01 September 2009

Trip ke JPN

28 Ogos 2009 - Hari ni aku memaksakan diri untuk ke JPN...nak buat mykad anak dengan aku punya sekali. Tempoh sebulan untuk anak aku dah nak over. Kalau lewat kena denda. Yang mykad aku pulak chip dah rosak...scanner tak boleh read. Yang ni sah kena 10 hengget. Hamlau betul la...dorang yang bagi produk takde kualiti kita lak yang kena denda.

Tiba kat area parcel2 tu dalam pukul 2.50pm. Dari jauh aku tengok kenderaan punya la banyak. Ada accident ke ?? Selalu tu aku ronda kat area tu takde la sesak camtu skali.

Lepas bergerak ala kura-kura...lepas himpit menghimpit dengan bus baru la aku lepas area parcel A...dan baru la aku tau apa punca sebenarnya. Patutla muka2 yang ada kat dalam kereta sekeliling tu macam aku kenal je dari puak mana. Rupa2nya dorang berebut nak masuk opis balik. Kalau lelaki tu mungkin tok khatib tadi baca khutbah panjang sangat...tu pasal lambat. Yang pompuan ni sebab apa pulak ek ?? Takkan nak salahkan cashier kot..hehehe

Yo bro...dah dekat pukul 3 ptg..tak reti2 nak balik opis ke !! Kalau kat Sony tu dah kena potong gaji dah tu. Pegi parking lot lebih 10 minit pun kena potong gaji...inikan pulak lambat balik dari Friday break. Tapi bila bab mintak bonus...puak2 ni la kedepan dulu.

Kat JPN orang tak la ramai sangat. Semua urusan berjalan lancar. Lebih kurang setengah jam semua dah settle.

Aku perasan satu notis kat kounter tu...Urusan di kaunter sampai pukul 5 ptg. Pastu start September hari sabtu dan ahad kaunter akan dibuka setengah hari. Jadi maksudnya office hour gomen takde la berubah sangat bulan puasa ni. Habis tu camana plak aku boleh jumpa Mamat Batik and the gang kat Mydin pukul 2.30 ptg semalam ? Kena panggil Uncle Seekers ni.

Yang bestnya mykad aku anak beranak siap dalam 24 jam. Tapi disebabkan besok besok dan besoknya hari cuti...maka hari Selasa baru boleh ambik. Kira ok la tu...takde macam dulu kena tunggu sampai sebulan baru siap. Itu pun kalau siap.

Tapi aku puji la staff yang jaga kaunter kat JPN tu...tak lekang dengan senyuman. Tak kira la staff lelaki ke pompuan. Macam ni la baru betul...bukan macam cashier kat Pejabat Pos BBB esp yang lagi 4~5 tahun nak pencen tu. Senyum jangan harap la...laki dia je yang layak dapat senyuman menawan dia tu. Dah tu volume suara macam radio pakai battery cell kering...satu building boleh tau apa urusan kita kat situ. Tu belum masuk citer berborak lagi tu. Management memang hampeh giler..dah nampak customer punya ramai sampai melimpah keluar...kaunter yang bukak ada 3~4 je...takkan tak cukup staff sebab kat situ ada 7~8 kaunter. Pada aku biar ramai staff dari kaunter. Ni tidak...banyak kaunter dari staff.

Aku dengan pejabat pos BBB tu memang ada sejarah tersendiri...dorang dah goreng salah orang pada masa yang salah. Lain kali aku citer...lepas raya ke..ahaks

No comments: