04 August 2009

Kenduri Makan Free

02 Ogos 2009 - Musim kenduri dah tiba. Bukan kenduri kawen...tapi tahlil arwah. Kat kampung2 biasanya kenduri arwah ni banyak diadakan sebelum tibanya bulan puasa. Apa fadhilatnya aku kurang pasti.

Dua tiga hari ni boleh dikatakan tiap2 malam ada jer orang buat kenduri. Bagi orang bujang memang seronok la...makan free beb !! Kira lepas la makan malam...save budget.

Tapi perangai aku sejak dulu memang tak berapa gemar attend kenduri arwah ni. Tak tau apasal. Kekadang tu aku rasa macam terpaksa je pegi...dah arahan big boss. Kalau kenduri kesyukuran ke, cukur jambul ke, even kenduri "lenggang perut" pun aku sanggup pegi.

Citer bab cukur jambul ni...hari ni turn kakak aku pulak buat kenduri...kenduri cukur jambul cucu dia yang kedua. Kira cucu aku jugak la ni. Dari petang semalam lagi aku anak beranak dah berkampung kat rumah Along. Aku bukan ada buat apa pun. Sekadar jadi mandor je.

Camana perjalanan majlis, apa aturcara, apa menu makanan...semua tu tak payah la aku citer. Lebih kurang sama je dengan kenduri orang2 lain.

Untuk korang yang tak tau apa tu cukur jambul...ni aku ceduk dari Wikipidea.



Cukur jambul

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

[sunting] Acara

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak-kanak.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Tepung tawar.

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

  • Sedulang bunga rampai;
  • Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
  • Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
  • Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
  • Beras putih;
  • Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
  • Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan.

[sunting] Catatan

  1. Sesetengah tetamu memberi wang kepada bapa atau ibu kepada bayi; contohnya RM1, RM5 atau RM10.
  2. Jika bayi banyak rambut di bahagian depan, akan dipanggil "jempolan".




Yang bestnya kenduri kali ni...aku langsung tak control makan. Lauk kambing aku ratah macam makan roti canai je. Blood pressure nak naik ke..turun ke aku pedulik apa. Besok bukan aku pegi kerja pun. Walaupun tok guru nak turun besok tak bermakna aku wajib ada masa dia mengajar. Partner aku kan ada. Kalau setakat aku missed setengah hari punya kelas...tara hal punya lah.

Kalau masa kerja kat Sony dulu jangan buat hal nak monteng 1st working day. Silap hari bulan boleh "beku" wooo...macam aku. Dorang bukan tanya semalam kita balik pukul berapa... ada problem ke masa closing. Yang dorang tau besok masa dorang datang, semua entry mesti posted.

Tapi itu semua dah jadi sejarah...oppss bukan sejarah...KENANGAN. Kalau sejarah mesti ada nota untuk rujukan generasi akan datang. Kenangan hanya untuk diri kita sendiri je. Itu pun kadang ingat kadang lupa. Untuk kes aku...memang lupa semedang. Aku dah tak ingat langsung apa kerja yang aku buat dulu...ke aku memang takde kerja hehehe.

No comments: