05 July 2009

Perabut terpakai

03 July 2009 - Lepas solat jumaat aku hantar anak #3 ke ILIM. Dia ada seminar UPSR sampai Ahad. Kena overnight kat situ la. Memang dah jadi acara tahunan sekolah kampung aku buat seminar UPSR kat sana sebab ILIM dah ambik sekolah tu jadi sekolah angkat dorang.

Masa aku tiba tu dah ramai mak bapak yang sampai hantar anak masing2. Aku berdasarkan pengalaman yang lepas2 takde la nak tunggu proses pendaftaran tu sampai habis. Pada aku semua urusan tu cikgu boleh handle. Kalau tak boleh jangan jadi cikgu la. Baik jadi operator kat Sony. Sekarang ni pun memang tengah nak pakai orang. Merata2 aku tengok iklan walk-in interview.

Camana la keadaan anak aku nanti. Dia ni dah la tak pernah berpisah dengan mak bapak (semua anak aku pun camtu) manja lak tu...yang paling aku risau dia ni extra penakut. Mudah2an dengan pengalaman kat ILIM tu boleh mengubah serba sedikit sifat penakut dia tu.

Aku tak boleh lama kat situ. Bila aku tengok dia dah jumpa dengan click dia...aku pun cabut. Ada satu lagi urusan aku kena settlekan dengan partner aku si Juara. Nak cari perabut terpakai untuk projek opis baru kitorang.

Tok guru nak datang next week Sabtu. Peralatan asas semua dah ada. Cuma perabut je yang belum beli. Takkan nak buat kerja atas lantai kot. Agak2 la kot ye pun nak berjimat.

Kitorang nak cari perabut terpakai je. Buat permulaan. Bila bisnes dah masuk juta2 nanti lain cerita la pulak.

Mula2 kitorang pegi Tmn Equine. Ada satu kedai perabut terpakai kat situ. Tapi tak banyak choice. Harga pun boleh tahan gak..cekik darah. Mungkin sebab warna kulit kot. Macam kat opis aku dulu gak.

Lepas kelentong apek tu lebih kurang...kitorang buat keputusan nak ajak si Zul pegi kedai yang dia cerita hari tu. Kedai tu orang kita punya. Dia ambik tender collect barang2 terpakai dari hotel.

Memang betul. Bukan setakat perabut je...barang2 letrik, pinggan mangkuk berlambak kat situ. Tokey tu kata dia ada satu lagi store kat Batu 12. Waaa..besar punya bisnes. Patutla boleh buat bungalow tokey tu.

Boleh kata semua barang yang kami cari ada kat situ. Kalau takde pun tokey tu akan cari sampai dapat. Harga korang jangan cerita la. Meja makan yang siap ada kaca kat tengah2 tu baru rm140.00 Kerusi opis macam yang aku pakai dulu baru rm30.00 Pinggan mangkuk porcelain baru rm1.00

Aku tengok si Zul dah mula hilang akal. Habis semua pinggan dia borong. Walaupun rumah dia dengan kedai tu lebih kurang dari Sony ke Warta je..tapi sejak dia hidup lebih 30 tahun ni..tu la kali pertama dia tiba kat situ. Punya la baik sahabat aku sorang ni. Ngalahkan anak dara terperap kat rumah.

Selesai mission kitorang hari ni. Semua barang dah dapat. Cuma tunggu tokey tu confirmkan bila boleh ambik.

Singgah kat bangsal Zul kejap. Semalam bini aku dah tanyer "Takde cendawan ke ?" Ye laa...kata melawat ladang cendawan...tapi balik kosong. Cendawan pelik yang dibawak balik.

Langkah kanan. Masa kami sampai salah sorang kerabat Zul baru lepas petik cendawan. Juara beli separuh..aku beli separuh. Tokey happy...aku pun happy.

Aku jenguk kat bangsal tuai Zul. Tak banyak cendawan yang tumbuh lagi. Zul kata petik je mana yang ada. Hehehe dengan semangat juang yang tinggi aku pun mempraktikkan segala ilmu yang pernah Zul ajar dulu...petik cendawan. Bangsal tu dah macam bapak aku punya je aku buat. Ada cendawan yang baru masuk alam remaja aku dah rembat.

Nasib ko la Zul...dapat sahabat kaki rembat macam kitorang nie.

5 comments:

aznaqi said...

bos kedai perabut yg u cakap kat mane..? sy urgent nak cari perabut..bole email sy aznaqidarwisy@gmail.com

Anonymous said...

can i tau kedai tu kat mana? i taknak beli perabut terpakai.. but i nak jual my bedroom set dgn my white english wooden bench (day bed bench)+ meja makan (table for 4).. Im moving to east (sabah).. so i haftu let go all the furniture..

email me @ khaijju@hotmail.com

Kamal said...

kedai tu kat area puchong..nnt saya bagi contact number

Anonymous said...

kat mana yek kdai tuh..
email me joanita41@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Sy nak tanya kedai perabut terpakai tu, boleh beri alamat/ no. tel.
tq.
miskiah@mpob.gov.my