12 June 2010

Apa dah jadi ???

Panjang ceritenyer...
Nak di"shortcut"kan tak boleh plak...nanti plot cerite bercelaru.

Gini je lah...aku buat summary je. Macam ringkasan karangan gitu..boley ??

Benih media baru
Ujikaji kami untuk menghasilkan benih cendawan menggunakan media yang baru dah pun berjaya. Kali ni kami gunakan jagung dan habuk kayu. Menurut kata Tok Guru kami, media ni lebih tahan lasak serta kosnya lebih murah. Sekarang ni dalam proses memberi sample kepada pengusaha ladang cendawan untuk memastikan kualiti pengeluaran setanding dengan benih dari media padi maupun gandum.



Lawatan pegawai Jabatan Pertanian
Tujuan kami menjemput pegawai tu datang ke pejabat bukannya apa..sekadar untuk memaklumkan akan kewujudan kami dalam sektor pertanian...itu saja. Kami tahu bidang kuasa jab. pertanian amat terhad terutamanya dari segi bantuan fizikal. Nak mintak khidmat nasihatpun dorang bukannya ada pakar. Sedangkan kursus yang jab. pertanian anjurkan dorang terpaksa panggil pengusaha ladang untuk bagi talk.

Jualan benih
Susah nak cakap. Ibarat graduan U yang dapat 1st class degree tapi takde orang nak ambik bekerja. Alasannya takde pengalaman. Macam tu lah kami.

Walaupun produk kami dah terbukti setanding dengan produk keluaran pengusaha yang punyai pengalaman puluhan tahun..namun disebabkan kami ni baru setahun jagung ditambah lagi dengan status bumiputra maka produk kami amat sukar untuk bersaing dipasaran.

Kebanyakan pengusaha cendawan yang dah biasa membeli dari "kaum" tu...mereka takkan bertukar kepada produk bumiputra walaupun kebanyakan dari mereka pernah kerugian puluhan ribu rm akibat kerosakan bongkah yang telah terbukti dan disedari oleh mereka sendiri bahawa ianya berpunca dari benih yang "kaum" tu bekalkan. Yang peliknya takde plak dorang nak komplen kat tokey tu malah makin banyak benih yang dorang beli.

Lain pulak halnya dengan produk kami. Baru rosak puluhan bongkah dah melalak sampai serak suara...dah tak nak beli lagi walaupun bila di siasat punca bongkah tu rosak sebenarnya dari proses pembuatan bongkah itu sendiri...bukan dari benih kitorang.

Biasala tu...dulu masa Proton mula2 buat kereta kemain lagi orang kita kutuk dan comparekan dengan kereta jepun...last2 skarang nie apa jadi ????


UNISEL
Satu mesyuarat telah diadakan di Unisel cawangan Shah Alam. Agendanya ialah Pembangunan Benih Cendawan Tiram iaitu untuk menghasilkan benih cendawan yang berkualiti tinggi serta tahan penyakit. Tempoh kajian 2 tahun. Kira kitorang jadi student balik la ni.

Kredit kepada bro Azhar dan Zul CendawanPuchong..mereka berdua yang memulakan inisiatif untuk mengadakan usahasama dengan pihak Unisel.

Secara dasarnya pihak Unisel telah bersetuju dengan proposal kami dan sekarang ni kami sedang menunggu surat rasmi dari mereka. Jangkaannya awal Jun kami dah boleh mula tapi disebabkan mereka (fakulti biotek) akan berpindah ke main kampus di Bistari Jaya (Batang Berjuntai) maka terpaksalah kami tunggu dulu. Maklumlah orang pindah rumah baru...macam2 bende kena buat.


Cuti Sekolah
Takde pegi mana2. Pertumbuhan ekonomi negara kurang memberangsangkan. Mungkin balik kampung je la kot.

.
.
.

No comments: