07 August 2009

Tanak Padi

03 ~ 04 Ogos 2009 - Chef Otai (Tok Guru) dari Johor turun lagi. Maksudnya kursus masak memasak kitorang akan disambung balik. Kali ni masakan apa yang dia nak ajar aku pun tak pasti. Tunggu je la.

Sebelum kelas bermula Tok Guru nak tengok dulu hasil kerja tangan kitorang yang lepas. Kira Moment of Truth la. Check punya check...seperti yang dijangka hanya 3 botol je yang menjadi daripada 23 botol yang kitorang buat hari tu. Untuk first timer macam kitorang keputusan tu dah kira membanggakan sebab kata Tok Guru, dia yang dah expert tu pun kekadang buat tak menjadi gak.

Ni antara benih yang menjadi.


Oleh kerana first step dah menjadi...kami teruskan ke 2nd step. Tapi sebelum tu ada beberapa peralatan lagi yang perlu disediakan. Ada yang boleh dibeli dan ada yang terpaksa dibuat sendiri. Jadinya kursus terpaksa ditangguhkan dulu sementara aku dengan partner nak pegi cari barang2 tu. Tok Guru ni pun satu hal jugak...dah nak terberak baru nak gali lobang. Tapi sebab status dia sebagai Tok Guru maka kami tak boleh nak komplen lebih2 sangat. Nanti derhaka pulak.

Hari Kedua. Barang2 dah dapat. Termasuklah yang Zul bawak khas dari ladang dia.

Kali ni Tok Guru nak ajar macamana nak tanak padi. Korang yang dah terror memasak pun mesti tak pernah dengar orang tanak padi. Tanak nasi biasalah. Itupun salah dari segi istilah. Nasi ialah finish good atau end product. Yang ditanak ialah beras. Pernah korang dengar orang tanak beras atau masak beras ? Kesalahan turun temurun.

Nak tau resepi tanak padi ? Sori bro...resepi ni dah dipatternkan...copyright control. Kalau nak jugak ada pengerasnya. Bukan sikit woo. Stakat bonus korang kat Sony tu baru boleh beli mukadimah dia je.

Ada orang kata...ala kawan2 pun nak berkira ke ? Bukan masalah kawan2 bro...tapi masalah kawan makan kawan. Lagipun dalam bab menuntut ilmu ni terutamanya ilmu masak memasak..ada ilmu yang kita boleh share dan ada ilmu untuk diri kita sendiri je. Macam citer rumahtangga gak. Bukan semua kita boleh citer kat kengkawan. Jangan buat main wey...ada hukum tu !!

Tapi dah jadi budaya orang kita bila nampak masakan tu macam best je sure mintak resepi. Dia tak pikir camana orang tu pecah kepala nak cipta resepi tu. Semua nak jalan mudah. Yang best nya bila dia try buat sure tak menjadi. Mulalah ngumpat kat belakang...si polan kedekut, bagi resepi tipu. Halloooo...cuba korang pegi restoran Village View. Lepas makan pegi jumpa tukang masak dia. Pastu cakap kat dia "Tomyam tu sedap sangat la...boleh mintak resepi ?" Agak2 korang tukang masak tu bagi tak ? Bagi...memang bagi. Bagi penampar jepun.





Yang ni alat yang kitorang buat sendiri tapi belum dipatternkan lagi. Kalau korang nak tiru..silakan. Manalah tau kot2 ada yang berkenan nak buat korek telinga ke...congkel gigi ke...penggaru kurap ke. Tapi aku bagi AMARAN. Sebarang kecederaan adalah tanggungjawab korang sendiri.


Ada sesapa yang mengandung atau mengidam buah mangga ? Kalau nak, dipersilakan datang ke opis aku. Kat belakang tu berlambak buah mangga ni. Yang peliknya takde pulak si monyet nak makan buah tu. Kalau buah rambutan bukan main lagi dia...tak sempat nak masak dah di"kenduri"kannya. Tupai pun sama gak. Aku rasa takde monyet atau tupai yang mengandung sekarang ni kot. Kalau adapun mungkin dorang ngidam buah import je...apple ke, anggur ke, laici ke, takpun strawbery celup coklat..hehehe


.

No comments: