03 September 2009

Gugu Gaga Kerja

01 September 2009 - Hari baru..bulan baru..keje baru. Secara rasminya hari ni aku start keje balik...tapi bukan 8.00am ~ 5.30pm macam Sony atau 12.30pm ~ 4.50pm macam sessi petang sekolah rendah anak aku...tapi ISA - Ikut Suka Aku. Tengok pada customer order la.

Yupp!! Production dah start. Masa untuk aku merempit dah over...(sekali sekala boleh kot). Cadangan untuk start production lepas raya terpaksa dibatalkan. Tak bley tunggu woo...tokey cendawan dah bising mintak benih. Cukup2 la tu honeymoon...dah 3 bulan wey !! Orang baru kawen pun tak tentu pegi honeymoon lagi.

Buat masa ni kami buat je ikut capacity yang ada. InsyaAllah akan cuba di upgrade dari masa ke semasa...ikut keperluan. Lagipun dengan kederat kuda tua macam kami ni paham2 je la...skru dah banyak longgar.

Target output untuk sehari dalam 100 pack..tapi kalau dapat buat 60 ~ 80 pack dah kira cukup bagus. Kami akan cuba buat beberapa method...lepas tu boleh la pilih mana yang paling sesuai untuk dijadikan standard. Mujur partner aku orang lama dalam bab production ni...nak harapkan aku ?? hehe buat stock take pun kekadang menipu...ssshhhh !! jangan citer ngan bebudak costing...naya punya kes tuu.

Dengan dua enjin tua ni lah yang akan menanak padi, packing, merebus, menyuntik benih dan storing...enjin tu jugakla yang akan jadi cleaner, housekeeper dan gardener. Tu belum masuk bab hantar / jemput anak ke sekolah lagi tu.

Fuhh!! Macam tak caya je aku akan mampu buat sumer tu. Dah la bulan puasa...godaan banyak walaupun setan dah kena gari.

Mampu tak mampu kena tolak tepi brade !! Kena ingat kat rumah ada 5 perut nak di isi. Puasa bukan alasan untuk menurunkan produktiviti.

Sebut pasal puasa ni..aku pelik sikit dengan sekolah rendah anak aku tu...mungkin sekolah lain pun sama gak kot. Aku rasa adalah kurang wajar untuk mengurangkan waktu persekolahan beralasankan bulan puasa...kononnya waktu rehat ditiadakan. Normal day waktu persekolahan sesi petang dari 1.10pm ke 6.30pm = 5 jam 20 minit. Untuk bulan puasa dari 12.30pm ke 4.50pm = 4 jam 20 minit. Beza 1 jam tuuuu. Takkan dorang rehat 1 jam kot. Setau aku masa rehat murid cuma 20 minit. Jadi maksudnya bakal ada 1 period yang akan dikorbankan. Melampau betul.

Ada masaalah ke kalau balik pukul 6.10pm ?

Kalau alasannya nanti cikgu tak sempat nak masak kat rumah...piiiirah. Pagi korang buat apa ?? Jangan buat lawak la kalau korang kata pagi nak semak buku kerja murid la...nak prepare topik mengajar la...halloooo jangan nak kencing la !! Korang kat sekolah tu bukan memanjang ada kelas. Ada masa korang free. Patutnya masa free tu la korang guna untuk buat segala macam jadah yang korang kena buat. Bukannya masa free tu untuk jual tudung, kain, kueh raya, insurans atau buat Meeting Larut Malam.

Kalau alasannya tak nak bagi makbapak terkejar2 jemput anak...takut tak sempat sampai rumah nak berbuka. Satu lagi alasan bertaraf loji IWK. Orang kilang balik 5.30pm untuk normal shift. Yang shift 12jam balik 6.15pm. Sepanjang 17 tahun aku keje kilang tak pernah dengar lagi dorang bersungut pasal tak sempat nak masak la..nak beli juadah berbuka la..etc. Tu belum sebut pasal OT paksa lagi tu.

Aduyai !! Letih la layan ragam puak2 ni. Walaupun mungkin bukan dorang yang empunya keputusan \ arahan...sekurang2nya pikirkanlah tentang kerugian pihak murid. Sekolah kaum lain berlumba2 menambah waktu pembelajaran tapi sekolah kita berbangga plak balik awal. Kalau tak percaya cuba pegi ronda kat sekolah kaum tu masa hari sabtu...tak kira la sekolah rendah ke menengah. Lepas tu pegi lak ke sekolah kita. Bandingkan.

Dalam hal ni aku tabik spring dengan ustaz ustazah SRA. Dorang tetap balik 5.30pm walaupun gaji mereka sama banyak dengan elaun kerani sekolah kebangsaan.

No comments: