Secara specificnya benda yang aku buat atau lebih tepat lagi yang kitorang buat ialah pembiakan benih cendawan menggunakan kaedah tissue culture (betul ke ayat aku ni ?) Ini baru peringkat permulaan...untuk jangka panjangnya banyak lagi benih baru yang ingin kami biakkan.
Pada ujikaji peringkat pertama ini kami menggunakan padi sebagai perumah. Ada dua ujikaji dijalankan menggunakan dua medium packaging yang berbeza iaitu botol dan plastik. Kedua2 ujikaji tersebut berkembang dengan jayanya tanpa sebarang masalah kritikal. Alhamdulillah.
Antara masalah yang timbul ialah tumbuhnya kulat hitam seperti gambar dibawah.
Yang ni pulak benih tu tumbuh merata2. Kat sinilah yang aku kata adanya campurtangan si Ceplos.
Secara statistiknya ujikaji kitorang adalah berjaya. Walaupun hanya beberapa botol tissue sahaja yang betul2 hidup subur namun itu sudah memadai untuk disuntik kepada puluhan ribu media dan itulah yang akan kami lakukan lepas raya nanti.
No comments:
Post a Comment