Sahur. Nak buat boleh tak nak buat pun boleh. Yang penting Nabi buat. Jadi, korang pikir la sendiri. Tepuk perut..tanya tekak.
Bagi aku sekeluarga sahur dah macam wajib. No excuses. Walaupun "full moon". Cuma bezanya meja tak la meriah dengan makanan. Setakat yang ada kat gambar di atas tu je. Bukan tak mampu nak sediakan makanan tapi memang aku dah latih anak bini aku macam tu.
Ramai gak yang tanya "boleh tahan ke sampai ke petang ?" Apsal tak boleh pulak ?? Kalau tak caya korang cuba la. Makan 2~3 biji kurma dengan 2 keping roti...pastu minum air banyak2. Benda ni aku dah buat sejak berpuluh tahun dulu. Takde masalah pun.
Masa 1st time bersahur kat rumah mertua memang aku terkejut beruk. Dorang sahur macam makan tengahari. Pukul 4 pagi dah bangun masak. Yang dorang pulak pelik tengok aku. Makan roti sekeping je. Tapi ada logik nya jugak sebab dorang buat keje sawah. Banyak tenaga nak pakai. Bukan macam aku...setakat goyang kaki dengan topang dagu kat opis 100 kalori pun tak habis.
Bini aku pun camtu gak masa 1st time sahur dengan aku. Mula2 tu dia masak gak tapi lepas dia try 2~3 kali...sekarang dia dah ikut style aku. Bangun sahur masak air je. Tak sampai setengah jam dah settle semua.
Sekarang ni kalau aku makan heavy masa sahur..sah pukul 10 pagi perut aku dah pedih.
Korang try la. Nak testimoni gak ke ?? Takkan nak jadi Meeting Larut Malam kot ?
No comments:
Post a Comment