29 September 2009

Raya Day #3

Nak tak nak hari ni aku tetap kena pegi beraya. Dapat pegi rumah yang bertaraf "wajib" pun jadi la. Yang penting aku boleh jawab kalau orang tanye "beraya kemana hari ni ?". Orang kita ni kan ringan mulut...dah nampak makcik tu terkedek2 jinjing sayur ngan ikan lagi nak tanye "balik dari pasar ke ?". Cuba ubah sikit soalan tu...contohnya "ramai ke orang kat pasar hari ni ?"...takpun "nak buat kenduri ke ?...jangan lupa jemput saya !!".

Dalam malas2 pun sempat gak la aku beraya kat 4 buah rumah. Kalau tak cukup kuota lagi..besok je la aku sambung. Lagipun perut aku ni dah tak larat nak tampung air gas. Nak mintak air lain segan lak kat tuan rumah. Nampak sangat ngada2nya. Aku pun heran..apsal masa hari raya ni orang suka sangat hidangkan air ber gas. Takkan dah jadi budaya kot ?

Masa tengah beraya kat rumah abang ipar aku..tetiba je kecoh dorang story pasal anak buah aku accident motor..terok gak sampai kena jahit kat pipi. Bila pulak budak tu accident...masa aku keluar tadi elok je aku tengok dia terbaring depan tv. Siasat punya siasat..rupanya dia jatuh sendiri masa on the way nak join kitorang beraya kat rumah abang ipar aku tu. Mujur takde langgar sesapa..kalau tak sure jadi kes polis.

Tiba kat rumah aku tengok dia dah terbaring kat depan tv..sama macam masa kitorang keluar tadi. Takde la parah sangat..setakat calar balar je..cuma kat pipi tu terpaksa dijahit sebab luka dia dalam. Kalau ikut teknologi perubatan sekarang..luka2 camtu dorang tak jahit dah...main gam je..takut berparut.



No hal la tu..dah jadi adat bawak motor..selagi tak jatuh kira belum terer lagi. Macam orang lelaki..selagi belum "potong" selagi itu la takkan upgrade jadi remaja.

Tengah baek punyer membuta..tetiba bapak aku call. Ada sad news. Termenung aku kejap. Janji dengan anak2 nak balik besok tapi kalau aku tak balik hari ni takut tak sempat pulak. Apa lak orang kata nanti. Tanyer kat orang rumah..dia kata mana2 pun boleh..nak balik hari ni boleh besok pun boleh. Tengok jam dah pukul 6.30 ptg. Aku buat keputusan "saya yakin betul..kita balik lepas maghrib".

Kenderaan dijalanraya memang banyak tapi takde la sampai jem..cuma kena lebih alert. Travel malam2 ni bahaya sikit..takut tertipu dengan cahaya. Tapi yang paling aku geram dengan pemandu yang tak reti nak pakai lampu rendah. Silau wey !! Lain kali kalau beli kereta tu belajar la dulu camana nak guna sumer suis kat stereng ngan dashboard tu. Yang korang pi suluh langit tu buat ape !!

Satu lagi kereta yang pakai halogen bulb..betulkan aku kalau salah tulis nama bulb tu..tapi cahaya dia memang terang giler. Kalau setakat duit 5 sen jatuh senang2 je nak cari. Memang la bagus untuk pemandu kereta tu..sumer nampak clear TAPI pikir la sikit orang kat opposite lane. Kalau ikutkan hati nak je aku pecahkan lampu kereta tu...pastu ganti dengan torchlight cap kucing. Aku rasa orang2 macam tu baru lepas buat operation buang hati dengan perut kot. Sebab tu dia tak berhati perut.

Ngam2 3 jam kitorang punya journey. Tiba kat rumah dah pukul 11 mlm lebih. Bapak aku cakap "yang tu" belum settle. Alhamdulillah...maksudnya aku masih sempat lagi. Besok je la aku pegi.

No comments: