra...kena menapak la pulak. Bab ni yang aku tak suka..bukan takde stamina tapi mengah bawak perut yang berat ni. Agaknya camni la rasa orang yang sedang ngandung 5 bulan kot..baru naik tangga sikit dah semput. Ntah la ! Bila la perut aku nak kempis agaknya.

Destinasi kami adalah pejabat SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami nak daftarkan company kami supaya segala urusan selepas ini akan tertakluk dibawah undang2. Lepas ni kami nak berdaftar pulak di MOF - Kementerian Kewangan. Tujuannya untuk merebut peluang tender perbekalan di mana2 agensi kerajaan.

Mujur hari ni orang tak ramai. Tak sampai sejam semua urusan selesai dan secara rasminya tertubuh lah JUARA AGROTECH RESOURCES.

Apasal letak nama Juara bukan Kamal atau gabungan nama macam Jumal ke..Juka ke..Kaju ke..Kara ke..takpun JuaraKamal ? Bagi aku letak nama sape pun aku tak kisah. Yang penting nama tu mesti ada kekuatan yang bakal menjadi cermin kepada company kami.

Juara..apa maksud juara ? Apa kekuatan yang ada pada perkataan "juara". Mana lebih gempak antara "juara" dan "johan". Renungkanlah sendiri.

Memandangkan tengah puasa jadi aku tak berminat nak ronda2 kat mall tu...buat penat je. Habis je segala urusan kami pun balik. Yang pastinya naik komuter lagi. Kali ni kitorang tak jadi monyet...tempat banyak kosong. Yang bestnya kitorang sempat lagi berbincang macamana nak upgrade pekhidmatan komuter tu. Macam la RapidKL tu bapak kitorang yang punya. Tapi mana nak tau ek ! Tup Tup satu hari nanti kitorang take-over company tu...Amiin

Sepanjang perjalanan pergi balik..banyak ragam manusia yang menarik minat aku...macam macam adaaa !! Aku taknak fokus terlalu detail...kasi yang general je.

Aku cuma nak bandingkan dari segi etnik tanpa ada niat hendak memburukkan mana2 kaum.

Apa yang dilakukan semasa menunggu \ dalam train :

Melayu
1 - Tidur
2 - Dengar lagu..maklum la henpon canggih
3 - SMS...sampai sekarang aku masih tak paham pasal kepentingan menatang ni
4 - Buat bodo

Cina
1 - Tidur
2 - Berborak dengan kawan
3 - Membaca...novel, newspaper
4 - Betul2kan skirt...beli salah size

Bangla
1 - Tengok amoi betulkan skirt

Kesimpulannya...takde apa2 kesimpulan. Saje nak panjangkan entry.

No comments: