05 October 2009

Amukan Kulat

30 September 2009 - Dah seminggu lebih kita beraya. Yang balik kampung dah pun pulang ke sarang memasing. Yang bercuti dah pun mula keje balik walaupun dengan muka yang kelat sebab gaji lambat lagi (khas untuk orang gomen). Mana yang ada talian hayat tu masa ni la nak guna esp yang ramai anak. Dorang mesti banyak buat collection angpow kan ?

Aku pun camtu gak..dah start keje. No keje No money. Mat batik lain la..takde duit nak raya mintak bonus..takde duit nak beli baju sekolah anak mintak bonus..minyak naik harga mintak naik gaji..sewa rumah naik mintak elaun pulak naik. Perghh ! senang gilos. Mujur kena pakai baju batik dorang tak mintak elaun baju lak (ntah ntah ada kot ?)

Dah seminggu raya bermakna dah seminggu jugak la aku tak jenguk opis. Nak kata aku beraya sakan takde la pulak..setakat 4~5 rumah je aku ziarah...selebihnya aku membuta je.

1st day bukak opis aku terkejut beruk Mat Yeh. Apa dah jadi ?? Selama hari ni kitorang buat benih cendawan ke kitorang tanam cendawan ? Kebanyakan benih 1st batch dah tumbuh cendawan. Ini la bahana kalau benih dah terlebih matang. Plastik yang tebal tu pun boleh di tebuknya. Kuat betul gigi kulat tu..aku sendiri pun nak potong plastik tu terpaksa guna gunting. Kulat ada gigi ke ??

New lesson. Buah cempedak luar pagar la katakan. Dulu kalau aku lambat buat batch posting..paling besar impact pun supplier tak dapat payment. Hujung bulan gaji aku still dapat gak. Kalau boss tanyer pandai2 la bagi alasan. 17 tahun punya pengalaman brade..takkan nak kelentong boss pun tak reti.

Tapi sekarang ni..kalau benih rosak bermakna tak boleh jual. Bila tak boleh jual bermakna tak dapat duit. Bila tak dapat duit bermakna...sendiri mau ingat la.



Hari ni kitorang pegi ladang CendawanPuchong. Ada dua tujuan. Pertama nak hantar benih (1st delivery) kedua nak tengok perkembangan bongkah yang disuntik dengan benih kitorang.

Alhamdulillah..satu perkembangan yang positif. Takde masalah malah pertumbuhannya setanding dengan bongkah yang disuntik menggunakan benih yang dibeli dari pengeluar benih yang mempunyai puluhan tahun pengalaman. Lepas ni kitorang nak tunggu pengeluaran hasil pulak. Mana tau kot2 keluar pokok padi pulak dari bongkah tu. Harap2 janganla jadi camtu. Kang tambah botak sahabat aku yang sorang tu.


Sekarang ni kitorang dah double up production sebab dijangkakan permintaan benih akan bertambah memandangkan semua pengeluar bongkah akan memulakan operasi masing2 selepas bercuti panjang. Kalau dulu kitorang boleh tidur baring masa buat keje tapi sekarang ni 8.30 ~ 6.00 ptg non-stop. Kadang2 pukul 2 lebih baru boleh pegi lunch. Mujur aku takde gastrik.

2 comments:

Anonymous said...

OOiiitt!! jaki betul ko ngan mat batik ek???
Nak citer pasal amukan kulat pun smepat ko selit pasal mat batik plak!

Kamal said...

bukan jaki tp dorang punya sbb la bonus + increment swasta kena control