17 August 2009

Hujan H1N1

16 Ogos 2009 - Semenjak dua menjak ni tiap2 hari hujan turun. Dah la lebat...siap dengan kilat petir bagai. Seriau pun ada rasanya. Walaupun aku peminat setia hujan..(bukan band Hujan tu ek !!) timbul gak rasa risau bila dah tiap2 hari dia turun. Road accident, landslide, banjir, wabak penyakit...semua tu ada kena mengena dengan hujan.

Tidak terkecuali wabak H1N1. Aku pernah terbaca satu artikel pasal H1N1 ni dimana virus tu akan jadi lebih agresif dalam musim hujan. Logiknya..virus tu suka pada udara yang sejuk dan mampat. Betul gak tu. Selalunya masa musim hujan ni la orang akan senang dapat selsema, batuk maupun demam. Yang jadi masalahnya kita sukar nak mengenal yang mana satu H1N1 dan yang mana satu demam selsema biasa sebab simptomnya sama je.

Setakat hari ni dah 62 orang jadi mangsa. Kementerian pun dah pening kepala nak lawan H1N1 ni. Dorang masih mengharap pada vaksin yang belum tentu hujung pangkalnya lagi. Apa yang pasti sekarang ni adalah masa untuk beberapa kerat peniaga buat duit. Permintaan face mask melambung tinggi...setinggi harganya jugak. Kalau dulu kita boleh beli 30 sen sekeping tapi sekarang ni dah jadi 1.20 Aku dengar sekolah2 pun dah mula order face mask untuk dijual pada murid. Kalau aku tau sekolah anak aku ambik untung gila2...siap la gurubesar.

Masa ni jugakla kaum2 Meeting Larut Malam promote produk memasing. Semua kata produk dorang boleh jadi penawar H1N1. Macam2 testimoni yang dorang bagi. Siap ada yang ngaku dah terlantar kat ICU..pagi bagi minum produk tu..petang dah keluar spital. Hebat giler punya ubat. Ada pulak yang kata produk dorang boleh tingkatkan immune badan sampai 400%...ramai doktor pakar yang rekomen. Tapi bila tanye kat mana nak beli ? Cuma boleh beli dari ejen. Kat klinik, pharmacy, spital takde jual. Pulak dah !! Kata produk tu bagus sangat..apsal jual main sorok2 pulak ?


Ada gak yang kata virus tu ciptaan negara barat. Dorang sebarkan virus..pastu dorang jual vaksin. Semuanya sebab duit. Yang ni aku kurang setuju sebab saintis memang dah lama tau pasal swine flu ni..cuma sebelum ni dia tak menyerang manusia. Dia dok diam2 dalam badan babi je. Mungkin dia dah boring dalam tu..takpun dia dah tak tahan kena hina ngan manusia..tu yang dia take revenged tu. Memang teliti perancangan virus babi ni. Dia tak serang manusia secara direct. Dia goda virus selsema yang manusia ada. Dia ajak kawen. Yang virus manusia ni pun satu hal gak...sama macam tuan dia jugak...pantang kena goda. Tak kira la yang goda dia tu Indon ke, Bangla ke, negro ke...semua dia sapu. Bangga la kononnya dapat balak hensem macam SRK. Piiiiraaaaa !!

Bila virus tu dah kawen..siap la tuan punya badan. Habis semua organ penting dia attack esp. jantung dengan paru2. Sebab tu kebanyakan yang maut adalah orang yang memang dah ada sakit kronik ataupun bebudak yang antibody belum cukup kuat. Memang bijak betul virus babi tu.

Kalau ikut kata WHO wabak ni akan berlarutan lagi setahun. Korang bayangkan la kalau sehari purata 5 orang maut. Kalau setahun ?? Ngeri wey !! Sekarang dah 62 orang maut...itupun kerajaan kata masih terkawal. Aku tak tau apa yang dorang nak tunggu lagi.

Tak lama lagi puasa. Aku jangka kes baru akan bertambah dalam bulan ni. Bukan sebab puasa tapi sebab budaya bulan puasa. Dalam bulan ni lah orang akan berpusu2 di pasar2 ramadhan. Dalam bulan ni lah orang akan makan secara berlebihan tanpa mengira kualiti makanan. Dalam bulan ni lah orang akan berduyun2 ke shopping complex. Lepas tu budaya bulan raya pulak. Dalam bulan ni lah orang akan berebut2 buat open house. Dalam bulan ni lah orang akan jadi rajin ya amat menziarah sedara mara. Dalam bulan ni lah orang akan makan makanan yang bukan2.

Habis tu nak salahkan siapa ?? Diri sendiri iman tak kuat. Baru kena goda dengan Raya Sale kat Jusco dah tewas. Dah la malu nak pakai face mask...kononnya tak dapat nak tayang bibir dia yang kaler oren tu. Jari pulak tak boleh diam..cuit sana cuit sini. Semua benda nak pegang..semua benda nak rasa. Belek barang macam cari kutu kat badan kambing. Pastu malas lak nak basuh tangan...takut luntur warna kuku.

Ntah la Labuu...gasak korang la. Yang penting besok Tok Guru nak turun. Hari penentuan samada kitorang punya ujikaji berjaya ke tidak. Mudah2an sukses. Lepas raya production nak full swing. Dah takde masa nak lepak2 lagi. Kalau nak lepak pegi mintak keje ngan gomen laa.

2 comments:

Anonymous said...

wooiii! aku kerja gomen yek! ckp elok2 skit. kang aku tak nak amik air suling kang...br padan muka ko!

Kamal said...

hehehe..air suling tu kira cover tax yg aku baya ari tu