31 August 2009

Mat Batik

27 Ogos 2009 - 2.30pm Mydin Precint 15 Putrajaya. Aku dengan orang rumah je merewang hari ni. Anak2 semua tinggal...musim H1N1.

Masuk je supermarket tu mata aku dah terfokus kat satu objek...walla wey !! Mat Batik dah sampai dulu rupanya. Alaaa takkan tak kenal Mat Batik ? Hari ni hari Khamis la...sape lagi yang pegi keje pakai baju batik tiap hari Khamis.

Aku konpius kejap...camane baru pukul 2.30 ptg mamat tu dah ada kat supermarket. Memandangkan sekarang dalam bulan puasa jadi aku kenalah bersangka baik. Aku anggap je mamat tu sedang beli barang keperluan pejabat...tak pun memang boss dia yang suruh. Al-maklumlah "Saya yang menurut perintah"

Bukan dia sorang je yang aku nampak...ada lagi 4~5 orang awek yang seangkatan dengan Mat Batik tu. Bukan susah pun nak cam group dorang ni..dari dressing memasing pun dah tau..tu belum cium bau lagi tuu.

Cukup la stakat ni dulu aku ngumpat..ngabiskan pahala pose aku je.

Petang macam biasa..ronda bazaar ramadhan. Pegi fasa 1 dulu beli keperluan untuk anak2..pastu baru ingat nak jenguk bazaar ramadhan kat tempat lain pulak.

Tengah sesi beli membeli aku terdengar brade jual karipap tu sound "dia dah mai dah !!" Aku toleh kiri kanan kot2 ada "pemandangan" yang special...rugi tak tumpang semangkuk...tapi takde la pulak. Kencing berasap punya brade. "Makin ramai tuu " brade sebelah tu pulak bersuara. Aku malas nak layan...ni mesti geng sekencing dorang gak ni.

Sedang aku belek2 kocek nak bayar..baru aku perasan..aku lupa nak toleh keatas. Hujan dah turun daaa. Mujur hari ni aku bawak keta...kalau merempit mau makan bubur nasi lemak anak2 aku buka puasa nanti. Nasi lemak ?? Ahh sudah !! Yang tu aku tak beli lagi. Hujan makin lebat. Baju aku dah lencun. Orang lain aku tengok semua dah pakat tompang berteduh kat payung peniaga. Ada sorang mak dara jual nasi campur tu aku tengok dah tarik muka 14. Mungkin dia tak suka orang kerumun gerai dia tompang teduh...kalu membeli lain la citer.

Hujan pun hujan laa...aku redah je. Nak tunggu reda sampai bila...lagipun memang aku dah kuyup. Kalau aku demam pun besok bukannya aku keje.

Mujur nasi lemak brade tu belom jadi bubur lagi...boleh la anak2 aku berbuka secara normal hari ni. Yang paling syok nya ada sorang mak dara tu..dia pun macam aku gak dah lencun habis..tapi tak berani nak berdiri dalam hujan. Last2 dia pegi berteduh kat gerai sebelah...dengan suara ala ala Siti Nurhipokrit..dari jauh je dia order lauk apa dia nak. Macam tu punya manusia pun ada kat BBB ni.

Tok Guru aku pesan..kalau kena hujan biar basah lencun. Yang jenis kena hujan sikit2 tu yang boleh bawak demam selesema.

Kalau hujan renyai2 je camana pulak ? Takkan nak tunggu sampai lencun...sampai bila wey ??

Apa susah bro...sampai rumah korang mandi laa. Jangan bagi air hujan tu kering sendiri kat badan. Tapi kalau korang berani cuba la mintak air barang sebaldi dua dari brade jual jambu 123 tu...pastu jirus satu badan sampai lencun. Tapi jangan salahkan aku kalau ada yang beraya kat Tanjung........

No comments: