19 February 2010

Asap Berasap

19 Februari 2010 - Sekor nyamuk punya hal habis sekampung terpaksa telan asap disel. Rasa macam kat battlefield jer.

Sejak tengahari lagi aku dah dapat agak mesti ada "sesuatu" kat area rumah aku ni bila aku nampak kelibat 2~3 orang pakai vest Kementerian Kesihatan ronda2 kampung.

Memang sah !! Start 6.00 ptg dorang mula sembur.

Aku cuba buat manis tebu ditepi bibir kat brader yang jadi mandor tu..dia kata dah ada kes denggi kat kampung aku ni..sebab tu dorang sembur asap tu. Apsal aku tak tau ek?? Nampak sangat aku ni anti-social..tak bercampur dengan orang kampung. Apa boleh buat.. Aku Dan Dunia Baru Ku

Waaa !!! Nyamuk aides dah berhijrah laa. Selama ni apa yang aku tau kat BBB je nyamuk ni buat empayar...nyamuk urban la katakan. Aper kelas nyamuk tu nak lepak kat kampung...nak cari tempat "beranak" pun payah.

Aku rasa nyamuk2 tu dah tak boleh cari makan kat BBB laa..manjang kena sembur je..sebab tu dorang berhijrah. Lagipun BBB kan dah jadi "ZON BERSIH"...uwekkk !! bersih konon.


Skali pandang nampak macam pokok kat Fraser Hill jer..siap ada kabus bagai.





Macam tu punya asap kalau tak mampos gak nyamuk tu.. tak tau la aku. Letak aku kat tengah asap tu dalam seminit dua gerenti tombang punyer.

.
.

11 February 2010

Wey !! hari ni 11 Feb 2010

11 Februari 2010 - Fuhh!!! Lama giler tak jenguk kesini. Malas campur panazzzz.

Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Nak update sikit pasal projek benih aku tu.
Alhamdulillah semua ujikaji yang kitorang jalankan dah pun berakhir dengan suksesnya. Benih yang kitorang hasilkan telah terbukti adalah benih cendawan. Tak caya..tengok bawah ni.



Inilah hasil titik peluh dengkur kitorang sejak beberapa bulan ni...cendawan tiram kelabu yang segar bugar.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Sekarang masuk next level pulak...marketing. Walaupun kitorang memang dah ada customer tetap melalui konsortium CendawanPuchong tapi itu baru 20% dari kapasiti yang mampu kitorang hasilkan.




Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

Untuk level seterusnya nanti.. kitorang akan hasilkan end product pulak iaitu cendawan segar. Maksudnya kami akan hasilkan cendawan secara 1 man show..kami yang buat benih..kami yang buat beg media..kami yang peram dan kami yang akan menuai hasil.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.


Perutusan Khas

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada salah seorang anggota skuad badminton wanita Kompleks Sukan Seksyen 15 BBB yang telah selamat disatukan dengan pasangannya pada 07 Februari 2010. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Wey !! hari ni 11 Feb 2010.

>
>




12 January 2010

Santai

Lama tak jenguk sini. Nak kata bz sangat takde la plak. Cam biase je..makin relek ade laa. Dulu keje 4~5 hari seminggu tapi la ni 2 hari je. Hari lain tu kira renang gaya bebas.

Tahun Baru 2010

Walaupun dah 2 minggu tapi aku still nak ngumpat gak. Merata2 ceruk aku surf..kebanyakannya story pasal tahun baru..azam baru la..visi baru la..prediction untuk tahun 2010 la..paling koman pun ucap slamat tahun baru.

Aku ?? Buang karan je sumer tuu. Bukan takde visi or misi...tapi semuanya aku dah set 10 tahun lepas..dan takkan berubah selagi tak tercapai.

Sekolah bukak balik

Pening tahap migraine. Bukan aku sorang je..tapi untuk kebanyakan mak bapak KECUALI yang berstatus RATUS RIBUAN atau JUTAWAN.

Berape "kena" kali ni bro ??
3 orang skolah menengah..sorang skolah rendah..gua kena pow dekat 2 riban brade !! Tu baru yuran ngan buku tulis..blom citer beg kasut baju pen pensel lagi tu. Yang 2 orang tu duduk asrama..laaaaagiii banyak eksesori kena beli. Perghh !! Hilang daya imajinasi aku kejap.

Gula..

Naik rege la pulak. Mujur aku dah kurang sangat minum air bergula...minum green tea je walaupon kos nye lagi tinggi dari beli gula. Jaga kesehatan beb !!

Aku tengok orang yang kena kencing manis ni kebanyakannya yang jenis kurus2 cekeding (dari pemerhatian aku kat spital). Aku ni boleh masuk kategori BOROI...so, kire takde la penyakit tu kot.

BPL

Banyak nye la plak game kena pospon..walaupon Liga M dah start tapi itu belum mampu mengalih perhatian aku dari BPL.

Selagi padang bola kat Malaysia ni macam padang ragut...bola melantun2 macam bola pingpong..player tahan bola untuk pihak lawan..pengulas sukan masih lagi si hasbulat awang..selagi tu lah aku takkan beralih dari BPL.



Apa lagi ek ??
>
>
>

29 December 2009

Stok Botol

28 Disember 2009 - Nak update sikit pasal kitorang punya projek.

Last week b4 cuti krismas kitorang merayau ke Bandar Kinrara..cari supplier botol. Macam yang aku cakap dulu kitorang akan tukar packaging benih dari plastik ke botol bagi menjamin kualiti..memang dah terbukti. Tidak syak lagi !!

Hari Khamis stok sampai... 100 kotak. Berpeluh beb !! Dah lama tak buat kerja berat. Teringat masa buat stock count kat Sony dulu...xtvt paling aku benci.


Opis kitorang dah mula sesak. Tak tau nak susun camane lagi. Lagipun kitorang bukannya ada pengalaman jaga warehouse. Yang sedihnya tempat aku bentang tilam pun kena rembat skali.


Yang ni laminar box..tempat menyuntik benih. Kitorang beli yang 2nd hand je..nak jimat kos. Kalau ada modal nanti baru beli yang canggih punye. Dah survey kat beberapa suplier...mahal giler menatang tu. Mau 10 tahun baru dapat ROI.


Sekarang production dah masuk gear 2...memasing dah start sakit pinggang. Dah la kitorang ni ada masalah tulang belakang..dah tua lak tu. Tak tau la sampai bila boleh bertahan. Nak employ indon belum mampu lagi.

22 December 2009

Kenduri kawen ala orang kampung

20 Disember 2009 - Meriah Gilerr!!! Lagi meriah dari garden wedding Ning Baizura. Betul2 "real" dalam taman punya wedding. Aku rasa kalau artis2 tengok majlis ni sure dorang nangis guling2 dalam sawah..sebabnya "orang kampung" boleh buat lagi grand dari dorang.

Artis@VVIP punya kenduri kawen makanan ciput je. Satu "dulang" share 10 orang. Nak mintak tambah nasik pun segan. Dah la jemputan untuk suami isteri je...budak2 jangan harap boleh datang.

Tengok ni orang kampung buat kenduri. Nasik minyak, rendang, ayam golek dah pasti...ditambah lagi dengan gerai2 makanan lain. Melantak la banyak mana pun..nak tapau pun boleh..takde sape nak marah takde sape nak jeling2.

Gerai roti canai.

Gerai rojak, kuih muih.

Gerai cakoi.

Gerai bubur.

Gerai soto, pecal jawa.

Ni gerai apa ntah..tak sempat nak rasa.

Aiskrim.

Gerai cendol.

Antara ribuan tetamu yang hadir.



Hehe..yang ni takde kena mengena ngan kenduri kawen. Saja menggatal nak snap. Lokasi.. dalam parit tepi sawah sebelah rumah mertua aku.


Dalam perjalanan balik kepala aku ligat berfikir. Berapa la agaknya tuan rumah perabis buat kenduri tu.

Perghh...dasat giler !!!

>
>

Parlimen Sepang

19 Disember 2009 - Ni yang aku suka dengan YB Md Zin (MP Sepang)...tiap2 tahun tak pernah missed bagi sumbangan pada pelajar2 cemerlang untuk kawasan Parlimen Sepang. Tak kesah la sumbangan tu dari peruntukan kerajaan ataupun dari poket dia sendiri. Yang penting budak2 hepi..mak bapak hepi..cikgu2 pun tumpang sekaki hepi.



Yang best nya kali ni siap ada sessi fotografi. Biasa la...bila sorang dah mula yang lain tu apa lagi..bukan senang nak jumpa direct dengan MP ni.


Petang ni aku anak beranak nak balik kampung. Besok ada jemputan kawen. Tak boleh tak balik wey!!..dah la sedara, rumah dia betul2 depan rumah mertua aku lak tu.
>
>

11 December 2009

Dah Sampai

Menatang apo lak ni ??


Haaaa..ini la autoclave yang kitorang order tu. Macam "kapal selam" pun ada gak rupanya..hehehe.

Kalau skarang ni kitorang boleh hasilkan max 25 packet benih sehari...pakai "kapal selam" ni senang2 je kitorang boleh hasilkan 2000 packet sehari. Tapi takde la kitorang berniat nak buat output sebanyak tu...tangan kitorang ada 4 je brade..kalau sotong tu lain laa.

Sebenarnya ada satu lagi barang yang dah sampai...luminar set. Tapi belum siap install lagi. Nanti bila dah complete aku tempek gambo kat sini.

>
>