22 October 2009

Production shutdown !!

22 Oktober 2009 - Pening wey !! Problem yg dulu tak settle lagi dah muncul problem baru...lagi kritikal woo...sampai kena tarik balik semua benih yg dah terjual. Kira market defect la ni.

Besar sangat ke problem tu ? Memang besar bro. Boleh jejas periuk nasik punya impak. Bukan setakat aku je yang rugi tapi pengusaha ladang lagi besar punya rugi sebab beg media dorang habis sumer rosak.


Kulat Kapas

Misilium tetap tumbuh dalam beg media tetapi bukan untuk cendawan tiram. Misilium berbentuk seperti kapas. Masih boleh mengeluarkan hasil tapi macam cendawan cacat...takde kelopak. Orang pun takut nak beli. Aku tak sanggup nak tepek gambar cendawan tu..nanti korang kata aku lucah lak.



Kulat Hijau \ Berulat

Ni lagi satu yang buat kelapa eh.. kepala aku pusing. Camana beg media tu boleh berulat ?? Stakat kulat hijau tu kira common cases..tapi tang ulat tu ada sikit musykil. Beg media tu dah kena kukus 7~8 jam dalam steamer yang bersuhu ntah berapa ratus darjah celcius. Benih aku pun camtu gak. Kalau ikut logik akal..kalau dah kena kukus camtu punya lama pastu dalam suhu beratus darjah celcius...kuman babi pun surrender.



Sebagai pemanis mulut..kitorang pun cuba la buat eksperimen sendiri pakai benih dari batch yang sama. Mana tau kot2 ada miracle lak. Tapi malangnya baru 3 hari benih disuntik tanda2 kulat kapas tumbuh dah muncul tanpa ada sedikit pun rasa simpati pada kitorang.



Bukan stakat 1~2 bongkah tapi majoriti nya sumer tumbuh kulat kapas. Cuma kulat hijau dengan ulat je belum muncul lagi. Mungkin dorang tengah tunggu turn kot. Takpun dorang tunggu level pening aku ni sampai takat max baru dorang mengexposekan diri. Nak tukar pening jadi migraine.



Ini la rupa benih yang dah jadi transformer tu. Masa delivery hari tu langsung takde tanda2 benih ni dah rosak...sumer nya nampak suci murni je. TAPI kat dalam...tu dia ehhh...dah beranak pinak makhluk tu kat situ. Pandai betul dia nyorok.


Bayangkan camni punya banyak stok kitorang terpaksa disposekan.


2 minggu punya production lebur camtu je. Kalau kat kilang ni sure Production Manager ngan Supervisor kena suruh carik keje lain. Tapi aku tak boleh la buat cenggitu sebab Manager tu aku...Supervisor tu aku...QC tu aku...Operator tu pun aku gak. Habis camnooo...

Jalan terbaik...stop production dulu. Tunggu sampai Tok Guru turun. Dia ada bagi beberapa kemungkinan tapi kitorang takkan puashati selagi Tok Guru tak tengok sendiri. Mana boleh diagnos dari jauh je. Kang lain penyakit lain ubat di bagi.. tak ke haru ?.

Sebagai pengubat duka..aku ngadap je la beg media yang kitorang suntik pakai benih 1st batch hari tu. Walaupun pergerakan misilium agak slow tapi takde sebarang makhluk asing yang singgah. Syukurrrrr !!



p/s tak lama lagi budak Sony dapat bonus...jangan lupa kawan lama haaaa

5 comments:

ibu ilham said...

sudi2 la melawat blog ilham... huhuhuhuhu..

ibu ilham said...

lupe lak add blog..
nhusi.blogspot.com

Kamal said...

no prob..sharing is caring maa

ibu ilham said...

semalam bukak gak blog paksu nie..
tapi, tak baca lak nape shut down...
rupe2nye mahkluk tak diundang telah dtg...
takpe... usaha tangga kejayaan..
jgn putus asa....
all da' best... :)

Kamal said...

tak bley giveup woo..nanti dapur tarak asap