15 June 2009

Dapat cucu lagi sorang

12 Jun 2009 - Hari Jumaat. Tak banyak aktiviti yang aku buat sebelah pagi. Aku ingat lepas solat jumaat nanti baru nak pegi opis baru...nak sapu sampah yang dah kensel semalam.

Lepas balik dari masjid, sedang aku lepak2 depan tv...kakak aku call. "Kejap lagi Bob datang bawak uri...tolong cuci dan tanam sekali. Emy dah bersalin" Haaa !! Dah bersalin dah. Ingat lambat lagi due dia. Si Emy ni anak buah aku...anak kakak aku yang sulung. Kiranya aku dapat sorang lagi cucu gamaknya. Dua hari berturut-turut. Aku termenung kejap...bukan apa, dok pikir ada tak anak buah lain yang mengandung. Mana tau kot2 boleh buat hatrick.

Tak lama lepas tu Bob pun sampai. Bini aku macam tau2 je tugas dia cari kain putih dengan asam keping. Aku suruh anak bujang aku pegi cari tempurung kelapa. Nak buat bekas uri.

Macam biasa aku basuh uri tu sebersih yang boleh. Nak bagi darah dia hilang semua memang mustahil la. Dah memang kejadian dia "segumpal darah". Aku bungkus uri tu dengan kain putih, lepas tu masukkan dalam tempurung kelapa. Aku suruh Bob gali lubang kat sebelah garden orang tua aku. Kat situ je tempat yang bertanah. Kawasan lain semua dah kena simen.

Selesai aku mengerjakan uri tu aku suruh anak bini aku bersiap. Nak pegi melawat Emy kat hospital Az-Zahrah. Anak sulung dia dulu pun beranak kat situ gak dan urinya aku gak yang uruskan.

Macam semalam jugak, aku tak nak lama kat hospital tu. Bagi la peluang si ibu tu nak berehat. Nanti2 boleh melawat lagi. Bukan jauh pun rumah dia. Kat Seremban je. Lagipun aku rasa buat sementara ni mesti Emy lepak sehari dua dulu kat rumah emak dia kat BBB.

Dalam perjalanan balik masa lalu depan opis baru aku baru aku teringat pasal sapu sampah. Tak jadi lagi la gamaknya. Kensel untuk kali kedua.

Aku malas dah nak plan lagi. Tunggu dan lihat je.

Ni aku tempek gambar cucu aku tu. Nama belum rasmi dia Ilham.



14 June 2009

Dapat jugak akhirnya

11 Jun 2009 - Pagi tak banyak benda yang aku buat sebab hari ni anak aku ada kelas tambahan sampai 11.30 pagi. Dia dah plan dengan kakaknya nak pegi perpustakaan awam Bangi lepas tu. Aku pulak ada plan lain dengan bini dan anak bujang aku tu.

Lepas turunkan budak berdua tu depan perpustakaan, aku terus ke Metro Kajang. Niatnya cuma nak tukar tali raket anak aku yang putus semalam. Pusing punya pusing dalam kedai sukan tu aku dah berkenan dengan satu raket ni. Ada offer pulak tu..buy one free one. So, apalagi...aku sambar je la. Harga takde la mahal sangat. Stakat seratus lebih dah dapat dua batang raket tu kira ok la.

Sambil tunggu awek tu pasang tali raket, bini aku ajak pegi ronda2 pekan Kajang. Mana la tau kot2 ada jual pressure cooker.

Masuk kedai pertama..hampa. Masuk kedai kedua..pun hampa. Masuk kedai ketiga...haaa kat situ ada jual. Tapi ada problem sikit. Besar sangat. Aku cuma nak yang 11 liter jer tapi yang ada 30 liter. Besar giler periuk tu. Kepala kambing pun boleh masuk.

Aku call biz partner. Dia kata kalau harga lebih kurang baik rembat je daripada takde. Betul gak tu. Dekat Sg Besar hari tu tokey tu kata periuk yang 11 liter harga dalam rm250. Yang aku jumpa ni harga dia letak rm330. Kira ok la tu. Aku serahkan tugas tawar menawar ni kat bini aku. Dia memang terer bab tu. Last2 tokey tu setuju dengan harga rm300.

Lepas beli periuk aku pegi jenguk balik kedai sukan tadi. Raket aku baru nak pasang tali. Lama lagi tu. Nak ronda dalam Metro tu leceh sikit..eskalator rosak. Pikir punya pikir, kitorang pegi makan dulu kat bawah. Baru nak order makanan anak aku yang kat perpustakaan dah mintak jemput. Cepatnya la pulak. Aku suruh dorang tunggu je kat dalam perpustakaan tu sampai aku call. Aku rasa paling cepatpun awek tu boleh pasang tali 3 batang raket tu dalam 40 minit.

Sedang baekk punya pulun rojak mee, aku teringat pulak parking tiket. Lagi 10 minit nak tamat tempoh. Kat Kajang ni penguatkuasa bukannya tentu sangat mood dorang. Kang tak pasal2 dapat surat cinta. Aku kata camtu sebab dah ada pengalaman. Yang peliknya ada satu kereta lambang bintang model S500 betul2 macam raja kat pekan Kajang ni. Dia boleh parking kat mana dia suka. Takda siapa berani kacau. Dah banyak kali aku nampak. Mungkin diorang takut dengan macam2 lambang\sticker yang ada kat cermin depan tu kot. Apa yang aku dengar dia tu orang kaya dan berpengaruh kat situ. Pedulik lah dia. Masuk kubur nanti dah tak guna duit dengan pengaruh tu semua. Silap haribulan orang usung naik lori je bawak pegi kubur.

Aku deligate tugas. Raket aku suruh anak bujang aku pegi ambik. Bini aku pulak aku suruh bayar bill makan tadi. Aku hulur sekeping dengan pesanan "baki pulang balik" hehehe. Aku pulak bergegas pergi ke kereta. Mana tau kot2 hari ni penguatkuasa tengah rajin...takpun tengah bad mood sebab gaduh dengan bini semalam. Kalau aku ada kat kereta masa dorang meronda...sekurang2nya boleh gak aku berlakon macam baru je masuk parking.

Sampai depan perpustakaan aku tengok anak2 aku tu dah menunggu depan lobby. Masuk je kereta "Abah...lapar la" memang patut pun sebab sekarang dah pukul 2 lebih.

Singgah kat Maulana tapau mee goreng. Bini aku memang tak sempat masak hari ni...asyik ngekor aku je.

Aku cadang dalam pukul 5.00 ptg aku nak pergi opis baru kejap. Nak sapu2 sampah keliling rumah tu. Tu la masalahnya kalau keliling rumah banyak pokok. Daun2 mati tanpa segan silu menyepahkan dirinya. Jadi, sebelum tu aku nak belayar dulu.

Tengah syok aku layan mimpi...bini aku pulak kejutkan. Nasib baik aku mimpi sedang jogging...kalau minpi tengah bawak kereta, mau accident dibuatnya.

"Bang, bini Azmi dah beranak kat Hopital Serdang...tak nak pegi tengok ke ?" pemberitahuan merangkap ajakan merangkap arahan dari bini aku.

Azmi ni anak buah bini aku...anak kakak dia yang sulung. Hospital Serdang tu tak sampai 15 minit je dari rumah aku ni. Buatnya orang Shah Alam sampai dulu dari aku tak ke malu.

"Jom...tapi tak boleh lama sangat. Malam ni anak ada tuition" aku bagi keputusan. Orang pompuan ni kalau tak diingatkan dia mudah lupa diri. Lebih2 lagi kalau dah jumpa dengan geng sekapal.

Aku peratikan Hospital Serdang ni boleh tahan la. Takde la sesak macam HKL atau Hospital Kajang. Wad pun selesa. Lebih kurang macam HUKM...cuma bezanya kat sini parking masih free lagi.

Bila melawat orang baru beranak ni...aku dah agak dah, soalan2 lazim mesti keluar punya. Contohnya :

Bila beranak ?
Bila masuk wad ?
Anak apa ?
Berapa berat baby ?
Dah ada nama ke ?
Berpantang kat mana ?

Sebelum soalan2 tu melalut ke benda lain, aku bagi signal kat bini aku...ajak balik. Bukan apa, emak baby tu baru je bertarung nyawa...tentu nak rehat. Yang kita pulak pegi lepak lama2 kat situ. Timbang rasa la sikit. Yang aku pelik tu dorang semua tu bukannya takde pengalaman. Anak dah berderet2 tapi still tak boleh nak faham keadaan orang baru lepas bersalin. Aku rasa dorang ni saje nak balas dendam kot. Dulu korang buat kat aku...sekarang korang rasa la sendiri. Aku agak je la.

Sampai rumah dah pukul 7.00 Anak aku tanya pasal sapu sampah kat opis baru. Aku kata esok je lah. Dah tak sempat. Sampai masa rajin dia la tuuu.

p/s Bertambah sorang lagi cucu aku

13 June 2009

Misi mencari pressure cooker

10 Jun 2009 - Sakit2 badan tak hilang lagi tambahan pulak aku memang ada masalah tulang belakang - slipped disc. Tapi misi mencari pressure cooker tetap diteruskan. Kalau takde benda tu, opis baru aku takkan dapat beroperasi.

Pagi lepas breakfast aku ajak bini aku pegi Bangi Lama. Mana tau kot2 kat situ ada jual benda tu. Lagipun aku nak tempah kotak kaca..aku dengar kat situ ada kedai kaca orang melayu kita. Bukan apa...nak tolong bangsa kita maju je.

Memang betul...ada satu kedai kaca kat situ. Tapi owner dia tak lah pure melayu...tak kesah la yang penting aku bagi salam dia jawab. Harga boleh tahan gak la. Bak kata promoter Islamic Loan " hendakkan yang halal kena la bayar lebih sikit...wang ringgit tiada nilainya di akhirat nanti" lantak ko la labuuu

Aku teruskan pencarian pressure cooker...namun hasilnya tetap sama. "Saya tara juai la itu barang" kata sorang nyonya tu. Kata apek ni pulak "Haiyaa...lu cari kedai lain la...saya repair basikal boleh laa" hehe

Takpe lah..petang nanti aku pegi bandar Kelang je la. Kat sana sure ada. Lagipun dah nak tengahari dah ni. Nak jemput anak kat sekolah.

Sebelah petang...macam biasa setiap petang rabu aku pegi main badminton. Kali ni ramai pulak yang muncul. Boleh dikatakan semua tak puas main. Yang paling frust anak aku...dah la tak puas main, tali raket pulak putus. Walhal tak sampai sebulan aku tukar tali raket dia tu. Nak kena pakai tali dawai kot.

Tak puas hati punya pasal, malam tu jugak aku surf Putrajaya punya website...nak tempah court kat precint 16. Mujur ada kosong..tu pun hari sabtu 6~8 malam. Jadi lah.

10 June 2009

Balik Kampung

07 ~ 09 Jun 2009 - Hujung minggu yang agak padat. Itulah kesimpulannya.

Tepat jam 12.30 tgh aku sekeluarga bertolak ke Bangi Lama bagi memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak makcik aku (anak adik bapak aku). Jaraknya takde la jauh sangat dari rumah aku ni..lebih kurang 20 minit perjalanan je.

Majlisnya agak meriah. Ramai jugak la kaum kerabat yang aku jumpa...tak termasuk yang aku tak kenal. Aku ni jenis yang tak berapa dilatih dalam bab menjejak sedara mara ni, jadi yang mana diperkenalkan kat aku..itu je lah yang aku kenal.

Ada la sorang makcik tu sudah "smash" sama aku. Dia kata mentang2 la dia miskin..orang macam aku ni mana nak kenal dia. Walhal dia kata..nenek dia dengan atuk aku adik beradik...kira dua pupu la. Aku tangkap lopong. Mujur ada Mak Lang aku (adik bapak aku) tolong backup. Kalau tak mau aku sorok kepala dalam baju. Malu weyyy !!

Aku takde ambik gambar kat majlis tu. Giler ape ??? Tak kuasa aku nak menyibuk ambik gambar kat majlis orang.

Lepas makan lebih kurang dan lepas "salam cangkuk" kitorang bergegas pulak ke Dewan Orang ramai Sungai Merab Luar. Ada majlis Meraikan Kecemerlangan Pelajar UPSR, PMR, SPM 2008 bagi DUN Dengkil.



Ada 2 orang anak aku terlibat..sorang UPSR dan sorang PMR.

Ramai gak mak bapak yang datang..penuh dewan. Tapi perjalanan majlis agak kucar kacir sedikit. Maklumla kerajaan baru...belum ada pengalaman. Tapi aku tak kesah tu semua...yang penting orang dah nak bagi, kita ambik je. Majlis baik macam tu tak usah lah dipolitikkan.

Sempat gak aku jumpa sorang kawan lama zaman sekolah menengah dulu...sama2 kayuh basikal pergi UKM tunggu bas sekolah. Dah jadi lecturer dia sekarang. Aku ?? Baru nak bukak buku baru.

Majlis selesai dalam pukul 4.30 ptg. Balik rumah lepas rehat lebih kurang aku terus tidur. Sebab !!! Lepas maghrib ada satu lagi misi...yang ni besarrrr punya misi. Balik kampung !!

Tepat jam 7.00 mlm bini aku kejutkan. Aku arahkan semua anak2 aku mandi cepat sebab lepas maghrib aku nak bertolak. Huru hara kejap rumah aku dibuatnya. Mana taknya...masa tu lah baru nak pack baju masing2. Berebut bilik air pun satu hal lagi.

Last2 pukul 8.15 mlm gak baru boleh gerak.

Kalau balik kampung, aku lebih suka memandu sebelah malam. Kenderaan tak banyak...cuaca tak panas dan yang paling penting takde nak singgah sana singgah sini. Kalau singgah pun untuk isi perut jer.

Kali ni aku singgah kat Kapar. Dulu tempat tu terkenal dengan nasik lemak tapi sekarang dah takde dah. Tempat tu dah jadi macam bistro pulak. Banyak gak la pilihan makanan yang ada.

Lepas tembelok masing2 dah penuh...akupun teruskan perjalanan. Rasa macam berat lak kereta aku ni...hehehe

Perjalanan memang lancar. Kereta tak banyak. Tapi kenderaan menghala ke Kelang agak sibuk. Sampai dekat pekan Tanjung Karang aku tengok kereta menghala ke Kelang dah mula berderet hinggalah ke Sungai Burung. Ada la 3~4 kilometer punya jem. Punca nya satu je...lampu isyarat dekat pekan Tanjung Karang. Hijau untuk main road kejap sangat tapi untuk yang keluar simpang bukan main lama lagi walaupun kenderaan yang melintas setakat apek dengan basikal roda tiga je.

Dalam hati aku berkata : mujur aku menyonsang arus. Kalau tak mau berasap radiator kereta kebal aku ni.

Aku tiba di Peket 60 Sungai Nipah, Sungai Besar tepat pukul 12.20 pagi. Biasa la tu. Selalu tu aku tiba paling awal 1.30 pagi. Saja suka2 kacau orang tidur. Dorang tak boleh marah aku...kang aku tak balik langsung baru padan muka bini aku...hihi

Aku tiba kat rumah mertua aku, benda ni dah gantung. Ni bukan khemah pelarian weyy...ni la namanya KELAMBU !!! Korang orang bandar mana kenal benda ni semua. Aku pun sejak kawen ni je baru jumpa kelambu ni. Sebelum tu stakat baca dalam novel je.


Haaa...ni menu breakfast kitorang...CEKODOK. Kat tempat lain aku tak tau apa korang panggil kuih ni. Sekarang ni yang segera pun dah ada.



Inilah pemandangan sekitar rumah mertua aku. Dorang ni pesawah. Kiranya Sg Besar ni salah satu jelapang padi kat Selangor ni.



Korang tau tak camana rupa padi ??? Jangan tau makan nasik jer tapi rupa padi tak tau camana...haaa ni lah dia.




Yang ni pulak pokok2 lain yang ada kat keliling rumah.




Korang tau ni buah apa ?? SUKUN...sebut lagi sekali...SUU KUN


Pemandangan waktu senja...cantik tak ??





Yang ni gambar tak menjadi...aku nak ambik gambar bulan tapi lain lak yang muncul.


Kat kampung tak banyak aktiviti yang boleh aku buat. Takkan nak masuk sawah lak kan? Kang
habis semua padi orang tumbang...saper nak bayar ??

Jadi, apalagi...TURUUUU (tido la tu)

Tapi sempat gak la aku ronda2 pekan Sungai Besar yang famous dengan kain2 murah tu. Bukan kain yang aku cari tapi Pressure Cooker. Walaupun aku tengah bercuti di kampung tapi projek opis baru aku tu tetap berjalan.

Rupanya tak ramai yang tau pasal pressure cooker ni. Sebanyak banyak kedai kat pekan Sg Besar tu cuma ada 2 kedai je yang jual benda alah tu. Itupun takde size yang aku nak. Tokey tu kata kat bandar Kelang banyak kedai jual periuk tu. Takpa lah...nantilah aku carik kat Kelang.

Aku bertolak balik ke Desa Putra hari Selasa pukul 11.00 pagi. Tak boleh balik lewat sangat sebab malam nanti anak aku yang no.3 tu ada kelas tuition untuk UPSR. Dah lah kelas tambahan sekolah agama untuk hari tu dia dah ponteng. Aku memang tak benarkan anak2 aku skip@ponteng kelas...nanti terbiase sampai ke tua.

On the way balik aku takde singgah mana2. Sampai kat Desa Putra aku singgah kat gerai kueh tak jauh dari rumah aku tu. Beli nasik lemak ngan cendol buat makan tengahari. Makan malam lain punya story.

Bila dah on the road 2~3 jam non-stop...korang paham2 je lah dia punya penat. Kena pulak badan manja macam aku ni...apa lagi, macam boxer kena tumbukan ceduk...TKO

zzzzzzzzzzzzz

09 June 2009

Selamat Datang ke Fraser Hill

06 Jun 2009 - Pepagi lagi anak2 aku dah bising bertanya jadi ke tidak pergi Fraser Hill. Aku cakap tanya kat Pakcu korang. Abah ikut je. Macam CSI punyer investigator dorang pergi menyiasat. Tak sampai 2 minit kes dah selesai. "Pakcu kata pukul 10.00 kita bertolak" kata anak aku sambil menyanyi-nyanyi.

Pukul 9.00 dorang dah siap. Dah berpuluh kali dorang tanya apasal abah tak pakai baju lagi. Hmmm budak2 camtu laa.

Last-last pukul 11.00 baru kitorang gerak. Macam2 hal pulak yang muncul. Tapi takpe la. Better late than never.

Dalam perjalanan sempat jugakla anak aku snap beberapa keping gambar. Itupun banyak yang blur...amatur lagi.

Ni pemandangan kat empangan KKB (kalau tak silap laa)



Welcome to Fraser Hill..


Kitorang tiba dekat gate bawah dalam pukul 2.35 ptg...turn untuk kenderaan naik ke puncak pukul 3.00 ptg...lepak je la dulu


Tiba di puncak..




Sekarang musim panas yang agak melampau...kat puncak pun dah tak berapa sejuk sangat. Suhu dalam 25C je...


Antara bunga2 yang aku jumpa dan antara gambar2 yang agak "menjadi" aku snap




Sebenarnya keputusan kami naik ke Fraser adalah satu kesilapan...sebab...kebanyakan tempat tengah buat renovation or under construction...maksudnya TUTUP. Patutla aku tengok lengang je. Ada sorang resident kat situ kata mungkin akhir July baru siap semua construction.

Takpe lah...aku cakap kat anak aku...kalau projek abah menjadi...nanti kita datang lagi. Stay 2~3 hari baru best.

Kami turun tepat pukul 8.00 malam. Masa ni dah free trafik...maksudnya turun boleh naik pun boleh. Pandai2 la korang drive. Apa2 jadik tanggong sendiri.

Sekali sekala layan corner syok jugak...macam Initial D lak rasanya. Patutnya JPJ kena buat road test kat situ...siapa yang selamat sampai kat bawah...kereta takde calar balar baru bagi lesen. Tapi kena standby ambulan banyak2 laa...huhu

Tiba kat rumah dah pukul 12.00 tengah malam. Badan dah penat. Besok ada 2 lagi majlis nak kena attend. Plan nak balik kampung pun besok gak. Adusss...nasib ko la Labuuu


Pasang lampu..

05 Jun 2009 - Jumaat..penghulu segala hari. Hari ni sebelah pagi aku tak bukak opis. Tak tau apa punya malas dah datang. Lengan pun lenguh lagi ni...berkat menarik ikan semalam.

Lepas solat jumaat aku ajak bini dengan anak bujang aku pegi opis baru. Bawak penyapu panjang dengan tangga. Tujuannya...nak sapu sawang dengan pasang lampu. Rumah kalau disewakan memang begitulah jadinya. Payah nak dapat penyewa yang betul2 menjaga rumah seperti rumah sendiri.

Bini dengan anak bujang aku ambik kontrak sapu sawang. Aku pulak tukar lampu. Nampak je senang tukar lampu tu...cuba la korang buat, nak lagi thrill buat sorang2. Kena panjat tangga...bukak lampu lama...turun tangga...ambik lampu baru...panjat tangga balik...pasang lampu baru...pikul tangga untuk tukar lampu yang lain pulak. Kalau ada 5 lampu yang nak ditukar...bayangkan la sendiri. Berpeluh woo...

Siap aku tukar semua lampu...si Juara pulak muncul. Dia ni rakan kongsi aku. Dia datang nak jenguk2 opis baru kami tu. Banyak jugak la hal yang kami bincangkan. Terutamanya tentang barang2 keperluan makmal.

Hampir maghrib baru aku tutup opis.

Tengah lepak depan tv, adik ipar aku pulak muncul.
"Amacam ? jadi tak projek Fraser ?"
"No hal !! Kitorang ikut je...aku tak tau jalan" aku jawab.
"Orait !! biar aku google dulu...yang penting ON"

Anak2 aku dah excited bila dengar perkataan Fraser. Aku memang dah janji dengan dorang nak bawak jalan2 cuti sekolah ni cuma tempat je tak tau mana.

"Jangan happy sangat...ni baru plan...jadi ke tak belom tau lagi" bini aku bersuara.

Hehehe...aku sengeh je.

05 June 2009

Lepas gian..

04 Jun 2009 - sebelah pagi tak banyak benda yang aku buat. Mungkin penat main badminton semalam masih terasa.

Pagi ni bini aku beli je nasik lemak buat breakfast. Tak tau nak masak apa la tuu. Aku pun memang dah lama tak pekena nasik lemak bungkus daun pisang ni..kat kantin Sony mana nak dapat !! pisang goreng ada laa. Sebenarnya morning break pukul 10.00 pagi tu bukan untuk breakfast sebab semua makanan yang dikategorikan untuk breakfast dah habis kena belasah dek staff shift pagi. Masa ni makanan untuk lunch dah keluar..jadi maksudnya kitorang yang normal shift ni ambik lunch pukul 10.00 pagi. Masa lunch break pulak (pukul 12.30 tgh) pakat minum je.

Lepas aku lahap sebungkus nasik lemak, mata aku dah tangkap layu. Terlebih santan kot nasik tu. Ke aku yang psiko lebih.

Aku cuba melawan kemengantukan aku tu dengan menge"check" email, baca online news, baca forum gossip...tapi semua tak jalan. Mata dah macam orang stim ganja je.

Aku tewas lagi. Aku pesan kat bini aku...jangan suruh budak2 kacau aku...aku nak cari ilham kat dalam bilik..hikhikhik

Aku tersedar bila ada message masuk.."1 missed call from 019-xxxxxxx" ni nombor Zul ni. Apa dia nak ? Aku tengok jam..laaa dah pukul 1.00 tgh rupanya. Aku call si Zul tapi Abu yang jawab "kitorang on the way ni..dah sampai Bangi..jumpa disana" Perghh...kelangkabut aku dibuatnya. Dah la satu benda pun aku tak prepare lagi. Joran kemana, tools box kemana, perambut tak ikat lagi...aaahhhh lantak la..janji aku mancing.

Mandi lebih kurang..capai joran dengan tools box, terus gerak pegi Kesuma Rimba. Sampai kat Bangi lama aku singgah kat kedai pancing. Beli tali dengan perambut pasangsiap.

Tepat pukul 3.00 ptg aku sampai tepi kolam. Aku tengok Zul dengan Abu tengah susun joran. Baru sampai gamaknya dorang ni.

Aku ambik package 5 jam = 20 hengget.

aku tengok otai kat sebelah kitorang tu dah penuh dua jaring dengan ikan. Majoriti ikan rohu. Dorang ni mancing ke menjala ?? Kalau aku dapat ikan banyak tu mau migrain bini aku. Ye la..nak buat apa dengan ikan sebanyak tu.

Setengah jam berlabuh aku dengan Zul masih "keras". Abu dah start berkokok..walaupun 3 ekor yang dia dapat tu cuma anak talapia je.

Masuk minit ke 45 mesin aku menjerit...haaa sudah mari !! Dengan gaya seorang pemancing pro aku menawan si rohu dengan selambanya. Zul dah mula "panas". Abu tetap macam tadi jugak..ambik kontrak anak talapia..hehehe

Setengah jam lepas tu mesin Zul pulak menjerit. Senyum sampai ke telinga kawan aku tu. Sekor talapia merah naik...besar gak woo...mau sekilo lebih tuu.

Selang setengah jam menjerit lagi mesin si Zul. Giliran patin gak...ada dalam 2 kilo lebih kot.

Aku dengan Abu dah mula "keras" Otai kat sebelah selang 10 minit mesin mesti jerit punya. Tah apa punya mandrem pun aku tak tau. Lantak dia laa..rezeki dia.

Menjelang maghrib Zul dah menambah lagi 2 ekor rohu. Aku dengan Abu...kerrass.

Dah masuk masa kecederaan baru la mesin aku menjerit. Naik sekor lagi rohu. Alhamdulillah..cukup la tu 2 ekor. Itupun mesti bini aku dah pening tak tau nak buat apa dengan ikan tu. Anak2 aku memang tak berapa gemar dengan ikan darat ni kecuali keli dengan talapia merah. Itupun sebab tak banyak tulang dan tak hanyir sangat.

Pukul 8.00 mlm kitorang gerak dari kolam. Zul ada appointment dengan customer dia...pasal cek tendang. Nasib ko la Zul.

Sampai rumah, anak2 aku buat dek je kecuali si bongsu. Dorang tak kesah pun bapak dorang ni dapat ikan ke tak. Mentang2la bapak korang ni selalu balik kosong je. Bini aku pun macam tu jugak. Dia jeling je kat ikan tu. "Dah terlanjur badan tu hanyir..bungkus je la ikan tu dengan suratkhabar, pastu sumbat je la dalam freezer" korang mesti tau siapa punya dialog tu. Bukan dia tak suka aku pegi mancing tapi dia pening kepala nak buat apa dengan ikan tu. Ada sekali tu aku dapat tongsan dalam 4 kilo lebih. Dekat 6 bulan ikan tu dalam freezer. Last2 dia rebus ikan tu bagi kucing makan. Itu pun seminggu tak habis dia punya bebel sebab periuk dia hanyir.

Tadi ingat nak ambik gambar masa tengah layan rohu tu, tapi apakan daya..camera belum beli lagi.