13 September 2009

UPSR, PSRA, 2nd Quarter

10 September 2009 - Dah berapa hari kita puasa ek ?? 20 hari kot ?

Mamai betul la..sejak pencen ni hari ngan haribulan pun aku dah tak ingat. Main redah je...yang penting tiap2 hari ada benda yang aku buat. Stok benih dah makin banyak walaupun pakai enjin tua. Bak kata pepatah...sikit2 lama2 jadi bukit.

Diam tak diam gak UPSR hari ni dah last day. Camane la anak aku yang nombor 3 tu. Boleh ke dia jawab..bukan setakat jawab..yang penting jawapannya kena betul. Aku memang tak tanya pasal periksa dia tu...takut kang tension lak. Biar dia habis dulu..lepas tu baru interview. Bebudak zaman sekarang ni sensitip skit. Silap tanyer mau kita disuruhnya ambik peperiksaan tu...tak ke haru rambut dah beruban baru nak ambik UPSR. Doa kan je lah yang terbaik buat dorang.

Habis UPSR ni terus sambung PSRA pulak. Takde break langsung. Tu la masalah kalau ada dua otoriti yang kendalikan sekolah dan peperiksaan. Macam gajah ngan gajah bergaduh...yang tersepit sape ?

Dah lama aku tak citer pasal jalan2 cari juadah di bazaar ramadhan. Bukan takde citer menarik tapi tahap kepeningan aku nak pilih makanan mengatasi kemenarikan citer tu. Mau tak pening wey...tiap2 hari mengharung deretan gerai..menghidu ratusan bau..skodeng ribuan "kueh" tapi last2 kat gerai tu jugak aku singgah.

Ada skali tu..lepas aku tawaf seround baru aku perasan gerai biasa tu tak niaga. Menggelabah beruk Mat Yeh aku kejap. Bukan tak boleh beli dari gerai lain tapi bab rasa yang aku tak boleh nak kompromi. Orang puasa ni tekak dorang lain macam sikit. Lauk tak letak bawang putih pun dia boleh tau. Akhirnya hari tu aku terpaksa tukar menu set...kalau tak mau sampai ke sahur aku kena bebel.

Bila dah masuk 2nd quarter of ramadhan ni orang dah mula berjinak2 dengan shopping complex. Rata2 tokey kedai dah mula gantung discount rate. Ada yang sampai 70% discount. Yang ni kena hati2 sikit. Kadang2 tu kencing je lebih. Harga asal dorang naikkan 70% pastu bagi discount 70%...jadinya wal hasil balik asal. Balik opis citer ngan kengkawan "Fuyooo !! Semalam aku beli kebaya kat butik tu dia bagi diskaun sampai 70%...aku sambar 30 pasang untuk sebulan raya..cepat pegi wey..nanti habis" Dialog yang biasa aku dengar sejak 17 tahun dulu.

Aku shopping camane pulak ?? Lain kali aku citer...Uniknya Ramadhan bersama Aku.

Masa zaman aku keje dulu..hujung2 ramadhan merupakan masa yang paling menyiksakan di opis. Bukan sebab beban kerja tapi beban memikirkan persiapan raya. Baju anak2 tak beli lagi..kueh tak decide lagi nak buat kueh apa..sempat ke orang rumah siapkan baju untuk pagi raya..rumah tak kemaskan lagi..duit angpow tak tukar lagi...kereta tak servis lagi...dan yang paling tension "gaji tak dapat lagi"...huwaaaaa !!

Pengalaman paling manis sampai jadi pahit bagi aku ialah terpaksa keje masa raya eve. Tahun bila aku dah tak ingat. Bayangkanlah orang lain tengah sibuk bakar lemang walaupun aku beli je kat Sg Tangkas..orang lain tengah sibuk kacau rendang walaupun aku tak pernah tolong pun..orang lain dah halfway nak sampai kampung walaupun aku takde kampung..tapi aku masih ngadap pc kat opis buat month end closing...semata2 sebab Jepun tak celebrate Hari Raya. Dan bagi menambah lagi kepedihan hati aku..masa tu takde sekor pun Jepun kat kilang sebab hari tu kilang dah cuti. Jepun2 lahanat tu tengah syok menebas kat golf course...termasuklah big boss aku sendiri.

Itulah kenangan yang akan aku jadikan sebagai sempadan..bukan teladan.

No comments: