27 September 2009

Raya Day#2

Aku di landa Sindrom Kemalasan Terlampau. Segala2nya malas termasuklah nak beraya rumah sedara mara. Badan rasa lemau semacam. Mungkin kesan dari travel semalam tak habis lagi kot (tak nak gak ngaku dah tua tuu).

Puas aku fikir apa cara nak "cover line". Takkan nak tebongkang kat rumah je. Nanti apa lak kata ipar duai aku. Lagipun satu rumah sedara pun aku tak pegi lagi. Pusing punya pusing..tetiba lampu Aladdin berasap. Itu jin kepala toncit sudah bagi satu idea paling bernas...Cuti-cuti Malaysia. Destinasi pelancongan paling dekat iaah Teluk Intan.

Menarik gak idea tu lagipun sejak kawen aku tak pernah lepas sampai ke Teluk Intan. Paling jauhpun setakat Sabak Bernam je. Aku bagitau bini aku tentang cadangan jin toncit tu..dia ON aje.

Lebih kurang pukul 11 pg aku anak beranak gerak ke Teluk Intan. Jalan takde la sibuk sangat. Ikut jangkaan aku dalam masa sejam sampai la kitorang ke Teluk Intan.

Lepas je kawasan Sabak Bernam (sempadan Selangor / Perak) pemandangan dah mula berubah. Jalanraya memang cantik..double lane dan lurus. Kiri kanan takde pokok lain yang nampak selain sawit dan pisang.

Yang menariknya kat sesetengah area ada lorong khas untuk motosikal. Kiranya takkan ada la aksi mat motor cilok mencilok macam yang selalu kita nampak kat KL.

Masa menghampiri simpang Lumut / Pangkor suasana dah mula berubah. Kenderaan dah mula banyak dan perlahan. Lorong motor dah kena hijacked dek kereta. Kesian mat motor...lorong yang ciput tu pun kena rembat. Patutla Tun M kata pemandu kat Malaysia ni muka tak tau malu.

Camana nak malu brade..dah cikgunya kencing berdiri, anak murid apalagi..sambil berlari2 la gamaknya. Tak caya tengok gambar kat bawah ni. Takkan korang tak kenal Pajero putih tu. Tapi hari raya punya pasal aku bersangka baik..aku andaikan peronda tu nak cepat..nak hantar lemang balik kampung.


Tetiba aku ternampak signboard "Komplek Sejarah Pasir Salak". Ini sudah cukup bagus...tembak satu peluru kena dua musuh. Dengan confident level pada tahap tertinggi aku membelok kereta menghala ke destinasi baru.

Aku ingatkan dekat je..rupa2nya lebih kurang sama je jaraknya kalau aku patah balik ke Sungai Besar. Ni aku nak bagi cadangan kat PBT...kalau buat signboard tu letak la sekali jaraknya. Takde la orang2 naive macam aku ni terkena kencing berasap. Lagipun masa SPM dulu Geografi aku P7 je.

Walaucamanapun kami tetap tiba ke destinasi. Muka anak2 aku dah mula berseri balik bila nampak pintu gerbang komplek tu.


Tapi aku pelik..apsal lengang je kat dalam komplek tu. Kereta banyak parking kat kiri kanan jalan tapi orangnya takde. Semakin aku menghampiri pintu utama komplek hati aku makin berdebar terutamanya bila dari kejauhan aku nampak ada sekeping kertas tertampal dekat gate. Huarrggghhh...tensionnya akuuuuuuu.


Patutla lengang je..tutup rupanya. Habis nak buat camana..nasi dah jadi bubur..terpaksa la aku modified bubur tu jadi bubur lambuk. Yang kenyang anak2 aku sebab kat tepi tu ada gerai jual air dengan hotdog. Aku...makan asap.


Kami teruskan perjalanan ke Teluk Intan. Kali ni jalan dah mula sesak. Mujur ada brade polis jaga trafik kat setiap simpang utama..terkawal la sikit perangai pemandu2 setan yang suka potong que..thanks bro.


Ini la kali pertama aku dapat tengok Menara Condong Teluk Intan secara live. Aku cuba gak cari kat keliling menara tu kot2 jumpa punca dia boleh condong..mana la tau kan..salah design ke. Tapi tak jumpa dan takkan jumpa...aku bukan arkitek la.


Lepas snap 5~6 keping gambar..kitorang melilau cari tempat makan. Tangki aku ni memang sejak pagi belum ada benda heavy yang masuk. Dah macam2 genre lagu aku dengar keluar dari perut aku yang bercapacity 2.4 liter turbo ni. Cari punya cari mujur ada kedai makan orang kita yang bukak..tapi lambat sikit la service dia. Mungkin pelayan kedai tu cuti raya kot sebab aku tengok orang yang memasak dan ambik order tu adalah orang yang sama. Tapi aku tabik spring la sebab raya #2 dah start niaga. Dia sanggup korbankan kegembiraan hari raya semata2 nak memasak untuk orang2 macam aku...yang tak berapa reti untuk menikmati keindahan aidil fitri.

No comments: