23 August 2009

Fiesta bermula

22 Ogos 2009 - Puasa dah start. Bukan pengisian puasa yang hendak aku bebelkan tapi tentang nafsu makan orang kita hingga sanggup menggadai nyawa. Kalau nyawa dorang sendiri lantak pi la...ni tidak..dengan nyawa anak bini dorang sekali digadainya. Macam nak kena tanam dalam satu kubur je azam memasing.

Hai !! Keras je bunyiknya tu. Meroyan apa lak kali ni ??

Memang aku meroyan. Bukan takat tu aja..geram, marah, kesal semuanya ada.

Untuk hari pertama ni aku pegi merewang kat pasar ramadhan di fasa 1 BBB. Bukan juadah yang aku peratikan sebab dari rumah lagi aku dah set dalam kepala otak apa makanan yang nak aku beli...siap kat gerai mana nak beli pun aku dah set sekali.

Yang aku peratikan sesangat ialah gelagat pengunjung. Aku rasa dorang2 tu semua tak baca suratkhabar ataupun tengok berita kat tv. Dah terang2 Kementerian Kesihatan keluarkan amaran supaya kurangkan aktiviti dikawasan yang sesak dengan orang ramai terutamanya kanak2...namun apa yang aku dapati adalah sebaliknya.

Kalau korang tak percaya korang jengok la sendiri. Jangankan pakai face mask...baby yang baru 2~3 bulan menyedut udara dunia ni pun dengan selamba badak je makbapak tu gendong. Kot ye pun nak beli juadah berbuka puasa..bapak nya saja yang pegi cukupla. Tak payahla dirisikokan kesihatan anak tu.

Ada jugak yang prihatin...tapi tak cukup. Bayangkan la bapaknya saja yang pakai topeng. Anak2 semua togel. Ada ke patut ?? Dimana tahap kesedaran dorang ni pun aku tak paham.

Walaupun ada artikel menyebut pemakaian face mask tidak banyak membantu penularan wabak H1N1 kerana particle virus tu tersangat halus dan tidak mampu di tapis oleh face mask tersebut namun sebagai salah satu usaha mencegah ia tidak salah untuk dicuba.

Kalau aku kata dorang ni makbapak yang tak bertanggungjawab..keras sangat bunyinya. Tapi apa lagi yang boleh dilabelkan pada orang macam tu. Takkan nak panggil dorang tu manusia kebal...ataupun manusia kaya raya yang dah minum immune booster yang dijual dek ejen Meeting Larut Malam.

Tu baru citer pasal kesedaran H1N1. Belum masuk bab anak dara mak dara nenek dara yang kat rumah takde cermin lagi tu. Yang tu pun kira wabak gak tu...wabak tak sedar diri. Korang paham kot apa maksud aku !! Perlu ke aku elaborate lebih lagi ? Tak payah la. Kang kurang lak pahala puasa korang. Aku yang tukang tulis ni lagi la double kurang.

Mulanya ada gak niat nak snap 2~3 keping gambar...tapi aku batalkan aje. Tiap kali aku halakan lense...ada je muka2 ala samseng PS yang enteprem. Cuak gak aku. Kang tak pasal2 aku berbuka kat spital lak.

Besok aku nak merayap lagi. Kalau boleh nak tengok pasar ramadhan yang lain pulak. Mana la tau kan..kot2 lain padang lain belalang. Tak pun boleh jumpa budak2 Meeting Larut Malam bukak meja...jual ubat H1N1...hihihi Berani ke dorang tu ??

No comments: