05 July 2009

Belalang kunyit

05 July 2009 - Satu lagi kenduri kawen aku kena attend. Kali ni orang kampung sendiri. Tak pegi tak boleh. Aku selalu terserempak dengan dia kat kedai ke..kat sekolah ke..kat masjid ke.

Kenduri kawen kali ni agak berbeza sikit sebab dia tak buat kat rumah. Dia buat kat dewan orang ramai. Menarik gak idea ni. Rumah tak sesak. Orang nak datang pun senang sebab bukan susah sangat nak cari dewan tu. Kawasan parking pun luas.

Ramai kenkawan yang aku jumpa semua bertanya bila projek nak start sebab dorang tengok opis baru aku tu semedang tutup je. Sabar bro...tak lama lagi tuu.

Habis makan kenduri aku bergegas pulak ke ILIM. Nak jemput anak aku yang #3. Kalau ikut jadual seminar dia habis dalam pukul 1.30 tgh. Camana la dia tidur selama dua malam ni. Boleh ke dia tidur. Lena ke ??

Masa aku sampai ILIM dah ramai mak bapak yang menunggu. Aku tanya kat sorang otai tu dia kata budak2 tengah makan tengahari. Maksudnya lambat lagi la dorang ni boleh balik.

Kebetulan aku bawak kemera hari ni. Cadangnya nak cari shot yang menarik tapi tak jumpa. Kalau setakat gambar mak bapak tunggu anak tu tak payah la aku ambik. Aku bukannya wartawan.

Dalam aku melilau mencari shot tu tetiba aku ternampak satu benda yang dah lama aku tak jumpa. Kalau tak silap aku last aku jumpa benda tu masa sekolah menengah.

Apa benda tu ?? Ni kat bawah ni.


Orang kampung aku panggil binatang ni belalang kunyit. Kat tempat lain tak tau pulak aku. Lagipun kat Wikipedia pun panggil binatang ni belalang kunyit.

Petikan dari Wikipedia :

Belalang Kunyit atau nama saintifiknya Valanga nigricornis ialah sejenis belalang bewarna kuning kehijauan yang boleh dimakan kerana ia merupakan sumber protein yang bagus.

Melalui peringkat kitaran hidup hemimetabola (tidak lengkap), iaitu bermula dari telur (dalam tanah), beberapa peringkat bukan dewasa (nimfa) dan seterusnya peringkat serangga dewasa.

Dalam bidang pertanian, belalang kunyit diangap sebagai perosak. Serangga dewasa dan nimfa (anak belalang) melakukkan kerosakkan dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit.

Masa zaman aku kecik2 dulu kitorang selalu tangkap belalang ni. Kitorang kumpul banyak2...pastu nyalakan api...pastu kitorang panggang belalang tu. Kitorang bukan nak menyeksa ek !! Lepas panggang kitorang makan belalang tu. Rasa dia macam rasa daging ayam. Kalau korang tak percaya, cuba try test uji. Jangan takut..takde racun punye. Cuba korang baca artikel Wikipedia tu betul2.

Ada la dalam setengah jam aku menunggu anak aku tu. Muncul je dia...soalan pop kuiz pun keluar.

"Camana tidur ?" - nak tau dia tidur nyenyak ke tidak.
"Berapa orang satu bilik ?" - kalau ramai sangat sure tak selesa
"Bilik air kat mana ?" - kalau kat luar sah dia tak ke toilet waktu malam
"Siapa room mate ?" - dorang ni ada click memasing

Dari jawapan anak aku tu..dapat aku simpulkan dia selesa kat sana. Bila selesa maksudnya apa yang diajar masa seminar tu dia boleh paham...kalau tak banyak sikit pun jadilah.

Sampai kat rumah dah mula riuh balik. Maklumla dah cukup korum nak bertekak. Rumah aku ni memang tak boleh senyap. Kalau senyap tandanya kitorang keluar la tu.

Pukul 5.00 ptg aku anak beranak pegi precint 16. Macam biasa la...aku main badminton...anak aku pegi swimming pool.

Ntah apa punya giler...hari ni ramai pulak yang datang. Kalau tak silap aku dalam 14 orang...court satu je. Berjanggut tunggu turn nak main.

Tak puas hati punya pasal...geng2 hardcore buat keputusan nak extend masa. Tambah lagi 2 jam. Mujur dapat. Jadinya untuk 2 jam tu kitorang berlima je main. Yang lain semua dah cabut.

Ambik ko...ndak sangat main. Ada yang nak smash pun dah tak larat...hehehe Apehal brader...baru 2 jam dah mengah...kata pro !!

Giler punye keje...dari 5 ptg sampai 10 mlm kat court badminton.

Sakit kepala...kepala sakit

04 July 2009 - Mana satu yang betul ??

Hari ni penyakit tu datang balik. Aku tak boleh buat apa selain dari baring dan tidur. Panadol...badan aku dah immune dengan panadol. Aku dah pernah makan pain killer lebih kuat dari panadol...sebab tu panadol dah tak bagi kesan apa2 kat aku.

Sedang lepak2 dalam bilik...bapak aku datang. Ajak pegi kenduri kawen kat Teras Jernang. Ndak tak ndak aku terpaksa pegi gak. Boleh kata sedara rapat gak la. Takde yang menarik kat situ. Macam kenduri kawen orang lain gak. Cuma aku perasan ada satu sikap yang agak normal bagi sesetengah orang kita bila berjumpa sedara mara \ kawan lama kat kenduri kawen.

"Eeee...comelnya anak ko !!"
"Ko dah kurus la sekarang !!"
"Makin tua makin cantik la Cik Kiah ni"

Hipokrit. Penyakit masyarakat yang vaksin nya tak dijual di pharmasi. Aku takkan komen bab ni. Korang pikir la sendiri.

Petang ni aku ada 2 tugas yang terpaksa dilakukan serentak.

1 - hantar kereta ke workshop
2 - melawat anak kat USJ

Serentak kerana tempat yang nak dituju adalah sehala. Workshop anak buah bini aku tu kat Puchong..kira on the way ke USJ je.

Kancil turbo aku tu memang dah lama problem. Macam2 hal. Steering rack dah goyang...aircond dah lama kong...temperature naik giler baba's. Terlanjur anak buah bukak workshop...apa salahnya aku bagi bisnes kat dia.

Dalam perjalanan ke Puchong aku terpaksa berenti 3 kali kat tepi jalan. Off kan enjin dulu...siram radiator dengan air bagi sejuk. Bila enjin dah sejuk sikit, sambung balik perjalanan.

Korang bayangkan...masa aku berenti kat Shell berhampiran susur Pasar Borong Selangor, anak aku call tanyer pasal barang2 yang nak dibawak ke USJ. Maksudnya dorang belum bertolak lagi. Tapi masa aku bayar toll kat Jalan Jurutera, Puchong dorang dah ada kat belakang aku.

Samada aku yang lambat atau bini aku yang bawak kereta laju...aku tak tau.

Kitorang sangkut kat Puchong. Anak buah lambat sampai ambik kereta. Aku tak tau workshop dia kat mana. Puchong korang jangan buat main. Jalan dia macam lubang cacing. Silap jalan korang boleh tembus sampai ke Dengkil. Aku yang dah berpuluh kali pegi rumah Zul pun kadang2 sesat gak. Cuma pegi klinik Salim je tak pernah sesat lagi...hehehe

Rupa2nya workshop budak tu tak sampai 300 meter je dari tempat kitorang menunggu. Hampeh betul !! Kat situ je dah waste 1 jam. Sure anak aku kat USJ dah lama menanti. Kebulur la budak tu. Selalunya bila dia tau kitorang datang, dia skip lunch. Maklumla nak merasa masakan mak dia.

Tiba USJ dah pukul 4 lebih. Sah anak aku dah kebulur. Kira licin la makanan yang kitorang bawak.

Aku tak boleh lama kat situ. Kepala dah start berdenyut balik. Kang tak larat nak drive pulak. Nak suruh bini yang drive takut dia tak selesa pulak. Biase la orang pompuan. Mana suka drive kalau ada laki kat sebelah. Dia anggap kita ni macam JPJ tester je.

Lepas maghrib aku pakat tidur. Kepala dah berat sangat. Dinner pun aku skip. Celik biji mata aku tengok keliling dah gelap. Tetiba lak perut start buat concert. Concert arwah\mendiang MJ lak tu.

Dengan hati seberat badan aku ni...aku jenguk ke dapur. Dah pukul 12.30 pagi. Nak makan nasik tengah2 malam buta ni mana shiok. Lagipun orang kata tak baik makan nasi tengah malam...nanti perut moncit. Allaaaa...aku yang jaga makan ni pun moncit gak.

Last2 aku ambik mamee je...jadi la buat alas perut. Pagi besok boleh qada' dengan heavy metal punya breakfast.

Perabut terpakai

03 July 2009 - Lepas solat jumaat aku hantar anak #3 ke ILIM. Dia ada seminar UPSR sampai Ahad. Kena overnight kat situ la. Memang dah jadi acara tahunan sekolah kampung aku buat seminar UPSR kat sana sebab ILIM dah ambik sekolah tu jadi sekolah angkat dorang.

Masa aku tiba tu dah ramai mak bapak yang sampai hantar anak masing2. Aku berdasarkan pengalaman yang lepas2 takde la nak tunggu proses pendaftaran tu sampai habis. Pada aku semua urusan tu cikgu boleh handle. Kalau tak boleh jangan jadi cikgu la. Baik jadi operator kat Sony. Sekarang ni pun memang tengah nak pakai orang. Merata2 aku tengok iklan walk-in interview.

Camana la keadaan anak aku nanti. Dia ni dah la tak pernah berpisah dengan mak bapak (semua anak aku pun camtu) manja lak tu...yang paling aku risau dia ni extra penakut. Mudah2an dengan pengalaman kat ILIM tu boleh mengubah serba sedikit sifat penakut dia tu.

Aku tak boleh lama kat situ. Bila aku tengok dia dah jumpa dengan click dia...aku pun cabut. Ada satu lagi urusan aku kena settlekan dengan partner aku si Juara. Nak cari perabut terpakai untuk projek opis baru kitorang.

Tok guru nak datang next week Sabtu. Peralatan asas semua dah ada. Cuma perabut je yang belum beli. Takkan nak buat kerja atas lantai kot. Agak2 la kot ye pun nak berjimat.

Kitorang nak cari perabut terpakai je. Buat permulaan. Bila bisnes dah masuk juta2 nanti lain cerita la pulak.

Mula2 kitorang pegi Tmn Equine. Ada satu kedai perabut terpakai kat situ. Tapi tak banyak choice. Harga pun boleh tahan gak..cekik darah. Mungkin sebab warna kulit kot. Macam kat opis aku dulu gak.

Lepas kelentong apek tu lebih kurang...kitorang buat keputusan nak ajak si Zul pegi kedai yang dia cerita hari tu. Kedai tu orang kita punya. Dia ambik tender collect barang2 terpakai dari hotel.

Memang betul. Bukan setakat perabut je...barang2 letrik, pinggan mangkuk berlambak kat situ. Tokey tu kata dia ada satu lagi store kat Batu 12. Waaa..besar punya bisnes. Patutla boleh buat bungalow tokey tu.

Boleh kata semua barang yang kami cari ada kat situ. Kalau takde pun tokey tu akan cari sampai dapat. Harga korang jangan cerita la. Meja makan yang siap ada kaca kat tengah2 tu baru rm140.00 Kerusi opis macam yang aku pakai dulu baru rm30.00 Pinggan mangkuk porcelain baru rm1.00

Aku tengok si Zul dah mula hilang akal. Habis semua pinggan dia borong. Walaupun rumah dia dengan kedai tu lebih kurang dari Sony ke Warta je..tapi sejak dia hidup lebih 30 tahun ni..tu la kali pertama dia tiba kat situ. Punya la baik sahabat aku sorang ni. Ngalahkan anak dara terperap kat rumah.

Selesai mission kitorang hari ni. Semua barang dah dapat. Cuma tunggu tokey tu confirmkan bila boleh ambik.

Singgah kat bangsal Zul kejap. Semalam bini aku dah tanyer "Takde cendawan ke ?" Ye laa...kata melawat ladang cendawan...tapi balik kosong. Cendawan pelik yang dibawak balik.

Langkah kanan. Masa kami sampai salah sorang kerabat Zul baru lepas petik cendawan. Juara beli separuh..aku beli separuh. Tokey happy...aku pun happy.

Aku jenguk kat bangsal tuai Zul. Tak banyak cendawan yang tumbuh lagi. Zul kata petik je mana yang ada. Hehehe dengan semangat juang yang tinggi aku pun mempraktikkan segala ilmu yang pernah Zul ajar dulu...petik cendawan. Bangsal tu dah macam bapak aku punya je aku buat. Ada cendawan yang baru masuk alam remaja aku dah rembat.

Nasib ko la Zul...dapat sahabat kaki rembat macam kitorang nie.

03 July 2009

Hujan pagi

02 July 2009 - Hujan pagi. Satu situasi yang paling mengecewakan bagi golongan pekerja. Bukan menidakkan rahmat Allah tapi kecewa kerana tidak dapat meraikannya.

Cuba korang bayangkan...dah la suasana pagi yang memang sejuk, ditambah lagi dengan hujan yang turun sejak subuh menjadikan suasana pagi ini suatu masa yang paling sesuai untuk menyambung mimpi malam tadi...satu keadaan yang amat jarang untuk ditemui...DAN korang terpaksa pergi kerja...hua hua hua

Jangan la korang dengki kalau aku katakan hari ni aku sambung tido sampai time korang morning break...maksudnya masa korang kat kantin makan yee mee soup...aku kat rumah tengah mengeliat baru bangun tido...maaanyak shiok oooo

Tengahari partner aku call. Nak jumpa pasal projek opis baru. Aku orait je. Lagipun aku memang dah plan nak pegi Puchong...melawat si Zul tokey cendawan. Jadi aku ajak partner (si Juara) aku pegi sekali. Kira macam bisnes trip laa.

HINT. Projek opis baru aku ada pertalian rapat dengan Zul tokey cendawan.

Waaa..makin besar bisnes mamat ni. Bangsal dah bertambah...steamer dah bertambah...chiller dah makin besar...dan perut pun makin bertambah besar..syarat paling penting untuk menjadi usahawan berjaya.. hehehe

Kebetulan masa kitorang tiba...ada sepasang suami isteri dari Sg Buluh baru sampai nak bincang pasal projek mentor mentee dengan Zul...bertambah kaya la sahabat aku sorang ni...masyuuukk

Sambil2 menunggu dorang abis berbincang, aku dengan gaya ala paparazzi menyelinap ke seluruh kawasan ladang mencari bahan untuk entry hari ni.


Korang kalau masuk bangsal tuai ni pasti akan terpegun dengan keindahan bongkah2 matang yang memutih tersusun rapi...

Salah seorang pekerja Zul tengah menyusun bongkah di bangsal peram...nampak je macam budak tapi dah cukup umur tau !! Jangan tuduh sahabat aku hire under-age labour pulak

Bongkah yang sedang menuju alam remaja

Lihatlah betapa cantiknya cendawan tiram kelabu dan bayangkan kalau dicampurkan kedalam sup atau tom yam...pergghhh

Yang ini bukan cendawan tiram..ini namanya Ling-zhi. Tanya dengan kaum china sure dorang mesti kenal punya. Kira sama level dengan ginseng dan tongkat ali.

Si Abu kata dia pun tak tau apasal bentuk ling-zhi tu jadi macam tu. Bentuk yang ori sepatunya macam kat bawah ni.


Secara keseluruhan lawatan aku kali ni boleh dikatakan berjaya...kerana aku dengan Juara berjaya merembat berketul2 ling-zhi...nak test power beb !!!

02 July 2009

Tak mandi pagi

01 July 2009 - Korang hari ni mandi pagi tak ?

Apa punya soalan daaa !! Takde siapa kat zaman ekonomi gawat ni yang berani mengaku tak mandi pagi. Acu pistol kat kepala pun dorang tak kan ngaku.

Biarlah aku jadi perintis. Hari ni aku tak mandi pagi. Mujur dah pencen, kalau masih kerja for sure hari ni aku pegi Puchong ambik mc. Giler apa pegi kerja tak mandi...satu badan bau ayaq liur basi. Dah la kerja dalam aircond. Silap haribulan water sprinkler pun boleh tersedak.

Insiden ni bukan disengajakan atau saja buat eksperimen. Memang dah tau sejak minggu lepas lagi pasal gangguan bekalan air ni.

Habis tu...apsal tak simpan air ?

Sabar bro...cerita tak habis lagi ni.

Kalau ikut jadual, kawasan rumah aku ni gangguan bekalan start 6 ptg Selasa sampai 6 pagi Rabu. Memang betul...kali ni Syabas ikut janji Jepun. Aku sekeluarga takde masalah sebab takungan air mencukupi sampai pagi besok unless kalau ada yang kena CiBi (c*r*t b*r*t).

Yang jadi masalahnya air yang datang pagi tadi tak datang sorang diri. Dia ajak segala macam punya kaum kerabat ikut sekali. Meriah giler.

Ni gambar rombongan Cik Kiah Syabas yang tiba pukul 6.30 pagi tadi.

Ni pulak rombongan yang tiba pukul 11.00 pagi. Dorang ni sesat kat rumah pam Sg Merab...tak jumpa jalan keluar.

Macam ni la rupa rombongan yang sampai awal tadi...lepas 4 jam melepak kat rumah aku.

Sanggup ke korang guna air macam tu buat mandi ?
Aku lebih rela ambik mc tipu daripada diberi mc sebab gatal satu badan.

Akhirnya dekat pukul 1.00 tgh baru aku mandi pagi. Itu pun lepas aku meronda satu Desa Putra sampai la ke BBB. Takde pun polis nak saman aku. Takde pun JAS tangkap aku sebab mencemar alam sekitar.

Kita tinggalkan dulu kesah rombongan Cik Kiah Syabas ni.

Petang...seperti petang Rabu sebelumnya, aku pegi main badminton. Masa ni aku dah 2 kali mandi wey !!

Tapi kali ni skuad wanita negara tak cukup korum. Ahli dari zone Finance tak datang. Aku difahamkan dorang masih sibuk dengan month-end closing.

Keciaannn !!

01 July 2009

Projek Opis Baru

30 Jun 2009 - Closing day. Mesti hangin budak2 Sony dengan aku...hehehe

Lepas jemput anak aku kat sekolah menengah kitorang pegi Mydin kejap. Bini aku nak beli barang dapur sikit. Takde mana nya sikit...satu troley gak dia angkut.

Kat Mydin takde la ramai sangat pelanggan. Baru pukul 3.00 ptg. Tapi yang menariknya ada 7~8 orang pelanggan tu macam biasa je aku tengok dressing dorang. Yang pompuan pakai baju kurung lip lap lip lap macam nak pegi kenduri kawen...yang jantan baju long sleeve, seluar slack kasut berkilat. Kat leher masing2 tergantung ID card...aku tak berani nak tengok lebih2...kang dia tuduh aku nak skodeng lak.

Sekarang ni orang gomen balik kerja pukul 3.00 ptg ke ??

Aku bersangka baik...dorang semua tu cikgu. Habis mengajar terus pegi shopping. Nak hilangkan stress..hikhikhik

Petang aku melawat opis baru. Kemas apa yang patut esp. daun kering. Kat keliling rumah tu penuh dengan pokok jadi banyaklah daun yang gugur.

Teringat aku zaman budak2 dulu. Biasanya sebelah petang mak aku akan menyapu sampah (atau lebih tepat lagi daun kering yang gugur) keliling rumah. Lepas tu dia akan bakar buat halau nyamuk. Masa tu mana nak kenal Ridsect Baygon tu semua.

Korang yang tinggal kat bandar mana boleh bakar sampah depan rumah. Kalau nak merasa masuk court buat la. Yang tinggal kat apartment \ kondo lagi haru. Penyapu lidi pun mungkin korang tak pernah tengok.



Ni la bangunan opis baru aku. Memang mesra alam. Keliling penuh dengan pokok.




2nd hall..kat sudut ni aku plan nak buat opis


Hall utama...plan nak letak meeting table dengan sofa tetamu.


3rd hall...plan nak buat packing area


Ada 3 bilik...1 jadi makmal, 1 jadi store, 1 jadi bilik tidur hehehe

Kotak kaca...akan jadi luminar

Dapur dan pressure cooker.

Perabut masih belum beli lagi. Mungkin dalam minggu ni jugak. Tempat jual perabut terpakai dah jumpa cuma masa je belum sesuai nak pegi jengok.

Malam lepas hantar anak pegi kelas tuisyen, aku ronda2 kat kolam pancing yang baru bukak hari Jumaat lepas. Menarik gak kolam tu. Kereta boleh parking betul2 tepi kolam. Brader tu kata ikan banyak...cuma sebelah malam tak berapa rancak dia makan umpan. Tu biasa la bro...ikan pun nak tido gak, korang ingat ikan tu 24 jam makan ke...macam korang, celik bijik mata je ingat mancing...balik kerja terus pegi mancing. Kalau boleh masa lunch break pun korang nak pegi mancing.

Tangan aku dah gigil...telinga aku macam terdengar2 bunyi spool kena tarik...huhu

Ikan bakar

29 Jun 2009 - Beginilah putaran kehidupan. Hari berganti hari...minggu berganti minggu.

Hari ini genap sebulan aku pencen. Apa yang aku dapat dalam masa sebulan ni ?? Ketenangan.

Buat masa ni, walau di offer untuk bekerja semula dengan double salary...tetap akan aku tolak. Sebab ?? Ketenangan itu tiada nilai taranya dengan wang ringgit.

Jika di Sony dulu, waktu2 begini aku dah mula sibuk untuk closing. Nak ngular pun payah. Ada sesetengah member tu kita tegur pun tak menyahut. Kononnya sibuk giler. Tapi memang sibuk pun.

Sekarang...tu semua dah tak ujud lagi. Aku masih boleh pegi pasar borong dengan bini aku. Aku masih boleh melepak kedai kopi tengok perangai manusia yang tengah ngular. Aku masih boleh tengok Animal Planet cerita pasal Dugong and Din.

Sebut pasal kedai kopi...aku teringat pasal Pasar Borong Selangor. Kat situ ada dua warung yang diusahakan oleh mat Bangla. Sapa owner sebenar atau pemegang lesen atau takde lesen langsung tu aku tak tau.Yang aku nampak dari cashier sampai la ke tukang masak semuanya Bangla. Dah la kat dalam pasar penuh dengan Bangla...kat luar pun muka dorang gak. Aku berani jamin 8/10 dari dorang tu pendatang haram.

Yang peliknya orang kita sendiri...dalam zaman gawat ni masih nak memilih kerja. Sanggup jadi peragut daripada bekerja angkut ikan.

Lantak pi la dorang. Ada otak letak kat montot. Buat pening kepala je pikirkan pasal tu.

Petang...aku rasa badan lain macam je. Nak kata darah aku naik balik tak mungkin sebab takde apa yang aku stress kan. Aku bukannya cikgu. Oooo baru aku ingat...malam tadi aku berjaga sampai 5.00 pagi...tengok final Piala Konfiderasi, Brazil lawan USA. Patutla badan rasa melayang je. Tak cukup tidur rupanya. So, apa lagi !! Alasan dah ada...konkrit lak tu. Zzzzzzzz

Bukak mata...keliling dah gelap tapi hidung aku menghidu sesuatu yang menggiurkan. Aku mimpi ke ?? Aku tengok bantal peluk aku...warna biru. Kompom aku tak mimpi. Kalau mimpi mana ada kaler...black & white je macam lagu arwah...eh mendiang...tak tau la aku nak panggil apa kat mamat sorang nie.

Kat luar rumah aku tengok anak aku yang #3 tengah baek punya kipas...dorang bakar ikan rupanya. Patutla bau mengancam habis.


Ikan ni namanya Rohu...species grass carp. Adik beradik tongsan dengan jelawat. Ikan ni la yang aku dapat masa mancing dengan si Zul hari tu. Kalau Abu tengok gambar ni mesti dia hangin satu badan. "Kerrasss brader"

Menu makan malam :

Nasi putih
Ikan rohu bakar
Kerang bakar
Cicah air asam cili padi

Perghhh !!!