10 August 2009

5 - 0

05 ~ 09 Ogos 2009 - EPL dah start ke ? Belum lagi kan ? Liga Malaysia dah habis...Piala Malaysia belum start lagi...World Cup jangan citer la...stadium pun tak siap lagi. Habis tu... yang 5 - 0 tu amende ??

Hehe...jangan gabra kawan !! 5 - 0 tu sebenarnya 5 hari aku "tumbang"...DEMAM. Hari tu anak aku demam...sekarang turn aku plak. Dah lama gak aku tak demam teruk ni. Selalu tu dia main acah2 je nak demam...last2 tak jadi. Tapi kali ni dia redah semacam je. Memang tumbang macam lembu lepas kena sembelih. Tak bangun punya. Kejap panas kejap sejuk. Bila panas datang rasa macam nak terbakar kulit ni. Bila sejuk lak datang...macam kereta tua start enjin...menggigil satu badan.

Pagi Khamis pegi klinik. Dah tak boleh tahan. Doktor kata takde apa2...demam biasa je. Banyakkan minum air. Jangan selimut badan nanti panas tak keluar. Ek eleh !! cakap senang la doc. Kalau dah rasa sejuk macam duduk dalam freezer takkan nak togel je kot !! Agak2 la pun bagi advice tu.

Hari Jumaat camtu gak. Takde tanda2 demam tu nak kebah. Ubat dah habis. Aku pun pelik gak...aspal doktor bagi ubat tu sikit sangat...ke nurse tu yang salah bagi.

Petang aku repeat balik klinik tu. Tanye kat counter betul ke jumlah ubat yang dia bagi semalam. Nurse tu kata jumlah tu betul. Klinik tu memang tak bagi ubat banyak sebab ramai patient komplen charge mahal. Jadi nak kurangkan charge kena kurangkan ubat la. Kalau nak ubat lebih kena cakap dengan doktor. Bole giteww !!!

Aku dah beratus kali berurusan dengan banyak klinik. Ni la kali pertama aku jumpa klinik yang buat kaizen. Tapi masalahnya kaizen dorang tu tak kena tempat...bermain dengan nyawa pesakit. Kot ye pun nak kurangkan charges janganla sampai kurangkan kuantiti ubat. Pada pendapat aku orang yang nak sihat dia takkan kisah berapa duit yang dorang terpaksa keluarkan. Kalau kurang mampu dorang takkan pegi klinik swasta. Pegi spital gomen je...bayar singgit dapat ubat sebeban.

Masa jumpa doktor untuk 2nd time (kali ni doktor lain plak) aku tanya lagi skali untuk kepastian. Sah ! Memang sah apa yang nurse tu cakap. Kali ni aku tanye apa ubat yang dia nak bagi. Aku siap mintak antibiotik lagi. Doktor tu kata antibiotik yang dia ada mahal sikit. Aku kata aku tak kesah. Yang penting aku nak sihat...duit no hal. Kalau tak cukup duit aku sanggup pinjam. Mana ada manusia dalam dunia ni nak sakit lama2. Giler ape ???

Hari Sabtu baru ada lega sikit. Tu pun badan weak lagi cuma bab panas sejuk tu dah kurang la. Mana badan tak lemah...dah berapa hari aku tak berapa makan sangat. Harap telan air milo jer. Ingatkan boleh jadi macam dalam iklan tu...minum milo jer energy level boleh re-charged 100% Tipah tertipu bro...

Bila dah boleh gerak sikit ni, aku teringat ujikaji yang aku buat hari tu. Menjadi ke ? Mana la tau kot2 dia pun demam gak kena kacau dek ceplos.



Alhamdulillah...perkembangan yang positif. Aku rasa proses kali ni ceplos tak kacau. Mungkin dia masih letih berperang dengan ujikaji aku yang pertama hari tu kot.

Bila dah nampak positive result ni boleh la proceed 3rd stage pulak. Tok guru kata tak payah tunggu dia lagi. Kalau dah ok jalan je !! Apa 3rd stage tu ?? Apa lagi...masuk market laa. Production dah boleh start. Poket pun dah kempis ni...sekarang masa untuk kembungkan balik.

Patutnya minggu ni aku balik kampung...nak buat deal dengan pesawah kat sana. Kiranya nak buat MOU la. Pada perkiraan aku untuk permulaan ni kami perlukan minimum 700kg padi untuk satu musim menuai (satu musim = 4 bulan) Nak cari transport lagi. Takkan nak angkut dengan kereta kebal aku tu...mau barai tengah jalan. Sekurang2nya kena ada lori. Tu belum masuk bab nak tentukan harga sebab setau aku pesawah kurang minat nak jual padi kat orang persendirian. Kalau adapun yang sanggup sure harga lebih tinggi dari LPN. Kalau rawmat dah mahal camana aku nak jual produk aku dengan harga yang rendah. Takkan nak buat style MLM kot. Melampau tuuu !!! "ape tu...bayo ora ?" eiiii !! geli ketiak aku.

Demam punya hal bisnes trip terpaksa kensel. Minggu depan je la kot. Yang penting sebelum bulan puasa benda tu mesti settled. Tak larat wooo nak travel bulan2 posa ni...iman aku pun bukannya kuat sangat. Takut terbabasssssss.

p/s Congrat buat sorang sahabat aku tu yang baru bertunang...kaki sebelah dah kena ikat..hikhikhik

2 comments:

Anonymous said...

Lang, khihkhihihki...aku nak jadik org pertama komen laa. Ko demam kan? aku rasa sbb ko terhidu fungus cendawan!! hahaha!!!

Kamal said...

fungus pun bole buat duit tuuu