18 August 2009

Sukses !! Sukses !!

17 Ogos 2009 - Dah macam Pak Ajis dalam filem Bujang Lapok pulak dah !! Awat kalut sangat ni brade ? Nombor naik ke ??

Bukan kalut bro..tapi GUMBIRA !! Mana ada manusia yang tak happy bila 1st experiment menjadi. Kira macam Do It Right First Time la (betul ke ayat aku ni ?)

Tok Guru kata pencapaian kitorang beyond expectation memandangkan ini adalah ujikaji pertama dan background kitorang yang beratus kilometer menyimpang dari bidang microbiology ni. Alhamdulillah !!

Ni bukti pencapaian kitorang. Kalau boleh aku nak frame gambar ni. Nak buktikan pada generasi akan datang bahawa bertukar bidang bukanlah sesuatu yang mustahil. Seorang pemegang Ijazah Kejuruteraan tidak semestinya hanya boleh bergelumang dengan mesin. Partner aku dah buktikan. Aku yang sekolah setakat darjah tiga ni jangan citer la. Anytime aku boleh masuk any bidang yang aku ndak. Lebih flexible dari badan gymnast.



Yang ni kalau research officer Mardi tengok boleh tangkap nangis ni. Dorang makan tahun punya research...siap dengan ribu riban punya peralatan baru boleh dapat hasil cam ni. Tapi kitorang buat macam main masak2 je. Lab equipment pun buat sendiri je. Tapi tu semua tak penting. Yang penting hasil mesti ada kualiti.



Tok Guru kata kami dah boleh start production dalam skala yang lebih besar. Jangan tunggu lama2. Dalam bisnes ni kita tak boleh lambat. Keretapi makin laju. Usain Bolt pun dah pecah rekod dunia. 9.58 saat tu !! Giler punya laju. Aku dulu buat 11 saat je..itu pun dah pecah rekod daerah. Siap dapat wakil negeri lagi.

Tapi aku dengan partner tak nak terburu2. Kitorang nak buat ujikaji sampai end cycle. Nak bagi sample kat beberapa pengusaha dulu. Bila dorang puashati dengan produk kami baru boleh start mass production. Sekurang2nya dah ada testimonial. Kira macam Meeting Larut Malam selalu buat tu laa !! Testimoni pelanggan ibarat nyawa pada dorang. Habis di jaja nya se antero Malaya...kononnya produk dorang tu je la yang paling hebat. Kalau prospek tak caya maka dihulurkanlah testimoni tu...walaupun itu 10 tahun dulu punya citer.

Korang mesti heran kan ? Apsal aku anti sangat dengan MLM ni ? Ntah la...malas aku nak jawab. Nanti la bila aku ada mood aku akan jelaskan.

Yang ni apa pulak ? Siap pakai songkok bagai. Dah raya ke ?

Ni sebenarnya 2nd ujikaji kitorang. Saje je kitorang buat. Macam belajar kat sekolah gak. Mana cukup belajar satu subjek je. Contohnya biologi, kimia & fizik. Mana boleh ambik satu subjek je. Tiga2 kena belajar. Kalau kantoi fizik..masih ada biologi dengan kimia..kalau kantoi semua kita tukar bidang...ambik accounting pulak (macam perli aku je ni !!)

Tadi kitorang keluar makan malam dengan Tok Guru. Dia belanja. Banyak nasihat, tips tentang sepak terajang dunia perniagaan yang dia bagi. Itulah gunanya berguru dengan OTAI. Banyak pengalaman. Walau berderet ijazah tergantung kat dinding rumah tapi takde pengalaman tak guna gak. Harap teori je world class...praktikal hampeh !! Tapi kat Sony terbalik la pulak. Pengalaman langsung takde nilai pada dorang. Yang penting mesti "sebulu" dengan boss. Kalau boss makan kari..anak buah mesti makan kari gak. Kalau boss makan bak kut teh...anak buah pun mesti yang jenis makan tu jugak...walaupun si anak buah tu kantoi kat U.

Aku menulis berdasarkan pengalaman.

No comments: